প্রথম 200টি লাইন।
Tolong!
Tolong!
Tolonglah, lepaskan saya!
Tolonglah!
Lepaskan saya!
Tolonglah!
Saya tak buat apa-apa!
Saya tak buat apa-apa! Tolonglah!
Damballa.
GUA USANG
Helena?
Mintalah.
Mintalah dan nescaya hajatmu akan dikabulkan!
Percayalah. Tiada kesakitan dan keperitan
yang tidak dapat dipulihkan.
Saya perlukan bantuan awak, Helena.
Jika awak perlukan pertolongan,
awak di tempat yang betul.
Ia tentang kes gua yang telah ditutup itu.
Polis menjumpai seorang lelaki yang cedera.
Dia telah dibawa ke hospital, tetapi dia dalam keadaan kritikal.
- Saya akan berdoa untuknya. - Itu bukan sebab saya ke mari.
Empat mayat!
Polis telah menjumpai empat mayat di dalam gua.
Pihak forensik telah menangkap lelaki yang disyaki
melakukan pembunuhan itu.
Empat mayat?
Dia tidak mengaku bertanggungjawab!
Dia tidak mahu memberi kerjasama!
Kami tiada sebarang saksi!
Saya tak pernah jumpa jenayah sekejam ini.
Itulah sebabnya saya datang ke sini.
Saya perlukan bantuan awak untuk mencari jawapannya.
Saya?
Awak percaya dengan rasukan syaitan?
Saya percaya pada kekuasaan Tuhan!
Dia kata dia hanya akan bercakap dengan seseorang dari gereja.
Dan dia menolak untuk bercakap dan makan.
Tolonglah, Helena.
Tolong jumpa dia.
Bercakap dengan dia.
Pihak polis perlu tahu apa yang berlaku di gua tersebut.
Lelaki ini, siapakah namanya?
Namanya Jesus.
1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10!
Adakah awak Jesus?
Nama saya Helena.
Pihak polis hantar awak ke sini?
Ya.
Bukankah itu yang awak mahu?
Seseorang dari gereja datang bercakap dengan awak.
Ya.
Awak memang betul!
Mereka semua
risau tentang kejadian malang itu.
Kejadian malang?
Saya datang ke sini untuk membantu awak.
Awak percaya pada Tuhan?
Perlukah saya menjawab soalan itu?
Ia memang benar.
Baiklah, jika awak percaya pada Tuhan,
adakah awak percaya dengan kuasa kebaikan?
Helena.
Boleh saya panggil awak Helena?
Tasbih ini.
Saya mendapatnya
setelah saya menjadi seorang biarawati.
Saya rasa ia penting untuk
mempunyai sesuatu yang mendekatkan kita dengan Tuhan.
Bagi kebanyakan orang, objek ini cuma
seutas manik, tetapi tidak bagi saya.
Bagi saya, ia melambangkan pegangan yang kuat.
Saya telah hilangkan utas manik saya.
Benarkah?
Adakah awak percaya wujudnya kejahatan?
Saya percaya dengan kuasa iman.
Saya tidak tahu erti kejahatan hinggalah saya masuk ke tempat itu!
Di dalam gua tersebut?
Sebelum awak masuk melalui pintu itu,
saya dapat rasakan kewujudannya.
Ia berada dekat kerusi itu.
Apa yang awak cakapkan ini?
Ia lebih mudah dihubungi pada waktu malam.
Waktu sunyi.
Sebab itulah ramai orang tidur diselubungi selimut,
dengan televisyen dibuka.
Kegelapan membawa ia datang!
Jika saya tutup mata saya sekarang,
saya akan dapat merasai nafasnya.
Atau melalui bunyi perabot bergerak,
atau bunyi sorotan dedaun.
Dengarlah.
Cuma kita berdua di dalam bilik ini.
Dan Tuhan, bukan?
Adakah Tuhan berada di sini sekarang?
Tuhan sentiasa ada bersama kita.
Jika Tuhan ada di sini sekarang,
mengapa awak fikir yang ia tiada di sini?
Awak bercakap tentang siapa?
Tentang roh jahat!
Roh jahat ada bersama kita sekarang, di saat ini!
Kejahatan hanya wujud
jika awak membenarkannya.
Ia bergantung pada akidah awak.
Helena,
pernahkah awak hilang kepercayaan?
Tentulah.
Namun saya bangkit semula.
Awak juga boleh.
Jika awak beri kerjasama dengan pihak polis
dan beritahu semua yang awak tahu,
segala yang terjadi di dalam gua tersebut,
awak akan dapat pulihkan akidah awak.
Ada sesuatu di dalam gua tersebut.
Kami tak sepatutnya masuk ke sana.
Kami tak sepatutnya masuk ke sana!
Awak dah rasa semakin baik?
Saya sudah pesan supaya jangan layan saya
seperti orang yang sedang sakit.
Kami cuma risau tentang awak.
Saya tahu.
Awak tahu yang saya tak mahu sertai.
Awak ingat ia mudah untuk saya?
Awak tahu apa perasaannya?
Kadangkala saya rasa saya seorang saja yang ingat
apa yang berlaku.
Awak tak boleh cakap begitu.
Awak tak tahu apa yang bermain di minda saya.
Sudah setahun ia berlalu.
Kita harus mengatasinya.
Baiklah.
Kalau begitu, bolehkah awak sebutkan namanya?
Bagi saya, hal itu sudah berlalu.
Kita harus mengatasinya!
Betul cakap awak, sayang.
Saya masih tak mampu menyebut namanya.
Awak rasa dia akan sukakan tempat ini?
Saya rasa seperti dia ada di sini bersama kita.
Setelah apa yang berlaku, saya tak tahu bagaimana
awak masih boleh percayakan Tuhan!
Awak tak percayakan Tuhan?
Dari atas, ia tak nampak begitu bahaya, bukan?
Ia hanya lohong yang kecil.
Hanya alang yang gelap
di tengah-tengah cahaya matahari.
Tetapi jangan tertipu.
Ada dunia yang tersembunyi
di sebalik lohong yang kecil ini.
Ramai yang tidak dapat pulang
untuk menceritakan kisah mereka.
Kedalaman gua ini tiada batasnya.
Jadi, jika kamu tak ikut panduan saya dengan tepat,
kamu mungkin takkan dapat keluar hidup-hidup.
Lampu suluh ini untuk apa?
Gua ini sangat gelap!
Ia juga untuk tujuan keselamatan.
Awak boleh tutup mulut Laura dengan kain!
Sebab dia dungu.
Ketawalah selagi boleh, Caio!
Saya nak lihat awak berdepan dengan kelawar!
- Kelawar? - Ya!
- Ada kelawarkah di sini? - Ada banyak!
Tapi awak tak perlu risau!
Kelawar takut dengan lampu suluh!
Lihat! Hidupkannya begini!
Baiklah!
Lucia, awak pasti
tiada apa boleh ancam keselamatan bayi ini?
Tentulah tidak!
Kita takkan meneroka ke kawasan bawah tanah!
Ia hanya perjalanan yang singkat.
Lebih kurang 10 minit saja.
Ia sangat mempesonakan, bukan?
Tempat ini begitu cantik
dan menakutkan pada masa yang sama.
Baiklah, kita akan pergi ke arah sini.
Elakkan menyentuh permukaan dinding.
Najis kelawar mungkin beracun.
Jangan letakkan tangan kamu di bahagian mulut
ataupun mata, faham?
Selepas kita keluar, gunakan pembersih tangan.
Saya rasa bunyi air
di bahagian gua ini lebih kuat.
Mungkin ada mata air di kawasan ini.
Ada anak sungai di sepanjang laluan ini.
Kamu akan lihat nanti. Airnya sangat jernih.
- Boleh kami minum air itu? - Tidak sama sekali.
Ia sudah dicemari dengan najis kelawar.
Ia boleh membawa maut jika kamu minum.
- Mari bergerak, semua. - Marilah.
Maafkan saya.
Mereka tidak mendekati saya kerana mereka takut.
Saya bukan seperti yang lain.
Awak boleh percayakan saya.
Dia mengekori awak.
Tuhan sentiasa bersama saya.
Saya bukan bercakap tentang Tuhan.
Awak bercakap tentang siapa?
Katanya awak tahu siapa dia.
Bahawa awak selalu memanggilnya.
No comments yet. Be the first to leave one.