Untold: Caitlyn Jenner

Untold: Caitlyn Jenner

Malay Altyazısını İndir

Sürüm bilgisi

Untold Caitlyn Jenner (2021) NF WEB-DL
Şunun yorumuyla Ridz
Sub Dari Retail Netflix

Etiketler

Web-DL
web-dl
web
WEB-DL
Yayınlandı: 2021-08-24
İndirmeler: 15
İşitme Engelliler: No

Malay altyazı önizlemesi

İlk 200 satır.

Pertama, juara Olimpik…

OLIMPIK MONTREAL 1976

Bruce Jenner!

Semuanya telah berakhir.

Saya selalu alami masalah ini,

tapi tanpanya, saya rasa takkan berjaya.

Saya sederhana saja.

Sebenarnya, bawah sederhana.

Saya penghidap disleksia

dan ada masalah identiti.

Tapi dalam kelas gim gred lima,

jurulatih kata, "Lari keliling kerusi" dan dia ambil masa kami.

Saya catat masa terpantas di seluruh sekolah.

Ketika itu hidup saya berubah selamanya.

Sekiranya saya biasa,

pelajar baik, tiada masalah identiti,

mungkin saya tak perlukan sukan.

Tapi saya perlukannya,

kerana saya berbeza.

Tiada orang tahu, tapi dalam jiwa, saya berbeza.

Jadi saya bentuk watak Bruce ini.

Bruce seorang yang baik, banyak pencapaian dalam hidupnya.

Saya bangga akan pencapaiannya.

Sejujurnya,

saya ingin menghormati dia.

Tapi, tahu tak?

Caitlyn sentiasa wujud di dalamnya.

SEBUAH SIRI DOKUMENTARI ASLI NETFLIX

MALIBU, CALIFORNIA

Hei!

Mari sini.

Apa kamu buat? Apa? Saya tahu.

Gambar kami guna ini comel.

Kami berada di Hawaii, saya bawa Kendall dan Kylie,

dan saya angkat mereka.

Mereka seronok.

Ini pasti menarik.

Saya dapat Rekod Dunia Guinness

dan ini masa terpantas untuk dapat sejuta pengikut di Twitter.

Saya buat dalam empat jam tiga minit.

Tahu saya kalahkan siapa?

Barack Obama buat lebih kurang lima jam empat minit.

Saya cepat sejam.

Di sini saya bingkaikan "Selamat Hari Bapa."

Telefon saya berbunyi.

Di bilik sebelah.

Mak saya.

Mak sedang dirakam sekarang.

Mak tak mahu dirakam, sayang.

Saya tahu mak tak mahu dirakam. Usah risau.

Saya hubungi mak sekejap lagi.

- Sayang kamu. - Sayang mak. Cakap nanti.

Baiklah.

Mak saya.

Mak saya,

92 tahun tapi masih pintar,

Dia banyak beri sokongan kepada saya.

Sokongan tak berbelah bagi sebab

saya kehilangan ayah saya sebelum saya bertukar.

Sentiasa wujud sesalan kerana ayah saya tak tahu kisah saya.

Hubungan saya dan ayah rapat.

Kami sentiasa rapat sebab sukan.

Dia sayang Bruce, anak lelakinya.

Tanpa tahu kisah saya.

Ketika berusia 10, 11 tahun, saya akan selinap masuk almari mak saya.

Jika ibu bapa saya tiada, saya akan melaram,

mencuba pakaian,

pakai gincu.

Saya takut jika tertangkap tapi ia tak pernah berlaku.

Ia sesuatu yang terlarang.

Saya selalu tertanya-tanya, "Saya buat begini untuk keseronokan?

Adakah ia keterujaan? Adakah saya sanggup tanggung risiko?"

Jadi saya selalu hadapi kekeliruan dalam jiwa saya.

Tapi apabila bersukan,

ia menjadi arena kecil untuk saya melarikan diri.

Tempat saya boleh bersinar.

Jika berkaitan sukan, dia minat bola keranjang.

Apabila musim bola keranjang selesai, dia sertai balapan.

Apabila trek selesai, dia meluncur air.

Jadi dia sangat kompetitif.

Sejujurnya, kerana disleksia

dan tak yakin dengan daya intelektual saya,

saya tak terfikir akan masuk kolej.

Tapi ada sebuah kolej kecil, Kolej Graceland di Lamoni, Iowa

tawar saya peluang main bola sepak Amerika.

Di situlah saya jumpa Chrystie.

Saya jumpa Bruce pada hari pertama di kolej.

Ada seseorang yang saya tak kenal, meluru ke arah saya

dan kata, "Awak nak tonton wayang dengan saya malam Jumaat?"

Saya kata,

"Okey."

Kemudian dia lari.

Dia sangat lucu

dan dia tak sedar dia sangat kacak.

Dia budak baik.

Saya ingat kami bercakap tentang gimnastik

dan dia kata, "Saya suka gimnastik."

Kemudian dia buat hambur tangan dan libas tangan

di halaman dengan lincah dan hebat.

Ia sangat mengejutkan dan mengagumkan

dan saya tahu dia boleh buat apa-apa saja.

Dia boleh buat apa-apa saja.

2 Januari 1969.

Saya pemain barisan belakang dan cuba halang tendangan.

Saya lepasi garisan dan gagal dihalang.

Bersedia untuk melompat

dan pemain pertahanan langgar lutut saya

apabila ia mencecah tanah.

Bang.

Koyak.

Saya fikir, "Saya tak boleh bersukan lagi.

Saya tak rasa lutut saya akan pulih."

Saya masih ingat lihat dia berjalan dengan kaki bersimen

dan dia duduk dengan muka masam.

Berangin. Masa yang teruk untuk cedera.

Saya buntu. Tak pasti jika lutut saya akan pulih.

Saya tak fikir akan pulih

dan tak pasti akan masa depan saya.

Tapi L.D Weldon, jurulatih balapan dan padang,

berjumpa dengannya dan berkata,

"Saya rasa awak sesuai untuk acara dekatlon"

dan begitulah permulaannya.

Saya kagum dengan Bruce sebab dia dengar kata

dan dia bertekad untuk lakukan sebaik mungkin.

Saya tak tahu saya terlibat dengan apa

tapi tahun kedua, saya berlumba dalam dekatlon pertama.

JENNER MELIHAT MASA DEPAN

Perlumbaan itu

mengubah segala-galanya.

Satu perlumbaan.

Saya ingat berjalan ke garisan

dan kelejar terus bekerja keras!

Bam!

Denyutan jantung saya melonjak 80 kepada 180, begitu saja.

Saya terfikir,

"Jika ada acara yang melonjakkan nama saya, inilah dia."

Saya tertarik. Saya tertarik dengan sejarah sebaliknya.

Tahun 1912,

pemenang pertama dekatlon ialah Jim Thorpe,

dan Raja Sweden beritahu Jim,

"Awak memang atlet terhebat dunia."

Jadi mereka beri gelaran itu.

Mulai saat itu ia menjadi obsesi saya.

JENNER DARI GRACELAND MENANG DEKATLON

Pada tahun itu saya pecahkan rekod dekatlon sekolah di Graceland.

Kemudian pada tahun senior, 1972, saya berjaya sertai pasukan Olimpik.

Saya tidak dikenali.

Saya tak patut sertai pasukan, tapi saya berjaya.

Ia keterujaan terbesar dalam hidup saya.

Dekatlon ialah sepuluh acara.

Lima acara pada hari pertama, lima acara pada hari kedua.

Setiap acara bertentangan.

Melontar, anda mungkin kuat dan mampu melontar paling jauh

tapi seterusnya lompat tinggi.

Mungkin takkan berjaya.

Di mana keseimbangan itu?

Bukan setakat fizikal

tapi juga mental.

Persaingan sangat sengit.

Tiada orang pernah tewaskan dekatlon.

Saya tak berpeluang.

Saya dapat tempat ke-10.

Kemudian perkara paling signifikan berlaku.

Saya nak tunggu untuk lihat upacara itu.

Saya tak pernah lihat upacara pingat emas Olimpik

berlaku di hadapan saya.

Saya berdiri di tepi,

dan saya melihat Nikolai Avilov dari Kesatuan Soviet,

dan saya kagum dengannya.

Dia memenangi dekatlon.

Saya melihat dia terima pingat itu.

Saya berkata pada diri

"Begitulah.

Saya mahukannya."

Selepas dia balik,

Bruce kerap bercakap tentang Avilov.

Saya ingat Bruce cakap tentang Avilov seolah-olah dia dewa.

Avilov seorang atlet yang berbakat.

Dia beri kesan besar terhadap hidup saya.

Kemahirannya hebat.

Dia berbakat. Jelas sekali dia bekerja keras.

Dia juga sangat kuat dari aspek mental.

Dia ada segala-galanya.

Dia dari Kesatuan Soviet ketika Perang Dingin.

Kesatuan Soviet menyediakan kem latihan untuk kanak-kanak

tempat mereka berlatih, bekerja dan masuk sekolah sukan

untuk membentuk atlet-atlet yang hebat.

Itulah Avilov.

Saya selalu fikir,

"Mereka takkan pilih saya untuk sertai pasukan itu."

Wujud pergelutan dalam diri saya.

"Adakah awak transjantina?"

"Awak homoseksual?"

Saya tak tahu apa-apa tentangnya jadi saya diam saja.

Tapi saya fikir, " Bagaimana jika hidup saya empat tahun seterusnya

dan setiap minit setiap hari

saya uji diri untuk lihat kemampuan saya dalam sesuatu?"

Peluang untuk membuktikan diri, membuktikan kelakian saya,

membuktikan diri kepada dunia yang saya manusia berharga.

Jika saya boleh menang pingat emas Olimpik,

Untold: Caitlyn Jenner subtitles in other languages

Yorumlar

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left