İlk 200 satır.
Tak ada gunanya.
Kenapa cakap begitu, Ada?
Kakak tak rasa dia?
Dia sudah hampir.
Kamu asyik buat benda sama, tapi tiada hasil.
Mungkin berhasil jika saya dibantu.
Pada kiraan tiga, dua, satu.
Saya dah cakap, pasti berhasil.
SEBUAH SIRI NETFLIX
BERDASARKAN NOVEL GRAFIK IDW OLEH JOE HILL DAN GABRIEL RODRIGUEZ
Kinsey! Bode!
Makan tengah hari!
- Kalah lagi. - Permainan ini tak adil!
Saya tak pilih untuk jadi burung pipit.
Walaupun ada kelebihannya.
Kawan-kawan burung boleh berak pada kereta kakak.
Kamu tiada kawan-kawan burung.
Belum lagi.
Ibu rasa persiapan majlis perkahwinan hampir selesai semuanya dan…
Ibu nak tunjuk sesuatu.
Ibu tak pernah sedar.
Ia terjatuh dari rak buku di bilik bacaan.
Hebat, bukan?
Ibu rasa ia memiliki magik.
- Ibu kata begitu tentang pemutar rekod. - Dan patung tupai pelik itu.
Baiklah, tapi lihatlah. Rumah Kunci di dalamnya.
Kenapa pula seseorang buat glob salji yang ada rumahnya?
Tapi ia tiada lubang kunci.
Mungkin, dan dengar dulu,
mungkin ia hanya glob salji antik yang hebat.
Dengar khabar daripada Tyler?
Semalam, dia klik suka untuk mesej saya, jadi kita boleh anggap dia masih hidup.
Baik, baguslah.
Bagus?
Standard lebih rendah daripada sangkaan saya.
Dia mahu masa untuk menyendiri.
Kita perlu hormatinya.
Apabila dia bersedia, ibu pasti dia akan berhubung.
Sementara itu, kita hanya perlu teruskan hidup kita.
Sudah dua bulan dia pergi.
Saya fikir tentu dia dah pulang.
Ya, tapi kita pun banyak berseronok, bukan?
Ya.
Kita buat dengan baik.
Dodge sudah tiada. Kita tak dengar apa-apa daripada Eden.
Keadaan akhirnya kembali normal.
Kecuali kamu.
Kakak yang pelik.
Mana benda itu?
Duncan kata ibu Brian tak boleh duduk dekat dengan mak cik saudaranya, Sharon.
Dia tak beri sebab.
Okey, saya tukar tempatnya dengan kawan Duncan dari Kolej Fisher.
Bagus.
Ibu rasa semuanya nampak bagus melainkan kamu nampak apa-apa masalah.
Majlis pada hari Sabtu.
Beri saja tempat duduknya kepada orang lain.
Bagaimana dengan Sepupu Frank dari Phoenix?
Ibu tak boleh layan lawak bodoh sebanyak itu dalam satu malam.
- Itu tradisi keluarga. - Keluarga sebelah ayah kamu.
Ibu boleh ajak seseorang.
Ibu? Tidak.
Ibu berhak bawa teman.
Apa kata ibu ajak Josh?
Ibu rasa ibu belum bersedia.
Jamie akan datang dan lepak bersama Bode.
Tentu bagus jika ibu ajak dia.
Ibu fikir dulu.
MEJA TYLER?
HELO
CAKAP SEKARANG ATAU SAYA TEMPATKAN ABANG DI SEBELAH SEPUPU FRANK DARI PHOENIX
Seronok dapat kembali?
Nebraska indah, tapi apa saya boleh cakap?
Saya lebih gemar laut.
Ellie!
Awak mungkin tertanya-tanya ke mana saya pergi.
Awak tak perlu jelaskan.
Awak rasa berbeza?
Tak tahu tentang magik
hingga ia memisahkan saya daripada anak-anak
memang sukar.
Kini kami boleh berhubung.
Saya tahu apa yang mereka,
awak, Rendell dan kawan-kawan kamu lalui.
Jadi, awak tahu peranan saya.
Mengembalikan Lucas telah memulakan segalanya.
Awak tak dapat duga apa yang akan terjadi.
Lagipun, saya rasa kunci mempengaruhi kita tanpa disedari.
Ia mahu digunakan.
Bagus atau tidak, ia tak kisah.
Saya kesal atas apa yang berlaku terhadap awak.
Saya tahu anak-anak rasa teruk.
Bukan salah mereka.
Semuanya salah Dodge. Bukan salah mereka.
Awak dengar berita daripada Lucas?
Saya tak menjangkanya.
Dia perlu pergi dari sini.
Mulakan hidup di tempat baharu.
Saya tak salahkan dia.
Sejujurnya, saya pun nak mulakan hidup di tempat lain.
Tapi Rufus mahu kembali ke sini, jadi
kami sewa sebuah rumah di tepi tasik.
Saya tak sanggup pindah semula ke rumah lama kami.
Tentulah, ia masuk akal.
Saya menjangkakan banyak renungan dan soalan.
Semua orang fikir saya dijumpai merayau di luar Pittsburgh
dan saya tak ingat nama saya sendiri.
Lebih baik daripada kebenaran.
Ellie.
Bagaimana rasanya?
Di sebelah sana.
Ia seperti
masa dan ruang tidak wujud di sebelah sana.
Dan saya cuma
hanyut begitu saja.
Ia seperti cuba mengingati mimpi buruk
dan awak hanya ingat perasaan selepas mimpi itu.
Dan ia
perasaan yang saya harap saya tak alami lagi.
SELAMAT DATANG KE MATHESON MASSACHUSETTS
Inilah yang saya harapkan daripada filem ini.
Inilah yang Matheson perlukan
untuk menaikkan hasil pelancongan kita selepas kesan tragedi baru-baru ini.
Saya harap begitu, En. Shaw.
Kami gembira kerana awak mengupah kami.
Saya boleh dengar suara pencerita.
Matheson Massachusetts.
Tempat yang terkenal dengan sejarah revolusi, tebing indah,
cowder kima New England…
Dan kematian beramai-ramai.
Doug.
Tidak.
Betul. Kita patut gunakannya.
Guna filem ini untuk menarik peminat pelancongan mengerikan.
Bagaimana dengan ini?
Matheson Massachusetts. Terkenal dengan kematian misteri.
Tengoklah pelancongan di Chernobyl.
Dia bergurau.
Chernobyl, ya.
- Lucu, ya. - Sangat lucu.
Saya perlu pergi.
Teruskan usaha baik ini.
Baiklah. Terima kasih.
Awak nak musnahkan satu-satunya sumber dana dan peralatan kita?
Saya nak cuba mudahkan kerja kita.
Mula.
Dan Abby.
Hebat.
Teruskan.
Bagus.
Okey. Sekarang awak rasa dia.
Dan pusing!
Dan berhenti!
Bagus, kawan-kawan.
Kita berjaya rakam filem pelancongan dan Splattering
pada hari sama.
- Bagus. - Bagus.
Bode jumpa kunci baharu yang ubah kita menjadi haiwan.
- Ibu dan kawan-kawan pernah guna? - Beberapa kali, ya.
Ya? Ibu jadi haiwan apa?
Ibu rasa ibu burung hantu.
Hebatnya. Jadi, ibu terbang di Rumah Kunci dan…
Maaf, Ruf.
Ibu tak nak cakap tentang itu, jika kamu tak keberatan?
Tak mengapa.
Jadi, apa kata kita kongsi lof daging?
Boleh saya ambil pesanan?
Oh, Tuhan.
- Ellie Whedon? - Hai, Margie.
Saya gembira awak dah kembali!
Kami sangat lega apabila tahu awak telah dijumpai.
Baiknya hati awak. Terima kasih.
Jadi, kita akan mula dengan dua susu kocak vanila.
Ya. Saya akan kembali dengannya.
Saya tahu ini bukan mudah untuk ibu,
tapi saya rasa bagus untuk kita kembali.
Ibu mahu kamu gembira.
Ibu pun boleh gembira di sini.
Jika ibu cuba, saya rasa.
Ibu akan cuba?
Ya.
Okey.
Ibu perlu ingat untuk telefon katerer esok
dan maklumkan bilangan sajian vegetarian.
Apa yang kamu perlukan?
Hei, jangan makan snek sekarang. Makan malam hampir siap. Ibu cuma perlu…
Saya mendengar.
Tunggu. Kamu…
Kamu dengar bisikan?
Rasanya ia di dalam peti sejuk.
Okey, mari kita pastikan semuanya teratur sambil…
Saya rasa ia tersembunyi di dalam.
Emping salji?
Mana lagi ada emping salji?
Ibu rasa ibu tahu tempatnya. Mari ikut ibu.
Ibu dah cakap ia ada magik.
Nak cuba?
Kita patut tunggu Kinsey.
Ya, okey.
Betul. Tapi dia cakap dia akan pulang lewat.
Baiklah, kita boleh cuba. Tapi sekejap saja.
No comments yet. Be the first to leave one.