İlk 200 satır.
Saya benci bangun tidur dan marah.
Jadi, awak tak perlu marah.
Jika awak tak degil dan beri peluang pada tempat ini...
Saya dah cuba, sayang.
Awak tahu saya pernah hidup macam orang susah.
Saya pernah dikurung. Maaflah jika saya tak rasa ia menarik.
Kita diterima di sini.
Kita boleh menetap di sini.
Kenapa awak suka tempat ini?
Kita tiada masa depan di sini.
Tiada kehidupan.
Ya, ini satu kehidupan.
Melainkan awak terus melawannya, faham?
Awak akan dibunuh.
Sudah tentu, sebab mereka pembunuh.
- Mereka bunuh sesiapa saja... - Tidak, mereka akan bunuh awak.
Leonora kata mereka akan bunuh awak.
Dia ancam nyawa saya?
Dia rasa awak ancaman.
Cara awak cakap dan fikir...
Jika awak enggan tinggal di sini dan jika saya gagal pujuk awak,
dia akan bunuh awak.
Awak nak rahsiakannya daripada saya?
- Saya nak melindungi awak. - Dengan menipu?
Bukankah awak tipu saya tentang anak kapal awak?
Adakah itu untuk melindungi saya?
Tempat ini merosakkan hubungan kita.
Tempat ini tak salah, Agreus.
Kita boleh saling mempercayai.
Saya nak cuba. Adakah awak akan cuba?
Beritahu saya secara jujur,
bolehkah awak cuba untuk gembira di sini?
Awak gembira di sini?
Perkataan gembira kurang tepat.
Tempat ini berbeza daripada yang saya pernah alami.
Namun, ada kejujuran di sini.
Saya tak rasa seperti haiwan kesayangan terkurung.
Selain itu...
Seumur hidup saya,
ada satu...
Satu jeritan
yang terpendam dalam diri.
Di sini, jika saya mahu menjerit, saya boleh menjerit.
Saya boleh menghendaki sesuatu di sini.
Saya boleh pilih sendiri tanpa rasa malu.
Apa pilihan awak?
Awak.
Semestinya, awak.
Awak boleh pilih setiap hari di sini dan pilihan saya tetap awak.
Faham?
Awak benar-benar percaya tempat ini, bukan?
Saya berjanji untuk mempercayai awak.
Malangnya saya tak pernah memungkiri janji. Jadi...
Ya.
Ya?
Ya, saya akan berhenti melawannya
dan cuba untuk gembira di sini,
demi awak.
Sungguh?
Kuat lagi. Barulah mereka dengar.
- Nak teh, sayang? - Tak mengapa, sayang.
Awak mahu teh, Kastor?
Memang sudah agak terlewat untuk saya faham dan turut serta.
Awak patut tahu saya menyesalinya.
Tiba-tiba saja awak berubah hati, komrad.
Apa penyebabnya?
Imogen gembira di sini.
Saya bukan makhluk degil hingga enggan mencuba untuk gembira,
demi dia.
Cuba fahami pandangannya.
Baguslah begitu.
Memang mengambil masa,
walaupun untuk kami yang merebut tempat ini.
Ada sesuatu yang luar biasa di sini.
Saya tidak mahu melawannya lagi.
Mari ikut saya.
Ayuh.
Hari ini hari yang istimewa.
Ulang tahun revolusi.
Kita akan minum dan menari.
Mungkin hari ini juga
sesuai untuk saya berikan ini.
Saya lihat orang lain membacanya.
Inilah revolusi kami.
Ditulis oleh Komrad Leonora semasa dia di penjara.
Dulu dia penjenayah?
Jika kemiskinan dianggap jenayah.
Sebagai hamba, dia makan sisa
daripada meja tuannya tanpa izin.
Atas kesalahan itu, hukumannya kerja berat tiga tahun.
Hatinya hancur dalam penjara itu.
Pada suatu hari, dia diminta menyeret batu.
Dia ternampak kilauan hijau di celah-celah batu.
Cuma rumpai.
Namun, rumpai itu hidup dan bertumbuh.
Dia dapat harapan.
Tidak, komrad. Dia jadi berang.
Betapa rendah maruahnya hingga benda hidup yang dia boleh sentuh hanyalah rumpai.
Pada hari itu Komrad Leonora memutuskan dia takkan bekerja untuk orang berkuasa,
tapi untuk orang miskin dan lemah.
Kenapa ramai perlu menderita
agar hidup sebahagian kecil bahagia?
Sehingga semua boleh hidup saksama, tiada siapa patut bebas.
Dia wanita luar biasa.
- Ya, memberi inspirasi. - Ya.
Apabila dia nampak kebenarannya,
dia perlu kongsi.
Sekarang,
saya kongsi dengan awak.
Terima kasih, komrad.
Kami patut pergi. Tak nak lewat ke tempat kerja.
Saya tak perlu iring awak lagi. Awak tahu jalannya.
Selepas ini, kita raikannya, komrad.
Ya.
Kita berjaya menipu Kastor.
Buat seketika saya terfikir dia berjaya meyakinkan awak.
Kisah itu menarik.
Cuma propaganda.
Agak indah apabila memikirkan dunia boleh jadi berbeza.
Indah,
tetapi berbahaya.
Kita takkan selamat di sini.
Kita akan lari.
Kami dah sedia nak pergi. Awak boleh buat?
Jika boleh...
Awak akan kaya-raya apabila pulang.
Kita akan lama terkurung
di bawah lantai dalam bilga. Kekasih awak mampu bertahan?
- Ya. - Sebab jika dia tak mampu...
Dia mampu bertahan.
Larikan diri semasa parti.
- Jumpa saya di dok. - Pada waktu siang?
Ada kapal akan berlepas.
Mungkin kena tunggu berminggu-minggu untuk kapal lain.
Jadi, kita buat hari ini.
Mari ikut kami, komrad.
Sekarang juga.
Pistol ini untuk awak.
Ada kejutan untuk awak.
Dia buat apa di sini?
Dia asyik merepek dari tadi.
Rasanya dia ada rancangan, jika ia boleh digelar rancangan.
Dia nak culik adiknya.
- Serta bunuh awak. - Tidak, itu tak benar.
Saya bawa maklumat untuk awak.
Dia tiba beberapa hari lalu dengan tanggapan mengarut.
Membawa dendam dan pistol. Mujur kami dapat tangkap dia.
Saya tiada masa atau kesabaran
untuk mendidik setiap aristokrat tak sedar diri yang saya temui.
Ada yang berbaloi diselamatkan.
Namun, saya tak pasti tentang dia.
Awak lebih tahu.
Saya percaya dia banyak menyusahkan awak.
Jadi, awak yang patut menghakiminya.
Tidak.
Adik saya takkan maafkan awak.
Dia takkan tahu melainkan dia diberitahu.
Tolonglah. Jangan.
Tolonglah, Agreus.
Tolonglah.
Tunggu dulu.
Tolonglah. Percayakan saya.
Dia berbaloi diselamatkan, komrad.
Sama seperti saya.
Baiklah.
Awak perlu pastikan dia berkelakuan baik.
Apa?
Awak selamatkan nyawa dia.
Awak bertanggungjawab menjaganya.
Semoga dia tak menghampakan awak.
Tolonglah. Jangan.
Culik saya?
Itu rancangan abang? Abang memang dungu!
Abang nak pujuk saya menyerah diri?
- Abang... - Abang rasa
Agreus akan berdiam diri dan biar abang culik saya?
Atau abang nak tembak dia?
- Abang tak pandai menembak. - Abang bersumpah untuk buat...
apa yang perlu.
Untuk menghancurkan kebahagiaan saya.
Imogen, awak tak faham erti kebahagiaan.
Saya bermimpi ngeri.
Mimpi ngeri dahsyat,
abang mencari saya.
Sekarang abang dah tiba.
Sangat memalukan.
- Abang sayang awak... - Tapi saya bukan milik abang.
Abang nak selamatkan awak.
Daripada apa?
Diri awak.
Sebenarnya...
Sebagai ketua rumah abang bertanggungjawab melindungi maruah awak.
Sebagai abang awak.
Jika bukan abang yang selamatkan awak, siapa lagi?
Tindakan itu menjadikan abang hebat dan gagah?
Tidak.
Abang budak berlagak dan pendendam sejak dulu lagi.
Awak pula...
Seorang lelaki...
Seorang lelaki perlu melindungi nama keluarganya walau apa terjadi.
No comments yet. Be the first to leave one.