প্রথম 200টি লাইন।
(Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan)
Kes hilang lapor di dalam dan luar Bandar Guam.
Dilaporkan lebih sepuluh orang telah disahkan hilang.
- Macam mana saya nak bayar balik… - Polis syak ada jenayah keganasan,
- kalau saya tak buat duit? - Bukan sekadar kes hilang…
Hei, awak ingat semua ini salah saya?
Salah awaklah sebab bagi saya pinjam.
Apa-apa sajalah. Samanlah saya!
Aduhai, tak henti-henti bercakap.
Letak sajalah telefon!
Tak guna, dah basah kuyup.
Awak Hong Jae Gwang, bukan?
Siapa pula awak ini?
Saya tanya, "Siapa awak ini?"
Oh Tuhan.
Apa ini?
Kami akan cari mangsa hilang sebaik saja suspek ditahan.
Belok kiri, masuk laluan masuk.
Semua ejen, keluar!
Mulakan operasi.
Hei, Pendakwa Raya Cha. Kenapa awak sampai masuk ke dalam?
Awak janji nak tengok saja. Ini berbahaya. Tahu tak?
Jangan buat keadaan jadi susah. Tolong keluar semula.
Ini bukan kes awak pun, Pendakwa Raya Cha.
Degil betul.
- Polis! Jangan bergerak! - Jangan bergerak!
Awak Lee Woo Gyeom?
Gembira berjumpa awak.
Pendakwa Raya Cha Yi Yeon.
Tapi kita ada masalah.
Awak sampai lebih awal daripada yang saya jangkakan.
Boleh beri saya lima minit lagi?
Saya masih merawat pesakit.
Awak nak tengok tak?
- Apa awak buat? Jangan bergerak. - Tak, sekejap saja lagi.
Saya kata, "Jangan bergerak!"
Baik. Saya takkan bergerak langsung.
Letak apa yang ada di tangan dan beri kerjasama.
Tangkap dia.
Awak berhak berdiam diri dan dapatkan peguam,
apa saja yang awak kata selepas ini boleh dijadikan bukti.
Panggil pasukan forensik ke sini dan rawat mangsa.
- Periksa jika ada mangsa lain. - Baik, tuan.
Pendakwa Raya Cha.
Jangan biarkan orang lain bedah pesakit itu.
Apa maksud awak?
Kalau kaedah pembedahan saya bercampur dengan orang lain,
mereka takkan pulih.
Apa yang awak merepek ini?
Awak takkan faham walaupun saya jelaskan sekarang.
Saya tegaskan, jangan benarkan mereka terima rawatan lain.
Awak bersusah payah cari dia.
Jangan sampai dia mati begitu saja.
Beberapa mayat ditemui berselerak.
Seorang mangsa masih hidup, keadaan belum pasti.
- Mohon bantuan pasukan penyelamat. - Saya dah cakap, dia bukan mangsa.
Saya ulang.
Mohon bantuan segera daripada pasukan penyelamat!
- Dia datang. - Dia dah sampai.
Jangan dekat sangat.
- Bagi laluan! - Betul ke pampasan besar dibayar?
Kenapa nafikan penggunaan senjata semasa serangan?
Awak dah minta maaf dengan betul kepada mangsa?
Saya beri kerjasama penuh dalam siasatan polis.
Saya minta maaf atas kebimbangan yang timbul.
Jeffrey, tolong beri kenyataan tentang situasi ini!
Maaf. Bagi kami sedikit ruang!
Kes ini telah ditutup tanpa sebarang pertuduhan.
Itu cukup, bukan?
Tapi rakaman CCTV sahkan serangan itu, bukan?
Tolong percaya pada siasatan polis.
Kami nak lalu. Bagi jalan!
Jeffrey, awak mengaku guna senjata?
Hei, tutup muzik.
Tolong percaya pada siasatan polis.
Oh Tuhan, awak memang hebat tadi.
Awak betul-betul penyelamat saya.
Tak, serius. Saya memang dah percaya pada awak dari awal lagi.
Kamu terlepas sebab ini kesalahan pertama.
Serangan, dadah.
Buat silap sedikit, semuanya akan memakan diri. Faham?
Ya, sebab itulah saya bayar awak mahal-mahal.
Itu yang awak bayar?
Saya ini kawan kamu ke?
Tuan.
(Park Min Seo: Bayaran bil perubatan)
(Penjaga Park Han Jun, sila ke pejabat pentadbiran)
Saya singgah ke pejabat pentadbiran.
Masih tak dapat berita daripada dia?
Tak, belum lagi.
Awak mesti dah lalui macam-macam.
Peguam Park,
saya boleh dapatkan rawatan untuk penyakit Batten.
Tapi prosedur untuk dapatkannya sangat ketat.
Sebab ini rawatan bagi penyakit genetik jarang berlaku,
awak faham kosnya sangat tinggi, betul?
Saya tahu. Saya akan cari duit itu, apa pun yang jadi.
Saya perlu beritahu awal-awal.
Awak kena bersedia dengan kesan sampingan.
- Apa maksud awak, kesan sampingan? - Awak tak tahu?
Bukan ke awak kata isteri awak doktor?
Saya belum beritahu dia lagi.
Sekejap.
Boleh awak tengok ini?
Ini rawatan penyakit genetik yang dibangunkan syarikat tempatan.
Ia juga menunjukkan reaksi positif pada pesakit penyakit Batten.
Baru-baru ini juga lulus ujian klinikal ke atas kanak-kanak.
Sekarang, ia masih dalam fasa kelulusan,
tapi kalau awak melabur dalam projek awal ini,
awak tak perlu tunggu giliran,
dan saya akan usahakan untuk dapatkan ubat itu secepat mungkin.
Macam mana keadaan Min Seo kita?
Nampak macam biasa, tapi kemahiran motor dia makin merosot.
Dan dia asyik lupa perkara yang baru berlaku semalam.
- Apa? Ayah! - Hai, Min Seo.
Telefon yang anda dail dimatikan.
Anda akan disambungkan ke peti suara selepas bunyi bip.
- Caj panggilan mungkin dikenakan… - Tak guna betul…
((Rakyat Gembira, Keadilan Pendakwaan Terjamin)
- Awak datang dari lokasi kejadian? - Ya.
Syabas, Pendakwa Raya Cha.
Detektif yang buat kerja berat.
Kerja kita baru bermula.
Ini dokumen untuk kelulusan, bukan?
Ya. Tapi awak dah nak balik?
Saya perlu uruskan dari awal.
Dan tolong klip artikel malam ini supaya saya boleh semak pagi esok.
Baik.
Nampaknya keadaan akan sibuk lagi buat sementara.
Tapi bukan ke kes ini akan dipindahkan juga?
Alahai. Kes yang dia sasar memang jadi kes kita.
Awak lupa ke?
Dengan latar belakang dia sebagai anak bongsu Kumpulan Sejin,
kenapa dia susahkan diri macam ini?
Mungkin sebab tak naik pangkat dulu betul-betul beri kesan pada dia.
Apa masalahnya?
Dia bukannya nak jadi pendakwa raya selamanya.
Dia boleh saja bersenang-lenang sekejap,
guna pengaruh ayah dia,
dan dapat jawatan selesa sebagai penasihat utama…
Dalam pasukan guaman Kumpulan Sejin.
Saya rasa ada dua kemungkinan.
Dia tak nak mencemarkan nama baik ayahnya.
Apa maksud awak?
Semua pewaris konglomerat memang kena ikut laluan elit.
Ibu bapa mereka pula asyik ukur kehebatan anak masing-masing.
Perbandingan macam itu memang kejam.
Jadi apa kemungkinan kedua?
Mungkin itu memang sifat dia.
Dia jenis seseorang yang nak betulkan yang salah.
Saya tak salah dengar di tempat kejadian tadi, bukan?
Lelaki itu, Lee Woo Gyeom, dia tahu nama awak.
Dan?
Awak berdua saling kenal ke?
Detektif Gong, buat masa ini luaskan kawasan carian di lokasi kejadian.
- Baik, puan. - Saya akan…
Soal siasat Lee Woo Gyeom sendiri.
Helo.
Kita akan selalu berjumpa, jadi tak perlu berbasa-basi.
Macam mana awak tahu siapa saya?
Saya pernah nampak awak dalam artikel sebelum ini.
- Ingatan saya agak kuat. - Bagus.
Kerana saya ada banyak soalan untuk awak.
Di tempat kejadian,
awak kata awak sedang merawat mangsa, betul?
Ya. Dia pesakit kanser tahap akhir.
Ketika dia datang kepada saya, kansernya dah merebak teruk.
Jadi saya…
Kita simpan cerita itu untuk nanti.
Apa?
Tapi awak yang tanya.
Cuma nak pastikan kalau awak berniat untuk bunuh dia atau tak.
Baiklah kalau begitu. Kita semak satu per satu.
Apa semua benda di dalam peti sejuk itu?
Awak dah nampak apa di dalamnya.
Saya tanya kenapa awak buat semua itu.
Saya nak penjelasan yang jelas.
Itu untuk tujuan penyelidikan.
Penyelidikan.
Mayat-mayat yang dikerat.
Penyelidikan apa?
Awak tanya sebab sebenarnya awak nak tahu, bukan?
- Kenapa awak tanya? - Detektif itu tak percaya saya.
Saya perlu dengar untuk menilai, bukan? Penyelidikan apa?
Saya sedang cipta penawar untuk penyakit yang tak boleh diubati.
Penyakit yang tak boleh diubati?
Penawar yang boleh mengatasi sebarang penyakit.
Itulah penawar yang saya buat.
Tapi untuk melihat sama ada penawarnya betul-betul berkesan,
saya perlukan badan manusia hidup.
Jadi, macam ujian klinikal?
Ya. Jadi saya jalankan eksperimen ke atas manusia.
Awak bunuh mereka semasa eksperimen, atau…
Awak buat eksperimen selepas bunuh mereka?
Memandangkan mereka mati selepas saya beri penawar…
Tak, bukan begitu.
Rasanya saya beri penawar selepas saya bunuh mereka.
Sebenarnya itu bergantung pada keadaan.
Setiap kes berbeza.
Baiklah.
No comments yet. Be the first to leave one.