De første 200 linjer.
AGENT KIM REACTIVATED
HOTEL TAEUN, PULAU JEJU
Tiga hari lagi,
anak bongsu presiden AS akan tiba di Pulau Jeju.
Dia akan bercuti selama seminggu,
tapi kami terima maklumat kumpulan yang berkait dengan al-Qaeda
merancang cubaan menculik.
Dia pula enggan terima perlindungan Korea.
Mungkin sebab privasinya.
Saya tempah bilik di tingkat bawah biliknya.
Awak akan melindunginya sehingga dia balik.
Selamat datang. Boleh saya bantu?
Saya dah tempah Bilik 1306.
Saya semak dulu.
Maaf, encik. Bilik 1306 telah dihuni oleh tetamu lain.
Siapa?
Maaf, kami tak boleh dedahkan maklumat tetamu.
Okey.
Otter One, peranti intipan dah sedia.
Hentikan muzik itu, celaka. Bisinglah!
Bangang.
Kalau begitu, saya ambil Bilik 1506.
Maaf, encik.
Bilik 1506 juga
dah ada penghuni.
Pengesanan lokasi sedia.
Boleh pasang dalam kereta?
Aku boleh jadikannya bunker.
NASI DAN SUP TRADISIONAL
- Duduklah di situ. - Okey.
Helo.
Wah, cantiknya rambut awak.
- Saya nak semangkuk sup sosej darah. - Boleh.
Lama tak jumpa, 66.
Awak menonjol sangat.
Ini penampilan biasa saya.
Ada masalah?
Awak nampak mencurigakan.
Hei, awak lebih mencurigakan sebab pakai topi begitu.
Masyarakat kita hargai keunikan individu,
jadi jangan nilai seseorang…
Itu lebih mencurigakan.
Itu tak mencurigakan.
Dia memang gila.
Hei, duduk di situ. Jangan buat kami malu.
Bukan di sini. Di situ.
Duduk di situ, jauh dari kami.
Tak guna.
Hei, jangan pandang dia. Pura-pura tak kenal.
Sudahlah, Park Jin-cheol. Kita ada misi.
Awak pun kena hati-hati.
Jangan tarik perhatian sehingga misi selesai.
Pergi tukar pakaian.
Orang Korea suka pakaian putih.
Mengarut betul.
- Kau pun sama. - Kau dua kali ganda.
- Tiga kali ganda. - Berganda-ganda.
Salah. Kau cakap "berganda-ganda," bodoh.
Ya, berganda-ganda, bodoh.
Kau patut cakap "empat kali ganda".
- Si otak udang. - Berganda-gandalah.
- Aku kata, "Kau pun." - Ya!
- "Dua kali ganda." - Ya!
- "Tiga kali ganda." - Ya!
Apa selepas tiga kali ganda?
Berganda-ganda, bodoh!
Cukup!
Saya tak tahu sebab kamu sertai misi ini,
tapi jangan halang saya.
Kalau main-main begini semasa misi…
saya takkan biarkan.
Pandai pula kau cakap orang.
Hei, Utara.
Apa kata jangan halang aku dan pergi berambus?
Macam mana?
Nak aku hantar kau ke sempadan?
Apa jadah?
Marah? Terkeluar loghat kau.
"Apa jadah"?
Aku memang begini, bodoh.
Anak haram.
Hei, biarkan dia.
Tengoklah dia. Dia memang jahil dan biadab.
"Jahil"?
Hei, baju putih.
Kau lebih menjengkelkan daripada dia.
Apa?
Sekurang-kurangnya, dia dapat latihan khas di Utara.
Kau pula?
Kau cuma melompat dan patahkan papan,
si kurus kering pucat lesi.
Tengok itu.
Inilah hasilnya kalau cuma berlatih.
Kau kena perbaiki kemahiran sosial.
Sudahlah rupa macam puntianak, banyak mulut pula.
Berhenti rosakkan barang. Keluar.
- Sedia nak mati? - Keluar sajalah.
Mari!
Rock and roll!
Aku ingatkan dia cakap jangan menonjol.
Dua lebih baik daripada satu.
Tiga lebih baik daripada dua, bukan?
Kau pasti?
AGENT KIM REACTIVATED
Di sini!
Di sini!
Tolong berhenti!
Tolonglah!
Terima kasih.
Terima kasih kerana berhenti.
Terima kasih tumpangkan saya.
Kelebihan tak dijangka…
Bukti bahawa Hye-ri memang bertuah.
Dia sendiri datang kepada kita.
Bergerak ke titik pertemuan.
Bersurai.
SATU MESEJ BARU
Kenderaan yang membawa Min-ji dah bergerak dari Jalan 87.
Kenderaan itu milik Juhak Construction.
Juhak Construction…
Ju Gang-chan hantar kau?
Kami cuma alihkan dia selepas dihubungi oleh anak Ju Gang-chan.
Tengoklah siapa dia ikut!
Dia warisi semangat ayahnya.
Han-soo.
Min-ji masih hidup.
Syukurlah.
Ke sana. Lekas.
Ketua Nam.
Pengurus Cho belum tiba.
Dia akan menyusul selepas uruskan mayat.
Kita gerak dulu.
Han-soo, boleh laju lagi?
Ini yang paling laju.
Tak boleh laju lagi apabila bawa dua orang lelaki.
Kita dah dapat lokasinya!
Di 274, Gunung Musu!
Siapkan dia, bawa ke bilik bacaan.
Baik, tuan.
Apa awak buat?
Saya nak telefon rumah.
Nanti saja.
- Sedia nak keluar? - Ya.
Sila ikut sini.
Duduklah.
Macam mana keadaan awak?
Awak okey?
Mulanya saya tak cam awak sebab awak basah kuyup.
Ya.
Saya okey.
Apa yang terjadi
sampai awak berada di sana?
Itu…
Maaf sebab bergaduh dengan Hye-ri.
Terima kasih juga…
sebab masih tolong saya.
Tidak.
Saya tanya kenapa awak berada di sana.
Itu…
Sebenarnya…
Saya tak ingat.
Saya cuma sedar semasa berada di gudang.
Jadi, saya lari.
Apabila awak sedar, awak dah berada di gudang?
Ya.
Apa yang terakhir awak ingat?
Keluar dari bilik pengetua.
Apa terjadi di gudang storan sejuk?
Awak ada nampak sesiapa?
Ya, ada.
Lelaki yang nampak macam samseng,
tapi saya tak kenal dia.
Saya tak pernah jumpa dia.
Awak bercakap dengan dia?
Tidak.
Dia tiba-tiba mendekati saya sambil pegang pisau,
jadi saya pun lari.
Dia menjerit dari belakang, tapi saya tak dengar sebab hujan lebat.
Begitukah?
Oh, ya…
boleh saya pinjam telefon?
Saya nak minta ayah datang.
Tak boleh.
Apa?
Tak boleh…
sebab Hye-ri cuba bunuh awak.
Jadi, sebagai ayah, apa nak buat?
Saya tak tahu apa-apa.
Saya tak ingat apa-apa pun.
Awak masih muda, jadi awak tak pandai sorok perasaan.
Awak juga tak pandai berpura-pura hilang ingatan.
Saya tak faham maksud awak.
Saya dah tahu.
Sejak awak masuk ke dalam kereta dan berpura-pura tertidur.
Kelebihan tak dijangka…
Bukti bahawa Hye-ri memang bertuah.
Dia sendiri datang kepada kita.
Saya tak tahu apa-apa!
Sumpah!
Lepaskan saya!
No comments yet. Be the first to leave one.