İlk 200 satır.
SEBUAH SIRI NETFLIX
Saya nak sambung daripada cerita yang lepas.
Saya kebumikan adik saya di gurun macam anjing.
Di sebelah ayah saya.
Saya tinggalkan di sana atas sebab biasa.
Jika tiada orang tahu anda mati,
tiada orang akan tanya.
Walaupun anda masuk syurga ikut pintu belakang.
Ketika itu, saya cuma nak jumpa mak saya,
jika anda tak ingat, Romeo culik dia.
Aku nak jumpa mak aku.
Baiklah.
Menceritakan kematian Christian buat saya lega.
Mendengar tanda vitalnya buat saya fikir
mak tenang dan mungkin berehat.
Ketika itu saya tak tahu Romeo dah bunuh mak,
sumbat mak di dalam penyejuk beku dan cairbekukan mak
supaya saya boleh luahkan rasa bersalah saya.
Beberapa hari kemudian apabila Romeo kata mak meninggal di rumah penjagaan,
saya percaya.
Saya tak tahu dua kematian itu akan mengubah hidup saya.
Disebabkan kurang maklumat,
saya dan Romeo sekali lagi tak dapat dipisahkan.
Saya bina keluarga bahagia dengan lelaki yang bunuh keluarga saya.
Daripada hantar pelacur kepada hantar anak-anaknya ke sekolah.
Aku tak nak kau kerja di kelab, buat sementara.
Aku nak kau lupakan semua yang berlaku.
Kau nak aku buat apa?
Pergi bercuti?
Pergi makan.
Pergi menunggang motor.
Baca buku.
Entahlah.
Kita perlukan ketenangan.
Baca buku?
Begini, satu perkara…
Akhirnya saya ada kehidupan yang nampak sempurna.
Bersama si gila yang bunuh mak saya.
Sementara rahsia itu ibarat bom jangka
yang akan meletup beberapa bulan kemudian,
kami pergi memancing, bersarapan
dan menyanyi seolah-olah di dalam filem Krismas.
Sementara itu, kami terus mencari 3 wanita yang musnahkan kami.
Kami akan tahu juga nanti
sebab jarak mereka cuma 1,854 kilometer.
Mereka juga menjalani kehidupan baharu.
Inilah rumah itu.
Yang terbaik saya dapat.
Saya suka. Ia cantik.
Bukan sebab itu saja, Gina.
Kita dekat dengan polis.
Tiada orang akan cari kita di sini.
Kami juga akan bina kehidupan baharu
di atas bom yang lambat-laun akan meletup.
Kami curi 4 juta euro daripada bapa ayam kami.
Itu takkan mudah dilupakan.
Kita kena sorok separuh di rumah dan separuh lagi di tempat lain.
Manalah tahu.
Kami buka kedai roti untuk laburkan duit haram Romeo.
Kami bertukar daripada pelacur kepada pembuat roti.
Daripada bekerja pada waktu malam kepada berjemur bersama mojito .
Daripada hidup terkurung
kepada bebas belayar di laut.
Kemudian untuk jatuh cinta dengan jurulatih selam,
itu tipis.
- Macam mana, Gina? Rasa lega? - Tak juga.
Jangan risau. Mabuk laut ialah perkara biasa.
- Nanti ia akan hilang. - Saya rasa tak.
Saya hamil lima bulan.
Awak tahu tak awak tak boleh menyelam kalau hamil?
Saya tahu. Banyak benda tak boleh buat kalau hamil.
Contohnya, ditanam di bawah blok konkrit.
Kalau begitu, berehatlah. Okey?
Toni, awak okey?
Ada apa-apa tak kena?
Saya ingatkan kita bermain cinta.
Saya tak tahu awak hamil, tentu awak dah berpunya.
Maafkan saya.
Tak, saya tidak berpunya.
Salah seorang ialah ibunya? Atau mereka berdua?
Kalau awak nak anggap begitu, boleh juga.
Anggaplah ayahnya wujud, tapi dah tak bersama kami.
Dia merupakan kisah silam.
Saya juga dah putus hubungan.
- Ceritalah. - Nanti awak bosan, tak nak.
Taklah, saya suka cerita cinta. Mari sini.
Marilah.
Saya kahwin pada usia 33 tahun. Saya sangka dia cinta hati saya.
Kami kenal di Sanfermines. Saya tanya, "Nak ikut saya ke Almeria?"
Romantiknya.
Dia setuju nak ikut. Semudah itu dan dia datang.
Itu satu-satunya keterujaan yang saya nampak dalam matanya.
Kenapa? Apa jadi?
Saya mencintainya. Saya ibarat anak anjing yang sesat.
Saya selalu beri cadangan,
dia setuju dan datang, tapi tak sepenuh hati.
Saya fikir, "Dia suka, dia bahagia.
Dia orang Basque dan cara dia berbeza."
Bukan itu saja. Dia tak dilamun cinta.
Kisah cinta saya pun tak berbaloi untuk diceritakan,
diraikan atau untuk ditulis.
Saya dah cuba.
Saya dah cuba macam-macam, tapi…
Macam awak tengok, akhirnya saya jadi ibu tunggal.
Awak tak perlu mencuba. Awak kena bersama orang yang sesuai.
Alamak.
Baiklah.
Tak mengejutkan apabila Gina jatuh cinta.
Apabila Wendy nampak Toni boleh menerima Gina dan berharap,
Wendy pula bertindak sendiri.
Dengan gadis dari stesen minyak.
Dia mula kerap ke stesen minyak untuk jumpa gadis itu.
Maknanya dia kena cepat habiskan minyak.
Jadi, dia asyik menunggang motor di pekan.
Tapi cara itu lambat sangat.
Jadi, dia cari cara lebih cepat.
Sehinggalah pada satu hari, selepas isi 175 liter minyak RON95,
Wendy mendapat benda yang dihajati
Pukul berapa awak habis kerja?
Untuk apa?
Datang jemput awak dan bersiar-siar naik motor.
Saya dah berpunya.
Apa?
Saya pun fikir pita kaset kekal selamanya.
Sekarang tengok.
Ya.
Hei.
Habis kerja pukul 7.00.
Awak suka tempat ini?
Jauh dari pekan.
Ia cantik.
Awak takut dilihat bersama saya.
Saya ada teman wanita. Saya tak nak dia risau tanpa sebab.
Cerita cepat tersebar.
Saya ajak awak keluar supaya kita boleh saling kenal.
Saya tak ramai kawan di sini.
Boleh. Bagus, jadi saya tak tahu…
- Apa awak nak tahu tentang saya? - Tak ada apa-apa yang khusus.
Kehidupan harian awak.
Okey. Begini…
Hari Selasa, saya kena perhati-perhatikan sebab lori minyak datang
dan saya kena pastikan hac tak dihalang.
Sebab lori minyak berisi 200 ribu liter.
Selalunya akan ada orang letak kenderaan di situ.
Kemudian saya kena periksa air di dalam baldi
untuk cuci cermin depan kereta.
Kalau tak, nanti orang akan cakap,
"Perempuan, tak ada air di dalam baldi."
Saya tak suka dipanggil "perempuan".
Tapi yang paling penting ialah fikir benda nak dibuat pada hari cuti.
Jika dapat simpan duit, dapatlah pergi Madrid.
Rancangan di pekan kecil memang tak banyak.
Kecil, tapi
cantik.
Awak pula? Apa rancangan awak?
Tak ada.
Saya putus asa.
Saya tak nak merancang.
Kenapa?
Dulu saya ada teman wanita.
Apabila dia tinggalkan saya…
Saya fikir, salahkan rancangan.
Sebab ada kalanya kita yang susah merancang dan…
Susah nak lepaskan diri.
Itu satu penipuan.
Jangan salahkan rancangan.
Kadangkala,
keterujaan dan
terburu-buru
nak benda yang kita nak, buat kita…
ikut jalan pintas.
Sekarang?
Saya tak terburu-buru.
Sekarang saya boleh tunggu.
Saya pun cuba merancang.
Nak bahagia dengan penuh semangat dan tinggalkan kisah silam.
Tapi setiap hari
apabila malam tiba,
mimpi ngeri itu datang.
Setiap kali saya tidur, realiti akan menghimpit.
Saya terasa seolah-olah paru-paru saya remuk dan terasa amat berat.
Dada rasa terbenam, macam terperosok di dalam tilam.
Saya tak boleh bernafas.
Tak boleh tidur.
Tak boleh sunyi.
Apabila Wendy dan Gina keluar, keadaan saya makin teruk.
Namun, ada orang lain terlalu fikirkan kisah silam.
Kisah silam dan memastikan Moises tak tahu hal sebenar.
Ada khabar, Tattoo? Kau nak habiskan semua bir aku?
Dia boleh teguk lagi banyak kalau kau lambat.
Kau bersiap mengalahkan pengantin.
Tattoo,
kau memang celaka.
Aku tak tahu pula kau baik dengan Moises.
Kami beberapa kali berparti bersama.
Boleh aku masuk?
Apa khabar, semua?
Teruknya tempat ini.
Aku tahu ada yang bercakap.
Mungkin kamu semua dah tahu
No comments yet. Be the first to leave one.