İlk 200 satır.
Zoé, di mana awak?
Sesi foto dah nak mula!
Bolehkah awak dengar melalui walkie-talkie?
Kita boleh mula sekarang. Mari.
Kita mesti mula. Klien sedang tunggu.
Saya perlukan awak, roda dan model. Sekarang!
Zoé, di mana awak?
Jika awak tak muncul sekarang, saya akan cekik awak!
Saya nak lampu kecantikan di belakang dan lampu softbox di sini.
Ayuh! Alihkan!
Zoé, saya bersumpah,
ini kali pertama dan terakhir awak kendalikan ini.
Saya harap awak dengar.
Kali terakhir.
Jom main.
Di mana Zoé dan model?
- Entah. - Di mana roda itu?
Sepatutnya di tengah-tengah set!
Saya pun tak tahu.
Ellen akan bunuh saya.
Orang Swiss nak mula sekarang.
Sambungan dah sedia?
Ayuh! Lekas! Jangan tercegat di situ.
Zoé, jika awak tak muncul sekarang,
saya akan tangkap gambar sendiri.
- Selamat petang. - Helo.
Helo, semua. Mari kita mulakan!
Kami mencari kedudukan sesuai untuk roda itu,
tapi kamu dialu-alukan untuk mula menonton. Okey?
Bagus.
Saya perlukan Zoé dalam kamera. Sekarang!
Bersama model dan roda!
Ya, di situ!
Hebat.
PENAGIH CINTA
Selamat datang anda tak keseorangan!
Sedapnya.
ELLEN Awak berani untuk menghadapinya!
Mungkin sedikit kopi.
Awak nak sertai kami?
Tidak.
Saya akan tunggu awak selesai dengan parti kopi awak.
Pergi.
Jadi, awak juruacara majlis?
Ya. Ahli terapi sudah memadai.
Nele, apa kata awak mulakan?
Saya penagih cinta dengan masalah beeper.
Masalah apa?
Beeper. Contohnya, ada lima lelaki di dalam bilik...
Saya terus dilamun cinta.
Namun, selalunya dengan lelaki bermasalah.
Dia suka lelaki yang salah.
Namun, saya tak bersetubuh secara rambang.
Lebih baik daripada tak bersetubuh.
Kamu berdua sangat manis. Kamu dah bersetubuh?
Belum.
Seks dan bercinta tak dibenarkan.
- Biar betul. - Kalau tak, awak akan terkeluar.
Jangan risau, saya pun nak.
Betul. Ben penagih seks.
- Fobia hubungan. - Penagih seks.
Ada sesiapa nak kopi?
Hati-hati, Dennis. Berlaku sekali lagi.
- Apa? - Apa?
Lari daripada konflik.
Ya.
Iaitu?
Persetujuan buta.
Ya.
Okey. Untuk rekod, bebal, penagih cinta dan...
terlalu baik hati dan patuh?
Ya, itu juga.
Dennis.
- Saya tak pandai dalam hubungan. - Kenapa?
Sebab keperluan saya tak diambil kira.
Jadi, daripada berpisah, awak lebih suka dibuli?
Ya.
Saya nak tahu. Kenapa awak di sini?
Sebab saya tak nak Ellen pecat saya.
Ellen de la Berge.
- Kalian saling mengenali, bukan? - Ya.
Dia suruh saya berjanji untuk datang,
tapi saya tak percaya dengan kekarutan awak.
- Berapa lama awak di sini? - Empat bulan.
- Awak pula, Cinderella? - Sembilan bulan.
- Awak pula? - Satu.
- Bulan? - Tahun.
Saya pesakit Anja yang pertama.
Wah! Nampaknya kumpulan bodoh ini sangat meyakinkan.
Maaf, semua.
Jangan ambil hati, tapi tahukah awak perbezaan saya dan awak?
Saya menyukainya. Saya suka kebebasan saya.
Saya suka bersetubuh.
Tak menyalahi undang-undang atau terkutuk. Saya tak buat dengan haiwan atau belon.
Maaf, Zoé. Jangan ambil hati,
tapi mungkin kumpulan bodoh inilah yang awak perlukan.
Terdapat dua pilihan. A, awak betul dan semua orang ada masalah kecuali awak.
Sangat tak mungkin, tapi mungkin.
Atau B, awak tak sekuat perwatakan awak dan awak mahu berubah.
Jika betul, awak dialu-alukan untuk kembali dan berbincang.
Ini persetujuannya.
Mungkin awak patut tanya diri awak,
kenapa mereka lama di sini, tapi seperti tiada kemajuan?
Apa itu kumpulan bodoh?
- Biskut yang lemau. - Tanpa biskut.
Tanpa biskut.
Ketagihan cinta adalah perkara benar.
Saya pun tak tahu sehinggalah saya jumpa soal selidik dalam talian.
Soalan pertama,
awak rasa seperti hidup awak tidak bermakna tanpa cinta?
Soalan dua,
awak fikir awak tiada identiti melainkan awak kekasih seseorang?
Cinderella, awak dah gilakah?
Jika awak mahu bercakap tentang ini, cakap di sana.
Ini nasihat dunia sebenar, tiduri En. Baik Hati dan bertenang.
Apa?
Belajar sambil buat. Seks dan berambus.
Tiada banyak perkara untuk dicintai atau jatuh hati dengan En. Baik Hati.
Tiada masalah beeper, tiada masalah.
Soalan empat,
pernahkah awak melakukan seks
di tempat yang tak patut dengan orang yang tak patut?
Soalan lima,
adakah tingkah laku seksual awak menjejaskan reputasi awak?
Mari sini.
Jijik!
Saya tiada masalah. Awak yang ada masalah.
Ada masalah atau tak,
saya jumpa orang di sini yang buat saya rasa difahami.
Ada sesiapa memahami awak?
Maksud saya, betul-betul faham?
Tutup pintu!
Ambil risalah ini juga!
Jurugambar adalah pekerjaan yang bagus.
Sayang jika awak dipecat sebab awak tak datang secara tetap.
Dia memang pelik.
Macam saya. Tapi, dia gila dan dia wanita.
Budak baharu tipikal. Belum bersedia untuk terapi.
Zoé bagus, bukan? Saya cuba yakinkan dia untuk terus datang.
Dia betul. Kita asyik bercakap saja...
Anja tahu apa yang dia buat.
Anja profesional. Dia tahu perjalanan adalah ganjarannya.
Perjalanan awak membawa kepada klamidia.
Awak tak tahu apa itu klamidia.
Syukurlah awak beritahu saya.
- Tolong berhenti. - Saya akan berhenti.
Namun, kita patut mulakan.
Belajar dengan amalan.
Latihan, bukan teori.
Saya rasa saya akan ikut nasihat Zoé dan ajak En. Baik Hati
melakukan seks hujung minggu ini.
- Awak? - Apa?
Ya. Tak romantik langsung
dan bersama seseorang yang tak membangkitkan perasaan.
Nele, jangan buat perkara drastik. Boleh?
Jika itu langkah awak, saya setuju.
Saya akan bersama Stella sampai perjumpaan seterusnya.
Siapakah Stella?
Saya dah bercinta dengannya selama tiga minggu.
Saya cuma tahu pasal Milla, Nelly, Cindy, Steffi, Katie...
Stella pun baharu bagi saya.
Namanya tak penting.
Betul kata Nele. Masa untuk beraksi.
Hebat.
Anja tentu bangga. Terima kasih kepada Zoé.
Bagaimana dengan awak, Denni?
Ya.
Pernahkah awak guna helah, "Awak terlalu baik buat saya?"
Apa itu?
Apabila tak boleh berpisah, awak buat dia tinggalkan awak.
Orang bacul saja akan buat begitu.
Kita bercakap tentang Dennis.
Saya boleh dengar kamu berdua.
Bawa Yvonne keluar secara romantik, puji dia,
"Sayang, awak perkara terbaik pernah berlaku dalam hidup saya."
Kemudian, sebut dengan bersahaja
bahawa awak tak faham kenapa dia bersama lelaki tak guna macam awak.
Gin Snow White, hirisan timun, nektar kranberi dan kulit limau.
Gin Nele.
Jika awak buat begitu, saya akan baling minuman saya kepada awak.
Percayalah. Yvonne sendiri kena berpisah dengan awak.
Apabila awak putus daripada hubungan,
siapa yang tolong?
Itu ayat pertama dia yang jujur.
Minum.
"Anda tak berseorangan. Semua dialu-alukan."
Awak bersetubuh dengan belon?
Sesetengah orang suka cuba perkara baharu.
Malangnya, awak hanya berasa seronok.
Kenapa awak datang?
Bukankah awak ada sesi foto?
Dibatalkan. Orang Swiss tak suka model baharu itu.
"Model baharu"?
Model lama patah kaki semasa beraksi di roda.
Belon pun dia tak dapat tunggang.
Boleh tunggang awak.
Apa masalahnya?
Berhenti mengarut.
Ini pasal seks bertiga?
Awak cemburukah?
No comments yet. Be the first to leave one.