Freefall: A Reckoning for Boeing

Freefall: A Reckoning for Boeing

Laadige alla Malay subtiiter

Väljalaske info

Freefall A Reckoning for Boeing 2026 NF WEB h264-EDITH
Kommenteerib tedi
Retail NF | 1:35:15

Sildid

webdl
Avaldatud: 2026-08-19
Allalaadimised: 1
Kuulmispuudega: No

Malay subtiitrite eelvaade

Esimesed 200 rida.

Menentang syarikat besar seperti Boeing

bukan perkara biasa.

Tolong angkat tangan kanan.

Adakah kamu bersumpah keterangan yang akan diberi

adalah benar, dengan nama Tuhan?

Ya.

Boeing akan lawan kita habis-habisan.

Jadi, dia mengarahkan orang untuk melanggar peraturan

yang boleh menyebabkan mereka dikenakan tindakan undang-undang.

Kami mungkin membahayakan orang awam.

Kesan daripada keterangan yang dia berikan

membuatkan saya terdiam.

John berani kerana bersuara.

Tapi saya fikir

benda ini boleh buat seseorang mati.

Kami jadualkan John untuk terus beri keterangan

pada keesokan pagi.

Tapi pada pukul 10 pagi, John masih belum tiba.

Jadi, saya telefon hotel

dan minta disambungkan ke biliknya,

tapi tiada jawapan.

Saya minta seseorang periksa jika dia masih tidur.

Mereka kata, "Dia tiada di situ."

Saya tanya, "Ada trak dia di luar?"

Pengurus itu kembali dan kata

dia pergi ke trak John dan lihat dari tempat penumpang.

Kemudian, dia hubungi 999.

Boeing memberi dunia satu lagi sebab untuk takut terbang.

Beberapa pesawat Dreamliner baharunya terbakar.

Enjin Boeing 777 gagal beberapa minit selepas berlepas.

Ini rumah ibu bapa saya selepas enjin 777

meletup di udara.

Seratus dua puluh sembilan penumpang dipindahkan. Lima orang cedera.

…lima puluh cedera selepas pesawat hilang kawalan di udara.

Seorang penumpang maut akibat letupan.

Ini perkara yang sangat berbahaya yang terus berlaku.

Apabila kita lihat semua berita dan insiden,

kita tertanya-tanya bagaimana Boeing masih beroperasi.

PENYIASAT KUALITI BOEING 2011-KINI

Saya masih mendongak setiap kali dengar bunyi pesawat.

Kagum.

Ya.

Saya sentiasa suka penerbangan.

Ayah saya bekerja untuk F-14.

Jadi, saya selalu pergi ke pagar dan lihat pesawat berlepas.

Kerana saya membesar di Seattle,

saya selalu fikir saya akan bekerja di Boeing.

Saya sangat gembira apabila Boeing ambil saya bekerja.

Boeing syarikat yang hebat dulu.

Kalau kita pakai baju Boeing,

orang akan datang bercakap dengan kita.

Ia satu kebanggaan.

Enjin dihidupkan.

Pesawat berlepas.

Saya dah lama jadi saintis roket, tapi saya nak beralih kepada pesawat.

Saya nak bekerja di syarikat pengeluar pesawat terbaik di dunia.

Lebih satu abad

Boeing mengubah perjalanan di seluruh dunia.

…syarikat aeroangkasa terbesar di dunia.

Saya bangga bekerja dengan Boeing. Saya masih bangga bekerja dengan Boeing.

Boeing mengubah hidup saya.

Kami sangat miskin semasa kecil

dan trajektori kewangan berubah sepenuhnya.

Bekerja di Boeing,

bekerja di sana merupakan satu kebanggaan.

Ini Boeing.

Mereka bina pesawat

dan sentiasa ada satu idea.

Jadikan semuanya lebih baik daripada yang sepatutnya.

Syarikat Boeing sangat unik kerana jika ada pertikaian,

jabatan kualiti akan buat keputusan akhir

untuk luluskan hasil kerja itu atau tidak.

- Kita dah bersedia, kan? - Ya.

Setiap kerja diperiksa oleh dua atau tiga orang

untuk memastikan ia tepat.

Saya rasa ia takkan berjaya.

Dulu, kualiti ialah brek sistem.

Kalau ada masalah, pengurus kualiti hentikan kerja.

Pengurusan sokong kami.

- Suruh mereka tunggu. - Okey.

Kemudian, suasana itu berubah.

Bagaimana rasanya menjadi CEO yang baru tiba…

Hari pertama bagaimana? Apa yang awak jumpa di Boeing?

Kami bermula dari awal.

Budaya perlu dibincangkan dari bawah ke atas.

Kemerosotan Boeing.

Banyak puncanya boleh dikesan sejak pelantikan CEO Jim McNerney.

Dia nampak seperti calon yang sempurna.

Dia belajar di Yale untuk ijazah sarjana

dan di Harvard untuk MBA.

Jim McNerney nampak seperti

seorang senator AS daripada Central Casting.

KEPIMPINAN BOEING

Jim McNerney ialah eksekutif lama di General Electric dan anak didik

CEO paling berpengaruh pada abad ke-20,

Jack Welch.

Saya, seperti ramai orang lain, sebahagian daripada impian Amerika.

Jack Welch ialah CEO pertama syarikat besar Amerika

yang fokus untuk memaksimumkan keuntungan walau apa pun.

Dia memperkenalkan penggunaan sumber luar,

pemindahan operasi ke luar negara, pemberhentian besar-besaran.

Perkara terbaik yang boleh dibuat

sebaik saja kita tahu mereka sepuluh terbawah,

beritahu mereka.

Jack Welch di GE akan singkirkan 10% pekerja terbawah setiap tahun.

Pekerja sentiasa risau tentang pekerjaan mereka.

Dengan semua strategi ini, Jack Welch menjadikan GE

syarikat paling bernilai di dunia.

Syarikat yang hampir semua syarikat Amerika lain kagumi.

Lembaga Boeing juga tidak terkecuali.

Saya tahu saya nak uruskan sesuatu. Saya tak tahu apa.

Apabila McNerney ambil alih,

Boeing mengutamakan keuntungan seperti Jack Welch.

Dia juga ditugaskan untuk membangunkan pesawat baharu.

Pesawat 787 baharu belum dibina,

tetapi Boeing yakin dengan keselesaannya

dan menamakannya Dreamliner.

Mereka bentuk dan membina 787

akan menelan belanja kira-kira 10 bilion dolar,

tapi lembaga Boeing tak nak buang duit.

Ada sumber beri saya dokumen yang menunjukkan rancangan Boeing

untuk bina pesawat ini dengan harga lima bilion dolar,

separuh daripada kos biasa.

BOEING MENGUBAH CARA PESAWAT DIBINA DENGAN 787

Boeing terkenal dengan kejuruteraan dan pembinaan pesawatnya.

Perubahan besar berlaku semasa 787 dibina.

787 DREAMLINER DIBINA DI LUAR NEGARA

Mereka mengupah syarikat luar untuk bina

bahagian-bahagian utama pesawat

untuk jimat kos.

Bahagian tengah badan dibina di Itali.

Sayap dan bateri dari Jepun.

Dari Korea Selatan, hujung sayap dan komponen belakang fiuslaj.

Hampir keseluruhan pesawat dibuat oleh syarikat luar.

Kami tahu ia akan memberikan kesan kepada keselamatan dan kualiti.

PENYUMBERLUARAN TIMBULKAN KERISAUAN

Kami tak boleh kawal lagi keselamatan komponen itu.

Kami perlu terima saja dan pasangnya pada pesawat.

KILANG PEMASANGAN BOEING

Komponen-komponen itu mula tiba daripada pembekal…

dan rancangannya,

pesawat akan dipasang dalam masa tiga hari.

Kali pertama Boeing menyambungkan dua bahagian fiuslaj,

seseorang hantar gambar kepada saya.

Ada jurang besar di antara kedua-duanya.

BOEING MENDAPATI KOMPONEN 787 TIDAK BEGITU SEPADAN

Masalahnya, sesetengah syarikat ini

tak dapat buat apa yang Boeing minta.

Mereka tak dapat hasilkan komponen yang sepatutnya.

Hasilnya teruk.

KOTAK SAYAP TERLALU KETAT

Terlalu banyak komponen pesawat dibuat oleh sumber luar.

Tiada yang serasi.

KEGAGALAN SUMBER LUAR

Kelewatan berlaku berturut-turut.

KELEWATAN DREAMLINER

Jadi, Boeing mahu bina barisan pemasangan 787 kedua

untuk meningkatkan pengeluaran.

SEATTLE, WASHINGTON

Boeing bermula di Seattle

dan tak pernah bina pesawat di tempat lain.

Di situlah Boeing mempunyai tenaga kerja

pembuatan penerbangan paling mahir di dunia.

Namun, kebanyakannya bersatu.

McNerney benci kesatuan.

Ia menelan kos lebih tinggi.

Pada tahun 2009, dia kata,

"Kita akan bina barisan 787 kedua di Carolina Selatan."

Saya bangga mengatakan

kami tiada kesatuan sekerja di Carolina Selatan

kerana kami tak perlukan kesatuan sekerja di Carolina Selatan.

Sekali lagi, kepimpinan Boeing

membuat keputusan bukan demi keselamatan,

tapi demi penjimatan kos, demi keuntungan korporat.

Apa yang awak belajar daripada jurutera

tentang mengembalikan dan membina semula

Boeing lama yang kita kenal?

Kita takkan kembali kepada Boeing lama.

Lima, empat, tiga,

- …dua, satu. - …dua, satu.

Potong!

Apabila Boeing buka kilang di Carolina Selatan,

tiada perniagaan penerbangan di sana.

Jadi, sudah tentu mereka tiada pekerja berpengalaman.

Mereka sering menghantar pakar dari kawasan Seattle.

John Barnett salah seorang pakar.

Semasa saya mula bekerja di Boeing,

sekumpulan daripada kami berbual tentang asal usul kami.

Saya beritahu mereka saya dari Louisiana.

Seorang kawan saya kata,

"Awak cuma orang paya dari Louisiana, bukan?"

Sejak itu, saya dipanggil "Swampy".

Saya pengurus kualiti di Seattle selama 15 tahun.

Saya antara pengurus kualiti pertama

yang dibawa ke Charleston untuk bantu sediakan tapak Dreamliner baharu.

Sebagai pengurus kualiti,

saya perlu pastikan pesawat dibina dengan betul.

John pengurus kualiti yang hebat, seorang pakar pesawat.

Kami berdua pengurus kualiti.

Kami berkawan baik.

Kommentaarid

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left