Fortune Feimster: Good Fortune

Fortune Feimster: Good Fortune

Malay Altyazısını İndir

Sürüm bilgisi

Fortune Feimster Good Fortune (2022) NF WEB-DL
Şunun yorumuyla Ridz
sub Retail Netflix

Etiketler

web-dl
web
Yayınlandı: 2022-10-25
İndirmeler: 20
İşitme Engelliler: No

Malay altyazı önizlemesi

İlk 200 satır.

Dipersilakan Fortune Feimster!

Aduhai!

Aduhai!

Berhenti!

Berhenti!

Chicago, apa khabar

Aduhai!

Terima kasih kerana berada di Teater Chicago Shakespeare yang cantik.

Banyak yang berlaku sejak beberapa tahun lepas, bukan?

Dunia telah lalui beberapa perkara gila.

Rasa macam dah kiamat,

dan dulu saya sangka lesbian mampu hadapinya.

Letak saja kami di kubu bawah tanah dengan makanan tin, kami okey.

Tapi keadaan jadi teruk dan saya banyak belajar tentang diri.

Saya dapat tahu saya tiada kemahiran untuk hidup.

Tiada langsung.

Saya cuma perlu duduk di rumah.

Saya tak berjaya buat apa-apa.

Saya tak buat roti di rumah.

Saya tak belajar buat kopi bru sejuk. Pasangan saya, Jax, yang mengejutkan saya.

Dia yang cat pagar rumah,

buat pendawaian rumah,

baiki paip.

Saya duduk di sofa setiap malam,

menonton dokumentari tentang orang tua bercinta.

Menangis sambil pakai but Ugg.

Barulah saya tahu.

Saya tiada ciri jantan.

Ya.

Saya tak jantan.

Itu mengejutkan

kerana saya ada bahu yang lebar dan saya suka corak petak-petak.

Tapi ini pratonton untuk filem yang berbeza

daripada yang anda jangka akan tonton.

Macam orang kata, karpet tak sepadan dengan langsir.

Dua benda yang saya tak tahu nak pasang.

Tapi saya nampak sangat berkemahiran.

Saya nampak mahir.

Jika anda nampak saya dan kereta anda rosak,

anda tentu rasa saya boleh baiki kereta anda.

Orang pandang saya begitu kerana lesbian maskulin boleh buat begitu.

Dia boleh pikul kereta anda di belakangnya

dan bawa ke bengkel.

Dia boleh ludah ke dalam tangki minyak anda

dan kereta anda akan hidup.

Hebat, tapi itu bukan saya.

Lelakilah yang paling pening dengan maklumat ini.

Di Home Depot, mereka selalu datang jumpa saya

kerana mereka rasa saya bekerja di sana.

Mereka kata, "Apa khabar?"

Di mana paku?

Saya jawab, "Saya datang untuk beli pokok.

Saya tahu mereka jual M&M di kaunter pembayaran."

Pernah sekali kami bosan

dan pergi ke gurun di California, ke Joshua Tree,

dan saya nampak ada kereta rosak di lebuh raya.

Lelaki pemilik kereta itu sangat tinggi.

Dia berbadan sasa, tak berbaju, rambut toncet.

Gadis heteroseksual, anda masih minat lelaki bertoncet?

Tidak!

Penafian keras di sana.

Wah.

Lelaki itu pakai seluar belang hitam putih.

Nampak macam banduan kacak yang terlepas.

Keretanya rosak di tepi jalan.

Saya memandu melepasi dia, saya pandang ke tepi dan sedar

itu Jason Momoa. Ya.

Anda dah suka lelaki bertoncet pula?

Ya.

Saya dah agak.

Itu Aquaman,

jauh dari laut,

terkandas di gurun tanpa kuasa luar biasanya.

Kacak, tanpa baju.

Saya teruskan memandu.

Saya dah sebut tadi, saya tak boleh baiki keretanya.

Saya tak boleh puaskan nafsunya sementara orang lain baiki keretanya.

Saya tak boleh buat apa-apa untuk dia.

Saya buat perkara terbaik seterusnya.

Semasa ke stesen minyak, saya ke laman Instagramnya.

"Saya nak periksa jika itu benar-benar dia."

Bagi saya, semua lelaki nampak serupa.

Dalam lamannya, dia muat naik gambar dia

pakai seluar belang hitam putih, di tepi jalan.

Saya kata, "Tuhanku, itu memang Jason Momoa."

Saya tekan "suka" pada gambar dia.

Saya jalankan tanggungjawab.

Tapi saya jauh berbeza daripada rupa saya.

Saya wanita lemah lembut.

Saya bunga yang halus.

Saya suka diurut sekali-sekala.

Saya suka dimanjakan.

Saya buat urutan punggung buat kali pertama baru-baru ini.

Anda pernah buat? Aduhai!

Saya tak bercakap tentang siku pada gluteus,

tapi urutan punggung sepenuhnya.

Saya berada di spa yang berkelas,

dalam keadaan meniarap dan lelaki itu mula serang punggung saya.

Ada bunyi juga.

Saya terkejut.

Saya dalam keadaan terperanjat.

Saya tak pernah disentuh seperti itu oleh lelaki.

Dia teruskan mengurut punggung saya

dan membuka kunci harta karun.

Saya tak pernah rasa seronok begitu.

Saya pulang dengan rasa terawang-awang.

Macam wanita baharu. Saya masak tiga hidangan.

Saya tak pandai memasak pun.

Saya telefon beberapa hari kemudian. Saya nak buat janji temu lagi.

Jadual lelaki itu dah penuh selama sebulan.

Saya kata, "Ini kemahiran dia. Dia pakar urut punggung.

Semua orang tahu."

Akhirnya saya kembali ke sana sebulan kemudian, perkara yang sama.

Dia urut punggung saya bersungguh-sungguh.

Kali ini selama 30 minit.

Itu lebih lama daripada saya buat penjagaan muka.

Dia tak sentuh bahagian lain. Macam kaki saya, "Jijiknya!"

Cuma punggung.

Saya balik. Beberapa hari kemudian saya telefon untuk buat janji temu lagi.

Dia telah dipecat.

Ya, ada orang rosakkan keseronokan kami semua.

Polis punggung tak guna.

Rupa-rupanya dia buka terlalu banyak harta karun.

Tapi saya tak nak pasangan saya, Jax,

tahu yang saya tak sekuat yang disangka.

Saya tak mahu dia tahu maklumat itu

kerana sebelum saya, dia cuma bercinta dengan lesbian maskulin,

yang benar-benar jantan.

Macam polis, pemandu trak dan pengawal kelab malam. Aduhai!

Jantan.

Saya sangat berbeza.

Saya kata, "Siapa nak peluk?" Saya amat berbeza.

Kami hadiri acara mewah Hollywood.

Saya pakai sut Men's Wearhouse untuk tunjuk kejantanan,

Jax pakai gaun dan kasut tumit tinggi. Syarikat penggera telefon dan kata,

penggera rumah berbunyi, adakah kami nak pengawal datang periksa?

Saya kata, "Ya."

Kami patah balik. Tapi mereka belum sampai.

Jax kata, "Kita perlu masuk dan lihat keadaan."

Saya kata, "Tak perlu."

Dia kata, "Bekas kekasih saya, Darlene, seorang polis.

Dia kata isu penggera rumah tak diutamakan."

Saya kata, "Tunggu.

Saya ingat nama bekas kekasih awak Pam."

Dia kata, "Ada Darlene dan Pam. Mungkin awak fikir tentang Sheila."

Saya kata, "Ada berapa orang polis?"

Dia bercinta dengan semua polis wanita di Chicago.

Dia kata, "Awak tak nak masuk dan tengok rumah?"

Saya kata, "Tidak!" Jadi, dia cabut kasut tumit tinggi.

Dia memegangnya macam senjata

dan menyerbu masuk dengan pakai sebelah kasut,

dari bilik ke bilik,

macam nak tikam muka orang jika mereka lompat keluar.

Saya tunggu di pintu kerana kasut saya rata.

Saya kata, "Bagaimana saya nak bela diri? Tumit kasut saya tak tajam."

Saya ada terdengar bunyi bising, jadi saya angkat kunci.

Saya kata, "Sumpah saya akan tekan butang ini.

Ia tertulis 'panik' dan saya panik."

Syarikat penggera telefon dan kata itu amaran palsu.

Bateri salah satu sensor dah mati.

Mereka kata, "Kami minta maaf.

Kami harap kami tak menyusahkan awak."

Saya kata, "Pasangan saya dah tahu saya tak berguna.

Ini amat menyusahkan."

Jax keluar terenjut-enjut.

Dia kata, "Setidaknya awak patut masuk dengan saya."

Saya kata, "Tuhanku, saya tak terfikir pun."

Jadi, saya bukan pelindung keluarga saya.

Saya tahu kenapa Jax sangat kuat.

Dia guru tadika dan mereka kuat. Mereka perlu jadi kuat.

Ya, itu kerja yang sukar.

Tapi saya terfikir semasa di tadika tahun 80-an

dan mereka benarkan budak buat apa saja.

Saya ada gambar semasa saya berumur lima tahun di sekolah tadika,

dan saya pegang tukul…

dan paku.

Saya fikir seseorang patut ajar saya cara gunakannya.

Tapi saya fikir, "Kenapa saya pegang tukul dan paku?"

Adakah kami berlatih menukul?

Adakah cikgu kata, "Baiklah, kita akan bina rak untuk kelas

dan selepas itu bangku untuk garaj cikgu."

Itu memang gila.

Bayangkan budak lima tahun sekarang.

Nak warnakan bulatan gergasi dengan kemas pun tak pandai

tapi kita nak beri mereka tukul besar yang berat

untuk ketuk paku yang kecil.

Tak boleh!

Tapi itu perkara yang mereka buat pada tahun 80-an.

Ketika waktu rehat, pandai-pandailah jaga diri.

Kami dibiarkan bersendirian. Cuba fikirkannya.

Permainan kegemaran kami, bola beracun.

Ambil bola besar dan berat

dan baling bola sekuat hati ke muka satu sama lain.

Di situlah kami belajar mengelak macam filem Matrix…

untuk elakkan gigi terkena bola.

Permainan itu berguna untuk saya semasa di sekolah tinggi.

Saya mengelak beberapa bola.

Tak pernah terkena.

Tapi permainan Red Rover yang paling ganas.

Anda ingat Red Rover?

Fortune Feimster: Good Fortune subtitles in other languages

Yorumlar

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left