La unuaj 200 linioj.
Awak kenal orang ini?
Entahlah...
...saya kurang pasti.
Baiklah, terima kasih.
Maaflah, saya nak cepat.
Biar saya bayar dahulu.
Dia adalah lelaki kacukan Korea dan Cina...
...yang berusia 30-an.
Dan mempunyai tatu kala jengking di lengannya.
Semua orang ini adalah orang yang sama.
(Alamat: 18 Saerimro, Hanganggu, Seoul)
Penjenayah itu berada di Saerimro.
Ini saya.
Saya dah jumpa penjenayahnya.
Saya sekarang berada...
Helo?
Apa yang terjadi?
Helo?
Datanglah jumpa saya petang ini, mari kita makan malam.
Jumpa di Restoran Gombo berdekatan dengan kedai jam.
Saya belanja makan.
Jumpa di Restoran Gombo berdekatan dengan kedai jam.
Awak ingat awak boleh lari selama-lamanya?
Siapa yang upah awak?
Siapa yang suruh awak memerangkap Seo Jin Woo?
Siapa awak?
Adakah Pengarah Seok Joo Il yang suruh awak lakukannya?
Lepaskan perempuan itu.
Dia tak ada kena-mengena dalam hal ini.
Kenapa awak peduli?
Awak pun nak mati juga?
In Ah.
Lee In Ah. Bangun!
In Ah!
Tutup mulut awak dulu.
Saya akan uruskan segala-galanya.
Jadi awak bertahanlah sekejap.
Awak faham, bukan?
Cepat sikit uruskan hal ini.
Faham?
Orang tak guna ini.
Peguam Seo.
- Awak cederakah? - Saya okey.
Saya sangat risaukan awak.
Awak tak apa-apa?
Saya tak apa-apa. Awak pula macam mana?
Saya juga tak apa-apa.
Hari ini Jin Woo seperti buat penggambaran filem aksi.
Taklah sampai begitu.
Marilah kita pergi.
Baiklah.
Ya, Kyu Man.
Seo Jin Woo dah dilepaskan.
Apa awak kata?
Pendakwa Raya Lee In Ah...
...dah tangkap penjenayah sebenar.
Pendakwa raya itu lagi?
Seo Jin Woo dah keluar dari senarai orang yang dikehendaki.
Pelik sungguh.
Kenapalah ada orang yang tak boleh buat kerja mereka dengan betul?
Buat saya marah sajalah.
Saya memang tak faham betul.
Mak cik.
Awak ingat awak boleh terlepas sebab awak baru dapat lesen kereta?
Awak salah pilih lawan hari ini.
Hari ini angin saya memang tak baik.
Awak duduk diam-diam. Jangan keluar kalau tak nak cedera.
Kenapa ini pun tak boleh uruskan?
Saja nak buat orang naik darah.
Buat kerja awak!
Tak guna! Saya patut bunuh awak!
Sakit tekak saya.
Peguam Park.
Saya buat masalah lagi.
Cepat datang sini dan uruskan.
Kenapa awak...
...mesti buat begitu?
Awak tak tahukah kenapa saya lakukan kerja ini?
Saya tak nak...
...tangan awak kotor dengan darah disebabkan oleh mereka.
Dong Ho!
Joo Il!
Kenapa awak...
...sentiasa buat kerja kotor untuk orang lain?
Tak bolehkah...
...awak berhenti dari...
...melakukan kerja begini?
Dengar sini baik-baik.
Dari dulu hingga sekarang...
...saya tak pernah menyesal dengan segala keputusan yang saya buat.
Walaupun tangan saya dikotori dengan darah sepanjang perjalanan itu...
...saya akan pastikan itu adalah keputusan yang betul.
Joo Il.
Awak tahu bukan...
...ada 150 orang yang bekerja di bawah saya?
Buat keputusan sekarang.
Awak mahu menyebelahi Jin Woo...
...atau terus bersama dengan saya?
Saya berharap...
...awak memilih jalan yang sama dengan saya.
Macam mana awak boleh pergi mencari pembunuh seorang diri?
Tak ada pilihan lain.
Saya terpaksa tangkap dia untuk bersihkan nama awak.
Jangan buat begitu lagi.
Kenapa awak datang ke sini?
Saya dengar yang pembunuh sebenar...
...telah ditangkap.
Mak saya cakap...
...kalau ada apa-apa yang terjadi pada dia...
...saya mesti siarkan video ini...
...kepada dunia.
Tapi...
...saya rasa saya patut serahkan video ini kepada awak.
Saya tahu dah terlambat...
...tapi saya harap...
...nama ayah awak akan dibersihkan dan dibebaskan daripada penjara.
Saya minta maaf...
...bagi pihak mak saya.
Saya benar-benar minta maaf bagi pihak mak saya.
Puan, saya harap...
...awak tak dedahkan perkara yang terjadi hari ini...
...di Internet.
Okey, awak boleh balik sekarang.
Apalah yang saya buat di sini?
Saya ialah...
...Kim Hyeon Ok.
Empat tahun lalu...
...dalam perbicaraan kes pembunuhan pelajar Kolej Seochon...
...saya telah beri keterangan palsu.
Pada pagi 2 Disember...
...saya tak pernah nampak Seo Jae Hyuk...
...sembunyikan sesuatu...
...di dalam pejabat di vila itu.
Malam itu...
...Seo Jae Hyuk tidak masuk ke pejabat pun.
Semua yang saya katakan ini...
...adalah benar.
Saya minta maaf.
Saya benar-benar minta maaf.
Saya minta maaf.
Saya minta maaf.
(Permohonan perbicaraan semula diluluskan.)
Permohonan perbicaraan semula kes pembunuhan...
...pelajar Kolej Seochonyang berlaku pada Disember 2011 ...
...kini telah diluluskan.
Mahkamah mengumumkan...
...yang saksi telah memberikan keterangan palsu...
...dan kes ini dibuka semula atas sebab ini.
Kes pembunuhan pelajar Kolej Seochonyang...
...telah dibuka semula.
Apa komen awak?
Kesalahan seseorang tertakluk kepada undang-undang...
...dan bukan tertakluk kepada orang lain.
Tapi seperti dalam kes ini...
...masih ada yang menjadi mangsa...
...kepada undang-undang ini.
Kami bukan saja menegakkan keadilan bagi pihak klien kami...
...tetapi demi keadilan semua orang juga.
Kami tak akan berputus asa.
Tertuduh Seo Jae Hyuk ialah ayah awak sendiri.
Apakah pendekatan yang awak akan lakukan?
Sama seperti kes yang lain...
...saya akan berusaha untuk membuktikan...
...klien saya tidak bersalah.
Tak ada apa yang berubah...
...hanya kerana tertuduh itu adalah ayah saya.
Saya akan buktikan yang tertuduh tak bersalah...
...dan kebenaran akan terungkai.
Ayah, saya akan halang perbicaraan semula kes itu.
Tidak.
Saya akan menang dalam perbicaraan semula kes itu.
Ayah, berilah peluang sekali lagi.
Tolong berikan saya satu lagi peluang.
Sampai bila ayah mesti uruskan hal awak?
Sampai bila?
Saya akan berusaha sedaya upaya. Hingga ayah puas hati.
Kalau awak tak nak jadi seperti mak awak...
...awak mesti menang dalam perbicaraan semula kes ini.
Kalau kali ini...
...imej syarikat kita tercemar lagi...
...ayah tak akan...
...maafkan awak.
Baiklah, ayah. Saya faham.
Saya akan menang dalam perbicaraan semula kes ini.
Pendakwa Raya Lee.
Awak ingat saya berguraukah?
Bukankah saya suruh awak semak kes dahulu?
Kenapa awak boleh berada di Saerim-dong?
Masa saya menyiasat kes dahulu...
...saya dapati ada persamaan dengan kes di Jongsan-dong...
...jadi saya pergi ke sana untuk siasat hal ini.
Awak tak tahukah peranan awak sebagai pendakwa raya?
(Pendakwa raya mesti patuh pada pegawai atasan)
Tapi sebagai pendakwa raya, saya tak patut sembunyikan kebenaran.
Tapi persoalannya adakah awak melanggar...
...prinsip pendakwa raya?
Pendakwa Raya Lee, awak ingat ini baik-baik.
Mungkin kali ini saya boleh lepaskan awak...
...tapi lain kali awak mungkin tak bernasib baik.
Helo?
No comments yet. Be the first to leave one.