İlk 200 satır.
WATAK, KUMPULAN, ORGANISASI, KEJADIAN
DAN LOKASI YANG DIGAMBARKAN HANYALAH REKAAN SEMATA-MATA
DECOY
IMIGRESEN KHAS
Selamat bercuti di Korea.
Terima kasih.
Malam tadi, seorang pegawai polis berpangkat tinggi telah membunuh diri.
Walaupun identiti si mati masih belum didedahkan,
berdasarkan luka tembakan di kepala,
polis menganggapnya sebagai bunuh diri.
Mereka juga tak boleh ketepikan kemungkinan pembunuhan
kerana tempat kejadian dan testimoni kenalannya mengatakan sebaliknya.
EPISOD 9. PARA PENCARI
TAHUN 2023
Awak nak buat apa sekarang?
Saya akan jejak semula
masa silam saya yang memalukan.
Jangan terlalu memaksa diri.
Saya akan uruskannya.
WARTAWAN CHEON NA-YEON
- Helo? - Awak asyik enggan jumpa saya.
Awak tak nak teruskan kes pembunuhan Jae-hwang?
Saya tak dengar khabar Han Da-jeong sebab dia masih belum sedar.
Saya dah cakap saya dengar sesuatu.
Awak abaikan tugas awak sekarang?
Awak di mana?
Saya dah beritahu mak Jae-hwang
yang dia tak bunuh diri.
Kenapa awak beritahu dia?
Masih belum ada kepastian.
Masih belum tahu siapa pesalahnya.
Tapi sekurang-kurangnya ibunya patut tahu.
Dia berhak tahu yang anaknya tak bunuh diri.
Ia masih dalam siasatan.
Awak tak faham maksudnya?
Jika siasatan dibuat dengan betul dari awal lagi,
kematian itu boleh dicegah.
Sama ada ia pembunuhan atau bunuh diri.
Tak sangka awak cakap begitu.
Tak ingatkah bagaimana kamu perlahankan siasatan kami
dengan Lee Byeong-jun mengetuainya?
Itu kerana Jae-hwang...
Siasatan awal kami gagal disebabkan awak.
Hal ini takkan berlaku jika awak berterus terang dari awal.
Beritahu saya Han Da-jeong cakap apa.
Kim Seong-dae.
Orang Kim Seong-dae yang hantar Jae-hwang ke sana.
Lagi?
Nama Kim Seong-dae tak cukupkah?
Semua orang tahu dia dibiayai oleh No Sang-cheon.
Awak patut siasat kenapa dia terlibat.
Kami dah siasat dia sebab namanya asyik disebut.
Itu saja?
No Sang-cheon.
Ini tak cukup untuk buat awak fikir dia masih hidup?
Baiklah.
Kami halang siasatan demi melindungi Jung Jae-hwang. Maaflah.
Tapi
- kami dah cakap dialah kunci... - Siapa yang dapat manfaat
dengan mendedahkan kes ini?
Kamu semua.
Hantu bernama No Sang-cheon dibawa masuk ke dunia ini.
Awak rasa kes ini tentang apa?
Menghidupkan semula No Sang-cheon yang dah mati?
Mangsa macam kami yang dapat manfaat daripadanya?
Kami dapat apa sebenarnya?
Polis masih keberatan membuka semula kes ini.
Kamu tak berminat dengan mangsa penipuan seperti kami,
tapi kes pembunuhan!
Masa Encik Gang jadi ketua pun begini!
Dia tak kisah nak tangkap No Sang-cheon.
Dia buat-buat tak tahu dan fokus melindunginya!
Lepaskan kemarahan awak kepada saya.
Jangan salahkan si mati.
Apa maksud awak si mati? Adakah...
Jangan kata Timbalan Ketua Gang...
Dia dah mati.
Ia nampak macam bunuh diri,
sama macam Jung Jae-hwang.
Jadi pegawai polis berpangkat tinggi yang disebut di TV itu...
Jika nak tangkap pesalah sebenar, jangan masuk campur dalam siasatan.
Boleh awak tangkap lelaki itu?
Kami sedang buat yang terbaik.
Apabila mak awak pulih,
bawa dia keluar makan.
Awak perlu kuat.
Cik Cheon.
Berhenti. Saya faham.
Mak saya menunggu di dalam kereta. Kami perlu jumpa doktor.
Cik Cheon, kenapa dengan awak?
Awak ingat saya bodoh?
Apa pula sekarang?
Awak selalu beri alasan nak bawa mak awak jumpa doktor.
Apa kaitannya dengan awak?
Awak tiada mak pun.
Kenapa asyik beri alasan itu?
Apa maksud awak?
Kenapa pula saya tiada mak?
Sekarang pun dia tunggu di dalam kereta.
Mak awak dah mati.
Mak...
Sama macam ayah awak, mak awak bunuh diri...
Cukup!
Na-yeon.
Berhentilah.
Tak mengapa, Na-yeon.
Na-yeon, bertahanlah.
Na-yeon!
Na-yeon...
Mak.
Bila mimpi ngeri ini akan berakhir?
Maafkan mak kerana kamu terpaksa alami mimpi ngeri ini.
Na-yeon menderita dari segi mental.
Selepas kematian ayahnya,
gangguan daripada pemiutang
dan kemurungan menyebabkan ibunya membunuh diri.
Tapi Na-yeon...
menyalahkan dirinya atas kematian ibunya.
Dia masih rasa bersalah.
Dia memang jumpa doktor.
Bukan saja dapatkan ubat untuk ibunya,
tapi untuk diri sendiri.
Selamat menjamu selera.
Ladu kami sedap, bukan?
Biasa saja.
Awak tersenyum.
Bukan sebab ladu.
Saya teringat peristiwa menarik yang berlaku di seberang jalan.
Sudah lama saya tak ke sini
dan kenangan indah terlintas di fikiran.
Tentu ia indah.
Benar.
Semua orang amat gembira ketika itu.
Semua orang jadi kaya.
TAHUN 2023
TAHUN 2010
- Ini dia. - Saya dapat tiga juta won bulan ini.
Ingat tak saya ada lapan akaun? Saya dapat lima juta bulan ini.
Bayaran di sini lebih tinggi daripada bank.
Terima kasih banyak.
Terima kasih kerana berurusan dengan kami.
Sila periksa jika ada tertinggal barang...
Mak, saya dah balik.
Na-yeon, tunggu.
Cuba pakai ini dan lihat jika ia muat.
Apa ini?
Mak menang loteri?
Cantiknya.
Mak.
Mak beli ini dengan duit daripada BIGS Net, bukan?
Ia mencurigakan. Tak bolehkah berhenti sekarang?
Apa maksud kamu?
Ini peluang untuk buat duit.
Kamu masih perlu ke kolej
dan kami perlu simpan duit untuk persaraan.
Kamu fikir gaji ayah kamu cukup untuk bayar semua itu?
Gaji penjawat awam sedikit.
Mak pun bekerja di akademi.
Gaji akademi biasa tak sebanyak itu.
Mak berhenti supaya boleh fokus kepada BIGS Network.
Mak dah periksa betul-betul?
Kamu pandang rendah mak?
Fokus saja kepada pelajaran kamu.
Mak akan buat semuanya.
Kamu nak telefon baharu, bukan?
Mari belikan kamu telefon terbaharu bulan depan apabila dapat gaji.
- Betulkah? - Ya.
Mak perlu ke salun, jadi pastikan kamu makan.
Semua hidangan dah siap. Faham?
- Mak. - Ya?
Mak gembira?
Bekerja di sana buat mak gembira?
Ia menyeronokkan.
Hidup amat menyeronokkan kebelakangan ini.
Mak akan kembali.
Dengan itu, saya belikan kot untuk Na-yeon bulan ini.
Saya gembira melihat duit dimasukkan ke dalam akaun saya.
Awak bercakap tentang pusat beli-belah
yang beri rebat 30 peratus?
- Ya. - Jadi
apabila kamu sertai persatuan bantuan bersama,
jika kamu tulis ID saya sebagai perujuk,
saya dapat sedikit komisen.
Maksud saya, kita boleh bahagikannya.
Faham maksud saya, bukan?
Boleh dapat duit hanya dengan mendaftar?
Bukan wang tunai, tapi kad hadiah.
Tapi dengan kad hadiah itu,
kamu boleh beli produk
dari pusat beli-belah milik BIGS Network.
Jadi ia seperti wang tunai.
Bagaimana?
Encik Oh dan Profesor Choi pun turut serta.
Marilah, kamu pun perlu bersedia untuk bersara.
Setuju atau tidak?
Awak beli sesuatu lagi, Cik Yoo?
Itu cuma jumlah yang kecil.
Duit yang banyak datang dari bahagian berbeza.
Awak cakap apa tadi?
Awak kata ada cara lain untuk buat duit selain bantuan bersama.
No comments yet. Be the first to leave one.