İlk 200 satır.
Lihatlah Bumi pada zaman dahulu. Cantik?
Cium ayah.
Satu lagi.
Apabila saya beritahu dia yang Bumi cantik dulu,
dia diam saja.
Sebab ia bukan
Bumi yang sama lagi.
Teknologi telah berkembang pesat sejak abad yang lalu.
Cita-cita manusia menyebabkan peperangan.
Sejak pembangunan robot tentera,
perang semakin memuncak di seluruh dunia.
Saya sangka selepas pertempuran dua tahun lalu,
orang akan belajar
dan bina semula dunia yang lebih baik.
Sebaliknya,
inilah masanya manusia menerima akibatnya.
Bencana alam, pembangunan industri berlebihan
dan peperangan yang berterusan
memburukkan persekitaran ekologi sejagat.
Penyakit dan kebuluran menyelubungi dunia.
Udara dipenuhi toksin yang tinggi.
Ramai bayi dilahirkan dengan penyakit teruk
termasuklah anak saya,
Sissy.
Untuk memulihkan alam sekitar
supaya pembangunan manusia boleh diteruskan,
kerajaan di seluruh dunia
mula membina Skynet yang boleh membersihkan atmosfera.
Tapi sementara Skynet dibina,
satu meteorit gergasi jatuh ke B16
satu tumbuhan asing gergasi mula tumbuh daripadanya.
Tumbuhan ini hidup subur apabila terkena air
dan menyebabkan huru-hara.
Ironinya,
ia boleh membersihkan atmosfera.
Saintis menamakannya Pandora.
Penamat apa yang Pandora akan bawa kepada manusia
masih belum diketahui.
Tapi seorang kawan pernah berkata,
"Kita menulis penamat kita sendiri."
PUSAT ARAHAN SEMENTARA B16
Awak curi tulang lagi?
Saya cuma menikmati udara segar.
Bernafas selagi boleh.
Ibu pejabat dah hantar seluruh unit robot.
Ini bukan perkara remeh.
Remeh atau tidak, kita akan berjaya.
Awak takut?
Takut? Apa kata kita tukar tempat?
Baik. Saya berlawan dan awak bermesyuarat.
Awak berlawan? Habislah kita!
Biar saya buat misi bunuh diri.
Saya nak jumpa anak saya secepat mungkin.
Ya. Sissy akan rasa awak tak berguna jika dia jumpa awak.
Apa maksud awak?
Jika saya mati,
awak mahu buat apa?
Tak jemukah melihat saya sepanjang masa?
Saya dah biasa. Saya takkan jemu!
Yakah?
Wanita itu dah sampai.
Sambung kerja.
Johnson Cheng, Komander B16.
Bawa saya jumpa mejar jeneral.
Timora dan Enigma?
Saya sangka robot tak lagi digunakan.
Robot selalunya lebih boleh diharap daripada lelaki.
Awak bergantung pada senjata dalam pertempuran, bukan?
Manusia yang memegang senjata.
Awak percaya senjata atau manusia?
Saya percaya robot kerana ia lebih tepat.
Lucy.
Ini sukar dibaiki.
Biar saya ajar awak, manalah tahu saya tak…
Mereka bertengkar lagi.
Mereka memang begitu.
Awak tak merancang untuk kembali?
Tentulah saya mahu jumpa awak lagi.
Tapi ini satu misi.
Sukar untuk kata.
Tiada siapa paksa awak pergi.
Ini Unit Tempur Udara.
Awak mahu jadi panglima tertinggi?
Kolonel Tam.
Menurut kajian saintifik,
kadar pertumbuhan Pandora
berkadar dengan hujan.
Menurut ramalan cuaca,
dua ribut akan berlaku di B16.
Ribut pertama takkan melebihi sepuluh milimeter,
tapi ia akan tersebar sejauh dua kilometer.
Ribut kedua akan melebihi 150 milimeter,
meliputi seluruh populasi B16 seramai 5.6 juta orang.
Kita mesti berjaya sebelum ribut kedua.
Ibu pejabat nak hapuskannya?
Bukan menghapuskannya,
tapi memprogramnya semula.
Dr. Chan ialah pencipta
peluru gen.
Tolong jelaskan cara memprogram semula Pandora.
Menurut kajian terkini,
Pandora menyerap bahan cemar
dan bebaskan hidrogen yang tak berbahaya.
Jika kita boleh kurangkan kemusnahannya,
ia mungkin harapan untuk semua manusia.
Makmal Sembilan di F9
membuat penemuan besar empat hari lalu.
Sel Pandora mempunyai reaksi ketara
terhadap virus yang dipanggil P7N9.
Virus itu mencetuskan mekanisme pertahanan diri.
Suhunya jatuh hingga -30 darjah
dan memasuki keadaan hibernasi.
Peluru gen ini
mengandungi virus P7N9.
Jika kita boleh lepaskan virus ke dalam pistil Pandora,
ia boleh dihalang daripada membesar.
Awak sudah anggarkan
kadar kejayaan misi ini?
Untuk tingkatkan kadar kejayaan misi ini,
ibu pejabat telah menghantar unit robot.
Asalkan seseorang boleh masuk ke dalam pistil,
misi kita berjaya.
Mejar jeneral, jika misi ini berjaya,
Pandora boleh membersihkan atmosfera sejagat.
Bersihkan atmosfera?
Jadi kita takkan bina Skynet lagi?
Awak tahukah
kos untuk membina Skynet?
Mejar jeneral.
Saya rasa ibu pejabat dah beritahu tentang kepentingan misi ini.
Saya harap askar tempur udara di kawasan tuan akan beri bantuan penuh.
KAD ADP
Bagaimana jika misi ini gagal?
Kita teruskan dengan pelan B.
Menghantar pengebom Orca
untuk memusnahkan Pandora sebelum ribut kedua.
Jarak pengeboman, 14 kilometer.
Korban, 160,000 orang.
Pelan pemindahan pula?
Tiada pelan pemindahan?
Jika kita tak dapat bunuh Pandora sebelum ribut,
kesemua 5.6 juta orang di dalam B16 akan mati.
Jadi 160,000 orang tak dikira?
Adakah kita cuma berdiam diri?
Cemas yang tak perlu akan mengorbankan lebih banyak nyawa.
Ini operasi sulit.
PROGRAM SELESAI
Input program selesai.
Robot-robot ini boleh beroperasi di dalam B16.
Operasi bermula.
Komander dah sampai!
Misi kita adalah
mencari pistil Pandora
untuk memprogramnya semula.
Jika berjaya, Pandora takkan menyerang
dan ia akan terus bersihkan udara.
Ini komander operasi,
Kolonel Tam.
Prosedur pertempuran ada empat peringkat.
Pertama, semua unit berkumpul di Bangunan Pusat.
Kedua, tembak bom agen kontras selepas hujan pertama.
Ketiga, apabila Pandora menyerap agen kontras itu,
Skyfish akan mengimbas dan menjejakinya.
Keempat, agen kontras akan bertumpu di pistil.
Selepas pistil dikesan dan sebelum ribut kedua,
robot akan masukkan peluru ke dalam pistil.
Bila Pandora bertindak balas
selepas bom dijatuhkan?
Ia mungkin serta-merta
atau mengambil masa.
Berapa lama? Tiga minit? Lima minit?
Berapa lama masa menunggu untuk tiada tindak balas?
Bolehkah kami keluar jika tiada?
Berapa cepat Pandora boleh menyerap agen kontras itu?
Ini operasi yang tak pernah berlaku.
Saintis akan menganalisis status Pandora.
Ikut saja arahan Pusat Arahan.
- Tahu pemboleh ubah semasa operasi? - Ikut saja arahan Pusat Arahan!
Biar saya beritahu.
Ada gelora jika terbang rendah. Pandora akan serang!
Kami dalam bahaya dan perlu menambah baik.
Tahu berapa ramai mati tiga bulan lalu?
Ada ketidakpastian dalam mana-mana misi.
Satu-satunya kepastian adalah
tak boleh hilang jejak agen kontras.
Jika hilang, misi ini gagal.
Saya tak kisah jika saya mati,
tapi saya takkan biarkan rakan-rakan mati bersama saya.
Saya rasa dia bukan pilihan tepat.
Tapi saya cuma percayakan dia.
Jika begitu, lebih baik guna pelan B.
Tiada pelan B.
Selepas Pandora muncul, udara bertambah baik.
Tuhan beri kita peluang ini.
Misi ini bukan untuk kita, tapi untuk semua orang.
Kita cuma ada satu rancangan,
melaksanakan misi ini.
Dunia mungkin pesimistik,
tapi kita tak boleh.
Rakan-rakan, ayuh!
No comments yet. Be the first to leave one.