İlk 200 satır.
Adam-13, unit tiba di lokasi, kes dilaporkan orang awam.
Ada sesuatu yang berlaku di sana.
Polis!
Tembakan dilepaskan! Tembakan dilepaskan!
Pegawai perlukan bantuan! Kerah SWAT sekarang!
Kami berhadapan lima, enam penembak aktif.
Kita akan sampai di lokasi. Kita perlu memulakan prosedur HRT.
Semua orang tahu posisi mereka. Pastikan lancar.
Jadikan ia satu karya seni.
Baiklah, tinggal 15 saat.
- Lakers bermain malam ini? - Di Golden State .
Mari kita selesaikan ini sebelum separuh masa kedua.
Baiklah, saya mahu awak semua rapatkan formasi ,
kekal fleksibel .
- Awak bersama kami, Hondo? - Rapatkan formasi ,
kekal fleksibel . Awak selalu ulang ayat ini tak henti-henti, Buck,
sampai melekat dalam kepala saya.
Baiklah, mari kita pergi!
Pegawai cedera!
Pegawai cedera!
Suspek melarikan diri!
Awak okey?
Dia cedera ditembak di lengan.
Ambulans sedang dalam perjalanan.
Mara! Mara!
Mak, bunga api!
Hei, awak okey.
Masuk ke dalam, bersembunyi.
Saya dapat dia!
Hondo, suspek lari.
Luca, bersama saya.
Keluar! Keluar!
Keadaan makin kritikal.
Kita kena hentikan sekarang.
- Keluar dari kereta! - Saya dapat lelaki berjanggut.
Saya dapat si "Justin Bieber".
Kurang satu senjata di sini, Hondo.
Saya akan sampai! Mulakan kiraan.
Baiklah, ikut kiraan saya. Satu ke tiga.
Satu...
Sasarkan lelaki bertopi beanie, Hondo.
Dua...
Tiga!
Tunduk!
Oh Tuhan.
Orang awam tercedera. Diulangi, orang awam tercedera .
Saya perlukan bantuan.
Hei, bantuan datang.
Baiklah, bertahanlah.
Bertahanlah.
Awak akan okey.
Bertahanlah.
Awak tak apa-apa, bertahanlah.
Saya uruskan, Buck.
Hei, nak. Lihat saya, bercakaplah dengan saya.
Cakaplah dengan saya, siapa nama awak?
- Raymont. - Raymont?
Baiklah. Awak tinggal di sini?
Ya? Saya juga.
Saya membesar empat blok di sebelah sana.
Saya pernah cium teman wanita yang pertama, Yvonne Thomas, di belakang pusat rekreasi itu.
Ayuh, awak tahu apa yang saya maksudkan bukan?
Mereka masih bermesra di sana?
Cakap dengan saya.
Bertahanlah. Mereka masih bermesra di sana?
Ya. Saya tidak ada teman wanita lagi.
Okey, bagus. Bagus, jangan risau.
Awak tunggu sehingga gadis-gadis melihat parut baru awak ini.
Banyak pilihan wanita untuk awak nanti, percayalah.
Ambulans pergi ke tempat yang salah.
Mereka lambat selama sepuluh minit.
Budak ini tidak akan bertahan sampai sepuluh minit.
Luca, bawa dia ke atas trak. Mari pergi. Bukakan pintu.
Ayuh. Ayuh. Baik? Mari pergi.
Dia bukan penjahat!
Saya tahu awak mungkin takut sekarang, dan tidak mengapa.
Tidak mengapa.
Takut itu bagus.
Ini bermakna otak awak berfungsi dengan
baik, ini bermakna badan awak berjuang.
Kita berdua, kita boleh.
Kita berdua berjuang bersama.
Saya hentikan pendarahan, mulakan baris infusi.
Budak itu berkata dia O positif, tekanan darah semakin menurun.
Kami uruskan dari sini. Mari pergi.
Apa yang berlaku?
Seluruh kawasan ini huru hara.
Bukan peluru kita.
Bagaimana keadaan budak yang ditembak?
Dia dalam pembedahan sekarang, tapi...
Doktor kata peluang hidupnya cuma 50-50.
Kalau bukan sebab Hondo,
dia sudah mati semasa tiba.
Tindakan yang bagus.
Deacon, awak ketuai skuad
sehingga Buck kembali bertugas.
Baik Puan.
Baiklah, terima kasih.
Macam mana, Hondo?
Raymont masih dalam pembedahan. Kita akan tahu keadaannya pagi esok.
Kasihan budak itu. - Maksud saya, - ia cuma
satu kemalangan. - Sama ada ya atau tidak Luca,
terlalu banyak sejarah pahit untuk orang di kawasan ini.
Esok nampaknya akan jadi hari yang sibuk.
Buck akan kembali.
Tak lama lagi.
Sehingga itu, kita teruskan demi Buck.
Jumpa esok pagi.
Awak buat saya cuak.
Saya bukan orang yang patut awak takutkan.
Kawasan tu tengah "panas".
Dan keadaan ni akan semakin menjadi-jadi.
Buck tembak budak tak bersenjata.
Itu keputusan saat-saat akhir.
Peluru memang berterbangan.
Begini. Ada satu hal lagi saya nak cakap dengan awak.
Apa itu?
Tentang kita.
Ini bukan sekadar hubungan santai.
Awak sudah ada kunci, berus gigi, pakaian.
Tinggal nak letak cawan kopi sendiri saja lagi bukan?
Rasa macam sudah serius?
Awak sendiri yang tentukan.
Sebenarnya...
Saya maksudkan, hubungan kita yang ini .
“Borang pengisytiharan hubungan”?
Ini gurauan, bukan?
Itu memang peraturan jabatan.
Peraturan yang orang selalu langgar.
Saya wanita.
Saya muda. Juga seorang imigran.
Tiga sebab itu cukup untuk orang atasan cari pasal.
Awak tak nak jadikan ini hubungan rasmi, bukan?
Saya memang suka status kita ini.
Tapi saya tak sanggup korbankan kerjaya sebab ini.
Saya dah habiskan 12 tahun…
Okey, okey...
Saya akan tandatangan.
Serius?
Ya.
Ya, saya tahu. Kita ubah pelan sekarang.
Sidang ni disiarkan secara langsung.
Awak di sini.
Hicks perlukan awak sekarang.
Apa semuanya ini?
Senyum dan angguk sahaja.
Lepas ini kita bincang.
Semasa bertindak balas terhadap serangan ke atas dua
anggota polis malam tadi, pasukan SWAT di sebelah
kanan saya telah menumpaskan empat suspek bersenjata
dan menyelamatkan sebuah keluarga yang menjadi mangsa tebusan mereka.
Namun begitu, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun
Raymont Harris, telah ditembak secara tidak
sengaja dan cedera parah oleh ketua skuad, Sarjan Buck Spivey.
Pagi ini, Sarjan Spivey telah ditamatkan perkhidmatannya.
SWAT beroperasi dengan standard tertinggi, dan
warga Los Angeles berhak tahu bahawa setiap tindakan ada akibatnya.
Sarjan Daniel Harrelson, sila sertai saya di hadapan.
Mulai hari ini, saya melantik seorang anggota kanan,
Sarjan Daniel Harrelson sebagai ketua Skuad-20 SWAT,
yang menunjukkan keberanian luar biasa di bawah tekanan
dan berjaya mengelakkan insiden semalam
daripada menjadi lebih buruk.
Sila bersama saya mengucapkan
tahniah kepada Sarjan Harrelson
atas pelantikan ini.
Kerja yang bagus, semua.
Hicks buat keputusan sendiri pagi ini.
Dan dia fikir naikkan pegawai
berkulit hitam di TV boleh betulkan keadaan?
Dia rasa itu lebih baik daripada tak buat apa-apa langsung.
Tolonglah, Jess.
Orang di luar sana boleh nampak terus semua lakonan seperti ini.
Mereka tahu beza sidang akhbar
dengan realiti di jalanan.
Berapa kali awak cakap pada saya,
ada cara yang lebih baik buat benda ini?
Layan komuniti macam keluarga, bukan musuh.
Kini peluang awak untuk buktikannya.
Dia bukan nak idea saya.
Dia nak simbol.
Dia bagi awak satu pasukan.
Apa awak buat dengan pasukan itu, itu pilihan awak.
Deacon ada di pihak awak.
Deacon lelaki yang baik.
Awak pimpin, dia akan ikut.
Baiklah, sementara saya fikir cara
nak bawa Buck masuk balik pasukan,
bagi saya Rankins.
Awak dapat Jim Street.
Siapa Jim Street?
Pegawai pindahan dari Long Beach.
Jadi sekarang saya kena latih orang baru?
Kita mula perlahan-lahan.
Hicks nak awak di perhimpunan protes.
Bermula sejam lagi.
Terima kasih.
Kawalan orang ramai? Tak boleh.
Saya nak berada di luar sana,
kejar lelaki yang kita terlepas malam tadi.
No comments yet. Be the first to leave one.