প্রথম 200টি লাইন।
1971…
Ialah tahun yang mengubah demografi dan sejarah dunia.
Untuk lari daripada pembunuhan beramai-ramai oleh tentera Pakistan,
berjuta-juta pelarian dari Pakistan Timur mula datang masuk ke India.
Apabila semua usaha untuk selesaikan krisis itu gagal,
Kerajaan India bertindak dengan memberi kuasa kepada rakyat Pakistan Timur
untuk mempertahankan diri sendiri menentang Tentera Pakistan.
Kerana itu, ketegangan meningkat dengan drastik di sempadan
antara India dan Pakistan Timur.
Dapat merasakan India semakin fokus pada sempadan timur,
Pakistan melancarkan serangan di sempadan barat India,
untuk menyeludup masuk ke dalam Rajasthan, Punjab, dan Jammu & Kashmir.
Apabila peperangan bermula secara rasmi pada 3 Disember,
banyak pertempuran berlaku di Sempadan Barat.
Antara pertempuran yang penting ialah pertempuran laut di Laut Arab…
LAUT ARAB
pertempuran udara di atas Srinagar…
Pertempuran Basantar di Bonggol Shakargarh di sektor Pathankot-Jammu,
dan Pertempuran Manawar Tawi di Jammu.
Keputusan semua pertempuran ini
akhirnya akan membentuk keputusan akhir peperangan 1971.
28 NOVEMBER 1971 SEKTOR JAMMU, INDIA
TIGA KILOMETER DARI SEMPADAN IND-PAK
Tuan, sekarang pukul sembilan.
Ketua akan marah kalau kita lambat.
Dia takkan marah, Munir.
Malah, dia akan jadi gembira sangat dapat lihat peta ini.
Kalau kita gerak lebih cepat,
kita akan merentasi sempadan dalam masa sejam.
Jalan.
Mari.
Patutkah saya tolong awak lintas?
Berundur!
Lindungi saya! Lindungi saya!
Belakang pokok itu. Cepat!
Teruskan menembak.
Ajeet!
Ram Singh!
Ya.
Ajeet!
Tembak!
Tuan, mereka sedang berundur!
- Kita kena keluar dari sini! - Pergi!
Dah tiba masa untuk awak pergi ke alam barzakh.
TENTERA PAKISTAN
Tuan.
Bawa orang awak balik!
Kami takkan masuk campur!
Namun dengar cakap saya baik-baik!
Belajar untuk jangan melampaui batasan!
Kalau tak, batasan-batasan ini akan lenyap
bersama awak!
SAUDARA DI KIRI SAYA SAUDARA DI KANAN SAYA
BERSAMA-SAMA KITA BERDIRI TEGUH BERSAMA-SAMA KITA BERJUANG
IBU PEJABAT BARISAH HADAPAN REJIMEN SIKH SEKTOR JAMMU
Dokumen ini ada butiran lengkap tentang kedudukan kita di sektor Jammu, tuan.
Ini mengesahkan input perisikan yang kita terima.
Maklumat perisikan yang mana, tuan?
Ada dua titik yang mudah diserang di sektor ini
yang memberikan musuh akses mudah ke Jammu dan Kashmir.
Garisan gencatan senjata di barat Bonggol Shakargarh dan Manawar Tawi?
Ya.
Dan menurut laporan perisikan,
jauh di Manawar Tawi, ada angkatan musuh yang ramai di situ.
Itu menjelaskan kenapa peninjau musuh lebih aktif baru-baru ini.
Jadi kita kena perkukuhkan kedudukan pertahanan kita dengan segera, tuan.
Tepat sekali.
Batalion-batalion telah dikerahkan ke Barh, Raipur, dan Chamb.
Awak ditugaskan di Selatan Mandiyala.
Awak akan sokong kompeni yang sedang mempertahankan kepala titian.
Apa kekuatan musuh yang kita jangkakan, tuan?
Satu divisyen infantri disokong oleh
satu rejimen berperisai.
Saya tahu, Fateh. Musuh seramai itu memerlukan lebih ramai askar.
Namun keutamaan ibu pejabat masih lagi Sempadan Timur.
Peperangan ini akan ditentukan di timur.
Tuan, berdasarkan pergerakan musuh,
nampaknya keputusan peperangan mungkin akan ditentukan di barat.
Ini saja yang kita ada, Fateh.
Jika mereka merentasi Manawar Tawi,
tak lama lepas itu mereka akan sampai ke Jammu kemudian terus pergi ke Srinagar.
Itu takkan berlaku, tuan!
Biar mereka datang!
Kita akan uruskan mereka.
Peperangan ini takkan ditentukan di timur atau barat.
Ia akan ditentukan di sini.
IBU PEJABAT TENTERA PAKISTAN RAWALPINDI
Dalam penilaian saya, tak praktikal kalau kerahkan lebih daripada dua batalion.
Namun Jeneral Niazi minta seluruh divisyen.
Dengan sokongan penuh tentera udara.
Jika kita pindahkan seluruh divisyen ke Pakistan Timur,
- macam mana nak pertahankan ini, Jeneral? - Kita tunggu sajakah?
Tuan, tentera India sedang bersiap sedia.
Awak kena faham psikologi negara yang awak akan lawan, Hamid.
Tentera India takkan berani merentasi sempadan timur.
Mereka takut dengan Amerika Syarikat dan China.
Orang Bengali, India itu penakut.
Bunuh beberapa ribu dan awak tahulah apa respons mereka.
Tuan, maksud saya ialah kita tak patut sesekali pandang rendah musuh.
Mereka mungkin berani
tapi keberanian pun boleh dikalahkan dengan strategi yang baik.
Adakah kita
bersedia untuk Operasi Changez, Zafar?
Pejuang saya dah bersedia, tuan.
Berikan saja kami tarikh dan masa.
PATHANKOT, SEKTOR JAMMU 1 KM DARI SEMPADAN IND-PAK
Tuan, enjin terlampau panas.
Kita perlukan air untuk radiator.
Hei! Berhenti!
Tak guna!
Hei, berhenti di situ!
- Berhenti berjalan. - Turunkannya. Turunkan.
Berhenti!
Saya akan tembak jantung awak! Turunkannya!
- Jangan bergerak! - Berundur!
Awak pekakkah?
Saya akan tembak kepala awak! Turunkannya!
- Nishaan Singh! - Berundur! Saya cakap…
Turunkan senjata awak, Nishaan Singh.
- Jangan bergerak! - Berundur! Jangan datang lebih dekat!
Kawal pegawai awak!
Beritahu saya, Nishaan Singh,
berapa jarak pokok di seberang tasik ini?
Kira-kira 700 hingga 800 meter, tuan.
Orang kita pula?
Yang mana satu, tuan?
Platun kita di jalan. Berapa jaraknya dari sini?
Dua ratus lima puluh meter, tuan.
Jika mereka tembak dan lari, berapa lama mereka perlukan untuk sampai ke pokok?
Minimum tiga minit, tuan.
Dan untuk orang kita sampai ke sini?
Seminit.
Jadi dalam dua minit itu,
berapa banyak peluru yang akan mengena mereka?
Sekurang-kurangnya 150 hingga 200 butir, tuan.
Berhenti.
Suruh pegawai awak berhenti di situ!
Berundur! Jangan bergerak!
Jangan bergerak!
Sesiapa hentikan dia!
Jangan mara!
- Berundur. - Jangan dekat.
Saya cakap jangan mara atau saya akan tembak!
Berundur.
Berundur atau saya akan tembak!
- Jangan bergerak. - Berhenti.
- Saya cakap berhenti! - Berundur!
Hei, berhenti!
Tuan-tuan! Apa pangkat saya?
Awak mesti telah dilatih untuk mengenal pasti pangkat.
Apa pangkat saya?
Mejar.
Tuan mejar!
Tuan mejar.
Nama awak?
Asfaq Ali, tuan.
Dah berapa lama awak jadi askar, Asfaq?
Tiga bulan, tuan.
Dalam tiga bulan, awak belum belajar yang awak perlu beri tabik kepada pegawai
tanpa mengira dia di pihak mana?
Awak dah belajar atau tak?
Tengok saya!
Peperangan belum bermula.
Turunkan senjata awak dan tabik!
Siapa yang tunggu awak di rumah, Asfaq?
Ibu bapa saya dan adik lelaki saya, tuan.
Awak nak baca surat mereka yang akan datang?
Nak tak?
Ya, tuan.
Jadi isi air dan pergi.
Cepat!
Tuan.
Saya kena beritahu awak seorang demi seorang? Cepat pergi.
Tuan!
Nishaan, Balam! Berundur!
STESEN TENTERA UDARA INDIA SRINAGAR
Baiklah, tuan.
Jai Hind, tuan.
Relaks. Apa laporannya?
Tuan, semua kapal terbang telah diuji.
Hanya enam saja yang boleh beroperasi sepenuhnya.
Itu tak cukup.
Kalau ada peperangan, kita perlukan banyak lagi untuk pastikan Srinagar selamat.
- Enam tak cukup. - Tepat sekali, tuan.
Enam tak cukup.
Saya seorang boleh uruskan mereka.
Hantar G-Man balik rumah juga.
Kalau awak yang bagi arahan, Sekhon, entah-entah awak hantar saya balik juga.
Nakal betul.
Kita mungkin lebih kecil, tuan, tapi kita sama kuat.
Langit ini kita punya dan ia takkan sesekali terlepas daripada kita.
Jumpa awak di dewan mes nanti.
Okey.
LAUT ARAB UTARA 15 BATU NAUTIKA DARI OKHA, GUJARAT
METER KELAJUAAN METER RADIATOR
Hantar mesej ini kepada komander.
Tuan.
Tuan, tiada apa-apa di ufuk.
Bagus.
Jaga anjungan, Rawat. Dan kekalkan kelajuan 12 knot.
No comments yet. Be the first to leave one.