Az első 200 sor.
Sarikata Diterjemahkan Oleh : AmirF97
Ini sebuah kisah, yang terjadi di sebuah pulau penuh keajaiban.
Kisah dua roh tersesat yang saling mencari,
Walaupun mereka masih belum tahu tentang itu.
Kerana kau tahu,
Sejauh mana seseorang kesunyiaan dan diabaikan,
Keajaiban selalu berada di sekeliling kita,
Jika kau tahu di mana untuk mencarinya.
Bertenang.
Hei, Mama. Anjing yang pintar.
Ayuh. Kami akan menjaga kau.
Ayuh.
Kami akan membawa kalian ke tempat pemeliharaan.
Kau akan baik-baik saja.
Ayuh.
Hei, Baucer Makanan.
Budak baru.
Penghuni sebelum ini menjadikan rumah ini sebagai tempat penginapan.
Kami membantah perbuatannya kerana kami ada peraturan.
Tak boleh sewa kepada orang lain, tak boleh ada katil air atau haiwan peliharaan.
- Kalian faham? - Sudah tentu, Encik Packard.
Bahkan kami tak minum di atas katil.
Hei, 5-C!
Jika ibu kamu mahu mesin cuci pinggan dia diperbaiki,
Beritahu dia cuba kurangkan minyak.
Dia mesti faham maksud aku.
Baik, Encik Packard.
Aku tahu itu penting, dan aku takkan merayu melainkan...
Hei, Ibu.
Ya, aku faham.
Ya, aku akan cari caranya. Baik, terima kasih.
Packard mahu wang rasuah untuk mesin cuci pinggan.
Hebat! Suruh dia ambil di longgokan wang beratus-ratus.
Ibu rasa wang itu ada berhampiran jongkong emas
yang Makcik Irene tinggalkan untuk kita kononnya sewa apartmen ini dalam kawalan.
Bagaimana hari kamu, sayang?
Tidak teruk dan tidak bagus.
Dua perkataan yang bagus,
mustahil kamu boleh melafazkannya,
jika kamu tak masuk ke sekolah yang bagus.
Bagus! Saya akan cari kosa kata yang epik lagi
untuk digunakan dalam terapi saya sepanjang berdekad-dekad ke depan.
Memang sukar jadi budak baru di sekolah.
Budak-budak itu masih mengganggu kamu?
Sebenarnya hanya seorang budak, Florence.
- Dia menggelar saya "Baucer Makan." - Kenapa?
Mungkin kerana saya dapat biasiswa atau saya berbadan kecil,
atau kerana kita pindah ke sini dari Upstate. Entahlah.
Kamu berbeza berbanding budak-budak lain di sekolah itu.
Itu sangat bagus.
Orang yang unik,
adalah orang yang boleh mengubah dunia.
Bagus. Aku akan cakap begitu kepada Florence.
Biar ibu hubungi ibu dia.
Kita boleh menjemput mereka ke sini, dan kita boleh berbincang tentang itu.
Adakah ibu tak pernah jadi kanak-kanak?
Tidak. Tapi Ibu juga pernah dibuli.
Kamu cuma perlu belajar untuk membela diri.
Saya tidak seberani ibu.
Saya tak mahu membela diri.
Saya nak tukar baju,
Kemudian saya nak kumpulkan tin untuk acara kebajikan.
Ibu sudah berbincang dengan bos ibu tentang urusan di Chicago?
Nampaknya kes itu telah dilanjutkan selama dua minggu,
Dan ibu satu-satunya paralegal yang...
- Ibu! - Ibu minta maaf.
- Ibu hanya pergi beberapa hari... - Sungguh?
Siapa yang akan menjaga saya?
Ibu akan cari pengasuh yang menyeronokkan.
Asalkan jangan pakcik Casey.
Kamu serius? Pakcik Casey?
Dia sangka M&M warna hijau adalah sayur-sayuran?
Tidak, itu bukan pilihan.
Aku datang!
Helo.
Maaf, aku hanya rehat sebentar, Pegawai Jackson.
Apa yang berlaku di sini?
Ini cuma sementara. Aku menunggu kekosongan apartmen.
Meter kau tamat tempoh.
Sebenarnya, tidak. Meter itu yang rosak.
Sebenarnya, tidak. meter itu berfungsi.
Meter itu ditutup dengan plastik ini di atasnya.
Siapa yang menyarungkan di situ?
Bandar ini. Itu sangat mengecewakan.
Aku akan buang. Boleh berikan itu pada aku?
Hanya untuk... Baik.
Tidak, aku mahu berikan kompaun.
Boleh berikan nanti? Aku sudah terlambat.
Berikan itu ke orang lain! Aku akan bayar nanti.
Aku tak apa-apa. Maaf. Aku kena pergi.
Aku sudah terlambat.
Panas.
Hai. Casey Porter datang untuk bertemu dengan Tuan Harrington
- mengenai kerja kosong sebagai ilustrator. - Hai. Ya.
Temuduga itu jam 2:30 petang dan sekarang 4:15 petang.
Aku pasti dia beritahu ada banyak masa,
- Jadi aku rasa aku sudah cepat... - Tidak. Maaf.
Baiklah. Adakah ini percuma?
Malangnya, ya.
Makan tengah hari.
Dasar bodoh!
- Hei! - Hei, Malik.
Aku mengumpulkan tin dan botol untuk mencari dana sekolah.
- Adakah kau ada sesuatu? - Sekarang aku Malik yang Agung.
Aku menyertai kursus silap mata. Kau nak melihat satu helah?
Sudah tentu.
Baik, satu dek kad.
Menakjubkan.
Bagaimana dengan Puan Crullerman?
Puan ada tin untuk saya?
Kamu boleh ambil tin ini. Tidak! Sebentar.
Ini.
Susu pekat?
Kursus silap mata... Semoga berjaya.
Hei, setelah aku semakin berjaya menguasai silap mata,
- Kau nak tahu apa yang aku lakukan? - Menghilangkan dia?
Bukan. Aku akan kerat dia terbelah dua.
Atau itu.
- Hei, Puan Jarvis... - Hai, Emily.
- Puan ada tin lagi untuk saya? - Ada.
Adakah Packard tahu kau mengumpul tin di dalam apartmen dia?
Dia mesti akan meminta komisyen retroaktif.
Dia takkan minta jika kita melaporkan 501 in loco parentis.
Kemudian, dia akan dilindungi.
Kalian mesti peguam yang hebat.
Kerana aku tak faham apa yang kalian katakan.
- Hei, semua! - Alonso!
- Ambilkan tin untuk Emily! - Kau ambillah! Aku sibuk.
Aku sedang susun stok tauhu!
Emily, lihat ini. Kami ada tauhu biasa. Tauhu berperisa...
Apa yang kau perlu tahu? Tauhu adalah benda putih didalam air.
Ini untuk kau, Emily.
Dua tahun lalu,
Tangan dia terputus pada alat pemotong daging.
Sekarang dia seorang vegan yang memakan tauhu.
Itulah sebabnya.
Belum cukup lima minit.
Pergilah!
Di sana kau rupanya.
Ayuh.
Hanya disebabkan kau tersesat,
bukan bermakna nilai kau berkurang.
Kau faham?
Kau berani pertahankan diri, ya?
Ya, aku tahu. Kau seekor anjing.
Helo.
Mari kenalkan kau kepada mereka yang lain.
Aku harap mereka tak salah sangka bahawa kau adalah lobster.
Seluruh blok ini menyusahkan.
Apa? Kenapa ibu memandang begitu?
Kan ibu berjanji nak carikan kamu pengasuh...
Hei!
Apa khabar, keluargaku?
Ibu sudah janji.
- Apa khabar kakak kesayanganku? - Hei.
Dan anak saudara kesayanganku?
Wang ada dalam laci ini.
Dan nombor kecemasan...
Disini.
"911"?
Jangan terlalu meremehkan aku.
Jangan gunakan mesin cuci pinggan sehingga diperbaiki oleh pemilik apartmen.
Emily perlu berada di sekolah sebelum jam 07:45 pagi.
Pagi? Adakah mereka petani?
Ibu kau akan pulang hari Isnin.
Jadi, apa yang nak buat?
"Mengumpulkan kru? Pergi ke kelab?"
Bukankah itu yang anak muda selalu sebut?
Kami tak pernah berkata begitu.
- "Mari berhibur"? - Tolong berhenti.
Semua sudah siap.
Casey, aku sangat mengharapkan kau.
Adakah kau pasti boleh menjaga dia?
Sudah tentu, aku boleh.
Jika aku tak pindah ke sini ketika aku berumur 2 tahun,
Aku juga akan membesar dengan loghat British.
Bollock: Mengarut. Rubbish: Cakap Sia-sia. Collywobbles: Gemuruh.
Kau sudah selesai?
Dumbledore.
- Ibu sayangkan kamu. - Saya sayangkan ibu.
Dengar sini, Mags. Aku boleh uruskan ini, faham?
Kau membawa kunci rumah aku?
- Kau baru sampai dua minit! - Mungkin kunci itu hilang.
- Ini satu-satu kunci yang ada. - Baik.
Jangan hilangkan kunci itu.
- Aku sayang kalian. - Saya sayangkan ibu.
Jumpa lagi.
Mengejutkan.
Jadi, bagaimana suasana di...
kelas empat?
Kelas enam.
Aku bergurau.
Mana deria kelakar kau?
Deria itu sudah hilang. Di lorong keretapi bawah tanah.
Kau pernah hilang sekali di tangan aku.
Dua kali jika termasuk di Atlantic City.
Tapi aku berjaya mencari kau!
Hei, aku akan menebusnya untuk kau.
Kita akan lakukan sesuatu yang hebat hujung minggu ini.
Wang bukan masalah.
No comments yet. Be the first to leave one.