Az első 200 sor.
Dahulu kala,
sebelum anda lahir,
malah sebelum saya lahir,
filem telah pun wujud.
Salah satu anugerah hebat,
mungkin anugerah terbaik,
ialah gelak tawa.
Pada zaman dahulu, ada raja-raja komedi,
Chaplin, Keaton, Lloyd.
Saban masa,
filem menghiburkan kita
tatkala dunia membuat kita hiba.
Filem, televisyen, tak kira apa wahananya,
gelak tawa sentiasa menjadi penawar terbaik.
Pelakon yang berbakat dalam jenaka mula membuat persembahan di pentas.
Mereka mencipta watak yang buat kita bermuhasabah diri.
Awak sepatutnya jadi kawan baik saya?
Walaupun tak ramai, ada antara mereka
melakukan semuanya.
Seronok jadi raja.
Tapi malam ini, di sebalik gelak tawa,
kita meraikan seorang lelaki yang penuh kejutan
dan yang memecah halangan untuk memajukan budaya.
Tuan-tuan dan puan-puan, Eddie Murphy.
Dari Dolby Theatre di Hollywood, penghormatan tertinggi
untuk kerjaya dalam filem,
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat AFI,
penghormatan kepada Eddie Murphy, bersama Kevin Hart,
Tracy Morgan, Eva Longoria, Chris Rock,
Da'Vine Joy Randolph, Kenan Thompson,
Stevie Wonder, Robert Townsend, Bill Burr,
Judge Reinhold, Arsenio Hall, Dave Chappelle,
Mike Myers, Martin Lawrence, Spike Lee dan ramai lagi.
Dengan persembahan istimewa daripada Dreamgirls oleh Jennifer Hudson.
Tuan-tuan dan puan-puan, Kevin Hart.
Selamat datang ke Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat AFI ke-51.
Ini ialah majlis penghormatan kepada Edward Regan Murphy.
Itulah nama sebenarnya, Edward Regan Murphy.
Saya rasa kita perlu luangkan masa untuk menghuraikannya.
"Edward." Edward berasal daripada nama Inggeris lama,
"Edweard," yang bermaksud "pelindung kekayaan," bukan?
Kita tahu itu benar.
Eddie, kami rasa awak dah menjadi hartawan
sepanjang kerjaya awak.
Kemudian, "Regan".
Regan ialah nama Ireland yang diterjemah daripada "Ó Riagáin"
yang bermaksud "anak diraja".
Ini benar.
Jadi, kita ada raja kaya.
Setakat ini, masuk akal, bukan?
Kemudian, "Murphy".
Di sinilah saya rasa pelik,
sebab saya kata, "Siapa…
yang buat apa?"
Apa jadi sehingga kita dapat Eddie Murphy?
Banyak soalan yang saya ada,
tapi tak kisahlah siapa, bagaimana dan apa yang berlaku,
dari situ, kita tahu siapa Edward Regan Murphy.
Banyak yang kita tahu tentang siapa Eddie.
Sebab kita panggil dia Eddie ialah sebab dia kawan kita.
Dia kawan kita.
Orang kulit putih pun rasa dia kawan anda.
Dia menggeletek hati kita merentasi generasi.
Ia bukan sekadar ketawa,
dan kita akan lihat malam ini.
Dia lelaki serba boleh.
Kita bercakap tentang komedi, drama, menyanyi, menari.
Mencarut pun padu. Dia pakar.
Dia boleh main apa-apa watak dan dia suka main semua watak.
Fikirkan tentang The Nutty Professor ,
di mana dia main tujuh watak berbeza, bukan?
Malam ini dia main tiga watak.
Lihatlah dia ini.
Ya tak ya?
Dia akan jadi orang ini.
Ya.
Ya.
Kejap, ya, orang ini juga. Satu lagi, teruskan.
Oh, itu saya. Okey, tunggu.
Eddie, saya nak beritahu awak,
dan saya nak katakan di sini
apa yang saya dah cakap dalam pertemuan ringkas selama ini.
Awak tonggak saya dalam industri ini.
Saya berada di sini hari ini kerana hasil usaha awak
sebelum ini.
Awak seorang abang, mentor dan sumber inspirasi.
Awak seorang idola.
Saya bertuah dapat panggil awak kawan.
Saya bersyukur atas hubungan yang kita ada.
Saya berbesar hati berada di sini untuk meraikan awak
dan memulakan sesuatu yang sudah lama tertangguh,
malam untuk menghargai awak dari AFI
dan penghormatan tertinggi untuk kerjaya dalam filem.
Eddie Murphy.
Saya dilahirkan di Brooklyn, New York, Hospital Kings County.
Ya, saya ingat hospital itu.
Di Brooklyn, kami tinggal berhampiran Panggung Loew's Gates.
Jadi, kami selalu menonton wayang.
Kali pertama saya menonton Planet of the Apes yang asal
ialah di Panggung Loew's Gates.
Saya ingat pendedahan Patung Liberty itu
dan bunyi penonton…
Saya…
Kami berpindah ke Long Island. Pekan sunyi.
Rasa macam berpindah ke kampung.
Semua benda yang mereka cakap dalam gerakan Hak Sivil,
di mana kita akan sampai ke puncak
dan pergi… Kami rasa kami dah sampai,
seperti, "Ya, kami di Tanah Yang Dijanjikan."
Saya banyak menonton TV.
I Dream of Jeannie dan Gilligan's Island,
Andy Griffith Show.
Saya tonton Andy Griffith malam tadi
dan saya sedar, "Hei, tahu tak?
"Tak nampak orang kulit Hitam di kawasan kejiranan itu."
"Tiada sesiapa."
Sebab itulah mereka gembira dan bersiul.
Tiada orang kulit Hitam di kawasan itu.
Saya minta patung ventrilokis semasa saya berusia sembilan tahun.
Jadi, sejak kecil, saya melukis gambar dengan kata-kata
dan bercerita serta melakonkan watak dan sebagainya.
Saya tahu saya boleh buat orang ketawa.
Hanya abang saya, Charlie, yang boleh kalahkan saya.
Kami panggil ia "seteru jenaka",
tapi ia bukan persaingan.
Itu sebahagian daripada budaya.
Rumah kami membudayakannya.
Apabila dengar album Richard Pryor buat kali pertama,
saya rasa, "Itulah aku."
"Itulah aku. Aku akan jadi begitu."
"Aku akan buat apa yang dia buat."
Saya akan tandatangan buku tahunan orang, "Eddie Murphy, pelawak masa depan."
"Anak cucu awak akan tahu yang awak kenal saya."
Saya tandatangan dalam buku tahunan semua orang.
Saya mula pergi ke bandar pada usia 17 tahun.
Ketika itu tahun 1979, 78.
Jadi, saya biasanya satu-satunya orang kulit Hitam dan orang muda.
Ingat tak, anda bermain di luar dan dengar…
Aiskrim!
Aiskrim!
Penjual aiskrim datang!
Penjual aiskrim dah datang!
Mak!
Dipersilakan Tracy Morgan.
Eddie Murphy ialah ikon.
Dia sumber inspirasi.
Ya, dia inspirasi saya dan ramai lagi.
Jadi, apabila saya dapat tahu
yang kami akan berlakon dalam sketsa bersama-sama
di rancangan ulang tahun ke-50 SNL,
saya terus teruja.
Kemudian saya dapat tahu
dia akan berlakon sebagai saya dalam lakonan sketsa itu.
Saya kata, "Apa jadah?"
"Ya Tuhan."
"Salah seorang pelakon terhebat
"akan melakonkan watak aku dalam lakonan itu."
"Apa jadi kalau dia lebih kelakar daripada aku?"
Tanpa Eddie, tiada Axel Foley.
Tiada Reggie Hammond.
Tiada "Hercules, Hercules!"
Semua itu tak ada.
Eddie Murphy mengubah industri filem
dan membuka jalan untuk generasi pelakon seterusnya.
Eddie Murphy buat dunia ketawa.
Dan sekarang dunia sangat-sangat…
Dunia sangat perlukan gelak tawa.
Dengar sini, saya antara orang bertuah
yang boleh kata Eddie Murphy ialah kawan saya.
Dia mentor saya.
Saya rasa dia ayah kandung saya.
Dia tahu.
Muka saya macam dia.
Kepada kawan saya…
Pertama sekali, saya sayang awak.
Bagi pihak penonton wayang di seluruh dunia,
saya ucapkan terima kasih, Eddie Murphy.
Ini Saturday Night Live.
Dibintangi Eddie Murphy.
Apabila saya dapat peluang untuk uji bakat Saturday Night Live,
reaksi pertama saya bukanlah, "Ayuh."
Reaksi pertama saya ialah,
"Saturday Night Live?"
"Sketsa?"
Jadi, macam mana?
Tak mudah, Bill.
Semua orang bandingkan kami dengan pelakon lama.
Pelakon asal berhenti dan penonton mula,
"Persetankan rancangan ini dan persetankan kamu semua."
Kami berjalan di jalan dan orang kata,
"Hei, kamu pelakon… Saturday Night Live."
"Ya." "Pergi mampus!"
Hakim Cleveland memutuskan semua pasukan bola keranjang sekolah
mesti ada dua pemain kulit putih.
Adil? Tak adil? Komen.
Pelajar sekolah tinggi Cleveland, Raheem Abdul-Mohamed.
- Apa ceritanya, Raheem? - Hei, bang.
Saya dah tujuh tahun di Cleveland High sekarang.
Penampilan pertama Eddie dalam Weekend Update,
seronok tengok dia keluar dengan tepukan yang perlahan,
No comments yet. Be the first to leave one.