The first 200 lines.
Helo?
Dong Ho, kita ada masalah!
Pengarah Seok ditikam dan dia dalam keadaan koma.
Saya akan sampai sekejap lagi. Tolong jaga dia.
Joo Il.
Maafkan saya...
...Joo Il.
Maafkan saya.
Sang Ho.
Sekarang...
...kita akan bergelumang dengan darah.
Keadaan dah jadi begini...
...saya tak boleh berpatah balik lagi.
Peguam Seo!
Peguam Seo!
Awak tahu tak...
...Pengarah Seok...
Park Dong Ho.
Awak ditahan kerana disyaki cuba untuk membunuh Seok Joo Il.
Apa awak kata?
Lepaskan saya...
...sekarang juga.
- Geledah bilik ini. - Baik.
Aduh.
Kami jumpa senjata.
Apa lagi awak nak kata?
Bukti ada di sini.
Bawa dia.
Ini salah faham.
- Dong Ho. - Duduk diam.
Dong Ho!
Dia ditahan kerana cubaan membunuh?
Walaupun dia nampak macam ahli kongsi gelap...
...tak mungkinlah dia cuba nak bunuh orang.
Seok Joo Il itu dah macam ayah Park Dong Ho.
Awak tak rasa pelikkah?
Park Dong Ho...
...dah jatuh ke dalam perangkap mereka.
(Peguam Firma Il ho ditahan atas cubaan membunuh Seok Joo Il)
Apa sebenarnya yang terjadi ini?
Park Dong Ho...
...cuba bunuh Seok Joo Il?
Mereka seperti sebuah keluarga...
...dan pada waktu begini pula...
Sepatutnya dia ditikam saja.
Kongsi gelap bukanlah setia sangat antara satu sama lain, betul tak?
Kesetiaan mereka cuma atas kertas...
...dan mereka sanggup lakukan apa saja untuk terus hidup.
Peguam Park memang menakutkan. Saya patut berhati-hati.
Dalam perbicaraan kali ini...
...Peguam Park menyebelahi Seo Jin Woo.
Tapi sekarang dia pula dituduh cuba untuk membunuh.
Nampaknya musuh kita seperti kehilangan sebelah sayap.
Ini berita baiklah untuk kita.
Untuk perbicaraan seterusnya...
...saya akan patahkan sayap Seo Jin Woo pula.
Macam mana keadaan Joo Il?
Dia masih...
...dalam keadaan koma.
Budak-budak dia...
...menjaga dia di hospitalkah?
Mereka semua dah tinggalkan dia.
Hanya sepuluh orang saja tinggal.
Sang Ho.
Saya rasa ini semua...
...kerja Nam Il Ho.
Awak pun boleh nampak bila...
...orang bawahan Nam Il Ho, Penyiasat Bae datang tahan saya.
Saya rasa...
...Joo Il cuba melindungi awak.
Awak mesti jaga dia.
Faham?
Tapi...
...siapa akan jadi peguam awak?
Jangan risau.
Awak mesti risaukan Joo Il dulu.
Pengarah Jabatan Cukai sudah tukar.
Jadi siasatan tentang cukai ke atas sepuluh syarikat terbesar...
...akan dijalankan tak lama lagi.
Setiap kali jawatan bertukar saja, mereka akan buat bising.
Saya dah rancang untuk ketengahkan isu lain.
Jadi mereka akan berikan lebih perhatian kepada kita.
Nasib baik ada awak...
...kita boleh bersedia dari awal lagi.
Awak boleh keluar sekarang.
Cakaplah.
Orang-orang Seok Joo Il cuba selesaikan masalah sendiri...
...kerana ketua mereka sudah cedera.
- Jadi? - Mereka itu cuma ahli kongsi gelap.
Kalau kita rasuah mereka dengan duit...
...mereka akan ikut saja telunjuk kita seperti lembu dicucuk hidung.
Masalah lain tak akan timbul, bukan?
Tentulah, tuan pengerusi.
Lelaki yang tikam dia itu pun sudah bersembunyi.
Rasanya...
...Kyu Man tak tahu yang saya terlibat.
Betul itu, tuan.
Siapa akan jadi pendakwa raya?
Junior saya.
Tuan tak perlu risau tentang itu.
Jin Woo.
Boleh tak awak jadi peguam untuk Dong Ho?
Dong Ho kena sabotaj.
Awak pun tahu, bukan?
Tak mungkinlah Dong Ho cuba nak bunuh Joo Il.
Saya tak nak masuk campur...
...hubungan antara mereka berdua.
Jin Woo.
Saya merayu ini.
Awak sajalah harapan saya.
Berani awak kata begitu walaupun awak tahu apa yang Dong Ho...
...lakukan pada ayah saya?
- Jin Woo. - Awak memang tak malu.
Park Dong Ho yang mahu Peguam Seo mewakilinya, bukan?
Bukan dia yang suruh.
Saya sendiri yang mahu datang ke sini.
Hei.
Peguam Seo...
...tak mungkin akan mewakili dia.
Jadi, awak balik sajalah.
Jin Woo.
Cuma awak seorang saja yang boleh buktikan...
...Dong Ho tak bersalah.
Awak balik sajalah.
Awak pun tahu ini bukan mudah untuk dia.
Macam mana bekerja di bawah Nam Il Ho?
Betul cakap awak. Kita ini cuma orang suruhan.
Tapi...
...saya dapat jawatan sebagai pengarah...
...dan awak peguam paling mahal di Korea ini.
Macam mana dengan kesihatan ayah awak?
Oh, ya.
Nasib baiklah Pengerusi Nam Il Ho hulurkan bantuan...
...ayah saya bertambah sihat sekarang ini.
Macam mana perkara yang saya suruh awak buat itu?
Saya dah uruskan seperti yang awak suruh.
Masa kami cari Pengerusi Ha, awak juga banyak membantu.
Kalau perkara ini awak dapat uruskan dengan baik...
...awak tak akan lagi terkandas di sini selama-lamanya.
Saya akan lakukan sehabis baik...
...dan setia pada awak...
...dan tuan pengerusi.
Seok Kyu.
Yeo Kyung.
Saya tak rasa...
...Kyu Man cuma terlibat dalam kes ini saja.
Apa maksud awak?
Kyu Man dah lakukan jenayah yang lain juga.
Maksud awak...
...kes pembunuhan pelajar Kolej Seochon lima tahun lalu?
Saya belum pasti lagi.
Tapi...
...saya nak dengar cerita daripada pihak Kyu Man dahulu.
(Rekod kes pembunuhan pelajar Kolej Seochon)
Saya...
...cuba abaikan kes dadah abang.
Tapi...
...saya tak boleh biarkan saja dengan kes bunuh.
Apa awak cakap ini?
Saya tahu abang terlibat...
- ...dalam kes ini. - Yeo Kyung.
Ayah, janganlah asyik menyebelahi abang.
Ini bukan cara terbaik untuk abang...
Kyu Man...
...ialah pewaris Kumpulan Il Ho.
Awak bukan nak lindungi dia...
...tapi sibuk pula nak dedahkan kesalahannya.
- Ayah. - Ayah tak nak tengok awak lagi.
Keluar dari sini.
Rugi betul.
Sekali ayah benci awak, dia tak akan ubah fikiran lagi.
Saya ingat hidup saya senang sebab ada adik pendakwa raya.
Sedap betul.
Hei.
Awak pun satulah.
Awak dah perhatikan Song Ha Young?
Sebab dia tak tahu diamlah, saya ada masalah besar ini.
Baiklah, saya akan suruh orang kita ekori dia.
Banduan 2113.
Baju ini memang sesuai dengan awak.
Awak baru tahu baju ini sesuai dengan saya?
Kyu Man.
Awak patut bincang baik-baik dengan dia.
Kenapa awak tikam orang yang dah macam ayah sendiri ini?
Saya tak tahu pula awak begini.
Awak...
...betul-betul tak tahu...
...atau buat-buat tak tahu?
Awak tak tahu semua ini kerja ayah awak?
Apa?
Awak masih belum kenal siapa ayah awak lagi ini.
Inilah orang yang awak panggil ayah itu.
Kalau seseorang dah tak berguna, dia pasti akan hapuskannya.
Awak juga...
...akan terima nasib yang sama.
Tolong beritahu ayah awak.
Panah yang dia lepaskan itu...
...akan menikam belakang dia semula.
Hei.
Risaulah diri sendiri itu dulu.
No comments yet. Be the first to leave one.