প্রথম 200টি লাইন।
Pada tahun 1990, Iraq hadapi sekatan PBB yang ketat,
ia membawa kepada kesengsaraan, kekurangan makanan dan ubatan terhad.
Tetapi Sadam Hussein mengarahkan semua rakyat Iraq raikan hari jadi dia.
April 26 Dua hari sebelum hari jadi presiden.
Air bersih, hadiah Presiden. Seorang satu.
Beratur!
Seorang demi seorang!
Puan, satu bekas saja.
Hanya satu.
- Biar saya isi satu lagi. - Hanya satu saja.
- Sudahlah, Bibi. - Tolonglah, saya perlukan dua.
Hanya satu. Awak dapat satu saja.
Bibi, ia berat.
- Nak saya tolong? - Tak perlu.
- Berapa harga tomato? - 250 sekilo.
- 100 boleh? - Tak boleh.
- Mengapa? - Saya tak boleh.
Ia dah rosak.
- Itulah harganya. - Dah hancur.
Memang begitu.
- Sudahlah. 100? - Tak boleh.
- Bibi, nak saya tolong? - Tak perlu, sayang.
Ayuh.
Ayuh, Bibi.
Ayuh, Bibi.
Tuhan cakap kepada Gilgamesh:
"Lihat ke dalam air
dan awak akan nampak rupa cinta."
Tuhan menjanjikan,
orang yang berhati suci nampak orang yang mereka sayang dalam air.
- Bibi, air yang mana? - Yang di dalam paya ini.
Bibi, jiran-jiran kita nak ke mana?
Api!
Api!
- Bibi, nak apa lagi? - Tak ada apa-apa.
- Saya nak belajar. - Semoga dirahmati Tuhan.
"Ahmed nak beli…"
Tujuh
"telur."
"Ahmed nak beli tujuh telur."
Sebiji berharga…".
- Lamia! - Helo, Saeed!
Awak sudah selesaikan kerja rumah matematik?
Berkenaan Ahmed dan telur?
Awak mengenyit!
Awak rasa Presiden makan seluruh kek itu?
Orang mungkin dengar.
Kalaulah saya presiden.
Mengapa?
Saya boleh makan semua kek dalam dunia ini.
Air Cola juga.
Apa?
Saya akan minum semua air Cola dalam dunia ini.
Awak takut akan esok?
Tuhan akan bantu orang yang kesusahan.
Saya benci apabila orang cakap begitu.
Itu bererti semuanya takkan berakhir dengan baik.
Awak berjanji nak tolong saya semalam. Tapi awak tak datang.
Saya terpaksa kayuh sendiri.
Maafkan saya.
Sabtu depan?
Tak boleh. Ayah saya nak bawa saya ke bandar.
Untuk jual tiket taman hiburan.
- Taman hiburan itu menarik? - Sangat menarik!
Ada naga besar yang terbang di atas langit.
Bibi!
Bibi, saya tak boleh hafal ayat suci. Saya akan lambat.
Baca sepuluh kali, kemudian menyelinap ke dalam bilik air.
Cepat.
- Bibi, boleh saya ponteng sembahyang? - Tak boleh.
Helo, puan.
Masuk. Selamat datng.
Ibu saya hantar susu.
- Helo, Mathana! - Helo, Lamia! Epal untuk awak.
Makan, jangan beri sesiapa. Kita tak ada makan tengah hari.
Apa maksud dengan semua hadiah ini?
Dia cakap awak tak perlu datang ke ladang lagi.
Mengapa?
- Dia risau tentang awak. - Kenapa?
Saya tak pandai kerja?
Itu saja yang dia cakap.
Saya berusaha keras di ladang itu.
Saya menanam, menuai dan uruskannya,
tapi ini balasan dia?
Mengapa?
Pergi!
Awak, mari sini. Mengapa awak lambat?
Maafkan saya, cikgu.
Beri saya beg awak. Jangan beri alasan.
- Pergi beratur. - Terima kasih, cikgu.
Mereka potong bekalan dan bom bandar-bandar kita
agar kita tinggalkan pemimpin agung kita, Saddam Hussein.
Mereka potong bekalan makanan dan ubat,
malah udara yang kita hirup, tapi kita takkan mengalah.
Kita akan melaungkan nama dia hingga nafas terakhir.
Kita akan membalas seperti Presiden Saddam Hussein kita.
Kami akan tumpaskan mereka untuk awak, Saddam!
Dengan darah dan jiwa kami, kami korbankan diri demi awak, Saddam!
Tengok sini, Lamia, Alawi, tangan saya kosong.
Kosong?
Tiup.
Awak pula. Cepat.
- Saya perkenalkan Mickey! - Dari mana awak dapat?
Bangun!
Panjang umur pemimpin kita Saddam Hussein.
- Duduk. - Kami korbankan jiwa kami demi awak.
Keluarkan buku nota, masa untuk cabutan.
- Awak nak ke mana? - Ke bilik air.
Duduk tempat awak semula!
Bodoh, awak patut cakap awak cirit-birit.
- Awak nampak tak epal saya? - Tak.
- Anak orang tempang datang. - Diam!
- Awak ke mana? - Ayah saya kena baiki kanu.
- Itu bukan sebab yang munasabah! - Maafkan saya, tuan.
Tulis nama awak lima kali sebagai hukuman.
Cepat, tulis nama awak dan serahkan kepada saya.
Cepat semua, tulis nama kamu.
Cikgu, ayah saya baiki basikal dan dia kirim salam.
Bagus. Kirim salam balik.
- Dah tulis nama awak lima kali? - Ya, ini baru yang pertama.
Yang kedua, ketiga, keempat dan yang kelima.
Budak baik.
Sekarang, kita akan mencabut…
Nama-nama kamu.
Pelajar yang akan bersihkan sekolah kita ialah…
- Ismail Muhammed Jasim. - Ya, cikgu.
Budak baik.
Pelajar yang akan bawa buah-buahan ialah…
Saeed Muhammed Qasim.
Cikgu, saya tak dapat datang hari Sabtu ini.
Mengapa?
Saya akan ke bandar bersama ayah saya.
Untuk apa? Main bola sepak?
Diam!
Maafkan saya, cikgu.
Ingat apa jadi kepada Rasool dan keluarga dia?
Cikgu laporkan mereka.
Ya, sebab ia tugas saya.
- Apa hukuman mereka? - Mereka diheret.
Diheret seperti anjing!
Saya cuma askar
dan saya mesti laporkan sesiapa yang tak ikut arahan,
walaupun tiba-tiba muncul jin,
atau ada orang mati atau kaki awak patah sekalipun.
Jangan salahkan saya kalau awak hadapi nasib yang sama seperti keluarga Rasool.
- Faham? - Faham, cikgu!
- Awak nak saya laporkan awak? - Tak nak.
- Awak nak diheret? - Tak nak, cikgu!
Duduk.
Terima kasih, cikgu.
Pelajar yang akan bawa jus ialah…
- Nasir Muhammad Ali. - Ya, cikgu. Terima kasih, cikgu.
Akhir sekali, pelajar terhormat yang bertanggungjawab untuk
kek hari jadi
ialah…
Lamia Ahmed Nayyef.
Ya, cikgu.
Tahniah, Lamia! Awak harus rasa bangga.
Buat satu kek besar
dan isinya dengan krim tambahan.
Dah lama saya teringin nak makan kek.
Bukan saya seorang saja. Jangan hampakan saya.
- Ya, cikgu. - Bagus. Sila duduk.
Cabutan dah tamat, tunggu tahun depan pula.
Buka buku kamu
dan pergi ke halaman 68.
Ayah, biar saya tolong.
Awak nak apa yang berlaku terhadap keluarga Rasool berlaku kepada kita?
Hindi, saya tak boleh menipu.
Sekali mungkin boleh. Kali kedua, saya akan bercakap benar.
Bibi, nak saya tolong?
Bibi, En. Musa kirim salam.
Dia kata saya pelajar istimewa.
Semua pelajar lain iri hati dengan saya.
Mereka dah beritahu.
Ibu Ali dah ceritakan semuanya.
Bibi marah dengan saya?
Kita akan ke bandar esok.
Untuk apa?
Saya dah ikut arahan Bibi.
Saya berdoa, tapi tak berhasil.
Saya cuba pergi ke bilik air. Tapi tak berjaya.
Bibi, tak nak makan?
Bibi, kalau kita pergi ke bandar,
boleh kita pergi ke taman hiburan dan bawa Hindi?
Tuhan akan bantu kita.
Tulis tiga telur,
telur untuk kesuburan.
Satu kilo tepung, untuk kehidupan.
Perlahan-lahan, Bibi.
Satu kilo tepung, untuk kehidupan.
"Satu kilo tepung…."
- Lima ratus gram gula… - Apa?
Lima ratus gram gula, untuk kehidupan yang manis.
"Lima ratus gram…"
Lima ratus gram…
"Gula."
Serta serbuk penaik…
Untuk kek yang gebu.
"Sedikit…"
No comments yet. Be the first to leave one.