প্রথম 200টি লাইন।
Dah seratus tahun saya jaga Perjanjian Kekacauan Azali,
tak pernah ada orang yang ambilnya.
Awak yang selemah semut ini
agak tekal juga.
Membalas dendam
dengan cara yang sama macam musuh.
Biar awak merasai perasaan dimurnikan oleh api marak!
Pedang diayunkan ikut hati,
mengawal pedang dengan aura.
Kehidupan ini memang selesa.
Tak macam si bodoh ini.
Yang hanya tahu nak berlatih pedang setiap hari.
Memang membosankan.
Apa awak buat ini?
Kecekapan meningkat kerana rajin dan merosot kerana leka bermain.
Sudahlah,
tak payah gunakan bahasa berbunga-bunga macam ini.
Sebagai anak murid kedua Puncak Yunxiao,
mana boleh awak jadi malas?
Jika awak tak berlatih lagi, awak akan jadi tak berguna.
Saya adik seguru awak!
Tak sangka awak betul-betul serang saya!
Asyik menghantui saya saja.
Jangan lari lagi.
Hadapilah serangan pedang saya.
Kalau begitu, saya akan buat seperti yang awak nak!
Terimalah!
Api Membakar Lapan Penjuru,
Burung Merah Merona Membakar Langit!
Serang sajalah.
Seribu pedang yang dililit petir menggemparkan seribu tentera,
seribu pedang yang berkumpul di langit menggemparkan dunia!
Formasi Seribu Pedang Dililit Petir!
Pancung!
Sekali lagi!
Saya tak takut awak pun!
Pedang Terbang ke Langit Biru,
Naga Putih Pergi ke Laut!
Phoenix Kuasai Langit Tertinggi,
Perhimpunan Tiga Roh!
Cincin ini menyerap tenaga rohani saya lagi!
Kuasa Petir.
Tiada Tandingan!
Alamak!
Bertapa dengan bersusah payah selama bertahun-tahun
demi cari kebenaran agar hati jadi suci.
Hari ini, saya gunakan perlawanan ini untuk melepasi tahap.
Bencana ini akan jadi batu uji dalam pertapaan saya.
Saya betul-betul tak tahan dengan orang yang tak dengar cakap ini!
Kejayaan atau kegagalan ditentukan oleh tindakan ini!
Keji betul!
Tak sangka awak pergunakan saya untuk membantu awak lepasi cabaran!
Tahap Jelmaan Rohani,
memadulah!
Aliran Xuantian ada seorang lagi pertapa tahap Jelmaan Rohani.
Khabarnya, Abang Rufeng dilahirkan dengan akar dewa.
Akhirnya, saya dapat jumpa dia hari ini.
Masa dah lama berlalu,
kenapa abang seguru belum datang lagi?
Khabarnya, tok guru terima seorang adik seguru baharu
yang sangat manja dan degil.
Memandangkan awak dah lepasi tahap Jelmaan Rohani,
tugas mengajar macam ini mesti akan diserahkan kepada awak.
Janganlah.
Dengan kebolehan Adik Hongyuan, ia dah cukup untuk membimbing
orang yang baru meneroka jalan keabadian.
Saya tiada masa lapang.
Sekarang, saya sibuk untuk mengumpulkan batu rohani,
tak boleh hilang tumpuan.
Apa gunanya awak kumpulkan begitu banyak batu rohani?
Awak tak perlu peduli.
Apa kata awak pinjam sikit kepada saya lagi?
Awak pulangkan batu rohani yang awak pinjam sebelum ini dulu.
Awak takut saya tak mampu pulangkannya?
Awak kedekut betul!
Abang Rufeng!
Suara ini...
Tahniah kepada Abang Rufeng kerana melepasi tahap Jelmaan Rohani.
Awak hebat betul.
Adik Tang Ning baru saja ikut jalan keabadian.
Dia perlukan bimbingan daripada guru terkenal.
Tugas bagus ini diserahkan kepada awak.
Saya pula
takkan ganggu abang seguru mengajar kemahiran di sini.
Saya baru saja lepasi tahap Jelmaan Rohani,
saya perlu bersuluk untuk menstabilkan tahap.
Nadi rohani saya belum bersambung,
saya risau hal ini akan menjejaskan pertapaan Adik Tang Ning.
Tapi,
saya boleh beri awak satu senjata sakti.
Senjata sakti ini boleh selamatkan nyawa awak pada saat genting.
Terima kasih, Abang Rufeng.
Kalau begitu,
Abang Hongyuan.
Kehangatan akibat kelemahan kesihatan tengah menjejaskan perut saya.
Rasanya sukar...
Jika awak berani lari,
saya akan potong tiga bulan gaji awak.
Tok guru!
Tak boleh!
Ning.
Mulai sekarang, Abang Hongyuan awak akan membimbing dalam pertapaan awak.
- Baiklah, tok guru. - Baiklah, tok guru.
Tak sangka Mo Rufeng dah lepasi tahap Jelmaan Rohani.
Saya tetap terlambat.
Siap merancang sebelum bertindak,
Hapuskan segala bayangan,
semua jalan kembali kepada asalnya.
Di puncak yang luas ini,
Tiada tempat untuk makan pun.
Tadi, tok guru minta Abang Hongyuan bimbing saya bertapa.
Kenapa dia terus hilang dalam sekelip mata?
Tak sangka abang seguru lepasi tahap secepat ini.
Nampaknya saya kena cepat juga.
Nasib baik saya ada cincin ini.
Tempat ini ada banyak aura rohani.
Bertapa di sini lebih berkesan daripada bertapa di luar.
Apabila difikirkan, ini pelik juga.
Walaupun cincin ini melanjutkan jangka hayat,
ia asyik menyekat pengaliran tenaga rohani saya.
Saya juga perlukan banyak batu rohani untuk bertapa.
Saya dah sediakan begitu banyak batu rohani,
mari lihat ilmu sihir dan senjata sakti yang ia boleh keluarkan hari ini.
Tak sangka ini Teknik Mengawal Roh Terulung yang dah lama hilang!
Ada satu lagi!
Kebetulan ini ilmu sihir melatih tubuh yang saya perlukan!
Selepas saya kuasai kedua-dua ilmu sihir ini,
itu bermakna saya boleh kendalikan segala jenis formasi, kan?
Syurga akan berikan ganjaran kepada orang rajin.
Hati pertapaan tak berubah.
Hanya dengan tingkatkan tahap pertapaan sendiri,
baru saya dapat dedahkan misteri di sebalik cincin
dan menyiasat kebenaran.
Abang Hongyuan,
awak ada di dalam?
Saya masuk sekarang.
Kenapa dia datang?
Di mana dia?
Hanya tinggal langkah terakhir!
Takkanlah dia sedang tidur?
Cis,
kenapa dia datang pada masa ini?
Abang Hongyuan.
Peliknya.
Jelasnya saya nampak dia masuk ke sini tadi.
Dia dah pergi ke mana?
Abang Hongyuan,
kenapa awak berada di sini?
Tiada orang pernah beritahu awak
yang awak tak boleh masuk ke bilik tidur lelaki sesuka hati?
Ke...
Kenapa awak tiba-tiba muncul?
Kenapa awak nak jumpa saya?
Pusat aliran begitu luas, tapi tiada tempat untuk makan pun.
Saya dah lapar.
Baiklah,
biar saya bawa awak turun gunung untuk makan makanan sedap.
Baguslah!
Nak berjalan macam ini?
Awak tak tahu Teknik Terbang?
Saya masih belum kuasainya.
Mari, biar saya ajar awak.
Terima kasih, Abang Hongyuan.
Saya belanja awak makan kali ini.
Kalau begitu, saya takkan teragak-agak!
Kita makan sepuas-puasnya saja.
Lihatlah!
Tengoklah!
Buah laici yang baru dihantar dari Lingnan!
Abang seguru, cepat lihat!
Ada persembahanlah!
Sini meriah betul.
Sini ada jual tanghulu!
Nah.
Terima kasih, kakak.
Sama-sama.
Cepatlah makan.
Adik Tang Ning ini
taklah sombong dan berlagak seperti yang dikhabarkan.
Ayuh,
biar saya bawa awak ke tempat yang baik.
Sini...
Sini ialah tempat yang patut saya pergi?
Sila masuk, tuan muda dan cik.
Jom,
mari kita naik ke tingkat atas.
Bagus!
Setiap kerutan kening dan senyumannya
menyentuh hati orang!
Apa awak cakap itu?
Awak nak makan atau tak?
Baiklah,
mari kita makan dulu.
Tuan Muda Gu.
Tuan mudah dah datang.
Ada tempat duduk di tingkat dua?
Memanglah ada,
cuma...
Saya pernah hutang bayaran dua kali saja, kan?
Saya akan langsaikannya sekali gus hari ini.
No comments yet. Be the first to leave one.