Recurrence

Recurrence (Pipa)

Malay Altyazısını İndir

Sürüm bilgisi

Pipa (2022) NF WEB-DL
Şunun yorumuyla Ridz
Retail Netflix

Etiketler

Web-DL
web-dl
web
WEB-DL
Yayınlandı: 2022-07-27
İndirmeler: 23
İşitme Engelliler: No

Malay altyazı önizlemesi

İlk 200 satır.

NETFLIX MEMPERSEMBAHKAN

Itu Samantha Sosa, penagih dadah yang selalu dibawa di balai.

Percikan api mulakan kebakaran. Dia tidur dan tak sempat bertindak.

Nampaknya dia mabuk.

Paredes jumpa dia dua jam lalu.

Dia masih ketakutan.

Sami memang cantik orangnya.

Kasihan. Orang baik selalu pendek umur.

BEBERAPA JAM SEBELUM ITU

- Macam mana tadi? - Baik saja.

Tompok dah letih. Saya nak mandikannya dan beri air.

Okey.

Ayuh, Tompok.

Puan nak tengok topeng yang anak puan beli untuk malam ini?

Tak apa, ini parti mereka.

Saya cuma nak tengok pekerja sebelum keluar tonton perlawanan.

Apron hitam ini okey.

Jangan bersolek.

Tanggalkan barang kemas.

Luis dah tiba.

Puan dah lewat, bukan?

Baguslah.

Biar Rómulo tunggu saya.

Apa khabar, Luis?

Hei, sayang.

Hati-hati, ramai orang. Jangan pergi jauh.

Gerai ibu Toto dekat saja.

Pergilah. Jaga diri.

Orang yang tak kenal awak mesti ingat awak masih suka dia.

Tapi mak cik kenal saya.

Yalah. Mak cik cakap saja.

Dah dua tahun. Tegurlah dia. Dia takkan gigit awak.

Tak nak.

Elok juga awak keluar sekali-sekala.

Ini keluarlah.

Bukan setahun sekali.

Paco, datang juga awak!

Untuk temankan awak.

Saya ada hadiah untuk awak.

Saya tak tahu awak dah balik.

Saya ingat Paco tinggal di Madrid.

Nampaknya tidak.

Terima sajalah. Abang awak telefon dia.

Mana lebih teruk?

Dilupakan atau tak dipedulikan olehnya?

Sami, awak buat apa? Estela ada di sana.

Hantarkan ke dapur.

Saya kenal awak?

Nahuel Mamani!

Awak ditahan kerana merompak!

- Tunggu. - Jangan tangkap dia!

- Cepat bangun. - Berhenti. Lepaskan dia.

Bawa bertenang.

Tutup mulut.

- Bertenang. - Lepaskan dia!

Saya kata bertenang!

Bertenang!

- Tolong! - Lepaskan dia, Pérez.

- Siapa awak? - Selamat malam.

Saya Luis Paredes, ayah Juan. Maaf kerana takutkan awak.

- Anak awak kenal saya. - Ada apa?

Saya sedang ikut jejak puma.

Dua jam lalu, puma itu lalu di jalan.

- Boleh saya lintas di sini? - Ya.

Dengar sini, Pn. Manuela. Kunci pintu.

Itu haiwan ganas.

Sudahlah awak bersendirian.

Terima kasih.

Ibu?

Ada apa?

Tak ada apa-apa.

Ibu tak boleh tidur.

Manuela, Sami ditemui mati.

Saya tak dengar. Helo?

Samantha Sosa.

Mayatnya ditemui di pondok Pico del Águila.

BALAI POLIS 57 LA QUEBRADA

Mungkin dia singgah semasa kita di pesta?

Ada barang hilang?

Tak, saya ada masuk ke bangsal. Kenapa awak tanya begitu?

Dia curi rantai mahal daripada majikannya.

- Di mana dia bekerja? - Parti keluarga Carreras.

- Terima kasih kerana datang. - Tak apa. Saya datang sebaik saja tahu.

- Hai! - Saya nak jumpa Nahuel Mamani.

Awak sunyi di pedalaman dan cari lelaki sejati?

Bukan main lagi.

Luna, boleh kami bantu?

- Pérez, siapkan laporan. - Baik, tuan.

- Awak dah jumpa dia? - Belum.

Benarkan saya jumpa dia, Rufino.

- Dia tak boleh terima pelawat. - Dia dibelasah.

Dia cedera.

Saya tak boleh bantu. Dia melawan semasa ditahan.

Saya perlu cakap dengannya. Tolonglah.

Saya boleh tolong sampaikan mesej awak.

Setakat itu saja.

- Percayakan saya. - Pergilah.

Biar dia lalu.

- Sama-sama. - Jumpa lagi.

PANGGILAN MASUK MAK CIK ALICIA

Beritahulah anak saudara saya pula.

Siapa suruh awak bersihkan semua ini?

Majlis perbandaran.

Pondok yang kukuh akan dibina di sini demi keselamatan semua.

Awak kenal gadis yang mati itu?

Ya, Sami.

Dia selalu datang.

Ke sini dan gereja utara.

Sami tak kuat agama.

Dia curi rantai keluarga Carreras, tidur di pondok itu dan ditimpa nahas.

Kenapa dia lalu di rumah awak?

Dia ikut jalan pintas dari rumah Carreras.

Kenapa bukan rumah mak cik?

Dia sendirian. Dia tak selalunya singgah.

Dia betul-betul cuba berubah.

Kes macam dia memang biasa.

Bagi seorang yang pulih, berapa ramai lagi gagal?

Apa maksud awak?

Dia mati kerana menagih? Padan muka dia?

Saya tak kata begitu.

Kematiannya nampak macam kemalangan.

Laporan dah siap.

Tunggu keputusan bedah siasat untuk tutup laporan.

Saya akan dapatkan keterangan pekerja Carreras.

Tak perlu.

García dah soal mereka

dan ambil barang gadis itu yang tertinggal di sana.

Tanyalah dia.

Ini keterangan Manuela Pelari. Dia anak saudara Alicia.

Dia orang terakhir yang lihat Samantha Sosa hidup.

Nak buat apa dengan rantai Pn. Carreras?

Tinggalkan dengan saya. Saya akan pulangkan.

Kata-kata polis tak cukup bagus. Mereka bukannya peduli.

Semalam mak cik jumpa dia. Kini dia dah tiada.

Mak cik nak minta bantuan awak.

Dia menagih semula atau itu kemalangan? Mak cik nak pastikan.

Mak cik cuma boleh terima jika awak sahkannya.

Barulah mak cik boleh meredai pemergiannya.

Saya juga sedih dan terkejut

seperti anda dengan kejadian yang baru berlaku itu.

Seluruh bandar berdukacita.

Kehilangan gadis tak bersalah ialah insiden tragik

yang memaksa kita meneliti betapa usangnya infrastruktur

bawah bidang kuasa majlis perbandaran.

Namun, saya lebih terkejut dengan aduan keluarga Mamani.

Betulkah polis melanggar prosedur?

Itu kita tak tahu.

Apa kerja awak, Mellino?

Beritahu saya.

Ketua orang Qulla dibelasah.

Seorang gadis mati rentung.

Dalam masa kurang empat jam.

Penahanan Nahuel patut berjalan lancar.

Menjadi contoh.

Tapi keluarganya dakwa polis berkasar.

Gadis Qulla itu pula?

Apa alasan awak untuk dia?

Kenapa awak tak mendengar?

Mamani melawan semasa ditahan.

Kematian gadis itu tak disengajakan.

Itu kebetulan yang dahsyat, tapi ia tak disengajakan.

Saya tak pedulikan ketua Qulla itu.

Tapi biar saya jelaskan.

Empat hari lagi pilihan raya.

Torres menyerang menerusi media.

Syarikat lombong desak saya. Etelvina Carreras juga.

Kita kenyang dengan duit orang Amerika.

Buat bahagian awak.

Saya tahu tugas saya.

Cuma nasib tak baik.

Nahuel dikurung. Dia bukan masalah.

Dapatkan doktor, makanan, pakaian, apa saja untuk dia.

Baiklah.

- Sorokkan kecederaannya. - Okey.

Jangan sampai saya ambil langkah terdesak.

Pastikan semuanya aman.

Faham-fahamlah.

JABATAN POLIS LA QUEBRADA SAMANTHA SOSA

Helo?

Helo?

PERMOHONAN MENJEJAK TELEFON BIMBIT

NOMBOR 387 4638896

Anak saudara saya Manuela perlu tanya beberapa soalan.

Silakan.

Ini tentang Samantha Sosa.

Awak kenal dia?

Saya perlu tahu jawapannya.

Tak kenal.

Tapi saya tahu dia.

Semasa ada majlis di rumah, kami ambil pekerja tambahan.

María cadangkan dia.

María boleh dipercayai.

Sebab itu saya ambil Samantha bekerja.

Alicia, saya tahu awak banyak bantu gadis muda.

Saya tahu usaha awak, tapi mereka bukan semuanya baik.

Kenapa cakap begitu?

Macam saya beritahu polis,

dia lari semasa saya sedar dia mencuri.

Saya terkejut tengok rantai Cik Mecha ada padanya.

Apa jadi selepas itu?

More Malay subtitles for Recurrence

Yorumlar

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left