The Marriage App

The Marriage App (Matrimillas)

Malay Altyazısını İndir

Sürüm bilgisi

The Marriage App (2022) NF WEB-DL
Şunun yorumuyla Ridz
Sub Retail

Etiketler

Web-DL
web-dl
web
WEB-DL
Yayınlandı: 2022-12-09
İndirmeler: 17
İşitme Engelliler: No

Malay altyazı önizlemesi

İlk 200 satır.

Apa yang berlaku?

Alamak.

- Maaf. - Hei!

Apabila ada sesuatu menghalang jalan, awak patut berhenti!

Maaf, saya cuma…

- Kereta ini baru dibeli tiga hari lalu! - Sial!

Tiga hari lalu? Biar betul. Tak guna.

- Hei, awak tak apa-apa? - Biar betul.

Awak cedera? Saya akan bayar semuanya.

Saya tengah tukar siaran radio dan tiba-tiba…

Pergi ambil maklumat awak.

- Maklumat insurans awak! - Ya, baiklah. Maaf.

Kita akan selesaikannya.

Zaman sekarang syarikat insurans bayar semuanya.

Oh, Tuhan.

Nah, tengoklah.

Oh, Tuhan.

Apa ini? Dokumen dari Persatuan Pergigian? Awak nak menunjuk yang awak doktor gigi?

Tak, saya bukan doktor gigi.

Ayah dan datuk saya doktor gigi.

Saya pelajar pergigian, tapi itu bukan kerjaya pilihan saya.

Ini dia, tengoklah.

Ia dah tamat tempoh.

Saya memang tak pandai uruskan dokumen.

- Awak langgar pintu saya sampai tercabut! - Apa kata kita panggil trak tunda?

Baiklah.

Okey, awak telefonlah. Saya akan periksa ini.

Hai, saya telefon sebab ada orang langgar kereta saya.

Saya bercakap di telefon.

Maaf. Ya, betul.

Belén Correas.

Saya minta maaf.

Empat jam?

- Empat jam? - Tentulah saya akan tunggu.

Ya, saya di Jalan Sucre 1500.

Selamat tinggal.

Ya, tak perlu berhati-hati.

Awak dah pun cabutkannya.

Tak, cuma benda ini…

Saya rasa ia perlukan alatan khas, saya tak boleh…

Awak Belén, bukan?

- Belén, ya. - Saya Federico.

Begini, Belén.

Saya akan bayar untuk pintu kereta awak. Jangan risau.

Saya akan bayar untuk tingkap dan upah pemasangan.

Jangan risau.

Saya akan tunggu hingga trak tunda tiba. Walaupun ambil masa sepuluh jam.

- Setidaknya itu yang saya boleh buat. - Okey.

Dengar sini.

Kita bermula dengan cara salah.

Tapi apabila semuanya selesai,

awak nak keluar dengan saya?

Ini gurauan?

Awak buat pintu saya tercabut dan nak ajak saya keluar?

- Saya tak faham. - Ya, betul.

Saya pun tak faham.

Saya cuma… Saya rasa ini satu keajaiban.

Kita berdua?

Jangan harap.

THE MARRIAGE APP

Kita hampir selesai.

Sengetkan kepala ke arah sini. Begitulah, sempurna.

Saya akan tanggalkan ini supaya awak boleh kumuh.

Jangan risau, kemalangan sentiasa berlaku. Saya pasti pakar kami boleh baiki.

Biasalah budak-budak. Baru pegang dua saat, dah patah.

Jika saya gam ini, ia akan jatuh.

Saya boleh hubungi pengeluar dan tanya jika ada anak patung pengganti.

Boleh juga begitu.

Hei, saya balik dulu.

- Tak boleh, ada seorang lagi pesakit. - Yakah?

Kita perlu batalkannya.

Rekalah alasan.

- Kita batalkan janji temu setiap hari. - Setiap hari? Janganlah terlalu dramatik.

Kita hanya batalkan janji temu jika ada acara istimewa.

- Hari ini hari Selasa. - Selasa, baiklah. Okey, pergi.

- Sayang mak. Mak ibu yang terbaik. - Sayang awak juga.

Hai, Fede. Boleh awak sediakan makan malam?

Tak perlu mewah, entahlah…

Makanan Asia. Mungkin kita boleh makan milanesa .

Ataupun stik, sedap dan ringkas.

Dapur seperti jiwa.

Ia sebuah tempat di mana semua yang kita pelajari …

Boleh awak periksa mangkuk tandas juga? Airnya hampir melimpah.

Awak dah bayar bil kad kredit? Tarikh akhir bayar minggu ini.

Sudah tentu, sayang. Jangan risau.

Awak dengar itu?

"Sudah tentu, sayang. Jangan risau."

Dia bergurau dengan saya?

Helo!

- Helo. - Hai, sayang.

Hai.

Apa khabar, Nelly?

Saya dah nak balik. Saya tak sihat. Saya tak larat kemas sampai habis.

Belén, esok saya nak cuti.

Saya datang haid dan rasa tak sihat.

Datang haid?

Ya, kenapa awak tanya?

Tak, cuma…

Tiada sebab.

Saya tak cuci pinggan sebab awak kehabisan sabun pencuci pinggan.

Awak perlu beli.

Baiklah, saya akan beli.

- Awak dah periksa tandas? - Ya, air hampir melimpah.

Saya tahu, saya suruh awak baiki.

Ya, saya akan baiki esok.

Ada wayar yang perlukan alatan khas, tapi saya akan baiki.

Awak dah masak makan malam?

- Saya tak nampak apa-apa. - Awak suruh saya masak?

Saya ingat awak akan beli. Maaf, saya salah faham. Saya bodoh.

Saya ada masak bruschetta yang sedap.

Tak, saya maksudkan makanan sebenar.

Selamat tinggal!

Ingat, minggu depan saya cuti selama sebulan.

- Ya. - Terima kasih, Nelly.

- Selamat malam. - Selamat malam.

- Awak dah bayar bil? - Esok.

Awak tahu saya tak pandai uruskan dokumen. Saya tak cekap.

- Mica dah keluar dari bilik dia? - Sayang, semuanya okey.

Rumah dalam keadaan baik. Anak-anak pun okey.

Awak ibu yang hebat, jangan risau.

Kita akan baiki semuanya esok. Saya pergi dulu.

- Saya dah lewat. - Saya tahu.

- Sayang awak. - Selamat tinggal.

Toto, mari makan malam.

Jika tak menyusahkan, saya nak habiskan baca buku

dan makan di bilik saya.

Okey, sebab awak tanya dengan baik…

- Kita makan apa malam ini? - Pasta dengan keju dan mentega.

Ayah tak masak hari ini?

Tidak.

Hai, vegan. Saya Honey.

Dalam video ini, saya akan ajar anda cara untuk jadi tular seperti saya.

- Sayur-sayuran yang malang itu… - Mica!

- Mak! - Tak payah terkejut, mak dah ketuk.

- Makanan dah siap. - Saya nak makan di sini.

Jangan kata yang ini juga.

Semuanya? Cuba ini.

Cubalah, Reni.

Perlu tambah apa-apa?

Sedap.

- Sangat sedap. - Gabungan yang sempurna.

Kenapa ia dipanggil "gabungan"? Pelik, bukan?

Macam perkahwinan.

Dua komponen berbeza yang bergabung dalam keharmonian sempurna.

Tiada yang lebih kuat, ia saling melengkapi.

Ada wain untuk setiap hidangan.

- Apa sesuai dengan cabernet ? - Daging merah, keju.

- Merlot? - Kari dan taco .

Latte?

Pai kuins.

Kawan-kawan.

Apa?

Ada apa?

Kita terpilih menyertai pertandingan memasak.

- Di Mexico? - Ya. Arata Tanaka.

Tanaka akan cuba makanan kita? Jika ini gurauan, kami akan bunuh awak.

Kenapa saya nak bergurau?

- Biar saya lihat. - Ia akan diadakan di Cancún, Mexico.

Pada 1 sehingga 11 Disember. Empat peringkat penyingkiran.

Pasta, quesadilla , daging barbeku. Kemudian resipi bebas.

- Roti bao ! - Kita akan masak roti bao kita.

Kita pasti boleh buat!

Saya akan terima semua tawaran kerja agar saya boleh bersedia.

- Saya akan beritahu Javi sekarang. - Dia ada masalahkah?

Tak, tapi kami dah rancang percutian.

Awak akan beritahu dia?

- Beritahu siapa? - Belén.

Apa? Ya, sudah tentulah.

Awak akan tinggalkan dia selama sepuluh hari pada bulan Disember.

Apa maksud awak?

Saya akan beritahu apabila balik nanti. Ini hal kecil saja.

- Semuanya akan okey. - Minum!

Untuk Cancún!

Kita pasti akan berjaya!

Hai, sayang.

Nasib baik awak masih belum tidur.

Saya ada berita yang mengujakan.

Fede, saya penat.

Okey.

Berehatlah. Kita bincang esok.

Tidak.

- Awak betul-betul tak tahu? - Kenapa ini, sayang?

Awak selalu keluar dan apabila awak di rumah,

- awak macam tiada di sini. - Apa?

Baiklah. Lupakan saja apa saya cakap tadi.

Awak kata ada berita. Apa dia?

Entahlah, saya terlupa.

Nampak? Awak macam tiada di sini.

Awak sedar dah berapa lama kita tak betul-betul berbual?

Berbual tentang apa?

- Nak makan malam apa? Bil? - Jadi, awak faham apa saya maksudkan.

Sudah tentu, saya beri perhatian.

- Tapi awak tak peduli. - Saya peduli.

Awak tak berbual, awak beri arahan.

Apa maksud awak?

Awak sentiasa perhatikan apa saya buat.

"Buat ini, bukan itu. Tak apa, saya akan buat."

Sebab cara awak buat salah!

- Saya buat apa termampu. - Tak, kurang daripada itu.

Sebab saya sentiasa perlu betulkan kesilapan awak.

Yorumlar

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left