Diomedes: el ídolo, el misterio y la tragedia
İlk 200 satır.
Diomedes!
Mungkin ada gadis lebih cantik daripadamu
Mungkin ada yang lebih berkuasa daripadamu
Mereka mungkin wujud di dunia ini
Namun kaulah ratu…
Saya dilahirkan dengan muzik dalam diri.
Saya rasa ia komitmen budaya dan moral untuk negara kerana ia budaya rakyat.
Kaulah ratu
Ratu tanpa harta atau negara
Itu mengajarku untuk hidup Tiada apa-apa lagi
Ketika ini dalam hidupku
Aku kesal kerana mensia-siakan masaku …
Jumlah penonton berganda.
Orang mulai sedar
ia didendangkan dengan jiwa dan dihasilkan sepenuh jiwa.
Itulah peminat saya!
Tuhan rahmati kamu!
SEBUAH DOKUMENTARI NETFLIX
Para peminat saya gila macam saya tapi mereka baik.
Sukar memahami pemuzik terkenal, Diomedes Diaz,
seperti kehidupan penyanyi itu.
Dia antara artis Colombia dengan jualan rekod terlaris.
Tiada sesiapa yakin dengan masa depannya 20 tahun lalu.
Setiap yang menimpanya dijadikan lagu.
Sebab dia tulis tentang pengalamannya.
Nampak? Tapi vallenato memang begitu.
Diomedes genius. Dia amat bijak, tapi dia perlu dijaga setiap masa.
Saya ambil dadah selama 30 tahun bersama Diomedes Diaz.
Kenapa? Sebab dia suka berparti.
Berapa nilai mulut Diomedes?
Mulut dan segalanya,
besar nilainya.
Pendapatan bagus. Seronok.
Wanita suka.
Duit, sudah semestinya.
Dia menyanyi dengan merdu.
Tentu perasaannya bagus. Dia lelaki kacak.
Memandangkan aku tak menulisnya
Memandangkan aku tak menulisnya Biar aku ceritakan
Ceritakan biografiku
Sejak zaman kanak-kanak sehingga sekarang
Memang indah.
Saya sentiasa mesra
dan sangat hormati wanita.
Saya tak pernah permainkan mereka.
Saya uruskan kelab peminatnya.
Saya bapa angkat untuk 51 orang.
Semua orang kata, "Jaimito, awak bapa angkat."
Ya, encik!
Diomedes, awak pernah rasa bersalah kerana sakiti peminat?
- Awak ingat sebarang kisah? - Sudah tentu.
Tiada yang lebih berbahaya daripada peminat yang marah.
Sangat jelas.
Doris Adriana…
kawan kami, seluruh kumpulan.
Saya nampak dia di studio,
dia datang jumpa saya.
Dia seperti mahu mendekati Diomedes.
Peminat fanatik.
Ada ramai.
Kepada semua peminat saya!
Anda milik saya. Tiada orang boleh merampasnya.
Diomedes beritahu saya,
"Saya akan ada masalah dengan Doris Adriana, tapi usah risau."
Saya kata, "Hati-hati, kawan."
Kita mahu memadamkan saat buruk dalam hidup.
Walaupun situasi pelik ,
di mana kawan Diomedes Díaz mati yang melibatkan penyanyi itu,
malam ini, di Valledupar, dia keluarkan rekod barunya
berjudul " Biografiku."
Dengan sepenuh jiwa raga,
kepada semua orang Colombia,
kepada semua peminat saya,
saya gembira dapat hasilkan rekod ini
dengan mesej kasih sayang dan keamanan untuk semua.
Kami buat persembahan macam biasa.
Tapi mereka kaitkan dia dengan kes itu.
Diomedes Díaz menjadi pelarian undang-undang sejak lima bulan lalu.
Dia lesap pada Ogos. Tiada sesiapa tahu keberadaannya.
Awak masih berpegang pada tuduhan awak?
Buat masa ini kami masih menganggap En. Diomedes Diaz bertanggungjawab.
Bagaimana awak jelaskan adik awak mati akibat dadah berlebihan?
Mudah saja. Dia telah dibunuh.
Mereka nak penjarakan ayah.
Mereka nak sumbat dia dalam penjara.
Ayah saya melindungi dirinya dengan melarikan diri.
Ia saat yang kritikal. Diomedes ditinggalkan sendirian.
Dia mengadu kepada saya.
"Ayah, jangan risau.
Ini ujian Tuhan
supaya ayah akan jadi lebih hebat.
Kami percaya ayah tak bersalah."
KAMI BERSAMA AWAK, DIOMEDES
Awak laluinya! Awak rasainya. Diomedes tak bersalah!
Dalam dunia muzik, hanya ada satu topik hangat.
Kami, para peminat alu-alukan dia
untuk tunjukkan sokongan kami.
Supaya dia tahu dia tak sendirian
walaupun orang di ibu negara
rasa pelik sebab kami sokong pembunuh.
Dia penyanyi kami,
idola kami.
Idola? Idola dipanggil dewa.
KAMI PERCAYA AWAK TAK SALAH
Semasa temu bual pertamanya,
selepas kematian Doris Adriana Niño,
Diomedes menegaskan, Adriana masih hidup ketika keluar dari bilik tidurnya.
Saya tak tahu hal yang berlaku di luar bilik tidur.
Jika saya tahu, saya takkan biar ia berlaku.
Okey?
Kalau begitu nasibnya, semoga dia tenang di sana.
Jika dia sawan depan saya,
saya akan tolong dia serta-merta.
Saya akan bawa dia ke hospital.
Saya, itulah Diomedes Díaz.
Mereka rancang dengan baik.
Ia mungkin jenayah sempurna.
Jelas mereka nak hancurkan Diomedes Díaz.
TAMAN LEGENDA VALLENATO
Ya, kami risau.
Ketika itu, dia bukan Diomedes yang sama.
Lelaki yang saya jumpa
sangat merendah diri.
Ikhlas.
Lelaki yang hidup demi diri dan keluarganya.
Kelukaan yang kubawa dalam jiwa
Takkan sembuh
Mengguris jiwaku
Sehingga tak terbatas
Aku mahu terbang jauh
Tanpa arah
Diomedes ibarat petani
yang dirahmati
Tuhan.
Saya masih ingat ketika dia lima atau enam tahun,
ramai pemain akordion akan datang ke sini.
Saya rasa sebab suasana.
KOMPOSER
Di setiap pekan, bandar dan negara
mesti ada adat berbeza.
Melodi mengalir di sini.
Mereka tulis rangkap, budak-budak ikut.
Di sanalah kehebatan muziknya berkembang,
sejak dia kecil.
Aku mula menilai
Cara nak mulakan lagu vallenato
Aku mula memahami
Seseorang perlu dilahirkan Dengan perasaan…
Saya jumpa Diomedes di rumah saya.
Dia sampai, duduk dan mula menyanyi.
Ayah saya ada di dalam, dia datang.
Dia kata, "Awak anak siapa?"
Dia beritahu tentang dirinya.
"Sudah tentu!" Kemudian ayah saya peluk dia.
"Sebab itu awak menyanyi dengan merdu."
Kerap kali ketika aku sendirian …
Dia mewarisinya daripada datuknya
sebab sebelum saya, ada juglares.
Kami ada,
bergantung kepada kawasan berbeza,
pelbagai jenis muzik.
Di utara Colombia,
kami ada ratu,
iaitu cumbia.
Vallenato merupakan muzik rakyat
yang patut dihormati
kerana tradisinya yang lama.
Di sinilah Christopher Columbus sampai.
Saudara lelaki cumbia.
Asal usul mereka sama.
Kemudian akordion muncul, penambahan pada muzik asal
dan memperkayakannya.
Tuan-tuan, aku datang nak sampaikan
Ada sesuatu yang mempesonakan di savana
Tuan-tuan, aku datang nak sampaikan
Ada sesuatu yang mempesonakan di savana
Mereka ke tempat-tempat itu terlebih dulu
Mereka telah mengangkat dewi …
Saya gelarnya dinasti kerana mereka bertahan sejak abad ke-19 sehingga kini.
Mereka pakar.
Saya boleh bercakap berterusan
tentang pemuzik, komposer, pemain akordion dan penulis lirik
daripada dinasti pakar itu, termasuklah Diomedes.
Diomedes bukan muncul secara tak sengaja.
Masa lalu aku menyedihkan
Masa silam gelap yang menghantuiku
Aku datang mencari cahaya
Yang menyinari jiwaku
Aku temuinya di matamu
Apabila ada parti
dan mereka nampak Diomedes datang, mereka akan hentikan parti.
"Itu pun si kambing."
Dia lebih kepada penyair.
Misalnya…
Aku akan nyanyikan rangkap ini
Kerongkongku tak berehat
Aku rasa sangat gembira
Itu yang Freddy Peralta kata
Dia pandai cipta lirik.
Dia menyanyi untuk kami tanpa sesiapa mengenalinya.
No comments yet. Be the first to leave one.