İlk 200 satır.
" The Octopus "
Ini perangkap bodoh.
Si pembunuh tidak meletakkan mayatnya di apartmenku.
Dia tidak memastikan kalau aku tak ada alibi.
Dia cuai. Perbuatannya berasaskan emosi.
Itu persamaan kami.
Terlalu berlebihan untuk perintah berkelakuan baik.
Itu simulasi luaran untuk menenangkan jiwa.
Mereka akan menempatkanmu di sel yang lebih kuat.
Aku tidak bertahan di sini untuk itu.
Kita lihat saja nanti.
Kenapa aku masih di sini? Sudah 24 jam.
Polis ada 72 jam sebelum mengenakan kau dakwaan.
Trish sudah memberi kenyataan. Mereka tak ada bukti.
Polis yakin kau menyembunyikan sesuatu.
Ya, namanya sikap profesional.
Istilah polis menghalang keadilan. Itu pelanggaran percubaan.
Sial.
Itu akan membuatku ditahan selama 18 bulan.
Kecuali kau beritahu apa yang kau ketahui.
Anjing Polka takkan menunjukkan perutnya ke Pit Bull...
...agar dia tak dianiaya.
Dan kau Polka, atau... / Aku akan dikaitkan dengan si gila itu.
Semua jenayah tak terselesai akan disalahkan padaku.
Sebab itu yang polis lakukan.
Kau terlalu paranoid.
Perbaiki ini!
Jangan membentakku.
Kau yang menghantar Pryce. Berhentilah berpura-pura bodoh.
Aku tak boleh mengurusmu sekarang ini.
Apa? Sekarang aku sendiri?
Itu jika kau terus menjauhkan orang darimu.
Bertenanglah, Pats.
Ibu di sini.
Ya Tuhan. Apa yang kau minum?
Tidak ada. Aku baik-baik saja. Aku hanya habis mabuk.
Ibu membawamu ke pusat pemulihan kerana membeli dadah.
Aku baik baik saja.
Ini berbeza dari yang terakhir.
Ibu pasti sedang mengalami déjà vu.
Kerana kau nampak seperti dirimu yang dulu.
Ini dia. Baiklah.
Naikkan mata.
Terima kasih.
Terima kasih.
Sudah menjagaku dan menjaminku.
Aku akan baik-baik saja. Aku sudah merasa baik.
Harap begitulah. Selepas tidur yang sangat nyenyak.
Apa? / Tapi ada hari besar hari ini.
Kita kena memilih pakaian yang sesuai.
Tunggu. Berapa lama aku tertidur?
Ibu, berapa lama aku tertidur?
Sekitar 26 jam.
Aku terlepas sehari penuh?
Jangan risau, Ibu sudah maklumkan ke stesen radio.
Ini dia.
Mandilah. Biar ibu panaskan seterika.
Aku tak boleh bersolek. Aku kena menelefon Jessica.
Jessica dipenjara. Tempat yang sesuai untuknya.
Kita tak tahu sama ada dia membunuh orang malang itu.
Dah tentulah tidak.
Peguamnya sedia membantunya. Kau tak boleh membantunya.
Ibu tidak faham... / Ibu yang paling faham.
Jess selalu mengeluarkan sisi terburukmu...
...dan Ibu tak boleh pertaruhkan kariermu lagi.
Ini bukan tentang karierku. / ZCN menelefon.
Apa? / Berita TV, Pats. Ini detik yang penting.
Mereka nak jumpa kau.
Bila?
Hari ini.
Jangan risau. Kita akan sampai pada masanya.
Hidup indah menantimu.
Aku mandi dulu.
Semuanya hilang?
Ya. Komputermu, fail kita, semua tentang IGH.
Sial.
Jauhkan tanganmu dari pistol.
Orang itu mengambil semuanya.
Aku rasa Pryce mengintip kita ketika dia datang merekrutku.
Aku sepatutnya tahu, tapi... / Tak apa. Aku tak marah.
Kau diberi ubat penenang? / Tidak, aku cuba perkara baru.
Aku diasingkan.
Masanya mengaktifkan perjanjian 20%-mu.
Maaf?
Aku perlu bantuanmu.
Maaf?
Jangan minta tambah lagi, Malcolm.
Aku terima.
Kawanku yang bersamamu?
Ya.
Cari tahu apa yang dia ketahui tentang bekas bosnya...
...dan rakan kerjanya yang mendadak pergi dari syarikat.
Baik. Apa lagi?
Dan yang lain-lain.
Sekurangnya sampai aku boleh keluar dari penjara ini.
Bila itu agaknya?
Jika aku boleh harungi semuanya tanpa kehilangan amarah.
Kau tidak melakukan jenayah. Kebenaran yang terpenting.
Tidak jika tak ada yang mahu mempercayainya.
Kau ambil alih Alias. Jangan merosakkannya.
Kena tipu. Kamu tak perlu menembakku.
Hello.
Hai! Aku jiranmu.
Sophie. Kau ingat? Kita bertemu di tempat jualan.
Kenapa ini? / Aku pening.
Gigi Aaron tumbuh dan dia menjerit berjam-jam.
Dia tidak menjerit lagi. / Kerana muzikmu.
Kami berjalan dekat sini, dia dengar dan terus bertenang.
Bukan begitu, Nak?
Aku hanya berlatih. / Dia peminat besarmu.
Boleh tak kami dengar di dalam? Aku perlu berehat.
Nak dukungnya?
Boleh.
Silakan masuk. / Terima kasih.
Entah bila kali terakhir aku dengar lagu selain tema haiwan ladang.
Rumahmu sangat indah.
Marcus dan aku patut datang singgah dengan kerap.
Aku jarang keluar.
Mari sini, Sayang
Tidak.
Maaf. / Tolonglah.
Kami mengacau latihanmu.
Diamlah.
Diamlah, Aaron. Ibu mohon.
Kau tak apa-apa?
Aku pergi dulu. Dia teruk sekali hari ini.
Aku tidak boleh menjamin kalau ini boleh berjaya.
Itu lebih baik. Aku terima nasihat perundanganmu.
Aku berikan nasihat pagi ini. Mungkin kini sedikit terlambat.
Selamat tengahari.
Sudah selesa dengan perjanjian baru?
Seperti lembu sembelih.
Peguammu cakap kau nak membuat kenyataan.
Kamu ada bawa telefon bimbitku?
Wanita ini membunuh Nick Spanos dan Robert Coleman.
Dia juga mempunyai kemampuan.
Sepertimu? / Tidak.
Dia lebih kuat.
Jauh lebih kuat.
Kau tahu namanya? / Belum.
Tapi kami berdua pesakit program eksperimen rahsia IGH.
Mereka cuba menyembuhkan orang dengan kejuruteraan genetik.
Tapi ada efek sampingannya.
IGH memberimu kemampuan? / Nampaknya begitulah.
Kau tak menyebutkan tentang percubaan ini...
...atau pesakit eksperimen lain semasa keteranganmu diminta.
Kerana kamu tak boleh mengalahkannya. / Tapi kau boleh?
Kau ada bukti semua ini?
Aku hanya boleh ceritakan semua yang aku tahu.
Biar aku mulakan dari awal.
Kau tak tahu dengan siapa kau bekerja?
Tidak nama mereka. / "Mereka"? Lebih dari seorang?
Kau dibayar untuk tutup mulut? / Aku tutup mulut agar selamat.
Berbeza dengan jururawat lain.
Luanne McClure?
Dari mana kau jumpa ini?
Pasaran gelap atas talian untuk gambar tempat kejadian.
Orang membayar untuk melihatnya?
Kau cakap Luanne terbunuh di klinik.
Tapi mayatnya ditemui di tab mandi apartmen lelaki.
Jauhkan dari mataku. Masaku habis demi menjauhi itu.
Tolong bantu aku memahami sesuatu.
Jika wanita kuat yang kita cari membunuh Luanne, kenapa...
Kenapa orang ini bersama Luanne semasa dia mati?
Aku faham kau takut.
Sungguh.
Tapi percayalah padaku.
Ini yang kita akan lakukan.
Duduk.
Mulakan dari awal.
Kenapa begitu lama? / Perlu proses lama.
Kenapa ini? Kenapa kau nampak seperti itu?
Aku berusaha tak muntah.
Kerana aku buat masalah.
Efek sampingan dari ubatku.
Gambar itu sudah diperiksa. Tak ada nama atau rekod jenayah.
Kerana dia bersembunyi. Aku tak tipu.
Aku tahu. / Aku tak setuju.
Teruskan saja. Bagaimana? / Ini beberapa sudut...
...dari kamera keselamatan di sekitar kawasan tersebut.
Dirakam tepat sebelum masa kematian Nick Spanos.
Ia di depan bangunanku. / Tunggu sebentar.
Ini lompatan luar biasa.
Dan?
Itu saja? Aku boleh pergi?
Tidak jika aku yang menentukan.
Aku rasa kamu berdua bekerja sama.
Orang macam kamu suka membentuk pasukan.
"Macam kamu"?
Tak ada alasan menahanmu jika kau bekerja sama.
Bagus. Terima kasih, Detektif.
Jessica, aku tunggu di luar.
Hei, kalau ada petunjuk lain...
Memberimu satu maklumat bukan bermakna kita rakan.
Mahu melakukannya sendiri, itu terserah kau.
Tapi banyak polis yang nak melihatmu dipenjara.
Dan hanya kau yang menyokongku.
Bukan hanya aku.
Beberapa polis masih ingat perbuatan Kilgrave di balai ini.
Aku bermimpi buruk menudingkan pistolku ke kepalaku.
No comments yet. Be the first to leave one.