Little Mom - First Season

Little Mom - First Season

Malay সাবটাইটেল ডাউনলোড করুন

সিজন 1

রিলিজ তথ্য

Little Mom WEB-DL S01E02
ভাষ্য লিখেছেন Aurora Patandean

ট্যাগ

Web-DL
web-dl
web
WEB-DL
প্রকাশিত: 2021-09-10
ডাউনলোড: 16
শ্রবণপ্রতিবন্ধীদের জন্য: No

Malay সাবটাইটেল প্রিভিউ

প্রথম 200টি লাইন।

=Little Mom=

Naura!

-Hai, Yuda! -Hai.

Ini milik awak, bukan?

Pemandu teksi kata ini milik gadis berpakaian putih.

Awak, bukan?

Ini milik awak? Awak hamil?

Apa itu?

Alat uji kehamilan. Awak tak pernah nampak?

Hanya dalam iklan.

Dahlah, Naura. Jangan pura-pura tak tahu.

-Ini milik awak, mengaku sajalah! -Tak.

Tapi pemandu teksi kata ini milik gadis berpakaian putih!

Awak rasa hanya saya seorang yang pakai baju putih di sini?

Lihat.

Ramai orang pakai baju putih.

Awak patut berhenti menuduh orang.

Lagipun, awak tak jijikkah...

pegang alat uji kehamilan orang lain?

Mungkin ada bakteria atau kuman!

Pegang ini!

Yuda, maafkan saya! Mari pergi!

Itu alat uji kehamilan awak?

Ya.

Aduhai, nyaris.

Apa kita perlu buat, Yuda?

Kita jumpa doktor, ya?

Kita periksa.

Siapa tahu ia silap?

Yuda!

Kita akan mula berlatih. Jurulatih cari awak.

Baik, sekejap.

-Baik, saya tunggu di dalam. -Baik.

Aduhai.

Okey, saya perlu berlatih.

Jangan risau tentangnya.

Saya akan hubungi awak di rumah.

Kita cari jalan penyelesaian bersama, ya?

Jangan risau.

Satu hal yang saya takutkan sekarang adalah ibu bapa saya.

Saya tak rasa boleh berdepan dengan mereka.

Bagaimana jika mereka tahu?

Apa saya perlu buat?

Apa?

Naura, boleh bantu kami? Kita ada ramai pelanggan.

Sekejap, ayah. Saya sakit perut.

Baiklah, awak patut berehat.

Sayang?

-Terima kasih! -Kita perlu nombor di sini.

Ya, sila tunggu pesanan awak.

Baiklah, kita berhenti dulu.

Masa untuk balik dan berehat. Jangan lupa latihan kita hari ini.

Tolong jawab, Yuda. Tolonglah.

(Awak kata akan telefon. Kenapa tak telefon?)

Saya mahu putarkan masa.

Saya mahu baiki kesilapan yang buat saya menyesal.

Tapi saya tahu ia mustahil.

-Saya belum buat kerja rumah. -Saya pun!

Oh, tidak.

Yuda!

Hai, Yuda. Mari pergi.

Kenapa dengan dia?

Awak bergaduh dengannya?

Tak. Mari masuk kelas.

Naura! Tunggu kami.

Hei! Siapa tulis ini?

Bukan saya.

Siapa?

Siapa tulis ini?

Siapa yang buat?

Padam!

Kenapa padam? Ia betul.

Ibu bapa awak bercerai!

Saya kata, padam!

Berani awak suruh kami?

Awak cuma junior.

Kami senior. Hormatlah.

Awak mahu saya padamkan?

Padamlah sendiri.

Kenapa? Benar, bukan?

Keenan!

Apa semua ini?

Ikut saya.

Kamu juga!

Yang lain, bersurai! Kembali ke kelas!

Selamat tengah hari.

Selamat tengah hari.

-Saya ibu Keenan. -Cik Nadia.

Saya fikir hanya En. Tio yang datang hari ini.

Nadia.

Keenan, mulai hari ini, awak ada kelas tahanan selama seminggu.

Jangan berani ponteng.

Kerana saya yang akan jemput awak sepanjang minggu ini.

Kalau awak sibuk, saya boleh jemput Keenan setiap hari.

Keenan tanggungjawab saya. Awak tak perlu masuk campur.

Bukankah awak sibuk jaga hotel awak...

yang kedudukannya lebih rendah daripada hotel saya?

Berdasarkan apa? Majalah Travelax?

Majalah tak boleh dipercayai.

Hotel Carnelian terima anugerah dari Kementerian Pelancongan.

Hotel Carnelian juga dapat anugerah dari Anugerah Hospitaliti Indonesia.

Keenan!

Keenan, awak mahu ke man?

Kelas. Saya muak dengar persaingan hotel kamu.

Cerai sajalah, berhenti bersaing.

Keenan!

Awak serang saya sebab marah...

tak dapat jumpa Keenan, bukan?

Nadia, saya tahu awak dapat hak penjagaan.

Tapi jika awak tahu saya cuba berhubung dengannya,

bantu saya.

Lagipun, saya ayah dia.

Anak awak tak mahu jumpa awak.

Awak tak faham lagikah?

Pergilah kahwin dengan perempuan simpanan awak.

Perceraian kita dah selesai!

Keenan!

Hei, Keenan.

Awak tak apa-apa?

Ya.

Awak terluka.

Tunggu, jangan sentuh.

Nah, pegang ini.

Nasib baik saya selalu bawa sentiasa.

Saya tak tahu apa masalah awak di rumah.

Kecuali hal yang saya dengar dan nampak.

Tapi saya cuma mahu beritahu...

semuanya akan baik-baik saja.

Hidup ini seperti langit. Takkan selalu mendung.

Ada sinar mentari juga.

Ceriakan diri!

Saya masuk kelas dulu.

-Naura! -Naura!

Kecoh di bilik guru. Kecoh betul.

Kenapa?

Awak dipanggil sebagai saksi.

Yuda juga.

Saksi apa?

Celine beritahu cikgu.

Dia kata ada budak sekolah ini hamil.

Ya, Naura.

-Mari cepat! -Mari!

Jadi ini milik siapa?

Kalau saya tahu, saya dah beritahu, cikgu.

Saya jumpa dalam teksi.

Saya yakin ini milik pelajar sekolah ini, cikgu.

Kerana di arena sukan semalam...

hanya ada pelajar dari sekolah kita, bukan?

Boleh awak minta pemandu teksi itu datang ke sini?

Tak boleh.

Semasa saya, Kiki dan Widi mahu tanya dia, dia dah pergi.

Tapi saya yakin ini milik pelajar sekolah ini.

Naura.

Ya, cikgu?

Awak nampak apa-apa yang mencurigakan di arena sukan semalam?

Tak, cikgu.

Awak, Yuda?

Tak, cikgu. Saya sibuk berlatih.

Baik.

Guru-guru lain dan saya...

akan perhatikan pelajar sekolah ini.

Kita tak boleh ada pelajar hamil di sekolah ini.

Terutamanya awak, Naura.

Kami perlu bantuan awak untuk cari pemilik alat uji kehamilan ini.

Baik, cikgu.

Oh, tidak!

Mari Yuda!

Cipta! Bangsa!

Yuda, mari sini.

Perlawanan yang bagus. Kita menang lagi.

Tapi awak hilang fokus. Nyaris tadi.

Baik, jurulatih.

Jika awak fokus dan konsisten,

orang yang mahu rekrut awak takkan fikir dua kali, Yuda.

Awak akan dapat tiket emas. Ya? Teruskan.

-Terima kasih, jurulatih. -Ya.

(Sampai bila awak mahu mengelak dari saya, Yuda? Kita perlu bincang.)

Boleh kita bincang nanti? Saya perlu fokus berlatih.

Saya ada perlawanan penting.

Jadi kita perlu tunggu seminggu lagi?

Yuda, pihak sekolah dah curiga ada pelajar hamil.

Bagaimana jika mereka tahu?

Kita perlukan penyelesaian.

Baik.

Bagaimana jika gugurkan?

Gugurkan?

Itu berdosa.

Itu membunuh.

Jika awak kata itu berdosa,

apa yang kita buat juga berdosa.

Tapi... Sanggupkah...

Sanggupkah kita?

Apa lagi kita boleh buat? Bagaimana jika perut awak makin besar?

Awak tak boleh tutup dan semua orang akan tahu.

Jika orang tahu awak hamil, awak akan dibuang sekolah.

Mereka akan fikir awak berakhlak buruk.

Awak akan dianggap sebagai gadis liar.

Sekolah akan buang awak.

Maafkan saya, Naura.

Maaf. Saya tak berniat begitu, Naura.

মন্তব্যসমূহ

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left