প্রথম 200টি লাইন।
Dia tipu peminat Barcelona.
Dia kecewakan kami dan akan dapat balasan.
Dia mata duitan. Dia boleh pergi mati.
Selamat datang ke kisah bola sepak terhebat.
Antara perlawanan bola sepak terhebat di dunia.
SEBUAH DOKUMENTARI NETFLIX
Barcelona menentang Real Madrid.
Catalonia menentang Sepanyol.
Tapi malam ini, semuanya tentang seorang lelaki.
Ia sambutan yang teruk, terutamanya untuk Luís Figo.
Pengkhianat, mata duitan, pembelot.
Itu yang peminat Barcelona gelarnya,
walaupun dia pernah menjadi wira di Catalonia.
Hati-hati! Keadaan boleh jadi teruk bila-bila masa!
CATALONIA TIDAK LUPA. PEMBELOT!
Mereka baling apa saja ke arah Luís Figo.
Semuanya.
Ia dah berakhir.
Perlawanan akan dihentikan. Mari lihat kata Medina Cantalejo.
Dia akan menghentikan perlawanan.
Seolah-olah baru semalam Figo dipuja di stadium ini.
Bagaimana keadaan berakhir seperti ini?
Ramai fikir mereka tahu kisahnya.
Tapi …
hanya saya tahu kebenarannya.
Kerana saya protagonisnya.
Kerana ini hidup saya.
Semua orang ada versi sendiri.
Saya akan ceritakan versi saya.
LISBON
Pemain bola sepak Portugis Luís Figo
akan bermain dua musim seterusnya untuk Barcelona,
mengikut sumber dalam akhbar Portugis.
Figo, 22, pemain untuk Sporting Lisbon,
kini antara bintang bola sepak terbesar Portugal.
Figo akan meninggalkan kejiranan ini,
sebelas kilometer dari Lisbon,
untuk kehidupan mewah di Barcelona.
Saya rasakan kebahagiaan dan kegembiraan yang hebat.
Barcelona pasukan yang saya ikuti dan kagumi.
Saya rasa seperti budak yang baru diberi bola baru.
Itu langkah pertama saya ke luar negara.
Ia realiti yang sangat berbeza.
Negara baru, liga baru…
Saya sangat muda.
Saya akan hidup sendiri.
Saya tinggal dengan ibu bapa saya sebelum itu.
BARCELONA
Luís Figo, sehingga kini pemain Sporting Lisbon,
tiba dengan bergaya, bersama ejennya, José Veiga.
Luís, awak terkejut dengan sambutan ini?
Agak terkejut, tapi apabila anda ambil kira saiz kelab itu,
saya tak begitu terkejut.
Tapi adakah awak sedar awak pembelian bintang Barcelona musim ini
dan ada jangkaan besar untuk awak?
Ya. Saya harap saya boleh menepati jangkaan itu.
- Awak gembira, Luís? - Ya. Saya sangat gembira sekarang.
Saya rasa ia kelab yang besar,
di mana saya boleh capai perkara yang saya mahu,
iaitu untuk memenangi gelaran.
Sebagai peminat bola sepak yang dimainkan Pasukan Impian Johan Cruyff,
saya ambil peluang itu.
Saya disokong kebanyakan pemain Sepanyol.
Terutamanya Pep.
Itu membantu saya menjadi sebahagian daripada kelab
dan budayanya.
Sudah 20 tahun berlalu?
- Ya. - Ya? Aduhai.
Sebenarnya, saya dah lupa banyak soalan yang saya ada untuk dia.
Cepatnya masa berlalu.
Kami banyak habiskan masa bersama.
Kami berkongsi bilik semasa pra perlawanan dan kami rakan sebilik.
Jadi kami banyak habiskan masa bersama.
Kami tak boleh dipisahkan.
Selamat petang dari Nou Camp, di mana Barcelona menentang Real Madrid.
Ini pasukan dari ibu kota.
Saya ingat lagi pada zaman awal Figo,
saya jumpa Cruyff dan kata, "Siapa yang awak beli?"
Maksudnya lelaki ini hebat.
Guardiola kepada Figo…
Semasa kami bersama di Barcelona, dia pemain yang hebat.
Sangat hebat.
Selamat petang dari Stadium Santiago Bernabéu di Madrid.
Suasana hebat untuk perlawanan akhir Piala Sepanyol.
Barcelona dan Real Madrid akan mula berlawan tak lama lagi.
Perkara terbaik tentang Luís adalah apabila anda ada masalah,
dia akan bantu anda.
MINIT 45
Ada ramai pemain hebat
yang ketika sukar, mereka bergelut.
Luís pula sebaliknya.
Ketika sukar, dia akan kata, "Beri saya bola,"
dan dia akan cuba mengubah keadaan.
Barcelona mendapat markah yang saya rasa mungkin pemenangnya!
GOL DUA
Ini dia!
Siapa jaringkan gol kemenangan semalam?
Jangan berhenti, Figo
Jangan berhenti, Figo
Anda boleh beli kalendar Figo…
poskad…
poster…
dan baju Figo nombor tujuh.
Ini kegilaan Figo.
Selamat petang. Selamat datang ke Nou Camp. Tiada permainan lebih besar.
Barcelona menentang Real Madrid.
El Clásico.
Di sini, di Nou Camp,
Barcelona boleh menjadi
juara liga tahun 1997-98.
Menentang Luís Figo bukan pengalaman.
Ia penderitaan.
Menentang Luís bermaksud tak tidur lena.
Dia kapten Barcelona dan tugas saya menghalang dia.
Saya tahu perkara yang saya perlu buat, tapi ia mustahil.
Dia nombor satu di dunia.
Sekarang, Barcelona boleh merasakan kemenangan manis bagi gelaran liga.
Figo boleh dikatakan simbol kelab itu
semasa dia di Barcelona.
Saya berpegang pada nilai-nilai kelab itu.
Saya sanggup mati untuk baju itu.
Saya rasa sebab itu saya dilihat sebagai salah satu daripada mereka.
Saya rasa ada orang tertentu yang patut ucap tahniah kepada kita.
Putih Madrid! Tunduk kepada juara!
Hidup Barça!
Barcelona ialah juara liga 1998-99!
Ini gelaran liga keenam mereka bagi tahun 90-an.
Mereka memenangi banyak gelaran pada dekad ini sahaja
berbanding selama 40 tahun yang lalu.
Luís, pertama sekali, tahniah.
Adakah ini bukti kukuh keunggulan semasa Barcelona?
Sekarang saya rasa Barça mempunyai profesional yang hebat,
pemain hebat
dan kami pasti kelab terbaik di dunia.
Juara, kawan!
Kami yang terbaik.
Hidup Barça!
Ada dua musim berturut-turut di mana kami menang liga itu.
Kalau anda menang liga, anda pasukan terbaik.
Ia tempoh yang indah bagi saya dan pada usia muda sebegitu.
Ketika itulah saya bertemu isteri saya.
Anak perempuan sulung saya lahir di Barcelona.
Sebenarnya, saya sangat gembira.
Hari ini 31 Mac.
Daniela baru berumur setahun
dan kami raikan hari lahirnya di rumah.
Awak ingat musim terakhir Figo?
Dia nampak tak gembira? Dia ada sebut tentang kontraknya?
Tidak.
Tak pernah.
Dia mahir memisahkan bola sepak daripada hidup di luar.
Saya tahu dalam beberapa bulan terakhirnya,
ada banyak khabar angin
dan kami bincang tentangnya.
Saya tanya dia keadaan dia.
Dia kata dia okey dan apa yang ditakdirkan akan berlaku pasti berlaku.
Tapi dia macam biasa saja.
Saya sangat gembira di bandar itu dan kelab itu.
Tapi perkara yang penting bagi saya
ialah rasa dihargai atas perkara yang saya berikan kepada kelab.
Mungkin kadangkala saya tak rasa dihargai
oleh orang-orang yang uruskan kelab
berbanding orang-orang yang menyokong kelab, peminat.
Bagi saya, bermain bola sepak menggembirakan,
tapi diiktiraf atas sumbangan saya juga penting.
Saya tak boleh ulas. Saya tak tahu apa akan berlaku.
Tapi saya harap semuanya selesai dan kami semua boleh bertenang.
Saya nak kata, "Nikmati hari cuti," tapi awak tak bercuti.
- Semoga berjaya dalam Euros. - Terima kasih.
Apabila anda rasa begitu,
bahawa orang tak hargai anda,
mungkin ada kelab lain yang akan hargai dan hormati anda.
Satu lagi musim mengecewakan dalam negara…
24 MEI
…tapi Real Madrid cuma ada satu permainan sebelum menakluki Eropah sekali lagi.
Madrid berdepan Valencia dalam pusingan akhir Liga Juara Sepanyol.
Real Madrid, tiga-kosong.
Real Madrid kini boleh mengira hingga lapan Piala Eropah!
Bermain dalam Real Madrid
bermakna anda perlu bermain dalam Liga Juara dan menang.
Persediaan kami sentiasa tertumpu pada Liga Juara
kerana sudah lama kami tak menang.
Bagi saya,
tak syak lagi ia saat penting dalam sejarah baru Real Madrid.
Ia memulihkan kuasa dan status kelab itu di Eropah sekali lagi.
Kedua-dua Liga Juara yang menang di bawah Lorenzo Sanz
sangat hebat untuk kelab.
Sebagai seorang presiden, saya rasa Lorenzo sangat mesra.
Dia sangat rapat dengan kami, seperti ayah.
Sepanyol ialah negara yang berbeza
di mana presiden ialah protagonis.
Mereka disanjungi orang ramai.
Mereka disanjungi dalam pasukan dan di bilik persalinan.
Presiden perlu berada di tengah-tengah sebagai simbol kelab.
Ia rasmi.
Musim panas ini, ahli Real Madrid perlu mengundi presiden mereka.
Lorenzo Sanz mempunyai setahun lagi sebagai presiden
tapi telah memutuskan bahawa ini masa yang sesuai
untuk mengambil alih penggal baru.
Kini kita perlu tunggu dan lihat jika ada calon yang boleh mencabar
No comments yet. Be the first to leave one.