Ne Zha 2

Ne Zha 2 (哪吒之魔童闹海)

Malay Altyazısını İndir

Sürüm bilgisi

NeZha 2 (2025) WEB 1080p
NeZha 2 (2025) WEB 720p
NeZha 2 (2025) WEB 480p
Şunun yorumuyla Sanzoryu
SUBS MALAY PENUH --- WEB --- "Kini tak perlu kerut dahi." | Durasi 02:23:58 | Manually translated | Rate kalau suka 🙂 Kini di telegram t.me/sanzoryu

Etiketler

webdl
nezha
nezha_2
nezha_ii
dragon_palace
ao_bing
yu_xu_palace
demons_vs_immortals
deification_war
Yayınlandı: 2025-08-10
İndirmeler: 499
İşitme Engelliler: No

Malay altyazı önizlemesi

İlk 200 satır.

Direstui kayangan dan bumi,

terlahirlah Mutiara Kecamuk.

Raja Agung memisahkannya menjadi dua.

Tenaga samawi di dalamnya menjadi Mutiara Jiwa,

sementara tenaga pelesitnya membentuk Bebola Pelesit.

Sumpahan Kemurkaan Kayangan dilemparkan pada Bebola itu,

ditetapkan untuk memusnahkannya melalui panahan kilat dalam masa tiga tahun.

Kemudian, disebabkan campur tangan Shen Gongbao,

Bebola itu menjelma sebagai Nezha, anak ketiga Li Jing di Genting Chentang.

Mutiara itu menjadi Ao Bing, juga anak ketiga si Raja Naga.

Ditakdirkan,

kedua-duanya menjadi kawan karib.

Nezha, dipengaruhi oleh ibu bapanya,

menggugurkan sifat pelesitnya,

lalu menyelamatkan Genting Chentang.

Bersama-sama Ao Bing,

mereka menghadapi Kemurkaan Kayangan,

lalu akhirnya...

mengubah takdir mereka.

ANAK PELESIT MENGGONCANG LAUT

Walaupun kamu terselamat daripada panahan itu,

tubuh kamu telah dimusnahkan...

yang mana tanpanya,

roh akan pudar langsung lenyap.

Teratai Suci melindungi dan memelihara roh.

Sekarang saya akan gunakannya untuk mencipta semula

bentuk fizikal kamu.

- Wah! - Mengagumkan...

Mulakan!

Ada yang tak kena...

Biar betul?

Akar teratai mesti dijadikan serbuk

untuk buat tubuh kalian.

Kamu garu kaki ke tadi dengan tangan itu?

Oh, tiada apalah.

Saya tak kisah kaki melekit, basuh nanti hilanglah.

Saya bukan cakap pasal kaki kamu.

Kamu buang hingus ke tadi dengan tangan itu?

Tak, mana ada.

Ini cuma serbuk teratai. Nampak? Serbuk teratai.

Sudah siap.

Mari, mari.

Satu hingus untuk setiap seorang.

Maksud saya, satu hidangan.

Lekas! Untuk selamatkan roh kalian.

Saya lebih rela jadi begini...

Lembab betul kamu ini!

Ia berkesan!

Nanti dulu.

Apa ini?

Terima kasih.

Merata saya cari tadi.

Masa untuk membentuk.

Ingatan Khinzir Terbang tiada tandingan,

begitu juga kemahiran mengukirnya.

Pembaikan yang sempurna, kan?

Terima kasih, Khinzy.

Jangan bergerak, tubuh kamu belum siap lagi.

Tuan Dewa,

saya dah gerakkan semua pasukan Chentang

untuk awasi ketibaan Shen Gongbao dan naga Laut Timur.

Sabar dulu.

Puak naga sedang awasi raksasa jurang,

yang mana satu pun tak boleh lari.

Shen Gongbao seorang bukanlah ancaman.

Kamu patut lihat ini.

Sempurna, bukan?

Woah!

Tengoklah siapa guru dia.

Tapi,

perlukah rupanya sama saja?

Tak boleh buat rupa saya lebih elok?

Huh?

Betul.

Ibu bapa selalu mahukan yang terbaik buat anak mereka, huh?

Betul.

Buatkan saya tinggi dan sasa.

Juga kacak menawan.

Seorang lelaki mestilah kuat dan mulia.

Juga pendiam dan ambil berat.

Tapi juga comel dan disayangi.

Boleh tak kamu semua putuskan betul-betul?

Tinggi dan sasa,

Dengan sedikit kekacakan.

Gagah dan mulia.

Tapi sangat menawan.

Apa ini?

Dia kata... buatlah sendiri.

Bagi sini!

Sepatutnya dari tadi serahkan pada saya.

Buat sendiri lagi bagus.

Ini mesti memakan masa.

Mari siapkan tubuh kamu dulu.

Kamu lahir daripada unsur air,

jadi kamu mesti ditempa air tulen.

Teratai, buka!

Itulah dia.

Kamu dah selesai?

Hampir siap...

Versi ini semestinya yang paling mempesona,

tapi memperhalusi bentuknya akan ambil masa yang lama.

Apa kata guna versi pertama saja dulu?

Ya, versi pertama pun cukup.

Saya setuju.

Hmmm.

Kamu lahir daripada unsur api,

jadi kamu mesti diperelok dalam api tulen.

Tuan!

Musuh telah dikesan di laut.

Nampaknya ia si Shen Gongbao.

Berapa ramai?

Hanya dia.

Kenapa pula ya?

Teruskan dengan jampi kamu.

Kami akan uruskan penceroboh itu.

Tuan Dewa,

biar saya pergi merayu pada guru saya.

Jangan bergerak!

Selagi sebatang colok pun belum habis terbakar,

tubuh kamu takkan siap.

Shen Gongbao,

apa tujuan kamu ke mari?

Disebabkan kamu dah tahu rancangan saya dengan puak naga,

saya rasa tak se...senang.

Genting Chentang dikawal ketat,

dan Guru Taiyi berada dalam bandar.

Kamu seorang diri takkan mencapai apa-apa.

Si... siapa kata saya seorang diri?

Jika mereka dapat tahu tentang Mutiara Jiwa,

bukan saja kau dah gagal bela anak kau

bahkan seluruh puak Naga Timur

akan dipersalahkan.

Bila kebenaran terbongkar,

kau akan dicampak ke neraka jurang,

dikelilingi semua "kawan" lama kau.

Tengok bagaimana kami sambut kau nanti.

Tersangkut di Istana Naga...

bagaimana kau nak membela anak kau?

Aku pun turut rasa gemuruh untuk kau.

Kamu semua tak layak nak bermegah.

Aku cuma nak membantu.

Tapi nampak macam kau...

tak menghargainya.

Hmm?

Kau mesti dah lupa akan kebolehan aku.

Ah!

Saya tahu yang ini.

Ca... Ca... Ca...

Cakar Membelah Langit.

Terima kasih.

Guru Shen boleh bawa cakar ini ke Genting Chentang,

dan gunakannya untuk koyak dimensi yang kembali pada aku.

Lepas itu, raksasa jurang boleh bantu kau hapuskan musuh kau.

Raksasa jurang?

Bagaimana ini... boleh terjadi?

Mereka dikurung Cap Kekangan selama ribuan tahun.

Bagaimana mereka terlepas?

Naga-naga itu... adakah mereka dah dibebaskan?

Dengan Rantai Memantap Laut mengikat kami,

tiada peluang untuk lari.

Masing-masing tak rugi apa.

Apa kata kau, Abangku?

Kau takkan begitu murah hati.

Terus terang saja.

Apa yang kau mahu?

Dalam penjara neraka ini,

di mana api membakar tubuh,

setiap hari seakan setahun.

Kalau kau boleh turunkan sedikit kepanasannya,

meringankan seksaan kami,

kami akan sanggup berkhidmat untuk kau semampu kami.

Apa yang berlaku?

Apa yang Shen Gonghao nak lakukan?

Kita dah bebas akhirnya! Yay!

Selamat tinggal!

Kejinya.

Habislah kita.

Bagaimana kita nak jelaskan pada Panglima Li sekarang?

Nasib baik tiada siapa nampak.

Nah.

Buat apa?

Aku patahkan tangan kau,

kau patahkan kaki aku.

Kita kata Yaksha yang buat.

Oh.

Bila panglima nampak betapa teruk kita cedera,

dia takkan salahkan kita lagi.

Bagi yang paling padu.

Pukul kuat-kuat!

Hei!

Hei!

Hei, kamu berdua!

Tuan Dewa,

kamu di sini!

Hee hee hee!

Ha ha ha!

Dia biarkan Yaksha terlepas!

Huh?

Semua salah kau.

Siapa kau nak tuding jari?

More Malay subtitles for Ne Zha 2

Yorumlar

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left