What Shark Attacked?

What Shark Attacked?

Tải xuống Phụ đề Malay

Thông tin phát hành

What Shark Attacked 2026 WEB-DL HMAX
Bình luận bởi tedi
Retail HMAX | 43:21

Tags

webdl
Được xuất bản vào: 2026-08-17
Lượt tải xuống: 1
Khiếm thính: No

Xem trước phụ đề Malay

200 dòng đầu tiên.

Program ini memaparkan serangan jerung

serta kecederaan yang berlaku.

Budi bicara penonton dinasihatkan.

Terdapat lebih 500 spesies jerung

dan setiap satunya mempunyai cara memburu sendiri.

Namun apabila jerung berkeliaran mencari makanan

pertembungan dengan manusia kadangkala tak dapat dielakkan.

Ya Tuhan!

Dalam kejadian jarang berlaku yang sempat dirakam ini...

Darah di mana-mana.

...keadaan kelam-kabut menimbulkan lebih banyak persoalan.

Tommy, tolong saya!

Kini sepasukan penyiasat jerung akan mengkaji

insiden jerung paling mendebarkan yang tular di Internet...

Okey. Ya Tuhan.

Kalau itu jerung lembu, mungkin ia boleh membawa maut.

...dengan meneliti rakaman serta kesan selepas serangan...

Kesan gigitan itu menunjukkan bentuk keseluruhan rahangnya.

Jerung yang kita lihat dalam video ini sebenarnya jerung lembu.

...untuk menentukan...

Pendarahan dah terkawal?

Belum.

...spesies jerung yang menyerang.

Apa benda...?

Jerung telah berevolusi selama berjuta-juta tahun

sehingga menjadi pemangsa alam yang sangat cekap.

Apabila ia mengesan mangsa yang berpotensi

ia akan menyerang dalam sekelip mata.

Jerung!

Kini, sepasukan pakar Shark Week akan mengkaji bukti

kes serangan yang belum terungkai untuk mengenal pasti jerungnya.

Jerung menyerang dengan pantas dan kuat, kemudian terus beredar.

Jadi memang sukar nak tahu spesies jerung itu.

Budak yang berani.

JOSH HUMBERT, POLYNESIA PERANCIS

Di perairan Pulau Ahi yang terpencil...

nelayan tombak Josh Humbert

keluar untuk mencari ikan mahi mahi.

Polynesia Perancis memang boleh dianggap syurga jerung.

Ada kawasan yang menjunam jauh ke dasar laut

atol dengan laluan air dan juga palung laut dalam.

Saya pernah berada di kawasan itu, jadi saya tahu ada banyak jerung.

Pada awal pagi itu

Josh menyelam ke terumbu karang yang kaya dengan makanan.

Dia melepaskan tombaknya dan berjaya mendapatkan ikan

tapi ketika dia berpaling untuk masukkan ikan itu ke dalam beg

seekor jerung besar tiba-tiba datang menyerang...

Tidak!

...menyebabkan kakinya cedera parah.

Tapi Josh berjaya naik semula ke permukaan...

dan diterbangkan ke pusat trauma berdekatan.

Bagaimana keadaan awak?

Kakinya cedera teruk

dan memerlukan kira-kira 24 jahitan untuk menutup lukanya.

Jadi spesies jerung apa yang menyerangnya?

Dari awal lagi, kita dapat lihat sumber makanan

untuk pelbagai jenis jerung.

Dalam video ini, kita boleh nampak

ada pelbagai jenis ikan terumbu karang

berenang bersama dalam kawanan.

Setiap spesies jerung memburu sumber makanan yang berbeza.

Kalau ada penyu dalam rakaman dan bukannya ikan

saya akan kata itu habitat sesuai untuk jerung harimau.

Tapi ini ikan terumbu.

Apabila kita perhatikan jerung itu, ada beberapa perkara

yang jelas tentang cara ia memburu.

Ia agresif dan menyerang dengan pantas.

Ia juga bersifat menjaga kawasannya.

Tingkah laku ini memang biasa bagi jerung terumbu

yang mengambil peluang.

Bentuk badan dan warnanya sepadan

dan kalau nak cakap secara mudah, ia memang berada di terumbu.

Tapi ada banyak jenis jerung terumbu.

Ia mungkin jerung terumbu kelabu

jerung sirip hitam

ataupun jerung sirip perak.

Kebanyakan jerung terumbu mempunyai ciri yang hampir sama.

Bentuk badan, mulut dan warnanya

semuanya sesuai untuk hidup di kawasan terumbu.

Tapi kesan gigitan membantu kita kenal pasti spesies yang menyerang.

Kesan gigitan pada Josh agak jelas

kita boleh nampak bentuk rahangnya.

PARUT JOSH

Daripada jarak antara giginya

kita boleh tahu giginya sesuai

untuk jerung yang kebanyakannya memburu ikan.

Bentuk gigitan segi tiga yang kita lihat ini

ialah jarak antara giginya yang lazim ditemui

pada jerung terumbu kelabu dan jerung terumbu sirip hitam.

Tapi saya tak nampak tanda hitam yang begitu ketara

pada sirip dorsalnya.

Berdasarkan semua bukti dalam kes Josh Humbert

saya rasa itu jerung terumbu kelabu.

JERUNG TERUMBU KELABU

Bila menggunakan tombak di kawasan yang banyak jerung

sebaik saja tombak mengenai ikan

dan getarannya merebak dalam air

jerung boleh mengesannya dan tahu ada makanan.

Ia boleh tiba dalam beberapa saat.

Walaupun jerung kelihatan berenang menjauh

kita masih perlu berhati-hati

walaupun sekadar nak menanggalkan ikan daripada tombak

sebab ia boleh berpatah balik dengan pantas.

Mujurlah bagi Josh Humbert

dia terselamat dan hanya ada beberapa parut.

Serta pengalaman yang sukar dilupakan.

Tidak!

Tapi 300 batu dari pesisir Brazil

Tayane Dalazen tak senasib dengannya

ketika dia menyelam bebas di perairan Fernando de Noronha.

Video kejadian itu menunjukkan dia menarik nafas dalam-dalam

sebelum menyelam meneroka dasar laut yang berbatu.

Ketika dia timbul untuk bernafas

dia dikelilingi sekumpulan jerung

yang mencari makanan berhampiran bot.

Tiba-tiba...

kakinya disambar jerung sepanjang dua meter

lalu menarik Tayane ke dasar laut.

Ketika dia hampir kehabisan nafas

jerung itu akhirnya melepaskannya

dan Tayane berusaha keras menuju ke belakang bot.

Jerung itu meninggalkan kesan gigitan berbentuk bulan yang aneh

hingga membuat doktor kebingungan.

Jadi spesies jerung apa yang menyerangnya?

Dalam video itu, ada jerung jururawat dan jerung lemon.

Sejurus sebelum serangan, kita boleh nampak seekor jerung

masuk ke dalam rakaman dan wajahnya jelas kelihatan.

Apa yang dapat dilihat

ialah sesungut kecil yang menjadi ciri khasnya

hampir macam ikan keli.

Itu petunjuk yang sangat jelas bahawa ia jerung jururawat.

JERUNG JURURAWAT

Selepas kejadian itu

Tayane memuat naik video serangan itu di media sosial.

Jerung itu menyerang

dan mencengkam kaki saya selama beberapa saat.

Tak ada sedutan.

Sakitnya sangat kuat.

Gambaran Tay jelas menunjukkan ia jerung jururawat.

Walaupun jerung ini terkenal sebagai pemakan secara sedutan

rahangnya juga mampu mencengkam dengan sangat kuat.

Jerung jururawat mempunyai daya sedutan

seperti vakum yang sangat kuat.

Rahangnya juga mencengkam kuat dengan gigi berbentuk cangkuk

menghala ke belakang

jadi ia boleh menyebabkan kecederaan serius walaupun tanpa sedutan.

Walaupun jerung jururawat menyedut makanannya

rahangnya juga mencengkam seperti ragum

untuk menghancurkan hidupan bercangkerang

dan mendapatkan isinya.

Ramai orang fikir jerung jururawat sangat jinak dan tenang

tapi semua haiwan boleh menggigit

dan menyebabkan kecederaan serius.

Jadi persoalannya, sekuat mana tekanan

yang mampu dihasilkan jerung jururawat

supaya kita tahu betapa bernasib baiknya Tay ketika itu?

Untuk mengetahuinya, Liz Parkinson akan melakukan

ujian daya gigitan pada jerung jururawat di Bimini.

Untuk mengetahui kekuatan sebenar gigitan jerung jururawat

pasukan menghubungi pakar pemuliharaan jerung, Liz Parkinson

untuk menjalankan ujian di perairan Bimini

tempat jerung jururawat boleh mencapai panjang lebih empat meter.

Salah satu salah faham yang kami selalu dengar

ialah jerung jururawat hanya menyedut makanan

dan tak menggigit.

Jadi kami nak buktikan mitos itu

dan tunjukkan betapa kuatnya jerung ini.

Kami akan gunakan alat pengukur daya gigitan ini.

Kami akan cuba membuat jerung itu menggigit alat ini

kemudian kita boleh ukur tekanannya.

Di hujung galah ini ada plat tekanan

yang akan mengukur tekanan jerung jururawat

ketika ia menggigit kepala ikan

sekali gus mengukur kekuatan serangannya.

Okey, semua dah bersedia?

Kawasan di sekitar jeti dipenuhi puluhan jerung

yang sedang mencari makanan dengan mudah.

Ini agak sukar.

Sekarang ada banyak jerung lembu di sini.

Kami cuba menghalau jerung lembu ini.

Jerung lembu di kawasan ini boleh mencapai panjang 2.4 meter

dan terkenal kerana menguasai jerung jururawat

ketika merebut makanan.

Okey, ada seekor datang.

Kalau kita dapat masa yang tepat, mungkin...

Ada sekumpulan jerung datang ke sini.

Mari, semua. Ke sini.

Tidak.

Mari.

Ia hampir dapat. Mari cuba lagi.

Kita tengok kalau kali ini berjaya.

Ada seekor. Okey, ini dia.

Dah kena.

Tak, belum...

Ayuh.

Apa? Ya, kita berjaya!

Bukan mudah nak dapatkannya.

Jerung jururawat sepanjang 1.8 meter itu

mencengkam plat tersebut

dan kamera menunjukkan bahagian dalam mulutnya

Bình luận

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left