İlk 200 satır.
7.40 PAGI
1 DISEMBER 2020
Selamat pagi.
PADA AMBANG TAHUN BAHARU 2020,
JUSTIN BERSEDIA UNTUK PERSEMBAHAN KONSERT PENUH PERTAMA SEJAK 3 TAHUN
MEMASTIKAN PROTOKOL KESELAMATAN COVID-19 DIPATUHI,
DIA MEMUTUSKAN UNTUK MEMBUAT RAKAMAN SENDIRI BERSAMA KRU FILEM
UNTUK BERKONGSI KISAH PENUH SEBALIK TABIR PENUH BERSAMA PEMINAT.
Saya dalam perjalanan
untuk bersiar-siar pagi hari bersama Hailey.
Jom tengok kalau dia dah sedia.
- Kita akan ambil angin? - Ya.
Saya buat vlog dokumentari.
- Vlog? - Vlog untuk dokumentari.
Awak dah jadi pempengaruh sekarang.
Awak tahulah.
31 DISEMBER 2020
Awak ada azam tahun 2021?
Azam saya untuk tahun 2021...
Apa khabar?
Kita dah lama mengimpikannya!
Mula 15 minit lagi. Penstriman sejam.
Seluruh persembahan harus ditunda.
Ramai log masuk serentak.
Berapa lama nak tunggu?
Saya sudah di sini.
- Semangat berkobar-kobar. - Saya tahu.
- Kita perlu mula pada 8.45. - Ya.
Kalau bertuah untuk setahun lagi, di mana kamu?
Prarakaman akan mula.
Kiraan menurun tiga puluh saat.
Sembilan, lapan, tujuh,
enam, lima,
empat, tiga, dua...
Mulakan prarakaman.
DUNIA KITA
Kamu dah sedia?
Disember ialah bulan paling dahsyat AS dilanda pandemik.
- Muzik dan konsert ditangguhkan... - Kes naik mendadak...
Los Angeles, antara bandar yang terjejas teruk...
TERIMA KASIH, BARISAN HADAPAN!
DISEBABKAN KEKURANGAN LOKASI YANG DIBUKA,
JUSTIN DAN PASUKANNYA BERUSAHA MENJAYAKAN KONSERT TERSEBUT
DI BUMBUNG HOTEL BEVERLY HILTON YANG TERKEMUKA
DAN DISTRIM SECARA LANGSUNG KE LEBIH 150 NEGARA.
Rancangannya adalah pergi ke bumbung dan bina pentas untuk Justin.
Bilik VIP di atas.
Idea asal datang daripada Ry Good.
Demi keselamatan terhadap COVID, hanya 240 penonton dibenarkan,
tapi konsert akan distrim langsung kepada jutaan penonton.
Begitu juga dokumentari.
Nampak seperti banyak ruang, tapi kami akan isikan.
30 HARI SEBELUM KONSERT
Terdapat had beban pada bumbung. Hotel ini dibina pada tahun 1950-an.
NICK DeMOURA PENGARAH KREATIF & KOREOGRAFER
Kami memerlukan pilihan lain. Kami reka lampu besar.
Amat membantu kerana ia lut sinar.
Latar indah Beverly Hills di Los Angeles dapat dilihat.
Binaan yang memancarkan cahaya melengkapi pemandangan.
Apa rancangan awak minggu ini, Hailey?
Saya tak ke mana-mana sebelum konsert supaya tiada orang sakit.
Ya, betul juga.
Sukar dipercayai betapa berwaspada semua orang kerana COVID.
Saya tahu. Namun, semua orang bersemangat juang.
Ya.
- Selamat pagi, Kenz. - Ini Candice.
Pegawai keselamatan kami.
- Pegawai COVID. - Ya.
Bagi produksi skala besar begini, kami harus berjaga-jaga
kerana jika orang penting dijangkiti, semuanya berakhir.
Ujian COVID.
JOHNNY "J BLAZE" ERASME KOREOGRAFER BERSAMA & PENARI
Setiap hari ada ujian COVID.
Segalanya perkara yang tak pernah kami hadapi sebelum ini.
Saya rasa kita sangat bertuah dapat bekerja kini.
Ramai yang tak bertuah, jadi saya rasa amat bersyukur.
UJIAN COVID DAFTAR MASUK
Syabas.
Kabus. Laser dah sedia?
Kamu gembira malam ini?
Syabas.
Aduhai, rasanya dah lama saya tak berada di pentas.
Lepaskan kabus penuh.
28 HARI SEBELUM KONSERT
Apa cerita? Apa khabar?
Nick ada di dalam?
- Rasanya di pejabat. - Dia ada di pejabat?
Berlatih di tengah pentas di sini dan bahagian siang di sini.
Alih barang ke Beverly Hills di sini.
Kumpulan muzik dan latihan penari di sini. Hari konsert.
Kita tak boleh masuk hotel lebih awal?
Kita perlu bazirkan satu hari?
Kita tak boleh masuk ke bilik sehingga tarikh ini.
Berlatih di tempat awam akan dedahkannya.
Jadi, hanya dua hari penuh di set bersama semua, kamera dan kelengkapan.
Ya.
- Nick? - Hei.
Nicky D.
Selamat kembali.
- Apa khabar? - Baik.
- Awak nak periksa? - Ya, ayuh lakukannya.
Baiklah, saya perlu periksa beberapa perkara.
Kini saya sudah menghampiri 11 tahun bersama JB.
Asalnya saya hanya penari ganti
dan penari asal tak dapat datang.
Saya dihubungi, "Boleh datang ke Paris dalam tiga hari?"
Saya setuju.
Dia memang legenda hidup.
Bukanlah, dia yang hebat. Dia ialah koreografer saya.
Dia suka cara saya menari dan selalu minta saya mengajarnya.
Apabila saya diberi peluang untuk mereka tari,
dia sentiasa sokong saya dan saya setia kepadanya.
Itulah yang membuatkan hubungan kami istimewa.
Kata-kata tak cukup untuk mengatakan betapa berbangga saya
bekerja dengan ramai orang berbakat.
Apa khabar?
Tay.
Sediakan suasana, hidupkan lilin dan malapkan cahaya.
Stixx, ada sungguh ramai orang.
B Harv.
Bekerja di sisi Justin memberi peluang untuk menyentuh
hati ramai orang di dunia.
- Saya nak mula dari awal sampai habis. - Ayuh mulakan.
Apabila menyertai jelajah bersama selama 10 tahun,
anda boleh dianggap tinggal sebumbung.
Saya, Tay dan Harv sudah 10 tahun naik bas jelajah bersama.
Kami terus menjadi saudara.
Di bahagian bes, inilah B Harv, sahabat saya.
Ayuh berikan tepukan gemuruh kepada B Harv.
Dalam dua konsert saya main bes iaitu ketika jelajah My World dan Believe.
Saya disukai dan diminta kekal. Sejak hari itu, saya di sini.
LAUREN WALTERS PENGARAH OPERASI & KESELAMATAN
Dia sangat setia terhadap pasukannya.
Kawan-kawan.
Lauren, nak bacakan doa untuk pasukan?
Teruskan, cakaplah.
Bagi kami selaku ahli pasukannya selama bertahun-tahun ini,
kami amat mengasihi dan sangat ambil berat tentang dia.
Semua orang, Tay James. Berikan dia tepukan.
DJ Tay James, semua.
Tay James tiba.
Saya suka dikelilingi orang baik dan pintar. Saya menghargai
mereka yang menjayakan konsert ini.
Kadangkala saya susah nak percaya.
Saya sangat dirahmati.
Syukur atas segalanya yang dilakukan dan akan dilakukan.
Wahai Jesus di syurga.
- Amin. - Amin.
Nyanyikan!
Kamu nampak sangat hebat.
Justin seorang ketua yang bagus.
Dia mengawal pasukan...
RORY KRAMER - JURUGAMBAR VIDEO
dan seronok melihat semua mematuhinya.
Kita cuba dulu dan tengok bahagian mana yang...
Tandakan bahagian yang saya takkan nyanyi.
- Tandakan. - Itulah yang saya buat.
Tengok kalau konsisten...
Semasa saya teruskan, kalau stamina saya bertambah
- sebab memang pun. - Baik.
Semakin meningkat usia, saya lebih memainkan peranan kepimpinan.
Sayang awak, kawan. Saya sediakan alat muzik nanti.
Saya percaya ia bermula
dengan sikap saya semasa melangkah masuk.
Antara definisi terhebat kepimpinan yang saya dengar
ialah guna tenaga manusia bagi perubahan berkesan.
Maka, bagi saya itulah tugasnya.
Menggunakan semua tenaga kreatif
dan bakat semua orang
kemudian bekerjasama untuk membantu pembentukan konsert.
Sesuatu yang dapat menghiburkan orang ramai.
Apakah perubahan yang awak dapat lihat pada Justin setelah selama ini?
Perubahan yang sangat besar.
CHRIS GRATTON - PEREKA BERSAMA & PENERBIT
Bertahun-tahun lalu...
KELUARGA GRATTON, 2010
saya bawa mereka hadiri beberapa rancangan
dan sesi bertemu peminat.
Semasa mula bekerja untuk dia,
dia lebih muda, berkembang, masih belajar.
Dia benar-benar menjadi dewasa. Menemui dirinya sendiri.
Setelah mendirikan rumah tangga,
seluruh perubahannya juga menakjubkan.
- Saya cintakan awak. - Saya cintakan awak.
Kami berjalan kaki setiap pagi.
- Tipulah! - Bukan setiap pagi.
- Boleh kongsikan tentang minggu kita? - Sudah tentu.
Okey. Ayah saya,
dia akan datang hari Rabu.
Adik lelaki dan perempuan saya juga.
Tahun 2020 ini,
menyaksikan dia mengharungi COVID selepas berumah tangga
dan dia masih mementingkan keluarganya.
Pelik rasanya. Jarang nampak pada pemuda sebaya dia.
Keluarga amat penting.
Saya rasa kagum melihat dia bersama adik-beradiknya.
Awak sangat istimewa.
- Jaz? - Sedia?
- Sayang awak. - Tunggu.
Pada saya, kebanyakan keluarga
No comments yet. Be the first to leave one.