İlk 200 satır.
KETIDAKADILAN DALAM SEBAHAGIAN BESAR NEGARA KAMI
DATANG DARI MASA SILAM DAN BANYAK MASIH BERLAKU HARI INI.
SESIAPA PUN DAPAT MELIHATNYA.
KAWAN RAPAT CHILE 1910 DR. J. V. CANGE
Jalang, mari sini! Kejar dia!
Ke sungai, mari! Lari!
Sana, mari!
Di sana!
TIGA HARI SEBELUMNYA
Terima kasih!
Saya menyapa kamu, wahai Pemilik, supaya saya dapat masuk.
Saya ada cucu yang pergi untuk belajar dengan orang asing
selama hampir enam tahun
untuk belajar apa yang orang kami sudah tahu sejak dulu lagi.
Dulu saya ada nenek. Dia sangat degil.
Ya, betul.
Kamu sempat tiba untuk kitaran baharu.
Ya.
José membaiki motosikal kamu,
tapi jangan suruh nenek menaikinya.
- Nenek okey? - Ya.
- Helo! - Helo!
- Helo! - Helo, saudari!
Helo, saudara!
Hai! Lama tak jumpa! Apa khabar?
Sangat baik, saudara.
- Saya gembira kamu datang. - Terima kasih, saudara.
- Lama tak jumpa, saudari. - Memang lama, saudara.
- Gembira dapat jumpa! - Saya juga!
Sayen! Kami sangka kamu akan balik esok.
Saya tak mahu tinggal lama kerana
saya mahu sambut kitaran baharu bersama kamu.
Kenapa kamu ketawa?
Ayah!
Ayah!
- Sayen! - Ayah!
- Ayah! - Sayen!
Ayah!
Ayah!
Jangan bergerak!
Sayen!
Orang asing tak guna!
- Ayah! - Sayen!
Ayah!
Ayah!
Dia meludahi Lihuel. Lihuel marah dan kejar dia.
Tapi dia berhenti dan berbaring seperti ulat bulu.
Lihuel terjatuh!
Kasihan! Saya akan minta maaf apabila saya jumpa dia.
Sayen, kami gembira kamu dah balik.
Nenek kamu, komuniti kita
dan khasnya...
José sangat gembira.
Wajahnya berubah.
Apa? Wajah apa?
Ya. Wajah apa?
Pernah nampak kambing baru lahir? Dia seperti kambing jatuh cinta, bukan?
Jangan usik kawan saya.
Lagipun, tiada seorang pun lelaki dalam komuniti ini yang dimakan usia.
Contohnya, kamu, saudara.
- Saya? - Ya.
Saya rasa kamu membuat perjanjian dengan syaitan untuk rahsia awet muda.
Saya juga ingin mengambil peluang ini
untuk mengalu-alukan kamu, Saudari Sayen, ke rumah kamu, bersama nenek kamu.
Selamat datang, saudari.
- Minum. - Minum!
- Selalu menang! - Selalu menang!
Moga kepulangan kamu akan menggerakkan José
untuk menulis bagi orangnya, bukan hanya bagi orang asing.
Sejak bila saya tak bersama orang kita?
Sewaktu mereka menjarah tanah kita dan mengheret kita keluar.
Kenapa tiada laporan akhbar?
Siapa yang muat naik semua itu di media sosial?
- Ya, media sosial... - Tepat sekali!
Saya nak bantu, tapi itu bukan kemahiran saya.
- Apa masalahnya? - Isu ini bertambah buruk, saudara.
- Itulah masalahnya. - Ya.
Keparat itu faham hanya jika kita memprotes.
Dengar sini, Pedro...
Kita mengalu-alukan cucu saya dan kita mula bergaduh.
Bagus untuk berjumpa dengan orang asing.
Hanya orang bodoh yang enggan mengenal orang asing.
Saya fikir saya boleh datang
dan bantu kamu dengan gudang nenek kamu.
Sewaktu kamu tiada, dia kumpulkan banyak barang.
Ya, saya nampak.
Atau kita boleh masuk ke hutan seperti yang kita buat dulu.
Saya takkan pergi, José. Kita ada masa.
Waktu kecil, nenek bawa kamu ke sini.
Ya, saya ingat.
Ingat apa yang nenek kata?
Pencipta memberi, untuk kita pertahankan.
Apabila dunia dilahirkan,
Pencipta masukkan Pemilik ke dalam setiap makhluk agar tak kehabisan.
Tanpa Pemilik,
sungai dan hutan akan hilang,
angin tidak akan bertiup,
api akan lenyap
dan Bumi akan hilang.
Pemilik gunung hidup dalam kamu.
Pemilik mengucapkan kata-kata suci kepada semua makhluk hidup.
Itulah ilmu Mapuche.
Orang asing perlu menakluki tanah,
menghancurkannya, menghalau Pemilik dan membuat kita kehilangan rumah.
Dunia ini ringkas tapi orang asing merumitkannya.
Boleh saya bantu kamu?
Helo.
Saya nak bercakap dengan Pn...
Ilwen Lemunko. Dia tinggal di sini?
Ya. Kenapa kamu nak jumpa dia?
Dia ahli keluarga kamu?
Ya, kenapa kamu nak jumpa dia?
Kami nak bercakap dengan dia saja.
Tunggu di sini.
Nenek! Ada orang cari nenek di luar sana.
Apa khabar, puan?
Sila duduk.
- Apa herba ini? - Plantain.
Waktu kecil, ibu beri saya teh plantain.
Madu?
Ya, terima kasih.
Ada berapa hektar?
Hektar?
Apa itu? Itu perkataan yang digunakan orang asing.
Orang putih seperti kamu.
Pn. Ilwen, biar saya berterus terang.
Ekosistem di sini amat unik.
Kami nak berbincang
tentang cara kami dapat bantu kamu untuk melindungi tempat ini.
Sebagai balasan, kami akan berikan tawaran baik untuk kamu.
Kamu banyak bercakap, tapi kamu tak mengatakan apa-apa.
Kami nak beli tanah kamu.
Bukannya betul-betul beli.
Kami bukannya nak jadi pemilik. Itu bukan maksud kami.
Kami berminat untuk beli sebahagian tanah kamu.
Kamu masih boleh tinggal di sini. Secara percuma.
Kamu bukan saja akan terima bayaran lebih daripada harga pasaran.
Kami juga dapat merunding
program pembangunan mampan untuk komuniti kamu.
Ya. Tengok...
Inilah nama syarikat yang kami wakili.
Actaeon. Sebahagian daripada GreenCorp. Mungkin kamu pernah dengar.
Kami ada beberapa projek penting di beberapa negara.
Saya akan beri kamu surat cadangan
supaya kamu dapat baca nanti.
Cucu kamu boleh bantu jika kamu tak faham.
Ambil masa kamu, Pn. Ilen.
Ilwen.
Maaf?
Ilwen.
Ilwen. Pn. Ilwen, tak perlu terburu-buru.
Sila faham, kita semua akan mendapat manfaat.
Kamu beli,
kami dapat tinggal di sini.
Apa yang kamu dapat?
Ekopelancongan berdasarkan pemuliharaan.
Tiada pelancongan yang mesra ekologi
dan hutan memulihara diri sendiri.
Kamu orang Sepanyol, bukan?
Hutan hidup dalam diri kita semua.
Saya bukan pemilliknya.
Saya cuma penjaganya.
Tempat ini tempat suci,
ditubuhkan oleh dukun kami untuk komuniti.
Kamu orang Chile dan kamu tahu tentang semua ini.
Baik kamu beritahu pemuda ini
bahawa selama 500 tahun, kami melawan
orang Sepanyol untuk mengekalkan tanah kami.
Sekarang, kamu nak saya serahkannya kepada seorang Sepanyol
hanya kerana mukanya kacak?
Teh sudah sejuk.
Itu bererti perbualan ini sudah tamat.
- Baik. - Mari pergi.
Saya hanya minta puan fikirkannya.
Saya akan tinggalkan kad nama yang ada nombor telefon saya.
Saya juga akan tulis harga tawaran awal.
Kita boleh berunding.
Tapi, seperti yang saya kata, ada banyak manfaatnya.
Serta penerima manfaat.
Selamat jalan.
Saya rasa kamu terlalu mendesak.
Mereka pernah datang?
Ini kali pertama.
Dah lama mereka mempertahankan tanah mereka.
Mereka akan terus lakukannya.
Tengoklah nanti.
Semua orang ada harganya. Kamu ada dan saya juga ada.
Pokok itu ada harga.
Kita buat tawaran yang mereka suka.
Senang saja.
Tengoklah nanti.
Ayah kamu telefon.
Dia akan mendarat.
Tempat itu berdekatan?
Sekitar 15 kilometer, tapi jalannya teruk.
Bagaimana dengan wanita itu?
Teruk sekali.
Bapa Máximo akan marah dengan anak penagihnya.
Jangan cakap tentang apa yang kamu tak faham.
Pergi dapatkan kopi.
No comments yet. Be the first to leave one.