Black Lightning

Black Lightning

Malay Altyazısını İndir

Sezon 1

Sürüm bilgisi

Black Lightning S01E10 480p ms
Şunun yorumuyla rayleigh_30
Episod 10 !!! Kredit atonim !!! Bukan yang terbaik tapi boleh faham !!!

Etiketler

480p
480
Yayınlandı: 2018-04-05
İndirmeler: 24
İşitme Engelliler: No

Malay altyazı önizlemesi

İlk 200 satır.

Sebelum ini di Black Lightning...

30 tahun lalu, aku datang ke Freeland

sebagai ejen untuk organisasi kerajaan bernama ASA.

Mereka melakukan eksperimen di Freeland,

memberi orang-orang vaksin agar mereka patuh.

Tapi tanpa disangka vaksin itu mencipta Metahuman.

Orang dengan kuasa istimewa.

Dan tugasku adalah menemui mereka.

Aku membocorkan maklumat kepada ayahmu,

dan siasatannya membuatnya terbunuh.

Jauhkan diri dariku.

Sumber cakap bahawa dia mati direnjat,

menjadikan Black Lightning sebagai suspek utama.

Dan dengan begitu,

pelindung Freeland menjadi ancaman terbesar.

Aku tidak boleh biarkan tindakan memfitnahku ini

mengalihkanku dari misiku.

Jadi bagaimana kita nak menghentikan mereka?

Kejar Green Light.

Beri tahu Lembaga bahawa itu keputusanku.

Aku naib pengetua, bukan setiausahamu.

Jika kau nak memberi tahu Lembaga,

sampaikan sendiri pada mereka.

Ketika Black Lightning kembali,

kau cakap akan mencari tahu siapa dia dan membereskannya.

Tapi tidak, jadi aku bawa anggota ASA ke bandar untuk membunuhnya,

mudah dan senang.

Dulu aku bekerja sebagai pemantau.

Dan aku baru saja melihat mayat salah satu pemuda...

yang aku jumpa 30 tahun lalu.

Aku tidak boleh melupakan apa yang aku lihat di makmal itu.

Hanya Black Lightning yang boleh mendedahkan perbuatan mereka

dan membawa mereka pada keadilan.

DVD, pakaian bayi.

Hei, aku ada apa yang kamu mahu. Aku ada apa yang kamu perlukan.

Apa itu?

Hei! Hei! Hei!

Oh, ya Tuhan.

Oh, ya Tuhan, mereka masih hidup.

Black Lightning S01E10 Sins of the Father The Book of Redemption

Subtitle Inggris oleh VitoSilans. Diterjemahkan oleh atonim.

Ayah. Ayah.

Ada banyak budak-budak dalam bahaya dan mereka perlu pertolongan kita.

Apa?

Pakcik Gambi menemui ramai mayat budak-budak yang...

menghilang 30 tahun lalu.

Dan kerana kamu bertengkar,

dia memintaku memberitahumu agar Ayah boleh membantu.

Baik, perlahan-lahan.

Aku tahu Ayah tidak mahu mempercayai pakcik Gambi,

jadi aku memutuskan untuk memeriksanya.

Gambi menghantarmu memeriksa mayat?

Bukan. Aku sepatutnya memberitahumu tapi aku tidak lakukan. Maafkan aku.

Pakcik Gambi menyangka mereka sudah mati,

tapi mereka masih hidup, dalam semacam keadaan tertidur,

dan aku berniat membebaskan mereka,

tapi aku tidak mahu membuat kesilapan dan menyakiti mereka lebih parah.

Maksudmu budak-budak yang hilang 30 tahun lalu?

Ya.

Entahlah. Aku rasa, ya.

Mereka tidak mati?

Tidak. Mereka masih hidup.

Tidak ada yang namanya kematian,

tidak lagi, Will.

Lihatlah kau.

Aku di sini, kau di sini.

Ya, tapi kau membunuhku, Sepupu.

Aku nak hidup sepertimu.

Siapa cakap kau tidak hidup?

Aw. Sial.

Apa yang kau akan lakukan apabila Tobias balik?

Kau tahu dia tidak akan gembira...

jika kau mengambil alih The 100.

Jika Tobias balik...

aku akan membunuhnya.

Seperti kau membunuhku?

Ya.

Jujur, itu ganjaranmu.

Kelalaianmu merugikan kita.

Bagaimana dengan orang bawahanmu di sana?

Adakah mereka dapat ganjaran juga?

Kenapa kamu tidak turun ke jalan?

Semenjak Black Lightning menyerang gudang,

tidak ada Green Light untuk diedarkan.

Kau berkelakuan seolah Green Light satu-satunya dadah di bandar ini.

Kamu boleh menghisapnya, tapi tidak boleh menjualnya?

Kembali ke jalanan.

Dan berfikirlah dengan kreatif.

Aku muak dengan ini.

Tidak ada yang mahu dadah lama selepas mengguna Green Light.

Kau mulai gila, Lala.

Kau berkeliaran di sini, bercakap sendiri.

Kami semua melihatmu.

Mungkin kau tidak layak lagi untuk ini.

Masih ada yang berfikir aku tidak layak?

Jika ada yang ada masalah dengan menjual...

dadah biasa seperti dulu,

beritahu aku sekarang.

Kami akan jual apa pun yang kau suruh, Bos.

Bagus.

Hei.

Urus itu.

Astaga. Kau selalu membunuh.

Seperti ketika kau membunuhku.

Aku hanya memberimu kerja.

Selain itu adalah kesalahanmu sendiri.

Apa khabar ibuku?

Dia tidak sama lagi sejak kau menghilang.

Menghilang? Apa maksudmu?

Dia tidak tahu aku sudah mati.

Mayat boleh memunculkan banyak soalan.

Benar.

Sial.

Sebelah sini.

Tunggu dulu. Apa?

Tidak. Tadi mereka di sini.

Ayah, aku bersumpah ada ramai budak-budak di sini.

Nampaknya...

ada objek besar yang diheret keluar dari pintu.

Seseorang tahu kau ke sini.

Tidak ada orang di sini ketika aku...

30 tahun lalu,

Gambi bekerja untuk agensi rahsia kerajaan bernama ASA.

Dengan bilik rahsianya itu,

pasti asal usulnya semacam itu.

Ya.

Dan selepas situasi politik panas di seluruh negara,

ASA menempatkan Gambi di sini

untuk melaporkan eksperimen manusia haram mereka,

iaitu membuat penduduk kulit hitam di Freeland...

patuh agar boleh dikawal.

Serius, mereka mencampurkan sesuatu ke bekalan air.

Lalu vaksin.

Dan kita dikatakan paranoid.

Tapi tanpa dijangka, vaksin itu memberikan kuasa kepada sesetengah budak.

Gambi melaporkan budak-budak yang menunjukkan kuasa...

dan mereka diculik.

Ayah, aku tahu. Dia memberitahuku.

Dia juga memberitahuku bahawa dia naif.

Dia menyangka dia menjadi askar yang baik,

tapi ketika dia sedar apa yang sebenarnya terjadi,

dia menggunakan pengetahuannya tentang program itu untuk menghentikannya.

Jadi itu membuat perbuatannya benar?

Tidak, itu tidak menjadikannya benar, tapi, Ayah, dia menyelamatkanmu...

dan dia melindungimu selama ini.

Dia peduli. Sudahlah, Ayah tahu itu.

Dan dia berusaha sebolehnya untuk membaikinya.

Ada beberapa perkara yang tidak boleh dibaiki.

Begini,

kita kena cari budak-budak itu.

Dan dengan ganjaran untuk kepalamu,

itu akan semakin sukar dilakukan.

Kau tidurlah./ Ayah, dengar.

Aku tahu Gambi salah, tapi bukankah kita perlu bantuannya?

Ayah tidak boleh bekerja dengan Gambi lagi!

Ayah tidak mempercayainya.

Okey.

Maafkan aku.

Two-Bits?/ Hei, apa khabar, J?

Maaf mengganggumu seawal ini,

tapi aku nak bercakap. Ada masa?

Ya, masuklah.

Baik, terima kasih.

Aku melakukan banyak perkara buruk, J.

Mencuri, menjual dadah,

tapi ada sesuatu yang lebih buruk.

Apa yang ada di fikiranmu, Two-Bits?

Aku melihat salah satu muridmu diculik semalam.

Tunggu, apa?

Sekurangnya aku rasa itu muridmu.

Gadis itu memakai salah satu seragam hodoh...

yang biasa dipakai di sekolahmu.

Baik, baik, apa yang terjadi?

Aku melihat dia membeli Green Light dari...

salah satu pengedar, dan...

Ini akan terdengar gila, selepas dia menelannya,

untuk sesaat, dia nampak seperti terbakar.

Apa maksudmu terbakar?

J, maksudku, seperti ada api keluar dari dalam tubuhnya.

Aku tahu itu terdengar gila, tapi itu yang aku lihat.

Itu hanya terjadi sekejap,

dan selepas itu, dua lelaki berpakaian hitam...

keluar dari kereta van dan menculiknya.

Di mana kejadian itu?/ Jalan 34th dan Oglethorpe.

Baik, mulakan dari awal.

Ceritakan apa sebenarnya yang terjadi. Jangan terlepas apa pun.

Aku dengar kau sudah mati.

Tadi.

Selamat pulang.

Aku nak kau meminjamkanku kokain bernilai $2 juta...

dan ganja bernilai $400,000.

Semenjak Green Light diedarkan,

bisnesku di Freeland telah merosot dengan teruk,

jadi percayalah apabila aku cakap, tawaranmu menggoda.

Tapi?/ Bagaimana aku boleh mempercayaimu?

Kau menghilang, lalu balik nak melakukan bisnes...

dalam jumlah yang lebih besar dari yang sebelum ini,

dalam pinjaman, untuk produk yang tidak lagi dibeli orang.

Itu terdengar dan terasa seperti perangkap.

Aku tidak memerangkapmu. Aku hanya nak berbisnes.

More Malay subtitles for Black Lightning

Yorumlar

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left