200 dòng đầu tiên.
Sepanjang jutaan tahun, pemangsa marin
telah membentuk cara luar biasa untuk memburu.
Jerung putih melancarkan serangan hendap yang mengejut.
Jerung mako mencapai kelajuan 45 batu sejam.
Jerung tukul mampu mengesan degupan jantung yang paling samar
tersembunyi di dasar laut
namun satu senjata evolusi mengungguli segalanya
senjata jerung yang amat pantas
dan sangat berkuasa sehingga mampu membunuh dalam 1/30 saat.
Libasan ekor jerung thresher.
Tidak banyak yang kita tahu tentang jerung thresher.
Saya menggelarnya hantu di laut.
Kini, dua orang pakar telah mencipta teknologi baru
untuk merakamkan kelakuan pemangsa jerung yang paling sukar disaksikan.
Awak telah hasilkan umpan jerung thresher yang serba baru?
Saya rasa agak yakin.
Namun adakah jerung thresher ini akan berjaya diumpan?
Terokai salah satu rahsia memburu alam semula jadi yang paling hebat.
PULAU MALAPASCUA, FILIPINA
Saya tak tahu kedudukannya.
Nama saya Doktor Craig O'Connell, dan saya pengarah eksekutif
badan bukan untung Yayasan Pemuliharaan OCS.
Semasa kecil, saya pergi memancing di Selat Long Island
dan saya dapat menangkap seekor ikan flounder yang bagus.
Sebaik saya tarik ikan flounder itu ke permukaan air
seekor jerung thresher menyambarnya dan ia menimbulkan rasa ingin tahu.
Haiwan ini amat berbeza morfologinya
daripada apa-apa yang saya pernah lihat sepanjang hidup saya.
Sejak detik itu saya teringin melihat jerung thresher lain.
Saya menghabiskan 20 tahun lagi untuk cuba mencarinya
dan saya tidak berjaya.
Saya telah mencari di semua tempat
kemudian saya terdengar tentang Pulau Malapascua.
Jerung thresher!
FILIPINA
PULAU MALAPASCUA
Inilah destinasi paling terkenal di dunia
untuk melihat dari dekat jerung thresher pelagik.
Tidak banyak yang kita ketahui tentang jerung thresher.
Saya rasa benar-benar merakam kelakuan semula jadinya
dari segi perburuan adalah hampir mustahil.
Jerung thresher tidak menjadikannya mudah.
Kebanyakannya lebih suka memburu di perairan dalam
mencari mangsa kegemarannya, kumpulan ikan kembung atau sardin.
Dan ekor inilah rahsianya.
Ia senjata yang tepat, seperti cemeti
yang tidak pernah dikaji di persekitaran liar.
Ada banyak perkara dalam biologi jerung yang digelar pencarian ulung.
Merakam jerung putih melahirkan anak.
Merakam jerung putih mengawan.
Satu lagi contoh, merakam jerung thresher memburu.
Haiwan ini amat berahsia, dan sukar diperhatikan
hingga menyaksikan perkara ini di dalam air amat jarang berlaku.
Itu pun dia.
Hei.
- Hei, Aliah. - Hei, Craig.
Nama saya Aliah Banchik.
Saya ahli sains marin dengan pengkhususan dalam jerung dan pari.
- Selamat ke Pulau Malapascua. - Terima kasih.
Baiklah. Berhati-hati. Ia amat licin.
Apabila Craig beritahu saya dia cuba dapatkan
libasan ekor pemangsa dalam rakaman reaksi serta-merta saya ialah...
Ia mungkin satu cabaran yang agak besar.
Namun saya sentiasa bersedia menyahut cabaran.
Selamat datang ke tempat paling indah di dunia.
Awak pernah berenang dengan jerung thresher sebelum ini?
- Tidak pernah. - Baiklah.
Awak akan dapat kejutan.
Pasukan itu berlayar sejauh lima batu ke beting Monad
tempat yang popular untuk jerung thresher.
Libasan ekor jerung thresher pelagik merupakan kelakuan yang menakjubkan.
Ia berfungsi dengan jerung ini mencari sekumpulan besar ikan.
Ketika ia mendekati kumpulan ikan itu
haiwan ini berhenti di laluannya.
Ia gunakan sirip pektoralnya dan menghalakannya ke bawah
kemudian menggunakan ototnya
dan ekornya yang terkalsifikasi melibas ke depan.
Ia melibasnya pada kelajuan sehingga 80 batu sejam.
Kelakuan ini berlaku dalam hanya 1/30 saat.
Lebih cepat daripada satu kelipan mata.
Kerana dayanya yang tinggi, ia mencetuskan gelombang kejutan
yang membuat mangsanya kaku.
Kemudian jerung ini berpusing
dan memakan mangsanya dengan mudah.
Jerung thresher pelagik amat sukar diselidik
kerana ia menyelam sehingga kedalaman
yang lebih jauh daripada yang mampu dicapai penyelam rekreasi
sedalam lebih 600m.
Kita hampir tidak tahu apa-apa tentang kelakuan, ekologinya
dan fisiologi reproduktifnya.
Ada tiga spesies jerung thresher yang kita tahu.
Ada jerung thresher biasa yang saiznya sehingga 20 kaki panjang
setanding dengan beberapa jerung putih terbesar di dunia.
Ada jerung thresher mata besar, yang biasanya berada
di perairan yang amat dalam, dengan matanya yang besar.
Kemudian, ada jerung thresher pelagik
iaitu jerung thresher terkecil antara tiga spesies ini
dan ia mampu mencapai saiz sepanjang 12 kaki.
Separuh badannya ialah ekor, jadi jerung thresher bersaiz 12 kaki
akan mempunyai badan sepanjang enam kaki dan ekor sepanjang enam kaki.
Tidak seperti dua spesies lain, yang mendiami lautan seluruh dunia
jerung thresher pelagik hanya ditemui di Lautan Hindi dan Pasifik
menjadikannya yang paling sukar ditemui antara tiga spesies itu.
BETING MONAD
Inilah Beting Monad.
Inilah tempat terbaik di dunia
untuk melihat jerung thresher pelagik.
Saya telah datang ke Pulau Malapascua sejak 2017
dan apa yang berada di bawah bot ini
akan benar-benar mengejutkan awak.
Saya tak sabar.
Ia agak dalam.
Sekitar 15 hingga 20m.
- Ada banyak arus. - Saya sangat teruja.
- Mari masuk ke dalam air. - Baiklah.
Pasukan ini ada misi tiga langkah.
Mula-mula, kenal pasti saiz jerung.
Kedua, umpan jerung ke dalam mod memburu.
Ketiga, dapatkan syot dalam kamera.
Wanita turun dulu.
Ini kali pertama Craig kembali ke Beting Monad dalam lebih setahun.
Selaman pertamanya adalah tinjauan untuk melihat jika ada perubahan
sepanjang 12 bulan yang lalu.
Selaman pertama di Beting Monad.
Tahap penglihatan terhad.
Harap-harap ia akan jadi lebih jernih
dan kita akan dapat lihat jerung thresher.
Perhatikan persekitaran.
Tunggu.
Saya nampak sesuatu dari jauh.
Ia dah hilang.
Keadaan terlalu keruh.
Saya dapat melihatnya.
Ia jerung tenggiri yang besar!
Jerung tenggiri merupakan pemangsa oportunistik terunggul di lautan
yang akan makan jerung lain, termasuk jerung thresher.
Saya dapat lihat belangnya.
Lihatlah!
Yang ini jerung jantan.
Ia mendekati dengan pantas.
Kawasan ini dulunya dipenuhi oleh jerung thresher.
Nampaknya jerung tenggiri telah mengambil alih tempat ini.
Kita patut berhati-hati.
Siripnya rendah.
Jerung tenggiri merendahkan sirip
sebagai amaran kewilayahan yang defensif dan agresif.
Ia menuntut ruang.
Jerung tenggiri ini dalam mod memburu.
Siapa tahu ada berapa banyak lagi di dalam air yang keruh ini?
Saya rasa ia baru memakan sesuatu.
Biar betul.
Mari naik ke permukaan sebelum kita pula diburu.
Baiklah.
Luar biasa.
Saya tak pernah lihat sesuatu seperti itu di sini.
Tak pernah langsung.
Saya telah menyelam di Beting Monad sejak 2017
dan dulu ia tempat terbaik di dunia
untuk melihat jerung thresher pelagik.
Dalam selaman ini, kami tak nampak seekor pun.
Ia agak mengejutkan.
Ada dua ekor jerung tenggiri.
Seekor yang jantan lebih kecil sedikit.
Kemudian jerung betina yang besar itu, perutnya amat besar
berenang-renang dalam air yang keruh itu.
Selaman di Beting Monad terasa menyeramkan.
Tahap penglihatan kurang baik.
Satu pengalaman yang menakutkan menyelam di sana.
Ia tak masuk akal.
- Tiada seekor pun jerung thresher. - Tiada.
Arusnya kuat dan saya tak rasa selesa.
Ketika itulah kami nampak dua jerung tenggiri muncul.
Ia bukan saja bergerak pantas, siripnya juga direndahkan
dan itu satu isyarat agresif.
Kami benar-benar cemas dan sentiasa memerhatikan sekeliling.
Awak dapat lihat semasa kita di bawah sana
jerung tenggiri itu datang dari pinggir had penglihatan.
Saya tidak pernah rasa cemas sebelum ini
semasa menyelam di Beting Monad
tapi ini kali pertama saya cemas kerana rasanya seperti
jerung tenggiri ini boleh muncul dari mana-mana arah.
Suasananya seram dan beberapa detik kemudian kita nampak belangnya.
Jerung tenggiri dikenali sebagai tong sampah di laut.
Ia memang makan apa saja.
Hakikat yang ia berada di Beting Monad
bermakna ia boleh makan jerung thresher pelagik dengan mudah.
Dulu, inilah tapak
tempat semua orang datang dari seluruh dunia
untuk melihat jerung thresher pelagik.
Dan ia hebat. Kini, sudah tiada apa-apa.
Saya rasa ia disebabkan jerung tenggiri itu.
Ada satu lagi gunung dasar laut tidak jauh dari sini.
Ia dipanggil Beting Kimud.
Ia lebih cetek sedikit. Airnya amat jernih.
Mungkin kita akan lihat beberapa jerung thresher pelagik.
- Apa pendapat awak? - Saya rasa itu idea yang baik.
Hari ini masih awal, jadi pasukan itu bergerak empat batu ke selatan
ke satu lagi tempat tumpuan jerung thresher, Beting Kimud.
BETING KIMUD
Mari kita lakukan.
No comments yet. Be the first to leave one.