İlk 200 satır.
Pada mulanya, tiada apa-apa.
Tidak wujud konsep penjelajah robot
yang merayau merentasi permukaan dunia lain.
Lama-kelamaan, kita mula berfikir.
Kita mula bertindak. Kita mula membina.
Mesin-mesin itu pun muncul.
Pada 2003, dua robot kembar bernama Opportunity dan Spirit dihantar ke Marikh.
Ia dijangka bertahan selama 90 hari.
Ramai di luar sana yang berkata, "Ia cuma robot."
Namun, semasa kami pasang ia buat kali pertama,
ia bukan sekadar robot di planet lain.
OPPORTUNITY - HAZCAM SISTEM SIHAT - SUHU -40°C
ISYARAT MASUK...
LAGU KEJUT TIDUR. BERMAIN...
SELAMAT PAGI, OPPORTUNITY. MASA UNTUK BANGUN!
Apabila perayau berada di Marikh, ia ada hidupnya sendiri.
Ada tenaga yang menderau dalam uratnya.
Ia perlukan kasih sayang.
Jadi, kami cuba pastikan ia selamat.
Namun kadangkala, ia bertindak sendiri.
PEMANDUAN DIHENTIKAN. BAHAYA DIKESAN
KEADAAN SELAMAT UNTUK KAMU TERUSKAN.
ITU CUMA BAYANG-BAYANG KAMU.
Jadi, ya, ia cuma robot.
Namun, melalui robot ini, kita jalani pengembaraan hebat bersama.
Dia menjadi ahli keluarga.
SELAMAT MALAM OPPY
MAKMAL PENDORONG JET (JPL) PASADENA, CALIFORNIA
KAWALAN MISI PROGRAM MARIKH NASA
NASA
JENNIFER TROSPER PENGURUS MISI
Saya rasa kita semua pernah terfikir,
semasa kita melihat langit malam...
adakah kita bersendirian di alam semesta?
Cubaan untuk memahaminya adalah salah satu misteri dunia.
Selama berkurun-kurun,
Marikh menjadi titik merah yang membingungkan di langit.
ROB MANNING KETUA JURUTERA SISTEM
Ia menyemarakkan imaginasi jutaan orang.
Apa agaknya sedang berlaku nun di sana?
Matlamat umum program Marikh ini
adalah menjawab persoalan, "Hidupan pernah wujudkah di Marikh?"
Jadi, pada awal misi Marikh,
ASHLEY STROUPE PEMANDU PERAYAU
kami menjejaki air.
Ini kerana, setidaknya di Bumi, di mana ada air...
ada kehidupan.
Jadi, persoalannya, "Air pernah wujudkah di Marikh?
"Air jenis apa?
"Bolehkah ia menampung hidupan?"
Pada pertengahan 1970-an, dua misi Viking
merupakan epitome penjelajahan ketika itu.
NASA menghantar dua pengorbit dan dua pendarat,
yang akan beri kita perspektif baru tentang Marikh.
Ya, ini yang bagus.
STEVE SQUYRES SAINTIS UTAMA
Rasa pelik sebab ada kenangan jelas
tentang gambar digital berusia 40 tahun.
Memang jelas.
Saya ingat kali pertama melihatnya.
Semasa misi Viking,
saya ahli geologi yang gemar kerja luar.
Saya akan ke lapangan dan buat kerja lapangan geologi.
Sains yang mempesonakan,
tapi saya rasa kecewa
kerana tiada tempat baru untuk diterokai.
Kemudian, saya mula bekerja dengan imej daripada pengorbit Viking.
Saya melihat permukaan Marikh dengan gambar-gambar ini,
tapi saya langsung tak tahu apa yang saya lihat.
Orang lain pun tak tahu.
Saya melihat benda yang tiada siapa pernah lihat.
Jadi, saya bekerja dalam penerokaan angkasa.
Dua pengorbit Viking yang melihat Marikh dari atas
nampak sesuatu yang pelik.
Mungkin ada tanda yang air pernah mengalir.
Adakah Marikh planet yang hijau dulu, dengan hidupan dan lautan biru?
ROB MANNING KETUA JURUTERA SISTEM
Kalau boleh, kami sendiri nak pergi ke sana, tapi tak boleh.
Sebagai ahli geologi, saya tahu
bahawa jika kita boleh hantar perayau ke permukaan Marikh,
yang boleh bergerak dan merayau,
dan melihat batu-batuan secara dekat,
kita mungkin boleh tahu sejarah Marikh.
Jadi, bermula pada pertengahan 1980-an,
sepuluh tahun saya menulis kertas cadangan kepada NASA.
Namun, semuanya ditolak.
Saya rasa mungkin saya terpaksa
akui yang saya mensia-siakan sedekad kerjaya saya
tanpa sebarang hasil.
Namun kemudian, kami bentuk sebuah kumpulan di JPL.
Bolehkah kita hantar perayau yang Steve Squyres bayangkan
dan guna sistem mendarat yang kami sudah pun reka?
MODEL PENDARAT
Jadi, kami buat kertas cadangan dan bentangkan kepada NASA.
Akhirnya, kami terima panggilan telefon
yang menjadikan impian kami kenyataan.
Saya amat gembira kerana dapat mengumumkan
kami akan pulang ke Marikh, dengan lebih kuasa.
ENCIK SCOTT HUBBARD PENGARAH PROGRAM MARIKH, IBU PEJABAT NASA
Perayau kembar Marikh.
Kami namakan ia Spirit dan Opportunity.
Sepuluh tahun menulis kertas cadangan
akhirnya membuahkan hasil yang saya impikan.
Namun, saya rasa jika saya tahu ketika itu
betapa sukarnya perjalanan
untuk sampai ke permukaan Marikh,
tentu saya takkan rasa begitu gembira.
Sila duduk agar kita boleh bermula.
PERAYAU PENEROKAAN MARIKH KAJIAN REKA BENTUK KRITIKAL SISTEM MISI
Okey. Saya di sini sebagai Jurutera Projek,
untuk memastikan semuanya sepadan
antara sistem penerbangan dan sistem misi.
Saya akan sentuh pelancaran, jajap dan EDL...
Objektif kami adalah membina
dua perayau berkuasa suria berautonomi
yang dapat bertahan 90 sol, iaitu tiga bulan di Marikh.
Kami sangat berharap salah satu daripadanya dapat berfungsi.
Kami juga tahu jika kami gagal, kami akan terlepas tarikh pelancaran.
Jadual Misi ke Marikh
ditentukan oleh penjajaran planet.
Jika kami terlepas jendela pelancaran itu,
yang seterusnya adalah 26 bulan kemudian.
BUMI - MARIKH
Masa tak cukup untuk reka bentuk, bina dan uji dua perayau,
serta pasang pada dua roket.
Pasukan kami alami tekanan yang amat dahsyat.
Kami perlu tubuhkan kumpulan yang hebat,
DUA TAHUN SEBELUM PELANCARAN
bekerja siang malam untuk berjaya.
Sejak kecil lagi saya suka Star Trek.
Saya nak jadi Geordi La Forge.
Kejuruteraan, ini La Forge.
Matikan kuasa semua pengangkut. Saya dalam perjalanan.
Saya tak tahu apa kerjanya.
Saya tahu mereka "jurutera," tapi saya tak tahu maknanya.
Saya cuma tahu saya nak jadi orang yang baiki benda.
Pembinaan Spirit dan Opportunity bermula di papan putih.
"Okey, kita akan adakan misi 90 hari.
"Kita nak cari bukti air pernah wujud.
"Okey, apa yang kita perlukan?"
Kemudian, sepasukan jurutera lain
perlu bina dan hidupkan perayau itu.
Ini misi pertama saya.
Ia sangat mengujakan.
Ia sesuatu yang belum pernah dibuat orang.
Saya membesar di Ghana.
Semasa kecil, saya amat tertarik dengan radio.
Saya nak tahu, "Ada orangkah di dalam radio?"
Jadi, saya buka radio dan hampa sebab tiada orang di dalamnya.
ASHITEY TREBI-OLLENNU JURUTERA ROBOTIK
Sebab itulah, saya berminat dengan kejuruteraan.
Reka bentuk perayau
sengaja dibuat dengan ciri-ciri serupa manusia.
Ahli geologi yang kerja di lapangan
lazimnya mengambil batu dan memecahkannya untuk lihat di dalam.
Jadi, robot itu perlukan lengan robotik
yang ada pelbagai alat untuk mengukur
dan mengambil gambar mikroskopik. Macam pisau tentera Swiss.
Resolusi kamera perayau
sama dengan daya penglihatan 20-20 manusia.
Tahu-tahu saja, rupanya macam bola mata.
Ketinggian perayau pula 1.58 meter.
Itu tinggi purata manusia.
Jadi, apabila perayau bergerak dan mengambil gambar,
ia seakan-akan manusia yang berjalan di permukaan.
Ia cuma wayar di dalam kotak.
Namun, hasilnya sebuah robot yang agak comel
DOUG ELLISON JURUTERA PENGENDALIAN KAMERA
dan ada muka.
Kami ada pelbagai peralatan sains hebat.
Namun, apabila dipasangkan pada perayau,
jisimnya semakin besar.
LAPAN BELAS BULAN SEBELUM PELANCARAN
Ia masalah besar untuk pendaratan di Marikh.
Saya cuba tengok penggunaan
enam tali kord kecil yang disambung pada beg udara.
Cabarannya, ada banyak cara untuk buat sedemikian.
Kita tak tahu mana satu yang terbaik, dan kita hanya ada satu peluang.
Sistem pendaratan kami melibatkan beg udara besar yang kembung.
Ia akan melantun-lantun di permukaan.
Dari awal lagi timbul masalah besar
apabila kami mula kira berat Spirit dan Opportunity.
Adakah beg udara itu mampu menampung beratnya?
Jadi, kami mula buat ujian.
- Apa... - Bagusnya.
- Ini bukan masalah. - Batu ini bagus.
- Ya. - Saya suka batu ini.
Ya.
Kami uji beg udara
dengan jenis-jenis batu yang akan ditemui di Marikh.
Uji dari tempat tinggi.
Beg udara berlubang besar.
Ia terkoyak kena batu. Kami fikir, "Ini tak bagus.
"Tak bagus langsung."
Lain pula halnya dengan paracut.
SATU TAHUN SEBELUM PELANCARAN
Tiga, dua, satu.
Semasa kami uji dengan muatan besar berbentuk roket,
dan melepaskannya dari helikopter terbang,
paracut pertama koyak rabak.
No comments yet. Be the first to leave one.