Inside the Mind of a Cat

Inside the Mind of a Cat

Malay Altyazısını İndir

Sürüm bilgisi

Inside the Mind of a Cat (2022) NF WEB-DL
Şunun yorumuyla Ridz
Sub Retail Netflix

Etiketler

Web-DL
web-dl
web
WEB-DL
Yayınlandı: 2022-08-18
İndirmeler: 34
İşitme Engelliler: No

Malay altyazı önizlemesi

İlk 200 satır.

SEBUAH DOKUMENTARI NETFLIX

Memang sukar untuk tahu perkara dalam fikiran kucing.

Dasha, mari sini.

Tetapi penemuan baharu mungkin membuka pintu

untuk mengenali teman kita yang membingungkan ini.

Ada orang rasa kucing tiada banyak kelebihan.

Rancangan ini akan buktikan bahawa mereka salah.

Lupakan semua yang anda tahu tentang kucing.

Penyelidikan kucing ketinggalan berbanding anjing,

tapi kini ada peningkatan mendadak dalam sains kucing.

Generasi baharu ahli sains mencabar pratanggapan.

Kami jumpa aspek berbeza

dalam tingkah laku, personaliti, fisiologi,

semua perkara yang buat kucing unik.

Kucing bijak, ada sifat ingin tahu

dan pandai bersosial dengan manusia.

Ada bukti bahawa kucing berevolusi untuk buat begitu.

Ayuh kita merungkai misteri kucing,

memahami tingkah laku gila kucing

dan mentafsir bahasa tersembunyi kucing.

Ia tak mudah.

Kucing memang rumit.

Dasha, mari sini.

Ya, kucing ada perangai.

Tapi kita boleh ajar kucing buat apa-apa saja.

Sesiapa saja boleh dedahkan potensi sebenar kucing

jika belajar rahsianya.

Kucing ada di mana-mana.

Tapi cuma sedikit yang kita tahu tentangnya.

Untuk memahami sifat sebenar kucing

dan cara ia belajar hidup dengan manusia,

kami bertanya kepada pakar.

PENGARAH PUSAT KESIHATAN KUCING CORNELL

PAKAR FISIOLOGI KUCING

Orang rasa kucing tak pandai bersosial.

Akui sajalah, kucing menghiburkan

dan kadangkala sangat lucu.

Anehnya, beberapa sifat yang jadikannya begitu menarik

berevolusi daripada leluhurnya yang merupakan pembunuh.

Jika seseorang diminta mencipta

pemangsa darat

yang sempurna dari segi sifat fizikal, tingkah laku, persepsi,

tiada yang lebih hebat daripada kucing.

Nama saintifik kucing domestik ialah Felis catus .

Felis catus ialah spesies jinak yang unik

yang berasal daripada kucing liar Afrika.

Semua kucing besar dan kecil tergolong dalam keluarga Felidae .

Kira-kira 3.5 juta tahun lalu,

genus Felis iaitu kucing kecil terpisah daripada Panthera ,

iaitu kucing besar seperti singa dan harimau.

Kini, ada 400 juta Felis catus di seluruh dunia.

Jumlah itu menjadikannya antara sepuluh mamalia paling berjaya

yang pernah hidup di Bumi.

Dalam sepuluh ribu tahun, DNA kucing tidak banyak berubah.

Secara genetik, ada haiwan liar tinggal di rumah kita.

Haiwan liar dengan perkakasan fizikal yang menakjubkan.

Yang paling utama sekali, tulang belakangnya yang menakjubkan.

Kucing ada lebih banyak vertebra daripada kebanyakan mamalia.

Di celah-celah vertebranya juga ada cakera kusyen kenyal,

jadi tulang belakangnya amat fleksibel.

Reka bentuk fleksibel ini membantu kucing menjadi haiwan terpantas di darat.

Jika kita lihat citah berlari,

pelenturan dan pengecutan tulang belakang menyimpan tenaga keupayaan

dan membebaskannya sebagai tenaga kinetik semasa melompat ke depan.

Kucing kita ialah citah kecil yang fleksibel

dan meringkuk dalam posisi yoga yang luar biasa.

Kucing juga ada sistem otot yang cekap.

Kucing antara beberapa mamalia yang boleh aktifkan semua ototnya

ketika melompat.

Jujukan pencucuhan bermula.

Tiga, dua, satu, berlepas!

Kita berlepas.

Ia boleh lompat setinggi lima hingga enam kali panjang badannya.

Seperti manusia melompat melepasi zirafah.

Kucing guna ekornya untuk seimbangkan diri semasa perubahan arah yang pantas.

Bak kata ahli gimnastik, benda yang naik mesti akan turun.

Membawa kepada persoalan sejak zaman-berzaman.

Orang kata kucing mendarat dengan kaki.

Kucing mampu membetulkan posisi dirinya dengan cepat.

Untuk lakukannya, ia perlu mengenal pasti kedudukan badannya di udara,

menerusi fenomena yang dipanggil refleks imbangan.

Refleks ini fungsi sistem vestibular.

Sel bulu hiperpeka di telinga dalaman

mengesan kedudukan badan, pergerakan dan pecutan di udara

dan menghantar maklumat ini terus ke otak.

Jadi, kucing sentiasa tahu arah atas.

Semua mamalia ada refleks imbangan, termasuklah manusia.

Tapi kadangkala, kita jadi keliru.

Kita gelarkannya "twisties" .

Macam kisah Simone Biles.

Dia rasa dia hilang kebolehan mengesan kedudukan tubuhnya di udara.

Dia rasa bahaya jika dia teruskan.

Itu memang logik.

Tapi ia sukar untuk dikawal.

Refleks kucing lebih dua kali ganda pantas daripada kita

dan mengatasi haiwan peliharaan lain.

Jika kita jatuhkan anjing

dari posisi yang sama berulang kali,

anjing takkan jatuh berdiri.

Pada berat setara, kucing mungkin mamalia

paling pantas, paling kuat dan paling fleksibel di Bumi.

Tapi bakat liarnya juga menjadikannya penuh misteri.

Untuk memahami tingkah lakunya, ahli psikologi kucing boleh membantu.

Duduk. Bagus, sayang.

PROFESOR MADYA, KOLEJ UNITY

AHLI PSIKOLOGI KUCING

Sepanjang evolusi, kucing tak banyak berubah.

Kini, kucing seperti gabungan antara kucing liar

dengan kucing jinak yang kita mahukan.

Kristyn mengkaji misteri minda kucing.

Dia cuba menguraikan perkara yang kucing fikirkan.

Saya rasa keupayaan sosial kucing terlalu dipandang rendah.

Terutamanya apabila kucing dibandingkan dengan anjing.

Orang kata anjing lebih hebat dari aspek ciri sosiokognitif.

Anjing selalu dianggap sebagai haiwan peliharaan yang lebih intuitif.

Anjing tahu namanya dan sehingga 160 perkataan.

Anjing memahami air muka manusia,

malah mampu selesaikan masalah.

Kristyn percaya kucing tak diberi peluang untuk buktikan kemampuannya.

Jaga perangai.

Sebenarnya, penyelidikan terhadap kucing jarang dilakukan.

Jadi, dia bertekad untuk mengetahui

kebolehan kucing jika dibandingkan dengan lawannya anjing.

Kita letak kucing di sini.

Pertama sekali,

adakah kucing tahu namanya?

Dalam ujian ini, kita nak lihat jika Carl tahu namanya.

Ini pembesar suara Bluetooth yang akan memainkan suara saya.

Kristyn bermula dengan empat perkataan satu suku kata.

Boot.

Ada reaksi kepada perkataan pertama, bunyi baharu di persekitarannya.

Sock!

Tapi Carl mula hilang minat terhadap bunyi.

Day.

Kristyn tambah perkataan yang menyerupai nama Carl.

Girl!

Masih tiada apa-apa.

Tapi tibalah detik kebenaran.

Carl!

Bagus!

Ujian ini dijalankan beratus-ratus kali dengan banyak kucing berbeza.

Jelas sekali kebanyakan kucing tahu namanya sendiri.

Jawab atau tidak, itu cerita lain.

- Teruskan. - Itu kita bincangkan nanti.

Kajian Kristyn membawa dia ke pusat revolusi kucing moden.

JEPUN

Pada 2017, kucing mengatasi anjing sebagai haiwan peliharaan paling popular di Jepun.

Kini, ia didiami sembilan juta kucing peliharaan

dan antara saintis kucing terhebat di dunia.

PENYELIDIK KUCING, UNIVERSITI AZABU

Berbanding dengan kajian anjing, kajian tentang kucing

ketinggalan lebih kurang 15 tahun.

Kristyn dan Saho telah menerbitkan 37 kajian.

Mereka membantu membuktikan kucing mengenali wajah dan suara tuannya,

dan tentunya kucing lain.

Mereka buktikan kucing faham erti tudingan jari.

Kucing faham kekekalan objek.

Ia faham apabila objek hilang daripada penglihatan,

tidak bermakna ia hilang terus.

Yang penting, kucing lebih faham daripada yang kita sangka.

Apabila kajian dijalankan,

kami nampak kucing berkelakuan dan bertindak lebih kurang macam anjing.

Kita cuma perlu tahu cara memanfaatkan potensi itu.

Temu bual Maryna dan Svitlana, tanda ABC.

- Nama saya Maryna. - Nama saya Svitlana.

Kamilah Savitsky Cats.

Kami ialah keluarga manusia dan kucing terlatih.

Melatih kucing ialah perkara yang ajaib.

Ia bukan mudah.

Savitsky Cats yang menakjubkan ialah selebriti Ukraine.

Mereka membuat jelajah dunia, hiburkan jutaan orang.

Mereka berjaya mara ke suku akhir America's Got Talent .

Boleh tahan bagi haiwan yang selalu dianggap tak boleh dilatih.

Perbezaan antara melatih kucing dengan melatih anjing

ialah anjing ingin gembirakan kita.

SANGGUP KERJA UNTUK MAKANAN

"Saya buat apa saja untuk awak! Saya ikut cakap awak."

Kucing pula akan cakap, "Cubalah paksa saya."

Keluarga Savitsky tahu cara untuk dapatkan aksi terbaik kucing.

Pertama sekali, kita perlu berkawan dengan kucing.

Kucing perlu percayakan kita sepenuhnya.

Kucing tak suka kita buat kejutan.

Selama empat tahun ini, Dasha ialah bintang terbaik mereka.

Dasha.

Dasha memang pelakon.

Setiap kali nampak kamera, Dasha rasa seluruh dunia berhenti.

Dasha cuma mahukan perhatian kamera.

Dasha buat banyak aksi paling sukar dalam pasukan…

termasuk Mission Impossible…

dan lompat tinggi.

Tak dapat disangkal bahawa Dasha ialah kapten kucing Savitsky.

Tapi ada tiga calon lain yang mahu merebut tempatnya.

Mana-mana satu pun berpotensi jadi bintang besar seterusnya.

Setiap kucing umpama anak kami sendiri.

Kami tak boleh bayangkan hidup tanpanya.

Potensi sebenar kucing cuma boleh dikeluarkan

dengan menjalinkan ikatan.

Sesetengah doktor mengabdikan diri kepada seni ini.

PENGARAH TINGKAH LAKU & KEBAJIKAN

SPCA SAN FRANCISCO PAKAR TINGKAH LAKU KUCING

Yorumlar

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left