İlk 200 satır.
Ya Tuhan.
Ya Tuhan. Sabar.
Mereka dah sampai.
Mereka yang dalam bahaya perlu dibawa keluar dari Afghanistan segera
dengan adanya laporan Taliban pergi dari pintu ke pintu
untuk mencari orang yang disenaraihitam.
KEJATUHAN KABUL 15 OGOS 2021
Ya Tuhan!
TENTERA UDARA AS
Bashir, saya tak nak tinggalkan awak.
Saya tak nak pergi. Saya tak nak ke mana-mana tanpa awak.
Kita pergi bersama atau tak pergi langsung.
JANUARI 2020
19 BULAN SEBELUM KEJATUHAN KABUL
Ia bernilai 2 trilion dolar dan beribu-ribu nyawa,
tapi perang Amerika paling lama mungkin sudah sampai ke penghujung.
Dua puluh tahun telah berlalu sejak serangan pimpinan AS
menamatkan pemerintahan kejam Taliban di Afghanistan.
Kini Taliban dan AS berunding di Qatar.
Datuk bandar Maidan Wardak, Zarifa Ghafari datang untuk berucap.
Selama 50 tahun, warga Afghan terpaksa hadapi perang.
Kita tak mahu lagi perang.
Berdiri di sisi saudara perempuan kamu.
Biar mereka dapatkan pendidikan
supaya kedua-dua lelaki dan wanita
boleh bina negara bersama.
Muda-mudi harus bekerja keras.
Belajar dan kerja. Bandingkan diri dengan rakan sebaya.
Tinggalkan senjata, gunalah pena.
Negara ini akan dibina dengan pena dan pendidikan.
- Kita mahu keselamatan! - Keselamatan!
- Kita mahu pendidikan! - Pendidikan!
Kita mahu keamanan!
Kita mahu keamanan!
Kita mahu keselamatan!
Kita mahu keselamatan!
Kita mahu keamanan!
Mari kita bekerjasama.
Lelaki dan wanita, beranikan diri. Bersatu kita teguh.
Jika kita berusaha, kita boleh bina negara ini sendiri.
Hidup Afghanistan!
Hidup Afghanistan!
MAIDAN WARDAK 40 KM DARI KABUL, IBU KOTA AFGHAN
DIKELILINGI OLEH KAWASAN TALIBAN
Saya mohon jadi datuk bandar Maidan Wardak.
Dari hari pertama saya memohon,
saya hadapi masalah.
Selama sembilan bulan, ramai yang cuba halang pelantikan saya.
Tapi saya tak putus asa.
Lelaki sudah berpeluang selama 40 atau 50 tahun.
Apa mereka capai? Tiada apa-apa.
Tiada datuk bandar wanita di wilayah lain. Kenapa Maidan?
Wanita! Dah tak cukup lelaki?
Lelaki kita sekuat pokok.
Dia patut duduk di rumah, masak dan buat kerja rumah.
Jaga anak.
Bukan nak arah-arah kami begini.
Tolong tandatangan. Saya nak bawa ke pejabat gabenor.
Letak di kerusi sana. Selamat datang. Apa khabar?
Selamat pagi, semua.
Saya harap kamu okey.
Saya gembira ramai datang.
Ini saja pejabat yang bekerja begini berbanding wilayah lain.
Saya nak berjuang
untuk pendidikan wanita di sini.
Saya akan berusaha capainya.
Saya takkan pergi hingga kamu semua dah muak dengan saya.
Dah sain.
Baru-baru ini, AS dan Taliban menyelesaikan
rundingan aman pusingan akhir
dengan matlamat menamatkan perang di Afghanistan
dan perjanjian untuk keamanan berkekalan.
Taliban mahu buat perjanjian.
Kita akan lihat jika mereka mahukannya. Ia perlulah benar. Kita lihat nanti.
Tak guna betul. Memang tak guna.
Dengan nama Allah. Semoga Tuhan melindungi kita.
PEMANDU DAN PENGAWAL PERIBADI ZARIFA
Saya pemandu Datuk Bandar Zarifa Ghafari dan kawal dia setiap masa.
Saya gembira
berkhidmat untuk wanita
yang nekad berkhidmat untuk negaranya
dan rakyatnya.
Selepas lalu padang pasir ini, kita akan rasa lebih selamat.
Perlahan sikit. Pandu perlahan.
Kereta menuju kita.
Saya pandu melebihi halaju,
satu tangan di stereng kereta, satu lagi pada pistol,
kerana jalan yang saya lalui setiap hari
antara Kabul dan Maidan Shar dikawal oleh Taliban.
Dia pejuang untuk saya dan orang kami.
Saya hidup dengan mengingatinya pada setiap detik.
RUMAH ZARIFA KABUL
Ini surat yang saya terima daripada Taliban.
"Assalamualaikum, Cik Zarifa Ghafari.
Awak tetap meneruskan kerja jahil walaupun terima amaran kami.
Awak sebarkan maksiat dalam masyarakat atas nama demokrasi.
Buat kali terakhir,
kami arah awak tinggalkan Maidan Wardak dalam masa seminggu.
Keengganan awak akan sebabkan awak dibunuh."
Saya masih belum tinggalkan Maidan Wardak.
Mereka hantar surat ini pada November 2017.
Sekarang 2020 dan saya masih bekerja.
Saya masih hidup dan insya-Allah kekal begitu.
Jalanlah, sayang.
Ayuh. Cepat!
ANAK PEREMPUAN MASSOUM
Cepat! Kamu boleh.
Pertama kali jumpa Zarifa, saya betul-betul nak bantu dia.
Saya anggap dia macam kakak saya, dari lubuk hati saya.
Zarifa berjuang demi kebebasan bersuara di negaranya.
Demi hak wanita, demi hak manusia.
PENGAWAL PERIBADI ZARIFA
Tapi dalam rangka Islamik.
- Berapa lama duduk di sini? - Sejak malam tadi.
Apa saya patut buat?
Jangan menangis.
Ambil ini.
Moga diberkati Tuhan!
Musuhnya kata
perbuatannya itu kufur.
KOMANDER TALIBAN
KAWASAN TALIBAN
Kami tinggal di sini selama lima tahun.
Dalam lima tahun, tiada satu pun kenderaan kerajaan masuk kawasan ini.
Mereka tak lalu jalan utama untuk ke sini.
Kami putuskan segalanya di sini.
Kami hukum jika ada pergaduhan atau pembunuhan
Kerajaan tak wujud di sini.
Assalamualaikum.
Semua okey?
Kerajaan mengecewakan orang Afghanistan.
Tanyalah mereka jika kerajaan lakukan apa-apa untuk mereka.
Kami akan berkhidmat untuk negara kami.
Mujahidin berani!
Kami takkan menyerah kepada sesiapa
hinggalah kami tegakkan pemerintahan Islam ke seluruh dunia.
Saya diletak di sini untuk lawan orang.
Saya diarah untuk bunuh orang.
Memusnah dan memenggal orang.
Hingga mereka percaya tiada tuhan melainkan Allah.
Saya berjuang di pergunungan ini sejak pencerobohan AS pada 2001.
Tengok saya, saya 36 tahun.
Tapi semua orang fikir saya 40 atau 50 tahun
Kami berjuang demi undang-undang syariah di negara ini.
Jika potong sebelah tangan, orang lain takkan mencuri.
Kalau hempap orang dengan dinding, tiada siapa akan jadi homoseksual.
Kalau seorang direjam, tiada siapa akan berzina.
Inilah jalan yang lurus yang akan bawa kita maju ke hadapan.
Saya ingat semasa saya kecil waktu Taliban memerintah,
suatu hari Taliban bawa seorang wanita ke stadium Chaman Hozori
REJIM TALIBAN SEBELUMNYA
Mereka paksa dia pakai burka biru.
Seorang lelaki berdiri di sebelahnya
dan tembak kepalanya dengan Kalashnikov.
Saya saksikannya waktu saya masih kecil.
Kami saksikan kekejaman ini semula.
Kekejaman Taliban.
Ketakutan terhadap Taliban.
Lihat cara kami halang musuh di Afghanistan.
Kami isi kereta dengan bahan letupan dan letakkan di padang pasir.
Mereka periksa kereta.
Kereta pun meletup.
Ia jadi tak selamat seperti 40 tahun kebelakangan ini
sebab wanita seperti Zarifa Ghafari bebas keluar sekitar wilayah?
Suaminya patut teman.
Tak patut ada maksiat di negara ini.
Tuhan suruh kami bunuh mereka tanpa teragak-agak.
Kita semakin menghampiri pintu masuk.
Bahagian itu kerajaan.
Itu bandar. Ini tak berhasil di bandar.
Jika pakai, mereka akan tahan kami.
Mereka akan kata Taliban masuk bandar.
Mereka akan kata, "Taliban tak boleh."
Helo, apa khabar?
Dari mana?
FEBRUARI 2020 18 BULAN SEBELUM KEJATUHAN KABUL
Kita perlu pindah dari flat ini secepat yang boleh.
- Ia kecemasan, tak boleh dikawal. - Apa maksud awak?
Kita diekori.
Saya diekori sebab awak.
Kita semua diekori.
Saya perlu lebih hati-hati.
Kenapa tak beritahu lebih awal?
Sebab saya tak nak awak takut.
Teruk. Kita perlu pindah sebelum mereka bunuh kita.
TUNANG ZARIFA
Angkat dari bawah, Bashir.
Salah seorang pegang atas.
- Sekarang atau nanti? - Tidak.
Letak di atas.
Tengok apa dia pegang.
Ambil ini dan letak di sana.
Jangan kotorkannya. Sekejap!
Ada masanya sukar,
apabila sedar ada orang nak cederakan kita,
ada orang ekori kita atau buat hal dengan kita.
Memang mencabar.
Tapi inilah kehidupan di Afghanistan.
Kita perlu terima hakikat.
Wanita macam saya,
No comments yet. Be the first to leave one.