İlk 200 satır.
Beberapa perkara berikut adalah benar.
Setidaknya, bahagian penting.
NETFLIX MEMPERSEMBAHKAN
Berhenti, polis!
Hentikan gadis itu!
Tumpang lalu!
- Maaf. - Awas!
Tengoklah dengan hati-hati!
Halang dia!
Mungkin saya patut jelaskan.
Nama saya Enola Holmes. Anda mungkin ingat saya.
Selepas kes pertama saya selesai…
Helo.
…saya mulakan perniagaan.
Sebuah agensi detektif…
AGENSI DETEKTIF ENOLA HOLMES
…dibuka dan bersedia menerima klien pertama saya.
Saya mahu sertai senarai detektif zaman Victoria terhebat.
- Detektif Field. - Ya.
- Mackenzie Macintosh. - Hai.
- Sir Alfred Hornblower. - Apa khabar?
Dan Reginald Swain yang terkenal.
Paling penting, saya akan sertai abang saya dan jadi setandingnya.
Detektif atas usaha sendiri,
layak memegang nama Holmes.
Tahniah.
Atau saya fikir begitu.
Saya bercakap dengan setiausahanya?
- Berapa usia kamu? - Terperanjat saya, kamu muda.
Tapi usia kelebihan saya.
Saya boleh menyelinap masuk dan meneroka tempat asing.
Saya boleh lawan. Saya tahu jujitsu.
- Tapi kamu budak perempuan. - Ya, betul.
Apa pengalaman kamu?
- Kes Tewkesbury? - Itu Sherlock Holmes.
- Itu Sherlock… - Sherlock…
- Sherlock Holmes, bukan? - Percayalah, itu kes saya.
Tewkesbury itu bagus. Pemuda yang berani.
Beritahu saya…
- Beritahu saya… - Ya?
Abang kamu ada?
Baca semuanya!
Sherlock Holmes dan kes mayat Brixton.
Jadi, abang saya.
Meskipun saya tidak dapat apa-apa kes, kes Sherlock tak henti-henti.
Namun kes terbaharunya kelihatan membuatkan dia buntu.
Sementara itu, ibu saya masih melarikan diri…
MAKANAN BAYI
…dan cuba untuk tidak menarik perhatian.
Walaupun itu bukan kepakarannya.
HAK SAKSAMA UNTUK WANITA
TUTUP
AGENSI DETEKTIF ENOLA HOLMES
Ya, kemudian ada
dia.
Tuan-tuan, reformasi bukan tugas yang perlu dicapai,
mahupun akta untuk diluluskan,
ia perubahan yang sentiasa diperlukan.
Setuju.
Lord Tewkesbury, pejuang perubahan dan kemajuan.
Lelaki yang ditemui untuk perjuangan murni.
Namun, saya tiada masa untuk gangguan. Lagipun, dia masih lagi dungu.
Terlalu ramai orang yang menjadikannya matlamat tunggal
untuk menyesuaikan diri dalam dunia sekeliling mereka.
Ini satu kesilapan.
Ini laluan kamu, Enola.
Kadangkala kamu akan tersandung.
Kadangkala kamu jatuh.
Walaupun kamu rasa hilang arah,
jika kamu yakin kepada diri kamu,
laluan kamu akan menemukan kamu lagi.
Tapi laluan saya, nampaknya telah berakhir.
Saya gagal.
Saya hanya boleh pulang.
Enola Holmes?
Ya?
Jadi, betul tempatnya.
Betulkah awak cari orang yang hilang?
AGENSI DETEKTIF ENOLA HOLMES ORANG HILANG DITEMUKAN
Mana kamu jumpa? Iklan ini dah berbulan-bulan.
Saya jumpa di jalan.
Kamu kehilangan siapa?
Kakak saya.
Awas ruang itu.
Dia hilang seminggu lalu.
Semua orang kata dia lari, tapi Sarah takkan buat begitu,
bukan kepada saya.
Dia saja keluarga saya sekarang.
Ikut sini.
Gadis-gadis lain masih bekerja.
Teh?
Terima kasih.
Boleh saya lihat biliknya?
Maksud awak, bilik kami?
Inilah bilik kami.
Kami bertuah. Kebanyakannya tinggal berlima sebilik.
Ini mungkin membantu.
Sarah suka tinggalkan keju untuk tikus.
Dia baik hati.
Bagaimana rupa Sarah?
Tingginya lebih kurang begini.
Cantik.
Sangat cantik.
Mata hijau, rambut merah.
- Muka berbintik-bintik. - Rambut merah?
Kami bukan adik-beradik biasa.
Adik-beradik jumpa. Sarah jaga dia.
Siapa ini, Bess?
- Enola Holmes. - Dia detektif.
Rupanya seperti akan ditiup angin.
Mae!
Jadi, Bessie, apa yang Sarah pakai pada hari dia hilang?
Apa dia buat?
Dia membuang masa.
Gaunnya lagi satu, berwarna hijau.
Dia suka membaca?
Ya. Dia mengajar dirinya membaca.
Sarah kata kita perlu belajar tentang dunia jika mahu menghuninya.
Alat solek.
Dia ada kekasih?
Tak, tapi ramai yang meminatinya.
Dia tak pandai jaga pokok.
Begini, apa kata awak berhenti menyibuk?
Diam, Mae. Biar dia buat kerja.
12 MAC
12 Mac. Tarikh itu bererti bagi kamu?
Cukup.
Kami tak perlukan bantuan orang macam awak.
Saya jumpa dia, dia takkan ke mana-mana.
Budak ini suka jaga tepi kain orang.
- Dia tak tinggalkan nota? - Ini saja.
Dia ada dua kerja. Jika tidak, kami tak boleh hidup.
Cuci gelas di pub.
Tempat bernama The Stag Antlers.
Awak boleh ambil.
Tidak, tak apa. Kita bincang nanti.
Jadi, bila kali terakhir awak jumpa dia?
Seminggu lalu, di kilang mancis.
Dia bertengkar dengan Encik Crouch, mandur kilang, di pejabatnya.
- Tentang apa? - Dia kata Sarah mencuri.
Tapi Sarah jujur.
Kilang mancis, itu tempat kerjanya?
Tempat kerja kami semua. Kami gadis mancis, bukan?
Jadi, kita mula di situ.
Jadi, awak terima? Awak terima kes ini?
Terima kasih, Cik Holmes.
Terima kasih.
Akhirnya, kes pertama saya.
Sebenarnya, kes kedua.
Saya akan cari awak, Sarah Chapman.
Rambut merah, gaun hijau.
Alat solek, buku sains.
12 Mac.
Apa saja yang awak buat…
pencarian bermula.
Dekat dengan saya. Ikut saya.
Berapa ramai gadis bekerja di sini?
Lima ratus, mungkin enam ratus.
Bagaimana rupa saya?
- Kain leher saya nampak elok? - Ia di leher awak.
- Selamat pagi, Bessie. - Selamat pagi, Doris.
KILANG MANCIS
Mulut.
Mulut.
- Mulut. - Cepat.
- Seterusnya. - Keluar.
- Tolonglah, En. Crouch. - Keluar.
- Mulut. - Awak tengok apa?
Hei, gadis baharu. Tulis nama dalam buku daftar.
Mulut.
- Apa yang awak cari? - Tifus.
Itu fosforus.
Jangan risau, awak akan biasa dengan baunya.
Dia bekerja di sini?
Letak mancis di atas sisir.
Lalukan tangan,
masuk ke dalam kotak.
Mudah saja.
Awak cuba.
Tolak satu peni daripada gaji.
Dia sedang belajar, Encik Crouch.
Lebih baik dia belajar cepat, atau gaji kamu juga ditolak.
Siapa lagi nak ditolak gaji?
Bagaimana dengan kamu?
Tak, saya dah agak.
Baik, sambung kerja.
Saya perlu ke pejabat itu.
Jangan harap.
Jangan bercakap.
Hanya satu perkara kecil diperlukan
untuk mengubah peraturan dunia.
MANCIS PENI LYON
Hei, cepat lagi.
Hore!
Macam mana jadi begitu?
Apa lagi? Kutiplah.
Hei, cepat. Kutip.
Baiklah, sambung kerja.
Kenapa kamu ke sini?
KEUNTUNGAN
No comments yet. Be the first to leave one.