LiSA Another Great Day

LiSA Another Great Day

Malay Altyazısını İndir

Sürüm bilgisi

LiSA Another Great Day (2022) NF WEB-DL
Şunun yorumuyla Ridz
Sub retail Netflix

Etiketler

web-dl
web
Yayınlandı: 2022-10-18
İndirmeler: 20
İşitme Engelliler: No

Malay altyazı önizlemesi

İlk 200 satır.

SEBUAH DOKUMENTARI NETFLIX

Ia berfungsi.

Piano masih berfungsi.

Ibu tahu piano yang ada di gudang?

- Nenek yang belikan untuk saya, bukan? - Ya, betul.

- Nenek ingat? - Ya.

Ibu akan kata, "Pada hari jadi saya,

Risa akan bermain piano dan Yui akan menyanyi." Betul?

- Bukan begitu. - Yakah?

Risa, kamu akan bermain piano

kemudian ibu disuruh baring

- dan Yui mengurut belakang ibu. - Ya, awak mengurut ibu.

- Jadi piano untuk apa? - Betul.

Lagu yang kamu mainkan ialah lagu perkahwinan.

- Bukan lagu hari jadi. - Betul.

- Kamu boleh lakukan! Buat terbaik. - Dah selesai.

Itu saja?

Saya dah kehilangan banyak benda sejak saya kecil.

Bila saya sedar dan kenang semula, apa yang tinggal cuma muzik.

Sebab itu saya berusaha keras untuk tidak kehilangannya,

supaya saya dapat kebahagiaan.

CINTA ADALAH SENTIASA SENYUM

Namun, satu demi satu perkara buruk terjadi kepada saya.

Apa saya boleh buat untuk diri saya dalam situasi itu?

Saya putuskan pada awalnya

yang saya takkan menipu.

Saya takkan menipu pada diri sendiri.

Saya akan ikhlas percayakan diri saya.

FESTIVAL LAGU AKHIR TAHUN MERAH DAN PUTIH NHK KE-70

Perkara baik berlaku bila awak percaya.

Seperti anak percaya kata-kata ibunya,

perkara baik akan berlaku jika percaya "hari ini ialah satu lagi hari hebat".

"Baiklah! Hari ini ialah satu lagi hari yang hebat!"

Mari percaya itu dan teruskan hidup.

Mari lakukannya!

Saya bersedia.

Mari lakukannya dengan baik!

Baiklah.

Setiap kali saya cuba buat sesuatu, masalah selalu timbul.

Ini ketika jelajah saya baru bermula,

tapi masalah berkenaan hidup peribadi keluarga saya dilaporkan oleh media.

HIDUP ADALAH SENTIASA SENYUM LADYBUG LiSA

Apakah saat yang paling sukar dalam hidup awak?

Perkara yang terjadi pada saya sekarang boleh terjadi pada orang lain, bukan?

Sehari selepas laporan kehidupan peribadi saya itu, saya ada konsert.

Lebih daripada hidup peribadi saya, saya lebih risau tentang

bagaimana saya nak berhadapan dengan semua orang sebagai LiSA.

Bagaimana dan apa yang saya patut cakap untuk

mengelakkan semua orang risau tentang saya?

Saya fikir panjang pasalnya

untuk beberapa jam.

Selepas fikirkannya untuk beberapa jam, saya terus ke konsert.

Setiap hari, di seluruh dunia dan dalam masyarakat ini,

saya dan kemungkinan awak semua

sedang melalui banyak perkara.

Melakukan itu tidak menyelesaikan isu yang berlaku dalam hidup peribadi saya

tapi saya sedar yang saya ada tempat

yang saya boleh selalu kembali dan orang akan menunggu saya di sana.

Itu beri galakan dan keyakinan pada saya.

Tapi hari ini adalah untuk kita yang sedang berkumpul di sini. Okey?

Mari berseronok lebih daripada orang lain di dunia ini! Okey?

Saya putuskan nak terus hidup masa ini.

Saya masih belum selesaikan kelemahan,

kesakitan atau kesedihan saya.

Tapi saya putuskan nak melangkah ke depan masa ini.

Saya sedar

walaupun ada perkara belum selesai, melangkah ke depan

telah banyak kali membantu menyembuhkan luka saya pada masa lalu.

Ada perkara yang saya percaya adalah betul.

Contohnya, saya dah lihat banyak kes apabila orang mengkhianati orang lain,

bukan saja dalam hubungan romantik tapi secara umum

dan akhirnya menyebabkan kesakitan kepada mereka.

Sebab itu saya putuskan

untuk hidup ikhlas dan jangan pernah khianati orang lain.

Okey.

RAKAMAN

PENGGUBAH YUKI KAJIURA

Ini cuma tafsiran saya,

tapi bahagian pertama agak sedih tapi masih menanti masa depan

dan bahagian seterusnya tentang harapan

dan membangkitkan diri.

Saya rasa itulah cara untuk mentafsirkan lagu ini.

Menyusuri jalan putih

Untuk "menyusuri jalan putih", nyanyikan dengan panjang sikit.

- Okey. - Kalau ia kukuh, ia akan terus ke korus.

Tapi saya suka bahagian ini.

Okey, itu membantu saya untuk menangkap iramanya. Terima kasih.

- Mari lakukannya sekali lagi. - Okey.

Saya tertanya berapa banyak kesakitan yang saya dapat lepaskan

dan curahkan ke dalam lagu ini.

Saya faham maksud awak.

Ia mungkin sesuatu tak boleh dicipta jika terlalu gembira.

- Saya setuju. - Betul?

Tapi saya rasa artis secara umumnya rasa begitu.

- Sama dengan penulis waktu dulu. - Ya.

Saya rasa kalau kita terlalu gembira

dan kita 100 peratus berpuas hati,

kita tak boleh cipta apa-apa lagi.

- Itu yang saya rasa. - Ya.

Saya dah semakin bagus dalam mencari kegembiraan,

tapi saya dapat rasa yang saya takkan berpuas hati.

Hari ini, saya akan menyanyi seolah-olah saya menyeru Sayuri Ishikawa.

Semasa saya cakap dengan Cik Kajiura,

dia kata pada permulaan "Akeboshi",

di bahagian "ta" sebahagian daripada "taiyou",

ketika saya hembus nafas pada nada tinggi itu, dalam falseto wanita,

ia buat jantungnya berdegup kencang.

Ketika Cik Ishikawa kata "kakushi kirenai",

dia kata, "Oh."

"Oh", bila dia kata,

"Oh, koetai." Bahagian kecil itu.

Ia buat saya nak menjerit "Sayuri!"

Saya harap dapat masukkan itu

ke dalam bahagian perkataan "tai" atau pada awal"shinjitsu wa".

Saya benar-benar resah, jadi saya tak boleh berhenti bergerak.

Sebab itu saya selalu rasa menyesal setiap kali saya tonton rakaman.

- Awak harap awak berhenti sekejap? - Ya.

Untuk gerakan ini,

adakah awak berlatih dalam fikiran awak sebelum penggambaran bermula?

- Awak buat begitu? - Ya.

Saya menonton DVD tentang gundik Jepun pada masa lalu, seperti oiran.

Walaupun semasa mereka nak baring, mereka turun dengan perlahan.

Anime beri saya peluang

pada setiap titik perubahan hidup saya.

Malah, saya debut melalui projek yang dipanggil Angel Beats!

Tak kira apa pun, saya tetap suka awak.

ANGEL BEATS!, 2010 PROJEK SENI VISUAL/KEY/ANGEL BEATS!

Kalau kita dapat lalui segala kesukaran dan berjumpa sekali lagi,

walaupun badan awak tak boleh bergerak,

saya tetap akan mengahwini awak.

Saya bukannya berusaha menjadi penyanyi untuk lagu-lagu anime,

tapi saya bermula dalam kumpulan Girls Dead Monster dari Angel Beats!

Memandangkan ini peluang pertama saya,

saya tak nak ia terlepas daripada saya.

Saya cuma budak dengan mulut jahat dari kampung…

yang suka menyanyi jadi saya akan tetap terus menyanyi.

Saya dapat banyak sokongan daripada ramai orang

dan sekarang, saya dapat berdiri di atas pentas ini.

Setiap hari,

saya dapat cakap, "Hari ini ialah satu lagi hari yang hebat!"

Saya ada pengumuman untuk semua.

Aktiviti kami sebagai Girls Dead Monster untuk Angel Beats! dah berakhir.

Terima kasih banyak atas sokongan awak semua.

Tapi ia belum berakhir bagi saya.

Musim bunga ini, saya akan debut sebagai penyanyi LiSA!

Saya dah tandatangan dengan Aniplex dan membuat debut solo.

Saya ialah artis pertama di bawah syarikat itu,

jadi untuk single pertama, saya diberi peluang menyanyi

lagu tema untuk satu penerbitan besar iaitu Fate/Zero.

Semua orang bekerja keras untuk menjayakan LiSA,

jadi saya sentiasa berazam untuk tidak mengaibkan atau memalukan mereka.

LiSA CINTA ADALAH SENTIASA SENYUM

Memandangkan saya berkecimpung sejak 10 tahun,

semua orang ada idea

tentang apa yang mereka nak lakukan pada LiSA dalam satu tempoh.

Dulu, saya rasa

saya perlu tunaikan hajat setiap orang.

Sejauh impian saya,

selepas membuat persembahan di Budokan,

orang mula berkata, "Bila dia akan buat persembahan di Tokyo Dom?",

atau, "LiSA mungkin akan buat persembahan di Kōhaku."

Ramai yang bercakap tentang itu.

Ia buat saya terfikir.

Membuat persembahan di Tokyo Dom dan Kōhaku

telah menjadi matlamat saya.

Ketika "Catch The Moment",

semua orang kata, "Kita akan pastikan LiSA buat persembahan di Kōhaku!"

CATCH THE MOMENT LAGU TOKYO, 2018

"Aku berlari, berkeringat"

Tapi saya tak dapat pergi ke Kōhaku pada tahun itu.

Jadi saya fikir saya tak layak untuk buat persembahan di situ.

Saya fikir LiSA di dalam diri saya dah berakhir.

Saya berfikir begitu.

Namun begitu, penerbit anime

beri saya peluang untuk menyanyi.

Tapi, sepanjang proses tersebut,

ada ramai orang terlibat untuk mencipta anime.

Saya tahu itu lepas jadi sebahagian daripada penerbitan Angel Beats!

Jadi, saya tak boleh lakukan kerja ini dengan separuh hati.

Kemudian, saya terlibat dalam Demon Slayer.

Saya tahu semua orang sangat sayangkannya,

jadi saya nak buat dengan baik.

Kemudian, saya dijemput ke Kōhaku buat kali pertama.

Saya…

rasa seperti saya diselamatkan.

Saya fikir, "Oh, saya sangat lega.

Saya dapat mencapai satu perkara yang semua orang bekerja keras untuk capai."

Cik LiSA.

GURENGE

FESTIVAL LAGU AKHIR TAHUN 2019 MERAH DAN PUTIH NHK KE-70

Tiada satu pun daripada semua ini saya cari sendiri.

Saya diberi peluang untuk pergi ke sana,

jadi saya nak buat yang sebaiknya.

Tiada apa lagi boleh dibuat. Tak semua boleh berdiri atas pentas itu.

Memandangkan saya diberi tiket untuk berdiri di pentas itu,

saya nak buat yang terbaik.

Itu saja.

Itu tak pernah berubah sejak saya dalam Girls Dead Monster.

Jika saya diberi peluang untuk melakukan sesuatu

dan itu boleh buat seseorang gembira,

Yorumlar

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left