İlk 200 satır.
Eksorsisme
Amalan mengusir syaitan dan hantu
Kim Kangwoo
Saki-baki hantu
Roh sesat
yang masih berada di tempat ia mati
Kim Sohye
Lee Junghyoung, Hong Jingi
Phurbu
Pisau belati purba orang India
digunakan oleh dukun Tibet semasa menghalau hantu
Guimoon
Pintu yang menghubungkan manusia hidup dan yang mati
pada Malam Tahun Lama
Diarahkan oleh Shim Duckgeun
Apa yang berlaku?
Awak tak mahu kerja?
Kita perlu siapkan hari ini mengikut jadual!
Hei!
Mayat?
Mayat yang tersembunyi itu
telah ditemui semasa melakukan pengubahsuaian
pusat komuniti terbiar.
Mayat tidak dikenali telah ditemui
tanpa sebarang pereputan,
masa kematian yang tepat,
masa penyembunyian,
dan faktor-faktor lain...
Menurut jiran-jiran,
mayat tanpa keluarga itu ditemui di pusat komuniti,
dan pembunuhan yang mengerikan
telah berlaku di sini pada masa lalu.
Kami mesti menunggu hasil siasatan.
Pergi!
Pusat komuniti, 1998
Kita dah dapat saki-baki hantu yang jahat.
Seolah-olah membunuh manusia tak mencukupi,
ia mengambil alih seluruh bangunan...
Hantu yang degil...
Lejar Tetamu - 1990 Kim Seokho
Dojin...
badan ibu yang lemah tak boleh uruskan kes ini.
Boleh kamu ambil alih?
Saya tak boleh lakukan apa-apa tentang darah saya,
lagipun saya bukannya dukun.
Mari tamatkan warisan dukun ini dengan ibu.
Baiklah.
Maafkan ibu kerana mewariskan
darah yang teruk ini kepada kamu...
Generasi Dukun Keempat
Menyelesaikan Misteri Hantu Tasik Jecheon?
Ini laporan lalu lintas pada 11 Februari, 2002.
Berikutan cuti hujung minggu yang panjang,
lebuh raya telah dibuka.
Selain menghala ke selatan Lebuh raya Gyeongbu dan Honam,
semua lebuh raya negara
kosong tanpa sebarang kesesakan.
Disebabkan kemalangan besar berhampiran Cheonan semalam,
kesesakan lalu lintas berlaku sehingga malam,
tapi kembali normal semalam.
Semalam...
Ditutup Buat Sementara Waktu
Bukannya mudah dapatkan bukti
bagi kes yang masih disiasat.
Awak tahu.
Dan?
Jadi?
Saya cuma katakan...
Isteri awak menipu, kan?
Dia akan meninggalkan awak,
bukankah sepatutnya awak pergi?
Ibu saya memang degil.
Ibu tak boleh halang saya.
Tiada siapa boleh halang saya bila saya dah buat keputusan.
Jadi boleh ibu berhenti mengganggu saya?
Saya akan siasat
perkara yang berlaku di sana,
dan bebaskan ibu.
Pembunuh Bersiri Yang Terkenal Dengan Kekejamannya
Perlukah abang pergi?
Jangan fikir bukan-bukan, abang bukan nak pergi mati.
Guimoon, pintu yang menghubungkan
manusia yang hidup dan yang mati telah muncul.
Abang mesti masuk ke pintu itu malam ini.
Cukuplah dengan perkara merepek abang itu?
Ibu...
Ibu mati seperti itu, saya tak boleh kehilangan abang juga...
Abang ke sana untuk hidup.
Abang perlu bebaskan semua saki-baki hantu itu
yang mati di tangan Kim Seokho,
dan apabila Kim dihalau,
dendam ibu akan dilepaskan.
Semuanya akan baik-baik saja, jangan risau.
Dojin, tolonglah berhenti...
Abang telah diganggu selama 4 tahun...
Walaupun jika tiada peluang hari ini...
kamu tak perlu risau.
11 Februari, 2002 11.30 malam
'Ia ada di sini.'
'Semuanya sudah berakhir.'
'Hantu kecelaruan personaliti berganda ada di sini.'
Pejabat Penyelenggaraan
Pejabat Penyelenggaraan
Lejar Tetamu - 1990 Kim Seokho
9 September, 1990
'10 September, 1990'...
Hei, jangan lari!
Tengok, benda ini bergerak.
Berdiri di hadapannya.
18 Februari, 1996. 11.40 malam Ambil gambar kami.
Bersedia.
Satu, dua!
Saya jadi pemenang peraduan filem tahun lepas,
malangnya saya hampir muntah.
Jangan merepeklah!
Saya tak merepek.
Tengoklah, semuanya nampak hebat untuk dirakam!
Tiada siapa akan tahu jika ada orang terbunuh di sini.
Tak guna!
Hodohnya muka awak!
Awak tak guna.
Mekap tebal akan takutkan hantu.
Ibu saya malah letak darah ayam ketika buat ritual.
Darah ayam?
Teruknya...
'Taehoon ada di sini.'
Tulis besar lagi, besar lagi.
- Guna warna merah. - Hei!
Kenapa?
Itu nasib malang!
Meninggalkan kesan
adalah tradisi untuk tempat seperti ini.
Tapi kenapa letak nama saya?
Kita di sini disebabkan awak.
Tak guna...
Jangan berani menyumpah pada saya lagi.
Bagaimana jika kita tak dapat keluar dari sini?
Berhenti mengarut!
- Tak guna, jangan jerit! - Kenapa? Awak takut?
Contengan itu...
saya rasa macam dah pernah tengok.
Dia takut.
Sangat takut.
Menyakitkan hati betul!
Kenapa dia jadi teruk? Saya akan pukul awak dengan penyodok.
Apa yang patut kita buat dengan si penakut ini?
Apa itu?
Maaf!
Kenapa awak berdua takut sangat?
Perlukah kita lakukan semua ini?
Tentulah.
Awak berhenti belajar sebab tak boleh bayar yuran.
Hadiah untuk peraduan ini besar.
Selepas melihat dan menganalisis
pemenang-pemenang peraduan yang lepas,
rakaman ini pasti berjaya.
Tapi walaupun begitu...
Hentikan.
Awak tak berterima kasih kepada kami?
Jika awak berterima kasih, cakaplah!
Yalah.
Hei! Dah hampir tiba masa, mari teruskan!
Tak guna...
Tunggu saya!
Dah hampir tiba masanya!
- Empat minit lagi! - Hei!
Saya cakap tunggu saya.
Awak budak-budakkah?
Tiada masa lagi, mulakan rakaman!
Jika kita tak dapat rakam ini, habislah kita!
Kalau begitu Taehoon akan
dihantar masuk tentera.
Baiklah! Saya merasainya!
Ia datang!
Bertahun-tahun yang lalu,
penjaga bangunan ini...
Tak guna, komuniti...
membunuh pemilik dan tetamu
di tingkat tiga menggunakan tuil besi...
penyodok, kami sedang berdiri
di tempat kejadian itu.
Motif penjaga itu
tak pernah diketahui langsung.
Kenapa?
Kerana dia membunuh diri selepas itu.
Perkara misteri lain dan kejadian yang membawa maut
terus berlaku di sini.
Kemudian khabar angin aneh mula tersebar.
Pada Malam Tahun Lama, hari terakhir tahun qamari!
Bulan biasanya tak bersinar pada tengah malam,
tapi kononnya hanya boleh dilihat dari bumbung ini.
Jika bulan betul-betul muncul pada tengah malam ini,
itu bulan kehidupan selepas mati, bukannya yang sedang hidup.
Tenaga daripadanya
melewati ruang laluan,
dan membuka pintu,
Guimoon...
sempadan antara yang mati dan yang hidup.
Lupakannya, cukuplah.
Lupakan Guimoon... Terlalu sejuk di sini.
No comments yet. Be the first to leave one.