La unuaj 200 linioj.
(Hati yang bersih. Membawa kejalan yang benar)
Jin Woo.
Maafkan ayah.
Jangan cakap begitu.
Kalau ayah pergi perbicaraan...
...peguam akan sangkalkan semua tuduhan atas ayah.
Ada peguam awam yang akan membantu...
...orang miskin seperti kita.
Orang kata ramai juga peguam awam yang bekerja bersungguh-sungguh.
Jadi janganlah bimbang.
Helo.
Apa khabar?
Jadi...
Saya Peguam Awam, Song Jae Ik.
Ini anak awakkah?
Saya nak bercakap tentang perbicaraan.
Kalau boleh saya nak bercakap dengan dia saja.
Saya mesti tahu apa yang akan berlaku dalam perbicaraan.
Ayah saya hanya ada saya.
Baiklah.
Saya dah tengok siasatan daripada pihak pendakwa raya.
Perbicaraan ini mungkin agak sukar.
Bukti dan...
...pengakuan kesalahan tak berpihak kepada awak.
Akuan kesalahan itu...
- ...mereka yang paksa saya tulis. - Tak kisahlah...
...paksa atau sukarela. Sama saja.
Apa kata kalau awak mengaku bersalah saja?
Kalau awak mengaku bersalah dan memohon pengampunan...
...mungkin hukuman penjara akan dikurangkan selama setahun.
Tak, saya tak setuju.
Saya tak bertanggungjawab dengan keputusan perbicaraan.
Awak memohon perbicaraan dengan juri.
Bila dibicarakan, hakim akan soal sama ada awak mengaku bersalah.
Saya akan jawab bagi pihak awak dan awak duduk diam saja.
Awak pura-puralah awak tak bersalah.
Pura-pura tak bersalah?
Saya memang tak bersalah.
Baguslah begitu. Bagus.
Awak mesti buat muka begini nanti.
Encik.
Awak tak percayakan ayah saya?
Apa?
Bukankah awak yang akan melawan untuk ayah saya di mahkamah nanti?
Kalau awak tak percaya dia...
...siapa yang akan percaya ayah saya?
Begitu...
Saya kena percaya.
Baiklah, saya percaya dia.
Apa awak buat di sini?
Semua benda saya kena laporkan pada awakkah?
Saya dipilih sebagai juri.
Bukankah seronok melihat perbicaraan?
Seronok?
Pada awak perbicaraan perkara yang seronok?
Ada yang kalah...
...ada yang menang. Itulah perbicaraan.
Sama seperti permainan.
- Gantung sampai mati! - Gantung sampai mati!
Seo Jae Hyuk, pembunuh...
...haruslah dihukum gantung sampai mati!
- Gantung sampai mati! - Gantung sampai mati!
Hei.
Hei.
Awak ingat saya lagi?
- Gantung sampai mati! - Gantung sampai mati!
- Gantung sampai mati! - Gantung sampai mati!
Pembunuh!
Gantung sampai mati!
- Gantung sampai mati! - Gantung sampai mati!
Ayah.
Itu dia. Itu anak Seo Jae Hyuk!
Awak tak apa-apa?
Ya, saya tak apa-apa.
Aduhai.
Bukankah awak ini Park Dong Ho?
Helo.
Saya peguam Song Jae Ik.
Saya tak rasa awak minum sebelum perbicaraan bermula.
Ini kes pertama awakkah?
Saya cuba berlagak biasa...
...tapi tak boleh.
Peguam awam?
Itu pun awak tahu?
Perbicaraan apa?
Kes pembunuhan Oh Jung Ah.
Perbicaraan dengan juri.
Peguam awam baru macam awak dapat kes besar begini.
Saya buat sebab kerajaan suruh. Kalau tak, siapa nak uruskan?
Alamak.
Jantung saya berdegup kencang.
Siapa lawan awak?
Pendakwa Raya Hong Mu Suk.
Awak kenalkah?
Kenal juga.
Dia itu menjengkelkan...
...dan dia boleh buat cerita lebih baik dari penulis novel.
Tapi...
...dia memang pandai ambil hati juri.
Kenapa buat perbicaraan dengan juri?
Tertuduh yang minta.
Mana ada tertuduh yang datang ke sini...
...mengaku bersalah?
Semuanya pura-pura tak bersalah, tak sengaja...
...tak berdosa.
Tapi...
...selain jantung awak, awak ada masalah lainkah?
Tentang itu...
...ada satu lagi.
Ayah.
Sila bangun.
Silakan duduk.
Perbicaraan kes jenayah...
...di Mahkamah Seoul...
...akan bermula.
Pertama sekali...
...ini adalah perbicaraan dengan juri.
Ketua juri, sila angkat sumpah.
Kami, juri dalam perbicaraan ini...
...bersumpah akan mengadili kes ini dengan adil...
...mengikut bukti dan keterangan oleh hakim...
...dan memberikan penilaian kami.
Pendakwa raya, berikan kenyataan pembukaan.
Berkenaan kes pembunuhan Oh Jung Ah pada 2 November 2011 ...
...kami mendakwa tertuduh Seo Jae Hyuk merogol dan membunuh.
Peguam bela, berikan kenyataan.
Ya, anak guam saya...
...menafikan...
...dengan tuduhan...
...yang dinyatakan.
Anak guam saya mengaku tidak bersalah.
Tolong diam.
Peguam bela, awak yakin boleh teruskan?
Awak nampak tak sihat.
Saya tak apa-apa.
Seronok betul dapat tengok dia tergagap-gagap begitu.
Cik Oh Jung Ah dibunuh selepas dirogol.
Terdapat kecederaan di bahagian alat sulit mangsa.
Kami tidak menjumpai kesan air mani dalam tubuh mangsa.
Ini kerana tertuduh Seo Jae Hyuk menggunakan alat pelindung.
Dari sini, kita boleh tahu ini bukan pembunuhan tanpa niat...
...tetapi pembunuhan yang telah dirancang.
Ada buktikah?
Tertuduh, Seo Jae Hyuk...
...telah merancang untuk membunuh mangsa selepas merogolnya.
Pertama sekali, dia memukul kepala mangsa sebelum menjerut lehernya.
Tertuduh telah menikam mangsa dengan pisau yang dibawanya.
Jadi tidak dapat dinafikan lagi ini adalah pembunuhan terancang.
Itu cuma andaian.
Jangan reka ceritalah. Beritahu saja faktanya.
Berapa kali awak tikam?
Sekali?
Dua kali? Tiga kali?
Tidak.
Mengikut laporan forensik, Oh Jung Ah sudah tidak bernafas...
...selepas tikaman pertama.
Tetapi tertuduh...
...tidak berhenti...
...dan terus menikam mangsa.
Peguam, awak buat apa?
Kenapa tak tanya mana senjata jenayah?
Tikam dan terus menikam.
Walaupun tahu mangsa dah mati, tapi kenapa dia masih teruskan?
Dia rasa seronok ketika membunuh.
Itu hanyalah...
...andaian pendakwa raya sahaja.
Saya salah dengarkah? Awak kata apa?
Andaian pendakwa raya.
Andaian?
Ini bukan andaian tapi berdasarkan logik akal.
Bantahan diterima.
Pendakwa raya, sila kemukakan bukti bersama kenyataan awak.
Mahkamah bersurai.
Minumlah.
Jangan risau pasal nak menang kes itu lagi.
Tapi buatlah kerja awak betul-betul.
Mereka kata ini fobia mahkamah.
Masa percubaan perbicaraan tak ada masalah...
...bila keadaan sebenar jadi begini pula.
Aduhai.
Aduh, panas.
Doktor kata...
...penyakit ini tak boleh diubat melainkan terus hadir di mahkamah.
Sementara nak tunggu gagap awak pulih...
...ada orang yang mati dulu.
Nak buat macam mana?
Awak tanya nak buat macam mana?
Nak kena budak ini.
Saya...
...jumpa benda ini di luar.
Betulkah awak orang pertama yang jumpa mangsa?
Ya.
Betulkah awak kenal mangsa...
...lebih dari sepuluh tahun kerana tinggal di kawasan yang sama?
Ya.
Semasa disoal siasat polis...
...awak mengatakan awak tak kenal mangsa.
Ya.
Masa itu...
...saya tak ingat sebab itu saya jawab begitu tapi...
No comments yet. Be the first to leave one.