1899

1899

Malay Altyazısını İndir

Sezon 1

Sürüm bilgisi

1899 S01 NF WEB-DL x265-ION265
Şunun yorumuyla Ridz
Sub Retail Netflix

Etiketler

Web-DL
web-dl
web
WEB-DL
x265
Yayınlandı: 2022-11-19
İndirmeler: 55
İşitme Engelliler: No

Malay altyazı önizlemesi

İlk 200 satır.

Otak lebih luas daripada langit

Jika diletakkan bersebelahan

Ia boleh melitupi langit

Dan menyelubungi kau dengan mudah

Otak lebih dalam daripada lautan

Jika ditempatkan bersampingan

Ia akan menyerap lautan

Seperti span menyerap sebaldi air

Ayah?

Saya tahu apa yang saya nampak. Saya tak gila!

Apa ayah buat kepada abang saya?

Mana abang saya?

Dia telah menaiki Prometheus.

Dia tahu apa ayah buat di kapal ini.

Kenapa saya tak ingat? Apa ayah buat kepada memori saya?

Saya tak gila.

Bangun.

"Kapal stim hilang di laut. Prometheus masih hilang selepas 4 bulan."

THE AWAKENING OLEH KATE CHOPIN

"Abang tahu apa ayah kita buat. Jumpa abang di New York.

Jangan percaya sesiapa.

Abangmu."

Saya Maura Franklin.

Dilahirkan di Morefield.

Hari ini 19 Oktober,

1899.

Saya tak gila.

Saya Maura Franklin.

SEBUAH SIRI NETFLIX

KAPAL

Baiklah, kawal!

Baiklah!

Ya, saya tak percaya tahyul.

Maksud saya, sudah empat bulan

tapi mereka masih belum jumpa Prometheus.

Kapal besar tiba-tiba menghilang.

- Pelik. - Ia tak hilang, ia tenggelam.

Habis cerita.

Awak tak tahu.

Tolonglah, sekali lagi?

Hei, orang Poland!

Naik. Baikinya.

Tahun lepas di dok, ada seorang lelaki yang beritahu saya…

Orang Poland! Gerakkan tuil.

Saya fikirkan kapal hilang itu.

Sajian pertama, puan.

Ia tenggelamkah?

Itu saja penjelasannya. Jika tak, mereka dah jumpa.

Saya takut menaiki kapal daripada syarikat yang sama.

Tapi apa kemungkinan dua kapal daripada syarikat yang sama tenggelam?

Betul?

Awak dengar, Lucien?

Kenapa perlukan banyak pisau?

Entahlah.

Buat-buat macam kamu tahu.

Cepat makan.

Pura-pura saja.

Lucien?

Betul cakap awak.

Pelayan.

Lagi.

Tak cukupkah awak minum?

Masalahnya awak membosankan.

Angel, rendahkan suara awak.

"Angel, rendahkan suara. Bertenang."

Tiada sesiapa faham apa yang saya cakap.

Kenapa nak rendahkan suara?

Cik Franklin.

Sukar nampak awak awal di sini. Boleh saya duduk?

Jangan buat muka begitu.

Saya membantu awak.

Saya faham. Sudah lama saya mengembara sendiri.

Saya tahu ada waktunya bersendiri lebih menyenangkan,

tapi saya juga tahu kita mudah dinilai

dan ia sudah menjadi buah mulut.

Betulkah awak doktor?

Fokus saya ialah otak manusia.

Mereka benarkan awak potong otak?

Wanita di England boleh belajar, bukan praktikkan.

Mereka memang begitu.

Mereka tunjukkan dunia,

dan cakap kita tak boleh memilikinya.

Nampak lelaki itu? Dr. Reginald Murray.

Dia bodoh macam lembu.

Ayahnya doktor, datuknya doktor dan seterusnya.

Lahir sebagai lelaki dan dimanjakan.

Mungkin kita boleh berjalan di dek luar.

Beritahu saya.

Apa yang menarik tentang otak?

Otak mendorong fikiran dan kelakuan kita.

Ia menyimpan rahsia alam semesta.

Rahsia alam semesta?

Ada dunia tersembunyi dalam diri kita yang perlu ditafsirkan.

Mungkin ia patut kekal rahsia?

Tengoklah mereka.

Kenapa mereka semua di sini?

Paderi yang gementar

dan adiknya yang miang.

Gadis eksotik di sana dengan hambanya yang hanya menurut.

Pasangan Perancis yang berkahwin atas sebab yang salah.

Mereka lari daripada sesuatu.

Apa lagi sebabnya orang nak ke tempat lain?

Dan tak silap saya,

awak pun sama macam mereka.

Minta perhatian.

Minta perhatian.

Kami perlukan bantuan.

Kami perlukan

doktor.

Kakak saya…

Doktor?

Kami tak tahu apa yang perlu dibuat. Kami perlukan doktor.

Saya merayu.

Dia akan mati. Kami buntu. Saya merayu.

Dia akan mati!

Saya merayu. Doktor! Kami perlukan doktor!

Lepaskan saya! Berhenti!

Tolong kami!

Doktor! Kamu sedang bunuh dia! Kami perlukan doktor!

Awak boleh teruskan tanpa saya.

Kami perlukan doktor.

Diam.

Ini bukan tempat kau, bangsat.

Selepas ini, aku campak kau ke laut. Faham?

Puan.

Berhenti!

Awak cari doktor.

Awak doktor?

Okey. Mari.

Ikut sini.

Awak hamil berapa bulan? Dia hamil berapa bulan?

Dah berapa lama awak mengandung?

Berapa bulan?

- Berapa? Tujuh bulan? Enam? - Tujuh.

Tujuh?

Keluarkannya!

Keluarkannya sekarang!

- Dia fikir bayinya mati. - Siapa itu, Krester?

Kenapa bawa datang? Bodoh. Kita tak perlu bantuan.

Beri kepada saya.

Tak. Ini salah. Kita tak kenal dia dan tak tahu tugasnya!

Awak perlu buat sesuatu.

Jantungnya berdegup.

Mungkin sakit akibat tali pusat. Ia jarang berlaku, tapi ia boleh terbelit.

Saya perlu pusingkan bayi.

Saya rasa dia nak pusingkan bayi.

Tidak.

Ini mungkin menyakitkan.

Tidak. Ini salah.

Buat sesuatu. Dia akan membunuhnya. Ini anak Tuhan.

- Anker! - Apa awak nak saya buat?

Dia tak apa-apa.

Terima kasih.

Mungkin jika awak bantu,

dan bukan terbaring kaku saja di situ.

Jadi, ini semua salah saya?

Jangan berlakon. Awak berpura-pura.

Ibu bapa awak tiada. Tak apa.

Awak tak mencintai saya. Tak pernah.

Ini bukan perkahwinan, ia diatur.

Jadi, berhenti berpura-pura.

Terima kasih

kerana bantu kakak saya.

Apabila saya dewasa, saya nak jadi doktor seperti awak.

Saya minta maaf. Saya tak faham.

Terima kasih.

Awak ada anak?

Tak. Saya…

Saya…

Saya tak boleh ada anak.

Nah.

Ini saja harta kami.

Awak sesat?

Saya tak nampak awak.

Awak kapten.

Awak buat apa di bawah?

Saya rasa itu bukan urusan awak.

Penumpang kelas pertama tak boleh turun.

Kapal ini ada peraturan dan ia tak boleh dilanggar.

Siapa yang buat peraturan dan siapa yang dapat faedahnya?

Kapten!

Kapten, tuan perlu lihat ini.

TELEGRAF SYARIKAT KAPAL STIM

Selama 20 minit, kami menerima isyarat yang sama.

Mungkin kapal hilang itu.

Prometheus.

Empat puluh empat. Lima puluh tujuh.

Lima puluh sembilan. Enam puluh.

Mereka cuma hantar koordinat ini.

Berulang kali. Itu saja.

Kita tak pasti jika itu Prometheus.

Kita sejauh mana?

Kita di sini.

Pada 18 knot.

Pelik.

Jika mereka hanyut empat bulan lalu,

arus sepatutnya bawa mereka ke utara, bukan ke selatan.

Bagaimana mereka ke sini?

Lebih kurang tujuh jam.

Kita ubah haluan. Destinasi baharu. 42.4 utara.

More Malay subtitles for 1899

Yorumlar

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left