Az első 200 sor.
DENDAM DI PENJARA SHAWSHANK
Tn. Dufresne, jelaskan...
...pergaduhan yang kamu alami dengan isteri kamu pada malam dia terbunuh.
Pergaduhan kami sangat hebat.
Katanya dia gembira saya tahu, dia tak suka saya diam-diam.
Dia kata dia mahu bercerai di Reno.
- Apa reaksi kamu? - Saya kata saya takkan menunaikan permintaannya.
"Saya akan jumpa kamu dalam neraka, sebelum saya jumpa kamu di Reno."
Itu kata-kata yang kamu ucapkan menurut keterangan jiran kamu.
Kalau mereka rasa macam tu.
Saya betul-betul tak ingat sebab tengah marah.
Apa yang terjadi selepas pergaduhan dengan isteri kamu?
Dia kemas barang-barangnya.
Dia kemas semua barangnya dan tinggal bersama Tn. Quentin.
Glenn Quentin, pemain golf profesional di Snowden Hills Country Club...
...yang merupakan kekasih isteri kamu.
Kamu ekori isteri kamu?
Mula-mula saya pergi ke beberapa bar.
Kemudian, saya pergi ke rumah lelaki itu untuk menangkap mereka. Tiada di rumah.
Jadi saya parkir di depan rumah...
...dan tunggu.
Kenapa kamu tunggu?
Saya tak pasti.
Masa itu saya bingung...
...dan mabuk.
Saya rasa...
...saya cuma nak buat mereka takut.
Ketika mereka sampai, kamu masuk ke dalam rumah itu dan bunuh mereka.
Saya dah tak mabuk masa itu.
Saya balik ke rumah dan tidur untuk meredakan pening kepala saya.
Dalam perjalanan balik, saya buang pistol saya ke dalam sungai Royal.
Masa saya buang, saya betul-betul sedar.
Saya jadi bingung sebab keesokan paginya si pembantu rumah...
...menemui isteri kamu dan kekasihnya meninggal di dalam bilik...
...dengan pistol berpeluru kaliber 38.
Adakah itu satu kebetulan atau cuma perasaan saya saja?
Ya, itulah kebenarannya.
Tapi kamu masih mengatakan yg kamu dah buang pistol kamu itu ke dalam sungai...
...sebelum pembunuhan itu terjadi.
Itu terlalu kebetulan.
Itulah yang sebenarnya terjadi.
Polis melakukan pencarian di dalam sungai itu selama tiga hari dan tidak menjumpai sebarang pistol...
...jadi tak boleh dilakukan pemadanan antara pistol kamu dengan peluru...
...yang diambil dari tubuh mangsa yang berlumuran darah.
Dan itu juga...
...betul-betul kebetulan. Begitu, Tn. Dufresne?
Memandang saya tak bersalah dalam pembunuhan ini...
...saya rasa tak puas hati bila kamu kata pistol itu tak dijumpai.
Hadirin sekalian, kalian telah mengetahui semua faktanya.
Suspek berada di tempat kejadian. Ada cap jari dan jejak tayar kereta.
Peluru di tanah yang terdapat cap jari suspek.
Terdapat botol bourbon pecah yang ada cap jarinya.
Dan yang paling utama...
...mayat wanita muda yang cantik dan kekasihnya...
...meninggal di dalam bilik saling berpelukan.
Mereka memang telah berzina.
Tapi besar sangatkah jenayah mereka...
...sehingga mereka perlu dibunuh?
Sementara kalian memikirkannya...
...fikirkan perkara ini:
Pistol Revolver ini cuma memuatkan enam peluru, bukan lapan.
Saya rasa ini bukan satu tindakan jenayah yg terjadi kerana nafsu cinta penuh emosi.
Jenayah itu sekurang-kurangnya boleh difahami walau pun tak boleh dimaafkan.
Tidak.
Ini adalah tindakan membalas dendam...
...yang tidak berhati perut dan lebih brutal. Fikirkan ini:
Empat peluru untuk setiap mangsa.
Bukan enam kali tembakan, tetapi lapan kali.
Maksudnya dia menembak sehingga pistolnya kehabisan peluru...
...kemudian berhenti untuk mengisi semula peluru...
...supaya dia boleh menembak mangsanya lagi.
Satu peluru tambahan untuk setiap orang...
...tepat di kepalanya.
Saya anggap kamu seorang lelaki yg tak berhati perut dan tak tahu sakit, Tn. Dufresne.
Melihat kamu saja dah buat saya geram.
Dengan kuasa yang diberikan kepada saya oleh Kerajaan Negeri Maine...
...dengan ini mahkamah menjatuhkan hukuman dua kali seumur hidup...
...tiap hukuman untuk masing-masing mangsa kamu. Sidang bersurai!
Silakan duduk.
Kami baca fail kamu, kamu sudah menjalani 20 tahun hukuman kamu.
- Betul, Tuan. - Kamu rasa kamu sudah pulih?
Ya, tentulah, Tuan.
Saya telah belajar dari hukuman saya.
Sejujurnya saya boleh katakan, saya telah berubah.
Saya tak berbahaya lagi kepada masyarakat.
Itu yang sejujurnya.
DITOLAK
Hei, Red.
Macam mana keputusannya?
Keputusan yang sama, cuma harinya yang berbeza.
Ya, saya tahu apa yang kamu rasa.
Minggu depan giliran saya pula ditolak.
Ya, minggu lalu saya pun ditolak.
Perkara itu selalu terjadi.
Hei, Red, berikan saya rokok.
Sudahlah! Kamu sudah minta lima bungkus dari saya.
Empat bungkus!
Pasti ada banduan macam saya dalam setiap penjara di Amerika.
Sayalah orangnya yang boleh mendapatkan setiap barang yg diingini di sini.
Rokok, satu beg ganja, kalau itu yang kamu cari...
...sebotol brendi untuk meraikan hari graduasi anak kamu.
Apa saja asalkan masuk akal.
Betul. Saya seorang penyeludup.
Ketika Andy Dufresne datang kepada saya pada tahun 1949...
...dan meminta saya menyeludupkan poster Rita Hayworth ke dalam penjara untuknya...
...saya beritahu dia, "Tiada masalah."
Andy masuk ke Penjara Shawshank...
...pada awal tahun 1947 kerana membunuh isterinya dan lelaki yg curang bersama isterinya.
Sebelum ini, dia adalah wakil pengarah sebuah bank besar di Portland.
Pekerjaan yang hebat untuk lelaki semuda dirinya.
Kamu boleh berbahasa Inggeris?
Ikut pegawai ini.
Saya tak pernah melihat penjenayah berimej menyedihkan macam tu.
Hei, budak baru! Ke sini!
Nak bertaruh, Red?
Bertaruh rokok atau duit?
Rokok. Saya bertaruh dua batang.
Baiklah, siapa taruhan kamu?
Si kecil yang wajahnya kusut itu.
- 8 dari depan. Dia yg akan menangis dulu - Tak mungkin! Saya pun nak bertaruh.
Rokok kamu akan hilang, Nak.
Kalau kamu rasa kamu pandai, bertaruhlah.
Saya bertaruh untuk budak yang tembam itu.
Nombor 5 dari depan. Saya bertaruh lima batang rokok.
Ikan segar hari ini!
Kita akan memancingnya!
Pertama sekali saya melihat Andy, saya fikir tiada yg istimewa padanya.
Rasanya angin sepoi-sepoi pun boleh terbangkan dia.
Itulah tanggapan pertama saya kepadanya.
Macam mana kamu rasa, Red?
Saya bertaruh pada lelaki tinggi yg nampak macam orang kaya itu.
Orang itu? Tak mungkin.
- 10 batang rokok. - Itu taruhan yang banyak.
Siapa boleh buktikan saya salah?
Heywood? Jigger?
Skeets?
Floyd!
Empat jiwa yang berani.
Kembali ke sel masing-masing untuk kiraan waktu malam.
Semua tahanan diminta untuk kembali ke sel masing-masing.
Menghadap ke kanan!
Pandangan lurus ke depan.
Ini adalah Tn. Hadley, kapten pengawal penjara.
Saya Tn. Norton, ketua penjara.
Kalian adalah banduan yg sudah dijatuhkan hukuman.
Itu sebabnya kalian dibawa ke sini.
Peraturan pertama:
Dilarang menghina.
Saya tak mahu nama Tuhan dihina-hina di dalam penjara ini.
Peraturan-peraturan lain...
...akan kalian ketahui selama berada di penjara ini. Ada soalan?
Bila masa makan?
Kamu makan masa kami suruh makan.
Kamu buang air besar masa kami suruh buang air besar, dan buang air kecil masa kami suruh buang air kecil.
Kamu faham itu, Bangsat?
Berdiri.
Saya percaya dengan dua perkara:
Disiplin dan Kitab Suci.
Di sini, kalian akan mendapat kedua-duanya.
Percayalah kepada Tuhan.
Di sini kalian milik saya.
Selamat datang ke Shawshank.
Lepaskan gari mereka.
Pusingkan badan kamu.
Sudah.
Berjalan ke depan sedikit.
Pusingkan badan kamu. Letak bedak.
Pusing badan kamu.
Keluar dari sangkar. Ambil pakaian dan Kitab kamu.
Seterusnya!
Menghadap ke kanan.
Kanan.
Kiri.
Malam pertama adalah yang paling perit, tak diragukan lagi.
Mereka suruh kamu berbaris, telanjang sepertimana hari kamu dilahirkan,...
...kulit terasa pedih dan mata setengah buta kerana bedak kutu.
Dan apabila mereka masukkan kamu ke dalam sel...
...dan ketika jeriji sel menghempas menutup,...
...masa itulah kamu tahu kenyataan yang kamu hadapi.
Kehidupan yg lama terhempas dalam masa yg sekejap saja.
Tiada yang tinggal melainkan cuma masa untuk mengenangnya.
Kebanyakan penghuni baru nyaris gila pada malam pertama mereka.
Selalu ada saja yang menangis.
Ia terjadi setiap masa.
Persoalannya adalah...
...siapa yang akan menangis?
Saya rasa boleh saja saya bertaruh untuk sesiapa saja.
Saya bertaruh ke atas Andy Dufresne.
Padamkan lampu!
Saya ingat malam pertama saya di tempat ini.
Rasanya dah lama sangat.
Hei, budak baru.
Budak baru.
Kamu takut gelap?
Pasti kamu berharap ayah kamu tak pernah meniduri mak kamu!
Babi! Daging babi! Saya mahu daging babi.
Penghuni lain suka mengusik penghuni baru.
Dan mereka takkan berhenti sehingga ada yang kena.
Hei, Gendut.
Gendut!
No comments yet. Be the first to leave one.