Camp Confidential: America's Secret Nazis

Camp Confidential: America's Secret Nazis

Tải xuống Phụ đề Malay

Thông tin phát hành

Camp Confidential America's Secret Nazis (2021) NF WEB-DL
Bình luận bởi Ridz
Sub Retail Netflix

Tags

cam
Web-DL
web-dl
web
WEB-DL
Được xuất bản vào: 2021-11-02
Lượt tải xuống: 11
Khiếm thính: No

Xem trước phụ đề Malay

200 dòng đầu tiên.

SEBUAH DOKUMENTARI NETFLIX

Kamu dah bersedia? Baiklah.

Saya akan berikan pengenalan ringkas sebelum kita bermula.

Kami berada di rumah Dr. Henry Kolm.

Kami akan menemu bual En. Alfred Bomberg.

Kami juga menemu bual Duta John Gunther Dean,

veteran yang pernah berkhidmat di Peti Surat 1142.

Saya tak pasti setakat mana ia dianggap sulit.

Sebab semua ini berlaku semasa peperangan.

Saya anggap perkara ini serius jadi saya tak pernah bercakap tentangnya.

Terutamanya kepada keluarga saya.

Kami disuruh bersumpah.

"Jangan beritahu sesiapa lokasi kamu dan apa yang kamu buat.

Termasuk isteri atau ibu bapa kamu.

Nasib negara ini bergantung kepada kemampuan kamu menyimpan rahsia"

SEMASA PERANG DUNIA KE-2, AS KENDALIKAN

SEBUAH KEM TENTERA RAHSIA BERHAMPIRAN WASHINGTON, DC.

HAMPIR 50 TAHUN IA DIRAHSIAKAN.

PADA 2006, PERKHIDMATAN TAMAN NEGARA MENEMU BUAL VETERANNYA.

Saya masih ingat semasa kami diberitahu

kami akan dibawa ke sebuah tempat yang merupakan 1142.

Kami dimasukkan ke dalam bas.

Semua tingkap bas itu ditutup dengan kayu.

Kami langsung tak nampak apa-apa.

Mereka cakap,

"Kamu akan dihantar bertugas ke satu tempat yang dirahsiakan."

Kami sangka kami akan dihantar ke Eropah,

tapi kami terpisah dan tiada sesiapa tahu destinasi kami.

Kami menuju ke selatan Washington.

Saya terfikir, "Apa yang sedang berlaku?"

Sebab mereka seperti sedang cuba

untuk merahsiakannya daripada saya.

Kami masih dalam perjalanan

semasa saya mula nampak sebatang jalan di celahan pokok.

Saya rasa ia jalan tanah.

Ke mana saya akan dibawa?

Kami mula menyimpang dari jalan itu

dan tiba di sebuah kawasan kecil

yang merupakan pangkalan tentera.

Sebaik saja kami tiba di sana komander berkata,

"Inilah tempatnya. Kamu bukan dihantar ke luar negara.

Kamu akan bertugas di sini."

Salah seorang daripada kami bertanya kepada polis tentera,

"Apa nama tempat ini?"

Polis tentera itu jawab, "Tiada nama!"

Saya rasa orang yang memulakan program ini

tak pasti apa kami akan lakukan.

Situasi begini tak pernah berlaku. Benar, bukan?

AUDIO TEMU BUAL PERKHIDMATAN TAMAN NEGARA 2006

Baiklah, kita akan mulakan sesi pagi ini.

George, awak boleh mulakannya dengan beberapa maklumat asas.

Boleh awak sebut nama penuh dan tempat lahir awak?

Nama saya George Weidinger.

Saya dilahirkan di Vienna, Austria pada tahun 1923

dan melarikan diri ke Amerika Syarikat

atas kapal terakhir yang keluar dari Eropah pada Disember 1939.

Saya rasa sangat takut ketika itu.

Semua saumaah di Vienna telah dibakar.

Ramai orang dihantar ke kem tumpuan.

Hitler yang ingin membunuh orang Yahudi.

Membunuh kami semua.

Sebaik saja saya tiba di negara ini,

saya buat permohonan untuk menjadi warganegara

yang menjadikan saya layak menyertai tentera.

Ada beratus orang seperti saya.

Orang Yahudi yang diarahkan menyertai tentera.

Soalan pertama yang mereka tanya,

"Awak dah bersedia untuk berlawan demi negara baru awak, Amerika?"

Kami akan cakap, "Ya, Yang Arif!"

Saya berada di bahagian yang akan menyerang orang Jerman.

Hutang darah dibayar darah.

Saya rasa orang lain tiada sebab sekukuh saya

untuk menyertai tentera.

Saya tahu apa yang kami perjuangkan.

Latihan kami telah tamat.

Nama semua orang dipanggil kecuali nama saya.

Satu langkah ke depan.

Pusing kiri.

Mereka pun berkawad pergi.

Saya seorang tinggal di lapangan itu.

Saya dipanggil oleh kolonel.

Weiss, cuba cakap bahasa Jerman.

Saya membacakan sajak terkenal karya Goethe.

"Siapa menunggang melewati malam dan angin?

Adakah ayah…"

Dia cakap, "Okey, cukup. Awak akan dihantar ke 1142."

Bas itu berhenti.

Perkara pertama yang saya sedar ialah itu bukan kem tentera.

Ia nampak macam kelab desa.

Ada kolam renang dan gelanggang tenis.

Bagi saya, ia bukan seperti sesuatu yang nyata.

Kami tak tahu itu tempat apa.

Saya telah diberitahu,

"Di sini tiada pangkat dan gelaran.

Jangan beritahu orang lain tugas kamu."

Ini operasi sulit yang sangat penting.

Sebenarnya ini kem penjara. Betul?

Jika awak nak gelarkannya begitu.

Mereka tak namakannya. Ia digelarkan sebagai Peti Surat 1142.

Selepas beberapa minggu,

baru kami diberitahu banduan di situ merupakan askar Nazi.

Semasa itu, seorang Nazi ialah Nazi.

Orang Jerman itu Nazi dan saya tak sangka mereka dibawa ke sini.

Selepas mereka tangkap askar Jerman,

mereka tak patut bawa askar itu ke Amerika Syarikat.

Apa yang sedang berlaku?

Askar itu datang dari semua cawangan.

Artileri, Infantri, SS.

Ramai antara mereka dipindahkan sebaik saja mereka ditangkap

dan tanpa menukar pakaian, mereka tiba di 1142.

Ia membuatkan kami rasa tak selesa.

Antara mereka ada Nazi sebenar

yang pasti akan bunuh kami jika diberikan peluang.

Saya orang Yahudi. Mereka juga tahu.

Semasa kamu berada di sana, kamu dah diberitahu peranan

dan tugas kamu?

Mendapatkan maklumat untuk membantu Amerika Syarikat.

Ketika peperangan di Eropah berlangsung, Pihak Berikat menghadapi ancaman lain.

Senjata rahsia Hitler, roket V-2.

V-2 telah memusnahkan London

dan mengorbankan lebih 50,000 nyawa.

Wernher von Braun, ketua pembina roket Hitler,

berniat untuk membina roket yang akan mencapai jarak lebih jauh.

Pembinaan roket Jerman berada di kemuncaknya.

Risiko paling besar ialah Hitler akan mencipta

sebuah roket yang mampu menyerang New York atau Washington.

Ia pasti akan mengubah peperangan ini.

Kami disuruh menggunakan bahasa Jerman untuk menyoal siasat banduan Jerman.

Arahannya ialah,

"Jika ada sesiapa sebut roket, rakam apa yang mereka cakap."

- Siapa nama awak? - Buller.

Beritahu saya di mana roket V-2 disembunyikan.

Dalam punggung saya!

Saya ingat satu sesi soal siasat pada September 1944.

Banduan itu cakap,

"Saya tak boleh cakap apa-apa!

Saya pegawai Tentera Jerman.

Saya cuma perlu berikan nama dan nombor siri saya."

Saya cakap,

"Saya orang Yahudi Jerman yang dihalau keluar dari Jerman

dan jika awak diamkan diri,

kami boleh buat banyak perkara mengerikan kepada awak dan keluarga awak."

Sebagai pelarian Yahudi dari Eropah,

tugasan ini merupakan tugasan yang sangat aneh.

SULIT

Ada seorang banduan Waffen-SS yang enggan bercakap.

Rolf cakap, "Saya akan paksa dia bercakap."

Dia dimasukkan ke dalam ambulans

dan dibawa mengelilingi pangkalan selama sejam.

"Awak dah sedia untuk bercakap?

Jika tidak, kami akan racun awak."

Dia masih berdegil. Jadi mereka tutup pintu

dan Rolf cakap, "Ivan, tambah gas."

Mereka hidupkan pembersih vakum dan masukkan habuk melalui bolong,

jadi dia sangka dia diracuni sebab orang Jerman selalu buat begitu.

Dia dikeluarkan dan ditanya,

"Awak dah bersedia untuk bercakap?"

Dia terus bercakap.

Antara pencapaian terhebat Peti Surat 1142

adalah semasa kami menemui tapak

di mana Hitler membina roket-roket V-2.

Wernher von Braun dan kru saintisnya

beroperasi dari kilang rahsia bawah tanah

yang dipanggil Peenemünde.

Jadi kami imbas fotograf udara dan soal siasat banduan.

Mereka beritahu kami segala-galanya.

Penemuan Peenemünde

menyebabkan tapak itu dibom.

Saya rasa gembira mengetahui yang ia salah satu pencapaian

Peti Surat 1142.

PEPERANGAN DI EROPAH SUDAH BERAKHIR

Ramai orang di seluruh dunia meraikan kesudahan peperangan di Eropah.

Sudah lebih lima tahun berlalu sejak Hitler menjajah Poland.

Waktu yang dipenuhi penderitaan dan kematian.

Tapi Jerman telah berjaya dikalahkan.

Tentera Amerika telah memusnahkan lambang parti Nazi sebagai tanda simbolik.

Susunan peristiwa selepas itu menurut kronologi

ialah Jeneral Bissel telah mengumpulkan kami di Pentagon

dan berkata, "Tuan-tuan, saya akan melakukan sesuatu

yang haram dan boleh menyebabkan saya dipenjarakan."

Ada beratus-ratus saintis Jerman

dan jika kita tak bawa mereka masuk,

semua teknologi itu akan hilang.

Jadi mereka tak direkodkan atau didaftarkan?

Tak. Mereka musuh asing

yang tak dibenarkan datang semasa peperangan.

Jeneral Bissel kata, "Kita ambil alih pulau di pelabuhan Boston,

bawa masuk saintis secara haram dan bawa mereka ke pulau

sebelum pihak imigresen nampak bot kita."

Jadi mereka datang menaiki kapal tentera.

Beberapa ratus orang dibawa masuk secara haram ke pulau itu.

Saya masih ingat semasa kami bawa Wernher von Braun

dan kru pertama daripada 300 orang dari Peenemünde.

Semasa itu ribut melanda.

Semasa hujan turun dan angin kencang bertiupan,

mereka diturunkan di tangga kerana bot sukar dikawal disebabkan ribut.

Mereka turun dari kapal dan tiba di pulau itu.

Penampilan aneh mereka menarik perhatian

sebab mereka memakai kot kulit dan topi yang nampak lucu.

Jika sesiapa nak lihat stereotaip orang Prusia

More Malay subtitles for Camp Confidential: America's Secret Nazis

Bình luận

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left