İlk 200 satır.
NETFLIX MEMPERSEMBAHKAN
Aku nak musnahkan Musnahkan habis-habisan
Aku nak musnahkan kegembiraanmu
Aku nak musnahkan kebahagiaanmu
Binasakan tempat ini dan seluruh bandar
Aku nak musnahkan Sampai engkau jadi gila
Musnahkan semuanya Musnahkan kau juga
Tuhanku!
Syaitan apa yang rasuk awak?
- Ya, bagus. - Bagaimana?
- Hebat, bukan? - Tak…
Awak musnahkannya.
Awak perlu bertenang
atau jumpa pakar saraf kerana ada yang tak kena.
Apa yang berlaku? Bagaimana nak hentikan awak?
Awak jadi nak beli tak? Sebab…
Saya nak cuba yang lain.
- Saya nak cuba… - Jangan!
Tak perlu cuba. Saya beri diskaun sepuluh peratus.
Apa?
Saya pelanggan.
Betul.
Saya nak cuba dulu!
Tuhanku!
Wally?
- Awak okey? - Ya, saya okey.
Mestilah okey. Saya kerja untuk syarikat yang hebat, bukan?
Lihat, pekerja terbaik bulan ini.
Saya bekerja dari Isnin hingga Isnin, Sabtu, Ahad, tiada cuti,
dengar muzik hebat sepanjang hari.
Jika penyanyi rap masuk lagi, saya jolok punggungnya dengan mikrofon.
Bertenang.
Mari bahagikan kerja. Awak nampak cemas.
- Bagus juga. - Bagus.
Saya bantu mereka dan awak bantu pelanggan seterusnya.
Tak boleh, Otaviano.
Awak bantu pemuja syaitan itu, saya bantu penguin di sana.
- Awak pasti? - Ya.
- Ikut suka awaklah, okey? - Terima kasih.
- Semoga berjaya. - Ya, awak juga.
Salam sejahtera.
Apa khabar, isteri-isteri Tuhan? Bagaimana saya boleh bantu?
Baiklah, kawan. Apa yang awak cari?
Saya cari benda yang menggambarkan seni saya,
papan nada, piano…
Piano?
Apa gaya muzik awak?
- Gaya saya lebih klasik. - Klasik?
Saya sedang belajar Claude Debussy.
Debussy? Debussy memang hebat!
Piano ini…
Kami ada banyak gitar akustik dan elektrik…
Hebatnya awak main.
- Maafkan saya. - Ya?
Saya rasa awak tak faham alat muzik yang kami cari.
Kamu nak cari piano, organ
atau sesuatu seperti hap, alat muzik gereja?
Tidak, tunggu. Siapa kata kami pergi ke gereja?
Tak cakap pun saya tahu.
Kamu pakai baju biarawati.
Dia selalu…
Kami bukan biarawati.
- Yakah? - Ya.
Aneh, memang nampak macam begitu.
Kami Hell Sisters!
Tuhanku, apa yang berlaku?
Hebat dan mengejutkan, bukan?
- Ya, seluar dalam saya pun setuju. - Kami nak uji alat muzik itu.
Tak boleh, saya jamin ia bermutu.
- Hidupkan. - Bukan yang itu.
Jangan buat begitu. Hei! Kamu pusing habis?
- Baiklah, semua! - Tolonglah.
- Mari beraksi. - Tolonglah.
- Satu, dua, tiga, empat! - Tuhanku!
Walter? Wally? Apa yang berlaku?
Walter? Awak di mana?
Wally? Apa yang berlaku?
Wally, cakaplah!
Baiklah.
- Aduhai… - Bangun perlahan-lahan.
Aduhai…
Doktor, kenapa dengan saya?
Keadaan awak tak bagus, Walter.
Saya akan mati. Saya dah cakap, sayang.
Ajal saya dah hampir.
Tuhanku.
Tiada orang mati kerana tertekan.
Saya cuma nak lihat anak saya yang cantik membesar.
Ayah, saya dah berusia 21 tahun.
Tiada sesiapa kasihankan saya?
Ajal saya dah hampir.
- Saya tak nazak? - Tak.
- Nampak? - Bagus.
Belum lagi.
Dengar sini.
Saraf awak sangat lemah.
Ia macam berbilion tali, boleh putus bila-bila masa.
Bunyi boleh bawa maut.
Okey, tapi bunyi apa?
Sebarang bunyi, sebarang tekanan.
Walter, awak boleh pengsan.
Jantung awak boleh berhenti berdegup.
Aduhai, elok sangatlah.
Beginilah. Saya akan beri ubat penenang.
Sayang, ada pil untuknya.
Dan defibrilator.
Defibrilator? Untuk apa?
Maaf, doktor. Untuk renjat jantung.
- Tapi ia bukan… - Ayah tak bodoh.
Ayah tahu benda itu.
Ayah tak nak guna. Ayah tak suka direnjat.
Kejutan statik pun saya benci.
Saya selalu pakai kasut untuk elakkannya.
Kejutannya menjengkelkan.
- Sayang. - Ya?
Adakah itu memang perlu?
Malangnya, ya.
Carilah kerja dan hidup baharu di bandar lain.
Mampukah kamu buat begitu?
Kita ada kondominium dan duit simpanan.
Saya perunding kewangan, saya boleh kerja dari rumah.
Kita sentiasa impikan untuk ada rumah di desa.
Ya, tapi saya tak mahu tinggalkan anak kita.
Ayah, saya dah pindah.
Saya sokong ayah pindah.
Tak, terlalu banyak perubahan yang drastik.
Adakah itu memang perlu, doktor?
Ayah…
Secepat mungkin.
SELAMAT DATANG KE KEJIRANAN TENANG
LORI PINDAH
UNTUK DIJUAL
- Sayang! - Aduh.
Tuhanku, apa yang berlaku?
Walter?
Walter, awak okey?
Dari mana bunyi ini?
- Sabar, sayang. - Tak boleh.
Tuhanku.
Teruknya!
- Saya tak okey. - Sabar.
Sabar, sayang. Tarik nafas.
Kita boleh…
Apa?
Bolehkah mereka dengar bunyi loceng?
Apa?
Bolehkah mereka dengar bunyi loceng walaupun bising?
Jangan jerit, saya boleh mati. Saya sakit.
Hai, apa yang kecoh-kecoh?
Kami jiran baharu awak.
Joana, gembira jumpa awak.
Saya Walter. Dia saja yang gembira.
Kamu yang pindah ke rumah sebelah?
Hebatnya! Selamat berkenalan.
- Saya Kelly Christina. - Helo.
Ini pula Maggie.
Ini anak saya yang bongsu dalam keluarga.
Maggie kecil lagi. Ucap helo, Maggie.
Hai, semua. Gembira bertemu. Nama saya Maggie.
- Maggie, nak bawa mereka jumpa ayah? - Aduh.
Ya, ibu. Marilah.
Baiklah, sayang.
Cantik, bukan? Tengoklah.
Dia kelakar.
Masuklah.
Masuklah, buat macam rumah kau orang.
"Kau orang." Kasarnya bahasa.
Sayang!
Maaf, rumah bersepah.
- Rumah awak sangat… - Cantik, bukan?
Dah lama tinggal di sini?
Memang dah lama.
Lama kami tinggalkan rumah. Baru balik "semalam malam".
"Semalam malam." Ya, kami perasan.
Selama tiga bulan kami lawat ibu saya
di Itaquaporanga.
- Pernah pergi? - Tak.
Di utara São Paulo.
Maaf, kadangkala loghat saya terkeluar.
- Tiba-tiba. Tak tahu sebabnya. - Ya.
Tapi Tony, suami saya,
dia dari Rio de Janeiro macam kamu.
- Kamu dari Rio? - Kami dari planet Bumi.
Sebab dia bukan dari Bumi.
Teka di mana saya dan Tony bertemu?
- Di mana? - Kamu takkan percaya.
Di parti. Kamu tahu di mana? Di pulau Caras.
Caras!
Tekalah bila.
Semasa saya menang pertandingan Ratu Pisang Kaki!
RATU PISANG KAKI
Aduhai, awak nampak? Lihat. Itu buah paling tak menarik.
- Suka pisang kaki? - Saya suka.
Kalau pisang lelaki?
Teruknya lawak dia.
Berhenti menjerit!
Apa?
Itu lawak! Walter suka melawak.
- Itu cuma lawak. - Begitu.
Saya hampir percaya, penipu. Okey, mari bincang tentang gambar saya.
No comments yet. Be the first to leave one.