Die ersten 200 Zeilen.
Lelaki ini mati? Saya rasa mual.
Jika betul, awak perlu cakap sekarang
sebab saya tak mahu ke sana jika ada mayat.
Kunci dan mentol kepakaran saya, bukan darah.
Awak boleh buka atau tidak?
Ya. Saya cuba, tapi kunci ini tak berfungsi.
Trumbull ini orang Judicial?
- Saya tak boleh... - Jika ya, saya perlukan set berbeza.
Mungkin kita boleh datang semula esok...
- Dengan Perayaan Kemaafan... - Ada cara lain untuk masuk?
- Ya, tapi Hakim Meadows... - Syerif. Hei...
Sebentar, apa awak...
Mungkin jabatan IT potong elektrik awal.
Ya, tapi protokol perlukan elektrik ada...
Boleh pergi ke jabatan itu dan sambungkan elektrik semula?
- Ya. - Bagus.
Kamu periksa dapur. Saya akan periksa bilik tidur.
- Apa yang kita cari? - Apa-apa yang pelik
yang mungkin beritahu sebab Trumbull bunuh Marnes.
- Awak sudah masuk ke sana? - Tak. Ada apa-apa di depan?
Belum ada.
Apa ini?
- Apa awak jumpa? - Saya tak tahu.
Namun...
Kita perlukan beg relik.
BERDASARKAN SIRI BUKU SILO OLEH HUGH HOWEY
Awak senyum pada apa?
Rasanya pada awak.
Awak tahu orang panggil awak George Menyeramkan, bukan?
Mereka calarkan pada tepi penjana,
- "Hati-hati dengan George Menyeramkan." - Okey. Pertama sekali...
- "Dia sangat menyeramkan." - ...awak diam.
- Awak takkan biar grafiti pada penjana. - Ya, betul.
Kedua,
jika awak cakap, "lelaki komputer menyeramkan," mungkin saya percaya.
Jika mereka memang guna George Menyeramkan,
mungkin tentang lelaki lain.
Hanya saya kawan awak? Saya tahu hanya saya kawan awak di bawah sini,
tapi hanya saya kawan awak di seluruh Silo?
Itu agak menyedihkan.
Tak. Ia hebat.
Jika saya perlu ada kawan.
Awak mahu simpan itu?
Jika saya mahu berisiko dipenjarakan atau dihantar ke lombong
sebab salah satu mainan pelik awak? Tak.
Kita sudah pecah masuk Bekalan supaya awak dapat pita berharga awak.
Tak, supaya Mekanikal dan Silo dapat pita yang diperlukan.
- Awak tak buat apa-apa. - Hei.
Tak. Awak lukiskan peta.
Peta yang teruk. Saya buat semuanya sendiri,
termasuk baling bakon pada anjing dan lari lintang-pukang.
Sebab segulung pita.
George, pita itu selamatkan nyawa, okey?
Mungkin bukan pita IT yang teruk itu,
tapi Mekanikal, sebab itu saya lakukannya.
Saya tak ambil risiko untuk diri sendiri.
Saya buat untuk semua orang
dan barang pelik yang awak ada ini,
tak berbaloi risikokan nyawa untuknya.
Awak tak tahu fungsi sebenarnya.
Jika barang ini tak berbaloi untuk risikokan nyawa kita,
kenapa ia berisiko kepada kita jika adanya?
Saya tak tahu.
Saya juga sama.
Seseorang pernah gunanya sebagai alatan dulu.
Saya gunanya sebagai petunjuk.
Itu hobi yang berbahaya dan dungu.
Bukan semua barang ini barang tak sah.
Okey.
Ini...
mungkin tak bernilai seperti sepana soket
atau romantik seperti bunga dari Pertengahan.
Pada saya, jam ini...
segala-galanya.
Saya mahu beri kepada awak.
George, ia dah rosak.
Saya serius. Ia seperti pemberat yang lebih murah daripada kertas yang ia tahan.
Ia hadiah.
Dalam dunia penuh dengan sejuta ketidaktentuan, mungkin jam ini
dan relik pelik begini...
- George. - ...ialah kunci untuk jawapan
- persoalan paling penting Silo. - George.
Awak tak mahu tanya apa itu persoalan paling penting Silo?
Tolong berhenti bercakap.
Sebelum awak rosakkan semuanya.
PERAYAAN KEMAAFAN
OLEH SEBAB KEJADIAN BARU-BARU INI DAN DENGAN SEMANGAT MUHIBAH,
PENDUDUK DIGALAKKAN UNTUK LUPAKAN KESEDIHAN LAMPAU
KITA MAHU DENGAN BERSATU
PANGKALAN DATA RELIK KEGUNAAN PENGUATKUASA SAHAJA
KUNING, PLASTIK
PEMEGANG BIRU
MENUNGGU JAWAPAN
DATA TIDAK MENCUKUPI
Tak guna.
Awak tak hantarnya ke Judicial?
Awal awak sampai.
Ini hari pertama awak lebih awal.
Nota itu untuk saya?
Porter bawanya dari Kitar.
Menyimpan relik tak sah melebihi 12 jam
sebelum beri kepada Judicial ialah jenayah serius.
TAK JUMPA BENDA AWAK CARI.
Walaupun syerif.
- Bagaimana awak tahu ia tak sah? - Saya tak tahu.
Klausa 75A-11: Siasatan mengenai relik boleh dijalankan
oleh syerif atau Jabatan Judicial apabila...
Apabila relik yang dikenal pasti berkaitan dengan jenayah serius.
Pembunuhan satu jenayah serius.
Awak baca perenggan seterusnya? Hanya dengan kebenaran Judicial.
Maksudnya?
Jika awak mahu siasat relik, awak perlu jumpa Hakim Meadows.
Saya banyak dengarnya. Kenapa tak koyak muka surat Pakatan
dan tinggalkan yang kata, "Jumpa Hakim Meadows"?
Awak pernah cakap dengan dia?
Dia ada lalu di pejabat semasa saya di Judicial.
Kebelakangan ini, jika menang pertandingan Pakatan pun,
Sims yang beri pin.
Ada pertandingan tentang mengetahui Pakatan?
Saya menang empat kali.
- Lebih banyak berbanding orang lain. - Sudah tentu.
Saya orang biasa pada Judicial.
Awak syerif.
Berbeza kalau awak mahu jumpa Meadows.
Selamat Hari Kemaafan. Hari ini untuk kesatuan, keluarga dan rakan.
- Selamat Hari Kemaafan. - Selamat pagi.
- Billings. Syerif. - Sims.
- Apa khabar? - Sihat.
- Bagaimana dengan Judicial? - Semuanya bagus.
Hakim.
Saya tak begitu sihat, jadi cakap cepat.
Saya datang sebab siasatan tentang Trumbull.
- Saya sangka ia sudah selesai. - Ya.
Timbalan Billings temui ini lebih kurang sepuluh jam lepas
semasa pemeriksaan yang kami lakukan bersama Timbalan Karins.
Jumpa di mana?
Rumah Trumbull. Dalam bilik air, tuan.
Saya mahu jalankan siasatan relik
untuk mengenal pasti pesalah seperti Trumbull
sebelum mereka bertindak.
Hakim, Pakatan menyatakan aktiviti jenayah yang mengganggu
- selalunya bermula dengan... - Dokumen dan relik tak berlesen. Ya.
Apa relik ini?
Saya tak tahu. Sebab itu saya mahu siasat.
Ini bukan milik Trumbull.
Saya tak peduli tempat awak temuinya. Ini bukan milik Trumbull.
Awak tahu kami ada fail untuk semua relik yang ditemui selama 140 tahun ini.
Ya, saya sudah periksa pangkalan data dan...
"Kami" bukan bermaksud kita semua, tapi Judicial.
Kami ada katalog maklumat yang lebih meluas.
Contohnya, jam yang awak pakai itu.
Kami di Judicial tahu, saya tahu, yang barang itu,
walaupun berada pada awak,
ia didaftarkan kepada George Wilkins yang sudah meninggal dunia.
Lelaki yang awak kata dibunuh.
Kemalangan berlaku.
Syerif Becker buat saya sedar yang kematian Wilkins juga kemalangan.
Sebab itu saya mahu buka siasatan ini.
Supaya kita boleh tahu tentang benda yang tiada dalam katalog kamu.
Contohnya, rakan sekerja yang sangat rapat dengan awak, Douglas Trumbull,
- ialah pembunuh. - Syerif Nichols.
Hakim, boleh saya cakap?
Silakan.
Selesaikannya cepat. Saya mahu balik sebelum keadaan sesak.
Siasatan relik satu keputusan yang bijak.
Khususnya hari ini, semasa Perayaan Kemaafan,
orang lebih mahu kembalikan barang
tanpa hadapi kesan undang-undang. Saya setuju dengan siasatan itu...
- Okey. - ...jika awak bawa Paul bersama.
Anak saya mungkin lebih tahu tentang Pakatan berbanding awak.
Awak sentiasa perlukan pakar dengan awak untuk hasilkan senarai.
Setiap jenayah, relik dan nama pemiliknya.
Ya, sudah tentu.
- Apa rancangan awak? - Awak boleh balik. Jumpa sejam lagi.
Syerif, apabila Sims berminat,
Judicial akan perhatikan awak ke semua tempat awak pergi. Setiap tingkat.
Sama ada orangnya atau kawan Silo yang berbisik. Mereka boleh jadi sesiapa saja.
Sama ada awak suka atau tidak, saya bersama awak sepanjang hari ini.
Ada lelaki ditangkap sebab relik dan dia terhutang budi dengan saya.
Ayuh.
- Biar betul. Siapa saya bunuh kali ini? - Ada soalan tentang relik.
Untuk seseorang di alamat ini?
Awak keluar atau kami masuk?
Saya tahu kata-kata Marnes tentang saya, tapi saya lelaki biasa.
Saya cat dinding. Itu pekerjaan saya. Saya tak jual relik tak sah.
Siapa saya perlu cari untuk relik sah?
Saya tak tahu.
Saya dah tak berurus niaga.
Khususnya benda begitu.
Jam?
- Jam yang berfungsi. Siapa awak? - Hei.
Setidaknya lelaki sebelum ini perkenalkan diri mereka.
Saya Timbalan Billings. Timbalan Syerif baharu.
Saya tak peduli.
Syerif, saya tak tahu awak mahu saya buat apa, okey?
Walau apa pun saya cakap atau tak cakap, awak tetap akan tangkap saya.
Tak pada Perayaan Kemaafan.
Mengarut. Awak tak tangkap sekarang,
awak masukkan nama saya dalam senarai yang dicatit orang Judicial ini. Kemudian?
Suatu hari, tiba-tiba, saya sedang buat aktiviti biasa...
No comments yet. Be the first to leave one.