প্রথম 200টি লাইন।
Pereka fesyen menghasilkan empat koleksi setahun.
Di sana.
"Minggu Fesyen Korea"
Ya, kami dah sedia. - Keluar sekarang.
Bagus. Pergilah.
Semua pereka berharap...
...setiap rekaan akan menjadi klasik yang disanjung...
...tapi trend hanya sementara.
Mari bersiap sekarang.
Sun Young, bersedia.
Marilah. Cepat.
Di penghujung hari, hanya ada satu perkara yang tak pernah berubah.
Hakikat bahawa tiada benda yang kekal selamanya.
Selamat datang ke Minggu Fesyen K yang pertama di Busan!
Mari kita raikan pembukaan rasmi ini...
...untuk permulaan baru malam ini!
Anda dah bersedia?
Kita mesti nikmati saat ini.
Sebab ia cuma untuk sejenak dan takkan kembali lagi.
Siapa nama awak?
Kenapa awak nak tahu nama saya?
Saya fikir macam mana nak panggil awak kalau kita berjumpa lagi.
Itu takkan berlaku...
...sebab kita berdua tiada di sini selepas Minggu Fesyen tamat.
Semoga selamat pulang ke Paris.
"Fesyen datang dan pergi, tapi gaya kekal selamanya."
"Saya tak buat fesyen. Saya fesyen. Gabrielle Coco Chanel"
"Now, We Are Breaking Up"
"Episod 1"
Pengumuman.
Semua penumpang untuk Air Korea 0078...
...sila ke pagar berlepas.
Semua penumpang untuk Air Korea 0078...
Aduhai. Ada banyak model di lapangan terbang sekarang.
Mereka ada di mana-mana.
Pertunjukan fesyen Dior, Chanel dan Givenchy akan diadakan di Korea?
Adakah ini benar-benar berlaku? - Sudah tentu.
Korea sekarang jadi pasaran yang paling diingini di Asia.
Hei, siapa sangka lagu K-pop...
...akan menjuarai carta Billboard? - Do Hoon.
Gembira bertemu awak.
Tapi Olivier pun buat pertunjukan dia di sini kali ini.
Saya tak sangka ini akan berlaku. - Itulah maksud saya.
"Kalau nak tengok persembahan saya, anda perlu datang ke Paris."
Dulu dia seorang yang angkuh.
Tengok. K-pop, kecantikan-K dan drama-K.
Apa saja yang datang dari Korea dah popular sekarang...
...dan fesyen juga tidak terkecuali.
Lagipun, dia perlukan duit kalau dia nak terus jadi angkuh...
...yang bermakna dia tidak lagi boleh abaikan pasaran di Asia.
Apa pun, seronoknya tak perlu naik penerbangan yang panjang.
Kalau kita nak selebriti kelas A...
...kita mesti dapatkan tajaan daripada Olivier walau apa pun.
Apa pun, semoga berjaya. - Terima kasih.
Bertenang. - Kalau begitu, kami pergi dulu.
Baiklah. Bertenang. - Terima kasih.
Hei, ada apa-apa yang baru?
Apa yang mereka nak?
Terlalu sukar, bukan?
Tapi syukurlah kita ada penterjemah dalam talian.
Mari kita lihat.
Dengan semua selebriti dan duit...
...mereka fikir mereka ada segala-galanya, tapi itu tak benar.
En. J.
Mereka tiada En. J.
Mereka dah hubungi dia beberapa kali, tapi ditolak.
"En. J?"
Jurugambar yang guna banyak nama gelaran.
Jenama fesyen termasuk Hermes, Dior dan Chanel...
...nak bekerja dengan dia.
Betul, nama dia Jun, bukan? Lelaki Jepun itu.
Saya dengar dia orang Cina.
Orang panggil dia "Cookie" kebelakangan ini.
"Cookie"?
Nama timangan yang comel.
En. J, ini Sebastien dari atelier Olivier.
Kami dengar awak tolak...
...kontrak eksklusif dengan Dior dan Chanel.
En. Olivier de Saint Sauveur berada di Busan sekarang...
Ini adalah atelier Olivier...
Helo, ini atelier Olivier de Saint Sauveur.
Tolong hubungi kami semula bila awak ada masa.
Ada sebarang berita daripada J? - Belum lagi.
Saya akan cuba telefon dia lagi.
Pujuklah dia walau apa pun yang terjadi.
Saya tahu dia tolak semua orang...
...tapi bukan kerana saya Olivier de Saint Sauveur.
Saya perlukan dia.
Warna dan sudut yang dia gunakan.
Kehangatan dan kedinginan, serta perbezaan antara keduanya.
Saya perlukan dia, tak kira apa pun.
Tadi awak suruh saya tunggu 30 minit.
Ia ditangguhkan lagi?
Macam mana dengan mesyuarat bersama Olivier?
Dia ada perjumpaan...
...dengan lima syarikat lain selain daripada kita.
Malah ada ramai orang di sini yang cuba untuk jumpa dengan dia.
Saya dah tunggu tiga jam.
Itu kedengaran penuh tekanan.
Oh, ya. Pengarah Hwang juga dah sampai.
Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi.
Sila tinggalkan pesanan...
Macam mana dengan buku gambar?
Saya baru ambil di kedai cetak.
Saya akan pergi sekarang. - Telefon saya bila awak sampai.
Cik Ha, Olivier masih belum turun.
Berapa banyak perjumpaan yang dia ada sebelum kita?
Dua.
Dia jumpa Viace sebelum kita.
Mesti awak lapar. Awak patut pergi makan sesuatu.
Saya akan tunggu di sini.
Saya makan banyak lewat pagi tadi.
Awak patut pergi makan sesuatu.
Saya boleh tunggu sehingga perjumpaan ini tamat.
Tapi awak belum makan apa-apa lagi.
Saya akan telefon awak apabila perjumpaan dengan Viace bermula.
Pergi makan sesuatu.
Memandangkan Olivier dah putuskan untuk menembusi pasaran di Asia...
...mereka pasti perlukan bantuan kita...
...kerana Sono adalah jenama fesyen nombor satu di negara ini.
Itu akan jadi fokus dalam pembentangan saya.
Saya tak perlu dengar. Saya mahukan keputusan.
Apalah yang penjual fabrik macam saya tahu?
Tak guna beritahu saya.
Saya akan maklumkan lebih lanjut kepada tuan.
Apa Chi Sook buat? Dia tak hubungi saya pun.
Pertunjukan Olivier itu esok.
Ada banyak laporan untuk dia semak...
...untuk perjumpaan selepas pertunjukan ini.
Setiausaha saya buat tempahan di restoran pada pukul 7 malam ini.
Pastikan Chi Sook sampai tepat pada masanya.
Young Eun. Lelaki tak guna ini ada wanita lain.
Pastikan awak bawa dengan cukup...
Ia diatur oleh kedua-dua keluarga, jangan sampai dia malukan saya.
Beritahu dia untuk berkelakuan baik.
Ya, tuan. Baiklah.
"Pengarah Hwang"
Pengarah Hwang, jangan buat apa-apa.
Saya sampai dalam 15 minit.
Maafkan saya. Saya akan datang lain kali.
Hei, lama tak jumpa.
Budak biadab ini.
Dia selalu suruh saya telefon dia dulu dan datang jumpa dia.
Berani betul dia.
Saya benarkan dia masuk ke bilik itu dulu.
Berani dia tidur dengan perempuan lain?
Dia juga muat naik gambar mereka bersama-sama.
Awak siapa?
Boleh awak suruh Jimmy keluar?
Jimmy! Keluar sekejap.
Saya datang! Bertenang, boleh? - Cepat!
Apa yang diperlukan untuk memuaskan hati awak?
Kaki saya masih lemah...
Cik Ha.
Jimmy, awak adalah wajah koleksi pakaian lelaki The One.
Awak dah langgar fasal...
...dalam kontrak berkaitan kesopanan dan kehidupan peribadi awak.
Maafkan saya. Ini cuma satu kesilapan.
Betul. Tolonglah percayakan saya.
Awak perlu bayar semula tiga kali ganda wang yang awak terima.
Awak tahu, bukan?
Sumpah, tiada apa-apa berlaku. Saya tak kenal dia.
Hei, awak kenal saya? Tidak, bukan?
Kenapa awak di sini?
Ikut saya.
Mengarut.
Awak siapa nak mengarah-arahkan saya?
Bukan awak.
Awak, Jimmy.
Tak bolehkah kita halau dia?
Tak guna.
Chi Sook!
Jangan bergaduh, okey?
Mari kita selesaikan masalah ini dengan senyap.
Bunuh dan tanam mayat dia, boleh, bukan?
Ia akan dilakukan secara senyap dan tiada orang akan tahu.
Awak nak tinggal di sini atau ikut saya?
Pintu ditutup.
Pintu dibuka.
Pintu ditutup.
Sekejap! Tunggu. - Pintu dibuka.
Awak dah salah faham.
Tiada apa-apa berlaku.
Saya jumpa dia di kelab malam semalam.
Dia beritahu saya yang dia tiada tempat tidur.
Apa yang saya patut buat? Tinggalkan dia di jalanan?
Waktu malam di tepi laut sangat sejuk.
Takkanlah. Itu tak berhati perut.
Kami tidur di katil yang sama, tapi tiada apa yang berlaku.
Awak fikir saya berasmara dengan dia? Taklah.
Saya bercakap benar. Tolonglah percayakan saya.
Nanti!
Hei!
Tolong maafkan saya kali ini saja. Saya merayu.
Saya dah tempah bilik dengan pemandangan laut...
...tapi kawan saya kata dia tak dapat sewa bilik.
Dia masih baru dalam industri perhubungan awam...
...jadi dia tak tahu susah nak cari bilik.
Jadi? - Jadi...
Saya beritahu dia yang dia boleh ambil bilik saya.
No comments yet. Be the first to leave one.