A Good Child

A Good Child (好孩子)

Malay সাবটাইটেল ডাউনলোড করুন

রিলিজ তথ্য

[𝐂𝐨𝐟𝐟𝐞𝐞𝐏𝐫𝐢𝐬𝐨𝐧] 𝐀 𝐆𝐎𝐎𝐃 𝐂𝐇𝐈𝐋𝐃 (𝟐𝟎𝟐𝟓) 𝐍𝐅 𝐖𝐄𝐁
ভাষ্য লিখেছেন Coffee_Prison
ℝ𝔼𝕋𝔸𝕀𝕃 ℕ𝔼𝕋𝔽𝕃𝕀𝕏 >> 𝗧𝗲𝗿𝗷𝗲𝗺𝗮𝗵𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗿𝗶 𝗸𝗮𝘁𝗮 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗠𝗶𝘇𝗮 𝗞𝗵𝗮𝗺𝗶𝘀 *𝟶𝟷:𝟺𝟺:𝟷𝟷

ট্যাগ

webdl
প্রকাশিত: 2026-01-29
ডাউনলোড: 13
শ্রবণপ্রতিবন্ধীদের জন্য: No
FPS: 25

Malay সাবটাইটেল প্রিভিউ

প্রথম 200টি লাইন।

- Minum! - Minum!

- Minum! - Minum!

- Minum! - Minum!

- Minum! - Minum!

Dahaganya.

- Minum! - Minum!

- Minum macam bintang handalan! - Minum macam bintang handalan!

Hari ini, saya nak cerita tentang mak saya.

Apa?

Ini mak saya, bukan mak anda.

- Bolehkah? - Boleh!

Terima kasih.

Sebenarnya, dia pembohong.

Dia buat saya trauma sejak saya kecil.

Tahu apa dia cakap? Kami perlu habiskan makanan kami.

Jangan sepahkannya.

Kalau tak, bakal isteri saya penuh berjerawat.

Maaf, mak.

Muka teman lelaki saya lebih licin daripada punggung saya.

Paling tipikal sekali,

dia kata

perempuan mesti pakai merah jambu, lelaki pula biru

supaya kami tak keliru.

Sebenarnya, dia memang betul.

Sebab selepas saya dewasa, saya tak keliru.

Sebab saya benar-benar suka…

Pisang…

- Lelaki. - Lelaki.

Hei, Mak Cik Juhua.

- Dah siap. - Terima kasih.

- Terima kasih. - Semoga makmur tahun ini.

- Semoga perniagaan maju. - Terima kasih.

- Bos, berapa harga kubis ini? - Hei.

- 2.50 dolar untuk sepaket. - Mahalnya?

- Biasalah Singapura. - Harga naik setiap Tahun Baharu Cina.

- Berikan saya dua paket. - Okey, dua paket.

Hati-hati.

- Puan lupa ambil ini. - Maaf.

- Semakin tua, ingatan pun merosot. - Hati-hati berjalan.

Selamat tahun baharu. Jumpa lagi.

KEDAI UBAT FUNG ONN

Biar saya buatkan kopi.

HIDUP TERBATAS…

Selamat tahun baharu.

Semoga kamu hidup bahagia dan semakin seksi.

Semoga dipermudah segala urusan.

Terima kasih.

- Satu lagi sampul merah untuk anak awak. - Terima kasih.

Saya tak lupakan awak.

- Semoga kekal muda dan cantik. - Ya.

Tapi tak melebihi kecantikan saya.

Terima kasih, tuanku.

- Lima ratus dolar! - Jangan bising.

Tak ada adab.

Boleh kamu teka berapa kakak kita beri?

- Lima ratus dolar! - Lima ratus dolar!

Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi.

Sila tinggalkan pesanan suara selepas nada.

Datanglah makan malam kalau lapang.

Mak cik semakin nyanyuk. Mak cik lupa tutup pili air. Terima kasih.

Tak apa. Mak cik sibuk.

- Tolong hantarkan ini. - Baik.

Abang, selamat tahun baharu. Semoga diberi kesihatan dan cepat sembuh.

Rutin yang sama. Terbang ke sana dan ke sini.

Jiaqiang, dengarnya awak selalu pergi ke Bangkok.

Syarikat yang aturkan.

Apa yang seronok di Thailand?

Maksud saya, menarik.

Pak Cik Alan, di Thailand, semuanya pedas.

Dia tak makan pedas. Betul tak?

Nak, mari sini cepat. Makan bersama-sama.

Mari, makan.

Semua ini dimasak dan boleh dimakan.

Banyaknya makanan.

Abang Jiaqiang, Abang Jiahao balik untuk makan malam?

Dia sedang bekerja.

Sama macam artis-artis di stesen TV setiap tahun baharu.

Mereka perlu buat persembahan untuk tontonan kita.

Jadi, dia tak dapat balik.

Selamat tahun baharu.

Ini sampul merah saya untuk kamu.

Semoga sentiasa selamat.

Jangan mengandung tanpa dirancang!

Mari berseronok dengan saya!

Mari berseronok dengan saya!

Mari berseronok dengan saya!

Berapa banyak awak dapat?

Rupiah? Kedekut! Tak guna.

Jangan mencarut. Jangan marah. Saya belanja makan lewat malam.

Terima kasih, cik. Baiknya awak.

Nak makan apa?

Mari makan prata.

Mari makan yang biasa, dim sum.

Okey! Dim sum cepat dan pantas.

Harap anak saya tak tidur awal malam ini.

D, biasanya ada satu panggilan saja, tapi tahun ini ada tiga.

Baik saya beli tiket loteri.

Abang saya telefon. Buat kali pertama dalam sejarah.

Saya pasti menang loteri.

Helo, rindu saya?

Helo.

Helo. Letak saja di sana.

Jangan fikir begitu.

Tiada orang akan kata sebab pantang larang.

Mak saya faham.

Majlis pengebumian itu lusa.

Ya, lusa. Selamat tinggal.

Terima kasih sebab datang.

- Takziah untuk awak sekeluarga. - Terima kasih.

Mak saya di sana.

Mak.

Mak cik.

Takziah untuk mak cik sekeluarga.

Mak, ahli parlimen sedang bercakap.

Tak apa. Jaga mak awak.

Terima kasih.

Nampak, MP pun tak takut akan pantang larang.

Tak macam saudara mara awak.

Mungkin ada pilihan raya tahun ini.

Mak.

Kenapa pakai macam ini?

Siapa yang larang? Kerajaan?

Hai, saya Grace.

Ayah…

Bersemadi dengan aman.

Saya takkan menyusahkan lagi.

- Tak perlu. - Ambil.

- Tak perlu. - Ambillah.

- Saya kata tak perlu. - Cuba jadi kaki bebel?

Saya pondan, tahu?

Itu adik saya.

Ayah siapa pernah lihat dia pakai gaun?

Saya.

- Yakah? - Ya.

Saya tak maksudkan sugar daddy.

Ayah siapa pernah lihat dia

pakai gaun dan puji, "Cantiknya kamu."

- Tak. - Tak.

Mestilah tak, bukan? Tahu kenapa?

- Kenapa? - Sebab mereka lelaki sejati.

Kalau tak, kenapa mereka berasmara dan lahirkan anda?

Kalau nak mereka tahu siapa kita, itu mustahil, bukan?

- Ya. - Ya.

Selain itu…

Siapa pernah dipukul oleh ayahnya?

Saya.

Tapi disebabkan dialah…

Punggung saya begitu pejal sekarang.

Terima kasih, ayah. Terima kasih sebab pukul…

Tak, terima kasih untuk segalanya.

Mak lupa tutup pili air?

Mak.

Pili air masih terbuka.

Mak nak buatkan kopi untuk ayah kamu. Mak isi air, tapi lupa.

Terima kasih sebab tolong tutup.

Jiaqiang, pergi turun, kejutkan ayah kamu.

Jangan biarkan dia tidur seharian. Nanti dia pening kepala.

Selepas mak siapkan kopi, bawakan kepada dia.

Awak rasa mak awak okey?

Kita perlu jaga dia nanti.

Bagaimana kalau awak selalu pergi ke Bangkok?

Awak nak saya jaga dia, bukan?

Biar saya cakap dulu.

Saya tak boleh.

Maafkan saya.

Awak baliklah dan berehat, okey?

Mak.

Mak.

Mak.

Mak lupa tutup dapur gas.

Mak lupa?

Mak tahukah itu sangat bahaya?

Okey.

Maaflah.

Mari bincang semula.

Dia nak saya balik untuk jaga mak.

Berapa agaknya harga rumah kedai lama itu?

Kenapa kamu balik?

Untuk harta pusaka keluarga.

Mak, saya perlu bekerja di luar kawasan, jadi saya minta dia pindah balik.

Pindah balik untuk?

Dia ada di rumah apabila saya kerja siang.

Apabila dia kerja, saya di rumah.

Kami boleh bergilir-gilir.

Bergilir-gilir untuk?

Untuk jaga maklah. Aduhai!

Kenapa kamu perlu jaga mak?

Pergi cepat.

Kalau ayah nampak, habislah.

Mak merepek apa?

Kamu nak ayah kamu mati awal?

Ayah dah mati pun.

- Kenapa sumpah dia? - Mak dah gila?

Kenapa kamu sumpah dia?

Kenapa kamu sumpah dia?

- Kenapa kamu sumpah dia? - Mak, ayah dah mati.

Ayah memang dah tiada. Dia dah mati. Mak lupa?

Dia dah mati?

Tengoklah.

Semua harga naik.

A Good Child subtitles in other languages

মন্তব্যসমূহ

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left