İlk 200 satır.
Di sinilah tempatnya.
Ini Bandar New York.
Permainan jalanan.
Inilah budaya kami.
Ini perkara yang kami buat.
Ini tugas kami.
Dulu, macam parti kejiranan yang meriah.
Suasananya, kemeriahannya.
Istimewa betul.
Di sini begitu sesak.
Para pemain sedang beraksi dan orang ramai suka.
AND1, mereka ada pada tahap yang berbeza.
Bola keranjang AND1 yang melanda seluruh negara
menjadi jenama bola keranjang yang terkenal.
Tokyo, Jepun. Venezuela. Brazil.
Suasananya riuh-rendah.
Persaingan semakin hangat.
Kasut sukan terbaharu AND1 laris terjual.
Panjang barisannya di seluruh blok.
AND1? Mereka ada barisan pemain terbaik dalam sukan ini.
Nama terbaik untuk pemain terbaik. Contohnya, Skip 2 My Lou.
The Main Event!
Shane. The Dribbling Machine.
Masa untuk menjadi Superman, Shane!
Kita bercakap tentang dia, Hot Sauce.
Ini tentang The Professor.
AND1 mengambil alih industri besar
tanpa ingin mengalah.
Ramai yang berkata, "Apa yang berlaku kepada AND1?"
Entahlah tapi saya sebahagian daripadanya.
SEBUAH SIRI DOKUMENTARI NETFLIX
UNIVERSITI PENNSYLVANIA
Mustahil saya berniaga tanpa pendidikan di Wharton,
tapi selepas dua hari di sana,
beberapa hal menjadi jelas kepada saya.
DEWAN JON M HUNTSMAN
Rakan sekelas saya fokus pada hal yang diinginkan,
tapi bukan saya.
Saya akan bermain selama empat ke lapan jam
untuk setiap jam saya belajar.
Musim panas itu, saya sertai kerja amali perbankan pelaburan.
Saya rasa ia mengarut. Saya nak buat hal yang saya suka.
"Kalau setiap hari bangun, berfikir tentang bola keranjang,
saya pasti gembira."
Itulah permulaan untuk perniagaan saya.
Saya tahu had pada kebolehan saya.
"Mustahil untuk saya buat sendiri. Saya perlukan rakan kerja."
Saya dan Seth kenal sewaktu di gred tujuh.
Dia datang ke kolej dan ceritakan idea dia.
Saya setuju. Lagi seronok kerja dengan kawan.
Seth cerita tentang pemuda yang dia jumpa sewaktu bermain bola
dan minta saya bertemu dia.
Boleh kenal seseorang dengan cepat kalau main bola bersama.
Markah GPA Tom di Wharton adalah 3.96.
Saya hairan dan terkejut.
Dia main bola keranjang tujuh jam sehari.
Dia kata, Tom memang agak pelik.
Dia pandang bawah dan cakap perlahan-lahan.
Tapi Tom bijak dan dia memang seorang genius di AND1.
INI TANAH TUHAN MENGAPA MEMBAKARNYA BAGAI NERAKA
Saya membesar di New England.
Sudah tiga kali berpindah.
Dulu saya pemalu, pendiam,
dan bola keranjang yang hubungkan saya dengan orang.
Jadi saya bercakap dengan Tom,
"Berminat dengan perniagaan bola keranjang? Apa awak buat tahun depan?"
Saya tak berkemahiran.
Pekerjaan saya biasa, sebagai tukang cuci pinggan dan tukang kemas meja.
Apabila saya dengar perancangan mereka,
itu talian hayat saya
sebab saya ingin sentiasa bermain
dan bekerja memakai seluar pendek.
Kami adakan pertemuan di kedai pizza,
dan berbincang tentang identiti perniagaan yang diingini.
Jika guna teknik bucket dan batal,
bola sedang masuk, anda sebut, "Satu".
Bukan sebut tapi jerit, "Satu."
- Itu cara terbaik untuk marah. - Macam, "Ini satu, celaka!"
Idea saya pula, memakai kemeja-T yang ada carutan.
Saya tulis kira-kira 30 slogan dan fikir Ini baju pertama kita.
"Ingatkan awak hebat."
"Saya pemandu bas sekolah."
"Pakai kolar dan patuh."
Paling terkenal, "Buruknya main, macam awek kau."
Ada lagi enam dan semuanya macam pertama kali
saya duduk dan tulis.
Itulah kemuncaknya setelah 15 tahun bermain.
Apabila AND1 dimulakan,
kami tak tahu uruskan barang niaga.
Juga cara jualan runcit.
Jadi kami mencipta budaya sendiri yang indah tapi juga
bagai ancaman Lord of the Files.
Ijazah Wharton dan Stanford,
tapi menjual T-shirt dari but kereta.
Tahun pertama, kami rugi duit.
Tapi saya ingat perasaan itu,
"Saya nak beli baju awak." Saya terkejut.
Mereka sukakan baju sebegitu.
Jadi kami fikir, kami ada masa depan.
Kemudian kami dapat beberapa tempahan daripada jenama Foot Locker.
Biar betul? Kami dapat tempahan bernilai 13,000 dolar.
Kedai lain melihat pelanggan kami dan mereka panggil kami.
Pertama kali kami dipanggil.
Bukan kami.
EJEKAN MENJAYAKAN AND1
Menjadi perniagaan besar untuk kemeja-T.
Gaya sebegini bukannya biasa, tapi ada tujuannya.
Ayuh. Kita akan buay, bukan?
Tak sabar nak main bola keranjang
tapi tak apa untuk lupa.
Awak nak saya sedia…
Tahun pertama itu,
jualan kami kira-kira 1.6 juta.
DI AND1, MEREKA MUDA, CERGAS DAN TUKAR 'SAMPAH' JADI DOLAR
Cabarannya, "Okey, apa seterusnya?"
Kami ingin jadi syarikat mewah. Sejak hari pertama, kami bersaing dengan satu jenama.
Nike, syarikat yang paling dicontohi.
Mereka kaitkan jenama dengan bakat hebat.
Kini, kita ada Air Jordan baharu.
Kami nak jadi tunjang jenama bola keranjang. Tak mampu kalau bukan kasut.
Itu cara menjana wang. Nike buat pasaran jenama lain sesak.
Kasut berteknologi tinggi dan iklan hebat, semakin canggih.
Nike menjayakannya.
Keuntungan suku keempat meningkat kepada 126 juta dolar.
Apabila ada atlet dan pengiklanan yang betul,
ia mewujudkan keadaan yang sangat kuat di pasaran.
Jadi, kita perlu Michael Jordan kita sendiri.
Kita tak boleh mula dengan orang biasa.
Kalau nak buat, kita perlu orang hebat.
Tidak ada "jika" untuk Stephon Marbury dari Georgia Tech.
Katanya, dia bersedia untuk teruskan dan bertemu Magic dan Michael.
Semua dalam bidang ini tahu. Dia pemain bola keranjang elektrik.
Dengan pilihan keempat dalam draf NBA 1996.
Milwaukee Bucks pilih
Stephon Marbury dari Universiti Georgia Tech.
Dia orang penting.
Kami mempertaruhkan syarikat pada Steph.
"Awak jadi pengesahan perjanjian ini,"
yang tidak diketahui
orang yang tak pernah main bola keranjang profesional.
SEPANJANG HARI
Daripada Georgia Tech, nombor 3…
Untuk malam pembukaan, saya dan Seth berada di tepi gelanggang,
kami sangat teruja.
Kasut jadi laris masuk ke dalam Foot Locker.
Sentiasa ada iklan TV.
Siapa sangka benda yang diusahkan akhirnya begini?
Saya masih nampak. Steph naik dan saya terkejut.
Aduhai.
Saya terkejut sampai berpeluh sejuk.
Muka kami pucat.
Kita baru berkempen di TV, "buku lali patah"
untuk Stephon. Tapi buku lali dia patah waktu pakai kasut kita.
Seminggu sebelum ia laris dijual.
Stephon Marbury dibantu untuk jatuh…
Biasanya saya cepat pulih tapi kerana ini lebih teruk,
Saya terluka apabila tak dapat bermain.
Kami ada di terowong dan kami nampak ejen Steph
melihat kami dengan penuh amarah.
Salah seorang menyebut,
"Mungkin Stephon masuk TV kebangsaan, tapi kasut itu tempatnya di tong sampah."
MARBURY TERCEDERA
"Tak ada cara lain untuk elak masalah ini."
Kami nak main permainan sokongan, nak atasi Nike dan kami gagal.
Selepas dua minggu, kami dapat satu pita. Ada di pejabat kami.
Ada pekerja latihan dan mereka selalu menontonnya.
TAMAN RUCKER BANDAR NEW YORK
Saya terkejut.
Banyak perlawanan yang saya tonton, tapi ini tak pernah.
Dalam perlawanan ini ada Rafer Alston yang berusia 15 tahun,
digelar, "Skip 2 My Lou."
Tunjuk hormat pada budak saya,
Skip 2 My Lou!
Bola jalanan gaya New York yang menggunakan imaginasi.
Gerakannya lebih berpuisi.
Lebih bermuslihat dan bersihir.
Saya teringin nak perdaya awak.
Ada yang dia buat diharamkan di sini.
Tapi saya rasa tak begitu penting kerana unik.
Bola jalanan ada gaya hip-hop,
grafiti, breakdance ,
semua dalam satu.
Orang ramai ialah penonton.
Kemenangan tak ada kaitan dengan bola jalanan.
Pasukan awak boleh kalah, tapi jika gembirakan penonton,
mereka akan puas.
Gelanggang umpama kanvas.
Gaya permainan pula bagai dakwat.
Jenis pemain dalam diri pula pelukis.
Kita kebanyakannya berasal daripada keluarga tunggal.
Ibu melahirkan sewaktu 15 tahun.
Saya dilahirkan di kawasan binaan terbesar di Bronx.
Tak pernah ada rumah yang sesuai untuk melatih bakat.
Bukan tentang sukan tapi kelangsungan hidup.
Syaa berumur 11 atau 12 sewaktu pertama kali pegang bola.
Saya tak ada bakat atau pemikiran yang diperlukan.
Tapi ayah akan bawa ke pelbagai taman,
Di situlah saya mengasah bakat.
Bola jalanan adalah gaya hidup.
Bukan tentang duit. Itu NBA.
No comments yet. Be the first to leave one.