Mayor Pete

Mayor Pete

Malay Altyazısını İndir

Sürüm bilgisi

Mayor Pete (2021) WEB-DL
Şunun yorumuyla Ridz
Sub From Retail

Etiketler

Web-DL
web-dl
web
WEB-DL
Yayınlandı: 2022-02-05
İndirmeler: 15
İşitme Engelliler: No

Malay altyazı önizlemesi

İlk 200 satır.

Kita akan okey. Habiskan.

Ada apa-apa yang awak mahu saya tanya dia?

Saya rasa tentu menarik kalau tanya dia...

KELUARGA PERTAMA

Contohnya, "Ketika awak muda dan berhadapan identiti,

pernahkah awak terfikir semua ini akan terjadi?"

Saya suka soalan itu.

Dia berusaha menjunjung sistem itu tanpa perlu menjadi dirinya sendiri.

Orang tak faham betapa traumatiknya pengalaman itu

bagi golongan yang perlu benar-benar merahsiakan

dan menafikan identiti mereka demi mencapainya.

Saya mahu tanya, "Sebahagian besar hidup awak

digunakan untuk menyorokkan identiti diri."

"Adakah awak dapat menjadi diri sendiri semasa jelajah kempen?"

Ya.

Rasanya dia sedia menjawab soalan itu?

Sepatutnya. Dia boleh cuba.

- Dah sedia? Marilah duduk. - Ya.

Tak keterlaluan, bukan? Patutkah kita letak selimut?

Saya beri Jesse soalan yang saya ingin awak jawab.

Mungkin soalan itu akan diajukan atau mungkin tidak.

- Jangan tipu kami, Peter. Ayuh. - Okey.

Pertama sekali.

Ramai orang tanya bagaimana menyebut nama lelaki ini?

Sebutannya ialah Pete.

Pete Buttigieg. Buttigieg.

- Buttigieg? - Buttigieg.

Boot-edge-edge.

Pemuda yang menuntut di Harvard dan menjadi sarjana Rhodes,

hanya kembali ke bandar itu apabila sudah dewasa.

Buttigieg ambil alih selepas Newsweek mengisytiharkan kampung halamannya

sebagai bandar tenat di Amerika.

Zaman kegemilangan South Bend adalah pada era 1950-an,

tetapi pada awal 1960-an, kilang Studebaker ditutup

dan turut merudumkan ekonomi bandar itu.

Beliau berusaha untuk ubah perumahan di kawasan itu,

kemudahan pejalan kaki.

Beliau ubah kilang lama menjadi pusat perniagaan untuk syarikat teknologi.

Beliau menaikkan gaji minimum untuk pekerja bandar.

Tentu lebih bagus jika Washington

jadi seperti bandar terbaik kita berbanding sebaliknya.

BALAI BOMBA NO. 9

Tiada ahli politik yang pernah bermula dari pejabat datuk bandar ke Rumah Putih.

Pete Buttigieg fikir dia boleh jadi yang pertama.

Beliau bukan saja calon presiden yang mengaku gay,

beliau juga baru berkahwin.

Kebanyakan orang sama ada menyokong

atau rasa teruja dengan hakikat saya jadi gay pertama sampai ke tahap ini,

atau mereka tak peduli pun, dan itu sudah cukup bersejarah juga.

Ini saja peluang yang anda akan dapat

untuk mengundi orang Malta Amerika, kidal,

ahli gereja Episkopal, bekas tentera.

CALON GENERASI MILENIUM

Tahun 2020 mungkin sarat dengan calon demokrat sepanjang zaman.

Persoalan utama bagi datuk bandar ini adalah

bagaimana dia akan menyerlah dalam barisan calon lain?

Nama saya Pete Buttigieg.

Saya Datuk Bandar Pete.

Saya anak jati South Bend, Indiana.

Saya bakal bertanding untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat.

Datuk Bandar Pete

SATU TAHUN MENJELANG KOKUS IOWA

SAYA SAYANG SB

BANGUNAN BANDAR-DAERAH

PETE BUTTIGIEG DATUK BANDAR

Saya cuma rang undang-undang biasa

Saya sedang duduk di meja datuk bandar

- "Beginilah rang undang-undang." - Terima kasih.

Bernilai 7.3 juta dolar.

Memang langkah yang besar menjadi daripada datuk bandar kepada calon presiden.

Namun, ia bukan seperti,

"Saya dah buat sistem pembetungan hebat yang bertaraf dunia.

Jadi, saya patut bertanding untuk jadi presiden."

Prosesnya bukanlah semudah itu.

Rakyat mengharapkan perbandaran untuk menguruskan sampah,

dedaun, air dan air buangan.

Usaha itu tak pernah habis, walaupun perkara lain dapat lebih perhatian.

Saya mula rasa apa yang berlaku dalam negara dan bandar kita

adalah agak sama.

Saya mahu kongsi kisah anda.

Memandangkan apa yang berlaku di bandar berhasil,

saya menyedari saya ada sesuatu yang berbeza untuk ditawarkan.

Jika lihat pola gaji yang tak berubah dan penyertaan kesatuan merudum,

ia bermula secara serentak.

Saya nampak suatu persamaan tentang penyisihan

atau kebimbangan rakyat tentang kerja dalam automotif,

dan penyisihan dan ketakutan tentang pengakuan terbuka.

Ia berkait dengan tempat kamu diterima.

Kisah-kisah itu ada lebih banyak lapisannya daripada yang kita duga.

Semakin saya memahaminya, semakin banyak cara untuk menyuarakannya.

Semuanya berbalik kepada tema "kepunyaan."

Bukan tentang jadi orang hebat.

Saya tak terfikir untuk menguasai dunia ini

dan mengubah hala tuju sejarah.

Seseorang perlu menyuarakannya,

dan kita perlu presiden yang faham hal ini.

Saya memahaminya.

Saya mahu bertemu masyarakat dan lihat jika mereka juga memahaminya.

Senator, Pete Buttigieg di sini. Apa khabar?

Maaf, siapa ini?

Pete Buttigieg, saya ingin ucapkan selamat hari jadi untuk Senator.

- Biar saya tanya dia dulu. - Okey, terima kasih.

Panggilan anda amat penting buat kami. Sila tunggu.

- Salam perkenalan. - Apa khabar?

Terima kasih.

- Terima kasih. - Saya suka manifesto awak.

- Saya akan undi awak. - Semoga berjaya.

Apa khabar?

- Boleh beri autograf pada topi saya? - Sudah tentu.

- Terima kasih. Semoga berjaya. - Terima kasih.

Baiklah, tunjukkan jalannya.

- Saya Denise. - Salam perkenalan.

- Saya rasa awak akan berjaya. - Harapnya begitu.

- Terima kasih. - Sama-sama.

- Saya dan suami rasa awak hebat. - Beritahu yang lain. Kami masih berusaha.

Kami sudah beritahu yang lain.

- Salam perkenalan. - Saya juga.

Semoga berjaya. Bantu kami.

Saya faham kelantangan orang seperti saya untuk buat begini.

Tapi saya juga percaya pada saat ini

kita perlu lakukan perubahan yang sudah lama tertangguh.

Sebab itulah saya mengetengahkan kisah pengakuan tak ortodoks saya.

Saya dari komuniti

yang mana para belia membesar dengan ajaran bahawa

satu-satunya cara untuk berjaya adalah dengan keluar.

Saya temui matlamat saya di sini.

Kisah bandar kita bermula sebagai antara komuniti yang sedang tenat,

kini pekerjaan dan populasi meningkat

secara pesat yang tak pernah saya lihat.

Perkara itu penting sebab kita perlu sampaikan kisah yang berbeza

daripada kisah yang dijaja oleh Rumah Putih

yang membuatkan anda percaya

bahawa cara untuk bercakap dengan komuniti kita adalah melalui kemarahan.

Satu-satunya cara untuk kita tanganinya adalah dengan bermula sekali lagi.

Hal itu tak benar.

Kita boleh sampai kepada orang yang enggan mendengar suara kita.

Siapa kata negeri atau daerah Republikan akan kekal begitu selamanya?

Kita perlu berbincang.

Inilah cara untuk kita menang, bukan saja pilihan raya, bahkan era ini.

Bolehkah saya harapkan bantuan kamu?

Ya!

Dia amat berbeza daripada yang dulu. Dia bijak dan tenang.

Dia tak gila perhatian dan dia sangat berbeza.

Bagi saya, ia menggambarkan kekuatan demokrasi kita

bahawa seseorang yang kurang dikenali mula menonjolkan diri.

Kita sedang menanti individu yang tepat untuk muncul.

Sangat menarik.

- Selamat pagi. Apa khabar? - Selamat pagi. Apa khabar?

Saya tiada banyak kualiti yang kamu jangkakan,

sama ada dari segi profil ataupun gaya.

- Apa khabar? - Bagus.

Selamat pagi, Anna.

Gambaran tentang seseorang seperti Bill Clinton

yang mampu buat orang asing menyukainya, memang menakjubkan.

Saya tertanya-tanya jika itu bermakna kamu perlu kuasa khas

dan karisma luar biasa untuk menyertai politik pada tahap itu.

Kamu ada gambarannya, bukan?

Tentang rupa seseorang presiden atau calon presiden?

Maka, mengubah tanggapan itu adalah antara rancangannya.

Ya. Tulisannya, "Pete untuk Amerika."

Kamera.

Lihatlah. Seprti pejabat sebenar.

- Selamat bertugas. - Terima kasih.

Semuanya baik-baik saja?

- Ya. - Bagus.

Kita ada akses ke atas fail Butter.

Kita beli semua fail 50 negeri termasuk Washington DC.

Saya kenal Pete sejak kami di sekolah tinggi.

Pete agak penyegan dan pendiam.

Dasar dan hal-hal politik ialah "makanannya."

Jika dia tak terlibat dalam politik atau perkhidmatan awam,

dia lebih suka mengajar, membaca dan perkara yang berkaitannya.

Pangsi? Ada orang sebut jadual pangsi?

- Jadual pangsi. - Saya suka. Untuk apa?

Dia perlu berhadapan rakyat.

Buat jumlah lajur itu dan peratus yang ada di situ.

- Terima kasih. - Saya rasa seronok.

Pete ialah calon yang berbeza,

saya rasa kita boleh buat kempen yang berbeza.

Hanya jadi baik hati dan pendengar yang baik.

Jangan mengutuk calon atau kempen orang lain.

Saya ingin kita semua mencerminkan peribadi dan nilai yang ada pada Pete.

Ada ramai calon yang bertanding tahun ini.

Naib Presiden dua penggal yang dihormati turut bertanding.

Pemenang kedua bagi proses pencalonan presiden terakhir

bagi parti kami bertanding.

Lengkung pembelajarannya menjadi lebih mencabar untuk kami.

Kamu perlu menjalankan kempen yang bijak.

Jadi sedikit berbeza untuk meraih perhatian dan keterujaan.

Kita akan ambil 50 pekerja di Iowa, 40 orang di New Hampshire,

20 orang di Nevada dan Carolina Selatan.

Saya mahu mereka rasa yang mereka sebahagian daripada keluarga ini.

Berapa orang yang sertai kita setakat ini? Tiga orang?

Ya.

Awak teruja tak?

Saya dah kata Pete Buttigieg akan berjaya.

Penjelasannya ialah dia menawarkan...

LIA SMITH PENGARAH KOMUNIKASI

Dia menawarkan sesuatu yang berbeza.

Berlawanan dengan Donald Trump, itu yang rakyat mahu.

Mayor Pete subtitles in other languages

Yorumlar

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left