প্রথম 200টি লাইন।
Hai, Penulis.
Nama saya Kim Dok-ja.
Saya dah baca episod akhir yang awak muat naik hari ini.
Novel web awak, TWSA,
'Three Ways to Survive the Apocalypse'
mula diterbitkan
waktu saya tingkatan 3 sekolah menengah.
Mamalia termasuk manusia, beruang...
Saya masih ingat ayat pertamanya.
'Kereta api itu berhenti,'
'di tengah-tengah Jambatan Dongho.'
Perkhidmatan percuma sistem planet 8612 telah tamat.
Untuk menghukum manusia yang berdosa,
dewa-dewa memberikan penderitaan yang dahsyat,
dan apabila dunia hampir musnah,
wira Yu Jung-hyeok dan rakan-rakannya
mengatasi dugaan-dugaan itu.
Pada mulanya, TWSA agak popular.
Tapi setelah cerita itu berlarutan,
ia dianggap terlalu ekstrem, atau mengarut.
Ramai yang berhenti mengikutinya.
Hei, apakah ini?
Berikan kepada saya.
- Biar saya tengok. - Pulangkan!
Awak nak mati?
Namun, semasa zaman persekolahan saya,
kisah ini adalah segalanya bagi saya.
Setiap kali episod baru keluar,
saya akan baca semula dua episod terakhir untuk kekalkan alirannya.
Pada hujung minggu, saya baca semula seluruh episod minggu itu.
Dan ya, apabila jumlah pembaca turun kepada 1,
saya seorang saja pembaca yang tinggal.
Kenapa saya baca sebuah novel selama 10 tahun
sedangkan tiada siapa lagi yang baca?
Yu Jung-hyeok...
Saya cemburu dengannya.
Yu dan rakan-rakannya
menundukkan musuh-musuh mereka yang ganas,
dan mereka tak pernah berundur
ketika melawan raksasa.
Lee Hyeon-seong!
Tapi apabila rakan-rakannya tumbang seorang demi seorang,
untuk meneruskan hidup,
Yu Jung-hyeok tekad untuk jadi lebih kuat.
Jadi dia pun menjadi lebih kuat,
tapi apabila saya memasuki sekolah tinggi, saya tetap sama.
Sekarang awak berdua akan berlawan.
Orang yang kalah akan jadi alas kaki kami,
dan yang menang akan bebas.
Apa, tak sanggup untuk selamatkan diri sendiri saja?
Sudahlah, jangan lawan.
Tapi saya dah beritahu apa yang akan berlaku kalau awak menang!
'Kalaulah saya boleh jadi lebih kuat,'
'macam Yu Jung-hyeok...'
Itulah harapan saya ketika itu.
Saya memasuki kolej biasa,
mendapat pekerjaan biasa,
kemudian menyertai syarikat ini.
Kontrak sementara.
Hari ini novel itu tamat, begitu juga kontrak saya.
Bagus, Dok-ja.
Telefonlah kalau awak berdekatan, saya belanja.
Terima kasih.
Saya hargai usaha awak
meneruskan cerita ini untuk sekian lama.
Tapi,
kenapa awak jadikan Yu Jung-hyeok
satu-satunya yang selamat?
Apakah makna pengakhiran bila seorang saja yang selamat?
Yu Jung-hyeok pernah berkata,
'Ia tak dapat dielakkan'
jika orang lain terkorban supaya saya dapat hidup.'
Itukah tema novel ini?
Saya tak boleh terima.
Tuan, novel tuan...
paling teruk.
Kereta api ke Daehwa hampir tiba.
Alahai, awak mengeluh lagi.
Hai, Sang-ah.
Hari ini hari terakhir awak juga?
Saya dah agak mereka takkan beri saya kerja tetap.
Tak guna berjuang untuk sesuatu yang kita takkan miliki.
Saya cuma perlu teruskan hidup dan cari kerja yang sesuai.
Terima kasih.
Awak dah dapat kerja baru?
Saya akan bekerja sambilan sekarang.
Perlu bertahan bulan ini.
Awak tahu saya yang reka kostum untuk watak-watak itu, bukan?
Kerja itu memang sesuai dengan saya,
jadi saya nak buat pakaian sebenar.
Nanti, saya akan lancarkan jenama saya sendiri, buka kedai.
Hebat, bukan?
Awak sangat hebat, Sang-ah.
Sang-ah, tak sangka saya akan jumpa awak di sini!
Hai, En. Han.
Saya dah cakap saya nak belanja malam ini.
Saya perlu pergi ke satu tempat.
Saya rasa sedih bila Sang-ah berhenti kerja.
Kalau awak beri saya peluang,
mesti saya dah berjuang supaya awak dapat kerja tetap.
Tak mengapa, skil saya tak mencukupi.
Jom turun dan pergi makan.
Saya tahu kedai yang sedap di Apgujeong.
Saya ada kerja.
Hei, jangan beri alasan. Saya akan bayar untuk waktu kerja awak.
Tak mengapa.
Saya nak pergi dengan seseorang.
Kawan awak?
Hai, En. Han.
Saya Kim Dok-ja dari Bahagian Pembangunan Peta.
Jadi awak berdua
ada apa-apa selama ini?
Alahai, sayangnya.
Stesen Apgujeong... Apgujeong.
Pintu di sebelah kanan akan dibuka.
Selamat menjamu selera.
Ya, Sang-ah. Jumpa lagi nanti.
Dia sangat teruk.
Saya tak boleh laporkan dia
sebab takut kena pecat.
Awak dah buat yang terbaik. Awak menang dengan menahan diri.
Itu bukannya menang, itu namanya bodoh.
Tapi walaupun saya tahu, saya tak boleh cakap apa-apa.
Macam orang bodoh.
Awak tahu betapa geramnya saya?
(Terima kasih kerana membaca novel saya)
Sekejap.
(Kisah ini berjaya menemui noktahnya)
Pintu akan ditutup.
(Tidak, terima kasih atas segala usaha awak)
(Maaf kerana menulis sesuatu yang tak sepatutnya dalam e-mel...)
Kekasih awak?
Bukan.
(Jadi saya akan buat epilog istimewa)
(Perkhidmatan akan bermula tak lama lagi, pada jam 7PM)
(Kalau begitu, tunjukkan kepada saya)
Penamat yang saya mahukan?
- Apa maksudnya? - Hentian seterusnya, Oksu.
Terima kasih.
Hantaran pembaca pada jam 7PM...
Tapi saya seorang saja pembacanya.
Maknanya saya boleh ubah penamatnya?
Awak tak apa-apa?
Perkhidmatan percuma sistem planet 8612 telah tamat.
Ini adalah permulaan kandungan berbayar.
Saya ulang.
Perkhidmatan percuma sistem planet 8612 telah tamat.
Ini adalah permulaan kandungan berbayar.
Betulkah apa yang berlaku ini...?
'Satu pengumuman bergema di udara.'
'Perkhidmatan percuma sistem planet 8612 telah tamat.'
'Ini adalah permulaan kandungan berbayar.'
(Orang ini, yang akan saya gelar dokkaebi...)
Apa? Dokkaebi?
Saya sibuk sekarang, apa semua ini?
Ada orang mempermainkan kita?
Ini sama macam permulaan novel itu.
Hai.
Perisian bahasa Korea telah berfungsi sekarang.
Awak semua boleh dengar suara saya?
Hesy!
Apakah ini?
Ya, saya faham.
Saya tahu awak semua sibuk,
tapi tolong dengar sekejap.
Gerakkan kereta api ini! Ini mengarut.
Sudah, bertenang.
Awak perlu dengar apa yang akan saya beritahu awak.
Sebab saya akan katakan sesuatu yang sangat penting...
Diam dan gerakkan kereta api ini cepat,
sebelum saya siat-siat awak!
Saya sangat sibuk
tapi si tak guna ini hentikan kereta api ini pula.
Tak guna...
Saya kata diam!
Manusia semua, saya nak awak semua dengar dengan teliti
setiap kata-kata saya.
Jauh di atas sana, makhluk-makhluk agung
yang jauh lebih hebat daripada manusia kerdil ini
telah membuat satu keputusan.
Bahawa manusia, kaum di alam semesta ini
yang paling keji, tamak, dan mementingkan diri,
mesti dihukum!
Saluran BI-7623 telah dibuka.
Buruj-buruj sedang masuk.
Selamat datang, Buruj-buruj sekalian!
Sesuatu yang amat menarik bakal berlaku,
sila datang dan saksikan!
Mulai saat ini,
awak semua manusia akan diberikan satu Senario.
Cara awak menyelesaikan Senario itu
akan menentukan nasib awak.
Senario Utama yang pertama akan bermula.
Memandangkan ini kali pertama awak,
saya akan jelaskan baik-baik.
Bunuh satu atau lebih makhluk hidup
di dalam gerabak kereta api ini.
Dalam masa 10 minit.
Berjaya, dan setiap seorang akan mendapat 300 koin.
Gagal, dan awak akan jadi macam dia.
No comments yet. Be the first to leave one.