Eldonaj informoj

[SanKyuu]OredakeLevelUpnaKen(SoloLeveling)-01[WEB1080pAV1E-AC3][497188F2]
Komentaĵo de petala

Etikedoj

web
AC3
1080
Publikigita je: 2024-01-25
Elŝutoj: 44
Aŭdhandikapuloj: No

Antaŭrigardo de Malay subtekstoj

La unuaj 194 linioj.

3 TAHUN LALU

Kapten, kita pergi bantu mereka juga.

Awak tahu ini tak berguna, betul?

Senjata konvensional kita

takkan dapat mencederakannya.

Kita cuma serahkan hal ini

kepada semua pemburu itu.

Lawan masing-masing!

Jika tempat ini diterobos, garis pertempuran kita akan hancur!

Jangan undur!

Tak boleh.

Ini bukan lawan yang mampu kami tangani.

Tak guna.

Saya hampir hilang kesedaran.

Ini ialah sihir pemulihan?

Hebatnya.

Luka saya sembuh dalam sekelip mata.

Bahaya!

Byung-gu, meniarap!

Abang Yoonho!

Serah kepada saya.

Ini tahap S.

Pemburu tahap S sudah datang.

Awak pecut terlalu depan, Byung-gu.

Maaf.

Saya nak selamatkan sebanyak yang mungkin.

Selain itu, saya yakin kamu berdua pasti akan melindungi saya.

Ia tak nampak seperti Bos.

Rasanya ia ialah ketua semua raksasa ini.

Byung-gu, tolong jaga mereka yang tercedera.

Serah kepada saya, Abang Yoonho.

Seranglah, Eunseok.

Baik.

Rasakan!

Lelaki ganas.

Apa?

Nampaknya ia bukan ketua.

Menarik.

Nampaknya mereka sampai tepat pada masa.

Jika begitu,

mari kita mula juga.

Encik Choi, kami sudah bersedia.

Baik.

Semua orang, serang sekarang!

Lebih daripada sepuluh tahun lalu,

"portal" yang menghubungkan dimensi lain tiba-tiba muncul di dunia ini.

Dalam portal itu,

terdapat pelbagai raksasa dan haiwan iblis.

Senjata konvensional tak dapat lawan mereka.

Hanya Pembangkit dengan keupayaan khas mampu melawannya.

Mereka digelar sebagai "pemburu".

Berdasarkan kuasa sihir, pemburu diklasifikasikan

mengikut tahap

S, A, B, C, D dan E.

Namun, setelah bangkit, tak kira seberapa keras mereka cuba,

keupayaan mereka takkan meningkat lagi.

3 TAHUN KEMUDIAN

SEKARANG

Semoga berjaya untuk misi serangan hari ini.

Terima kasih.

Hei, Kim.

Lama tak jumpa.

Eh?

Bukankah ini Park? Kenapa awak datang?

Bukankah awak tak nak jadi pemburu lagi?

Sebab isteri saya mengandung anak kedua.

Begitu rupanya.

Lagipun, kita akan dapat banyak duit jika berjaya menyelesaikan misi serangan.

Namun, saya sangat risau.

Sudah lama saya tak menjalankan misi, saya tak pasti badan saya mampu tahan tak.

Lagipun, keupayaan saya juga biasa saja.

Eh, bukankah ini Sung?

Sung, selamat pagi.

Terima kasih atas usaha awak dalam cuaca sejuk ini.

Mohon berikan tunjuk ajar juga hari ini.

Hei, Sung.

Adakah awak makan dengan baik?

Ya, saya makan dengan baik.

Siapakah dia? Dia sangat hebat?

Kenapa semua orang bertegur sapa dengannya?

Ia sebaliknya.

Dia menyertai selepas awak berhenti.

Nama panggilan budak itu ialah "Senjata Manusia yang Paling Lemah".

Paling lemah? Bukan senjata paling kuat?

Paling lemah.

Dia tercedera juga di penjara bawah tanah tahap E dan masuk ke hospital.

Mungkin dia orang paling lemah dalam kalangan pemburu.

Biar betul? Dia begitu lemah?

Jadi, jika budak itu dipanggil, maknanya misi ini sangat mudah.

Begitu rupanya.

Tak elok jika dia dengar.

Sekian saja untuk topik ini.

Saya telah dengar kesemuanya.

Namun,

katanya ialah hakikat, jadi saya tak dapat membantah.

Jinwoo, kenapa awak tercedera lagi?

Joohee rupanya.

Kita akan menjalankan misi bersama-sama lagi.

Berbanding hal ini, kenapa ada luka pada muka awak?

Itu sama seperti biasa.

Awak harus berhati-hati.

Saya dengar awak masuk ke hospital juga.

Saya satu-satunya orang yang tercedera di penjara bawah tanah tahap E.

Eh? Pasukan awak tiada penyembuh?

Orang lain ialah pemburu tahap tinggi, jadi mereka tak perlukan penyembuh.

Kenapa begitu?

Mereka tak kisah tentang keselamatan orang lain?

Tak apa-apa, saya yang terlalu lemah.

Joohee, awak sepatutnya jelas juga.

Saya sudah biasa.

Rasanya kita sudah perlu masuk. Mari kita pergi.

Sila izinkan saya

untuk mencalonkan diri sebagai kapten misi serangan ini.

Saya Song Chiyul.

Selamat berkenalan.

Sudah tentu.

Lagipun, awak pemburu tahap tertinggi dalam kalangan kita.

Saya lega jika awak menjadi ketua.

Selamat berkenalan, Encik Sung.

Baik.

Jadi, adakah kamu sudah bersedia?

Mari kita masuk.

Sung.

Awak harus ikut kami, jangan tercedera ya.

Baik.

Mari kita berusaha bersama-sama.

Pisau kecil dengan hanya sedikit kuasa sihir.

Saya hanya mampu beli pisau ini dengan pendapatan saya.

Namun, janji saya ada senjata.

Saya mesti menunjukkan prestasi yang baik hari ini.

Terima kasih atas usaha awak, Presiden Go.

Bagaimana hasil perbincangan dengan kerajaan?

Kata mereka sentiasa sama.

Mereka nak kita elakkan kejadian "Kepecahan Penjara Bawah Tanah"

dan minta kita bekal barang yang diperoleh dari penjara bawah tanah secara tetap.

Permintaan mereka tiada sebarang masalah.

Jual bekalan yang diperoleh dari penjara bawah tanah ialah cara kita cari rezeki.

Kristal yang diperoleh daripada haiwan iblis yang ditewaskan

juga dikenali sebagai batu sihir.

Ia boleh dijual untuk dapat duit.

Saya telah berjaya.

Saya telah dapat yang pertama...

Jinwoo!

Jinwoo!

Joohee, awak undur.

Rasakan!

Saya akan tewaskan haiwan iblis seterusnya.

Joohee, awak merawat Sung.

Baik.

Tiada masalah.

Saya pasti akan merawat awak.

Batu sihir yang diperoleh daripada haiwan iblis tahap tinggi

boleh menghasilkan senjata yang lebih kuat untuk lawan haiwan iblis yang lebih kuat.

Batu mana yang diperoleh dari penjara bawah tanah juga dapat hasilkan senjata,

tapi kesannya tak setanding batu sihir.

Namun, tujuan permintaan kerajaan ialah...

Mereka mahu menggunakannya sebagai sumber tenaga baharu.

Benda ini lebih selamat daripada penjanaan tenaga nuklear.

Ia lebih cekap daripada penjanaan kuasa hidro, angin dan geoterma.

Kesan pencemaran udara juga rendah berbanding kuasa haba.

Ia merupakan tenaga hijau yang paling ideal.

Kerajaan sedang kaji cara untuk menjana elektrik melalui batu sihir dan batu mana.

Sumber terhad yang hanya boleh diperoleh melalui pemburu.

Jadi, peranan pemburu adalah sangat penting.

- Baguslah! - Sudah berjaya!

Kita berjaya menewaskan Bos penjara bawah tanah!

- Bagus. - Encik Song memang hebat.

- Dah berjaya. - Bagus.

Jinwoo.

Adakah awak berkeras nak jadi pemburu kerana ketidakpuasan?

Jika berterusan, sesuatu akan terjadi pada awak kelak.

Bukan saja perut awak,

seluruh badan awak penuh dengan luka serius.

Maaf.

Saya bukan nak awak minta maaf!

Saya sedang risau tentang awak.

Semua, kamu telah siap mengambil rampasan?

Sudah.

Urat batu mana tak banyak di sini.

Kita takkan dapat banyak duit.

Sudah tamat?

Rampasan saya cuma batu sihir tahap E.

Tak berbaloi untuk saya merisikokan nyawa.

Hei.

Semua, mari ke sini.

Adakah ini gua?

Lorong bawah tanah?

Rasanya gua ini sangat mendalam.

Adakah ini penjara bawah tanah berganda?

Saya pernah dengar tentang itu.

Patutlah penjara bawah tanah tidak tutup selepas Bos ditewaskan.

Ya, saya pun rasa pelik.

Maknanya...

Ya.

More Malay subtitles for Solo Leveling

Komentoj

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left